Anda di halaman 1dari 2

Cuba cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa

mengubah maksudnya.

Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka


tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan ibu bapa sibuk
bekerja. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak
mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
Jawapan:-
1. Golongan remaja memerlukan kasih sayang.
2. Golongan remaja memerlukan ahli keluarga.
3. Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
4. Kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja.
5. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak mereka.
6. Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa
cemerlang.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.

2. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini.

3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara.

4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.

5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang


menyelesaikan masalah.

6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.

Pesanan cikgu: cuba jawab dahulu sebelum membaca jawapan di bawah.


JAWAPAN

1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh


raya menjimatkan masa.
2. Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
3. Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat bersaing dengan
barang luar negara.
4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara.Peperangan menyebabkan banyak
harta benda akan musnah.
5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku dapat
memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang asing di negara
ini banyak memberikan keburukan

Anda mungkin juga menyukai