Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu: Perumpamaan

Tarikh menghantar semula: 11 April 2020 (Sabtu).


Nama: ____________________________________________
Tahun: 8G / 8F
Tarikh / Masa:
8G - 01 April 2020 (Rabu, 08:30 – 10:00)
8F – 04 April 2020 (Sabtu, 11:30 – 12:30)

Perumpamaan ialah:

 susunan kata-kata indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud tersirat (tersembunyi).
 Dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.

Pilih maksud-maksud perumpamaan yang sesuai di bawah ini:

1. Bagai bulan di pagar bintang

o orang yang cetek ilmu pengetahuannya mengenai hal dunia


luar.
o Mendidik anak dengan penuh kasih sayang.
o Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.

2. Bagai kucing dengan panggang


o Tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
o Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik kalau didekatkan.
o Selalu bertengkar.

3. Bagai kunyit dengan kapur

o Memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan.


o Mudah mesra dan cepat akrab.
o Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku
4. Bagai lebah menghimpun madu
o Orang yang sangat rajin.
o Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya.
o Kasih sayang yang tidak berkekalan.

5. Bagai tanduk bersendikan gading

o Jodoh yang tidak sepadan.


o Berjalan dengan lambat sekali.
o Membuat kerja yang tidak berfaedah.

6. Bagai kaca terhempas ke batu

o Persahabatan yang erat.


o Merosakkan lagi barang yang dibaikinya.
o Hati yang hancur kerana dukacita.

7. Bagai tikus jatuh ke beras

o Memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka.


o Berasa hairan dan tercengang-cengang di tempat yang
baru.
o Muka pucat dan tidak bermaya.

8. Bagai si buta kehilangan tongkat


o Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
o Menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa.
o Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi
jika ditimpa kesukaran.
9. Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga

o Mengajar seseorang yang lebih arif atau pandai daripada kita.


o Orang yang baik, di mana sekalipun akan dimuliakan juga.
o Perbuatan jahat yang disembunyikan.

Isikan tempat kosong di bawah ini dengan perumpamaan yang telah kamu pelajari tadi:

1. Pak Dolah bekerja __________________________________untuk membina rumah yang


diidam-idamkan oleh keluarganya.
2. Kecantikan Noni ____________________________________kerana tiada seorang pun
yang dapat menandingi kecantikannya.
3. Hati Aiman ________________________________ apabila mendengar berita kematian
kekasihnya akibat kemalangan jalan raya.
4. Pasangan pelakon utama filem itu ______________________________ menyebabkan
semua yang menonton filem berkenaan mengkritik gandingan pasangan pelakon yang
tidak sesuai itu.
5. Suriati tidak tahu bagaimana dia harus meneruskan hidupnya setelah seluruh
keluarganya terkorban dalam nahas ngeri itu, nasib hidupnya
__________________________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai