Anda di halaman 1dari 2

SUSUNAN AYAT

Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu

a. Susunan Biasa ( subjek + predikat)


b. Susunan songsang ( predikiat + subjek)

a. Susunan Biasa
(Dalam susunan biasa, kedudukan subjek adalah di depan predikiat.
Subjek Predikat
Seseorang guru Telah memenangi hadiah itu
Beberapa buah bangunan Musnah dalam kebakaran

b. Susunan Songsang
 Susunan songsang boleh wujud melalui proses pendepanan. Dalam susunan songsang
predikiat dipindahkan ke hadapan subjek untuk tujuan penegasan.
 Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah seperti yang
berikut:
a. Pendepanan seluruh predikat
b. Pendepanan sebahagian daripada predikat

1. Pendepanan Seluruh Predikat

Biasa Songsang
Perangainya baik sungguh. Baik Sungguh perangainya.
Pendaki itu berjaya juga akhirnya. Berjaya juga akhirnya pendaki itu.

2. Pendepanan Sebahagian Predikat


a. Pendepanan Frasa Kerja
b. Pendepanan Frasa Adjektif
c. Pendepanan Frasa Sendi Nama

a. Pendepanan Frasa Kerja

 Pendepanan kata kerja sahaja


Biasa Songsang
Hati saya terkilan tadi. Terkilan hati saya tadi.

 Pendepanan kata kerja dengan objek


Biasa Songsang
Dia membaca buku di perpustakaan Membaca buku dia di perpustakaan

 Pendepananan kata bantu dengan kata kerja

Biasa Songsang
Budak-budak itu masih bermain. Masih bermain budak-budak itu.
b. Pendepanan Frasa Adjektif

 Pendepanan Kata Adjektif sahaja

Biasa Songsang
Dia sakit pada masa itu Sakit dia pada masa itu

 Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif


Biasa Songsang
Barang itu belum tentu baik. Belum tentu baik barang itu

c. Pendepanan Frasa Sendi Nama

 Frasa sendi nama sebagai predikat


Biasa Songsang
Hadiah itu untuk ibu. Untuk ibu hadiah itu.

 Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Biasa Songsang
Saya berpegang pada janji. Pada janji saya berpegang.

Anda mungkin juga menyukai