Anda di halaman 1dari 3

PERUMPAMAAN

-perbandingan makna yang jelas kerana ia didahului oleh perkataan bagai, bak, macam,seolah-olah, seperti dan umpama. Istilah Inggeris bagi perumpamaan ialah simile.Perumpamaan menerangkan penilaian kita ke atas sesuatu.Penilaian itu ialah emosi yang kuat. a) Bagai kertas dengan dakwat Maksud : tidak dapat dipisahkan, secocok, hubungan erat Ayat : Persahabatan Saliya dan Aishah bagai kertas dengan dakwat kerana mereka berkawan semenjak pra-sekolah lagi. b) Bagaikan telur di hujung tanduk Maksud : kedudukan tidak tetap atau terjamin Ayat : Keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan Syarikat Batik milik Sabri bagaikan telur di hujung tanduk. c) Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya

Maksud : seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya Ayat : Sikap peramah yang dimiliki oleh Helmi sama seperti ibunya,sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan. d) Seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Maksud : hanya mementingkan diri sendiri. Ayat : Anak-anak Pak Hussin seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sanggup membiarkan ayahnya tinggal bersendirian. e) Seperti rumput di tepi jalan Maksud : kehidupan melarat, orang yang tidak berguna kepada masyarakat Ayat : Kehidupan penagih dadah itu seperti rumput di tepi jalan, tidak dipedulikan oleh keluarga dan masyarakat.

f) Seperti harimau menyembunyikan kukunya Maksud : orang yang memyembunyikan kehebatannya Ayat : Zailani bersikap seperti harimau menyembunyikan kukunya,walhal dia sangat hebat bermain bola sepak. h) Seperti cincin dengan permata Maksud : secocok, sama padan Ayat : Suami isteri itu seperti cincin dengan permata sangat secocok. . h) Seperti rusa masuk kampung Maksud: berasa hairan dan tercengangcengang apabila berada di tempat baru Ayat : Pada hari pertama persekolahan, Aiman belajar di Tahun Satu, dia seperti rusa masuk kampung.

Anda mungkin juga menyukai