Anda di halaman 1dari 3

KATA Kata penguat ialah perkataan yang

PENGUAT digunakan untuk menguatkan


maksud kata adjektif.

Kata penguat boleh hadir sebelum


atau selepas kata adjektif

Hadapan Belakang Bebas

 diletakkan sebelum  diletakkan selepas kata  diletakkan sama ada sebelum


kata adjektif. adjektif. atau selepas kata adjektif..
Contohnya: Contohnya: Contohnya:
agak, paling dan terlalu
sekali, benar, betul dan nian sangat, amat dan sungguh
Kereta itu
Sakit benar kaki saya ini.
bergerak agak perlahan
Susah betul soalan Sejarah Pokok kelapa ini amat tinggi.
Saya paling benci akan bau
ini.
busuk. Pokok kelapa ini tinggi amat
Indah nian pemandangan
Dia sudah terlalu tua Suara penyanyi Mira sangat merdu.
senja di kampung nelayan ini.
untuk bekerja
Berat sekali beg ini. Suara penyanyi Mira merdu sangat.

Guru baru kami sungguh baik.

Guru baru kami baik sungguh


JANGAN LUPA !!!! (SANGAT PENTING)

1. Penggunaan kata penguat bebas seperti amat, sangat dan sungguh


bersama-sama dengan kata penguat belakang sekali dianggap betul
dalam Bahasa Melayu.

(SAS ............ sekali)

 Jiran saya amat baik sekali.


 Budak kecil itu amat pintar sekali.
 Sungguh berjasa sekali Pak Man kepada penduduk kampung ini.
 Baktinya kepada masyarakat di sini sangat besar sekali.

2. Dua kata penguat tidak boleh diletakkan serentak di depan dan di belakang
kata adjektif iaitu betul, nian, sangat dan amat.

 Budak kecil ini amat pintar betul. (x)


 Sungguh berjasa nian Pak Man kepada penduduk kampung ini. (x)
 Baktinya kepada masyarakat di sini sangat besar amat. (x)

3. Dua unsur penguat boleh hadir serentak sebelum kata adjektif.

 Sungguh amat berjasa Pak Man kepada penduduk kampung ini. (/)
 Bangunan yang teramat besar itu bangunan kerajaan. (/)
ULASAN KERJA RUMAH

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

Anda mungkin juga menyukai