Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 3

FAEDAH-FAEDAH DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN KUNJUNG


MENGUNJUNGI

Vassugi : Apakah kamu tahu tentang amalan kunjung mengunjungi yang diamalkan oleh

rakyat negara kita?

Vityaa: Amalan kunjung mengunjungi merujuk kepada perbuatan saling menziarahi antara
satu sama lain. Setahu saya, amalan ini dilakukan sejak zaman dahulu lagi. Masyrakat
Malaysia tanpa mengira kaum selalu bertandang ke rumah jiran untuk berbual-bual dan
bertanyakan khabar.

Satya : Malangnya, amalan ini kini semakin terhakis akibat kemodenan pembangunan yang
menjadikan masyarakat sibuk dengan urusan masing-masing.

Haree: Ya, betul itu. Desakan hidup untuk mencari rezeki dan kesenangan meyebabkan
masyarakat kini hidup ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Mereka
tidak mempedulikan jiran tetangga lagi, malah tidak mengamalkan amalan kunjung
mengunjungi.

Satya : Pada pendapat saya, masyarakat perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan
amalan kunjung mengunjungi ini.

.Haree: Apakah kebaikan amalan ini?

Satya : Antara kebaikan amalan ini ialah dapat mengeratkan hubungan silaturahim
sesama jiran tetangga dan adik-beradik. Apabila seseorang itu ditimpa sakit secara tiba-
tiba, jiranlah orang pertama yang akan datang memberikan pertolongan sebelum adik-
beradik yang lain.

Haree: Selain itu, perasaan kasih saying akan wujud sesama mereka dan segala duka cita
akan ditanggung bersama-sama, bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni.

Satya : Bukan itu sahaja, masalah jenayah dan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan
masyarakat juga dapat ditangani apabila setiap orang memainkan peranan dan mengambil
berat tentang satu sama lain.

Haree: Terdapat pelbagai kebaikan dalam pengamalan amalan ini. Namun, tidak ramai
orang yang mengamalkan amalan ini. Apakah caranya untuk melaksanakan amalan ini?

Satya : Pelbagai langkah perlu dilakukan agar nilai yang mulia ini dapat dihidupkan
semula.Misalnya, dengan mengadakan upacara rumah terbuka. Pada setiap tahun, rakyat
Malaysia meyambut pelbagai perayaan. Setiap kaum mempunyai sambutan yang unik dan
tersendiri.

Haree: Di samping itu, rumah terbuka ini juga dianggap sebagai pelengkap kepada
perayaan yang diraikan.

Satya : Ya. Semasa mengadakan majlis rumah terbuka, sahabat handai dan jiran tetangga
akan dijemput. Bermula dengan menghadiri rumah terbuka, maka tersemailah amalan
kunjung mengunjungi. Keramahan dan kemesraan yang terjalin semasa majlis rumah
terbuka meyebabkan jiran tetangga tidak keberatan untuk bertandang pada masa yang lain.

Haree: Baguslah. Semua orang perlu mengamalkan nilai ini kerana sejarah telah
membuktikan bahawa walaupun masyarakat zaman dahulu hidup dalam serba kekurangan,
namun kehidupan mereka bahagia kerana mereka kaya dengan budibahasa dan sentiasa
memiliki persefahaman antara mereka.
Satya : Walaupun begitu, terdapat juga tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan
bahawa amalan kunjung mengunjungi ini hanya membuang masa dan menyusahkan orang.

Haree: Perkara itu tidak benar sama sekali, sebaliknya dalam realiti ia mendatangkan
manfaat dalam menjalin hubungan kemasyarakatan.

Satya : Justeru, setiap insan yang inginkan kehidupan bahagia perlulah mengunjungi jiran
ataupun saudara mara mereka sekali-kala. Makin banyak pengamalan ini dilakukan,makin
begitu kukuhnya kekuatan perkauman di Negara.

Haree: Baik Satya.Saya nak balik dulu.

Satya: Baik jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai