Anda di halaman 1dari 22

HUBUNGAN SEMANTIK DAN

STRATEGI AMALAN
KESOPANAN DALAM
LINGUISTIK
DR. NOR ASIAH ISMAIL
JPM
KANDUNGAN
• STRATEGI AMALAN NEGATIF (NEGATIVE POLITENESS)
• STRATEGI TIDAK LANGSUNG (INDIRECT STRATEGY)
Definisi strategi
• Definisi : (stratégi) 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan
tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3.
bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg
memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua
(tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg
utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. (Kamus Dewan Edisi
Keempat)
• Strategi umumnya melibatkan penentuan matlamat, menentukan tindak-tanduk
untuk mencapai matlamat, dan mengerah sumber-sumber untuk melaksanakan
tindakan tersebut. Strategi menerangkan bagaimana tujuan (matlamat) akan
dicapai dengan cara-cara (sumber). 
Definisi Amalan
• Definisi Amalan : 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan;
kebiasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
• Contoh:
Definisi Kesopanan
• Mills (2003), kesopanan ialah ... is the expression of the speakers’ intention to
mitigate face threats carried by certain face threatening acts toward another.
• Berdasarkan hujahan Mills, kesopanan juga dapat dikatakan sebagai satu yang
bersifat sejagat yang merujuk kepada setiap masyarakat itu mempunyai
normanorma meliputi sikap positif.
• Kesopanan merupakan aturan peri laku yang ditetapkan dan disepakati bersama
oleh suatu masyarakat tertentu dalam perilaku social
• Definisi Kesopanan: keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan:
Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
• Kesopanan adalah salah satu elemen penting dalam memperkatakan nilai-nilai
murni dalam kalangan rakyat
Definisi Hubungan Semantik
• Perkaitan sesuatu benda dengan makna yang diperkatakan.
• Contoh:
bunga bunga
Aras Kesantunan
(Brown & Lewinson, 1987)
• Kuasa relatif penutur terhadap pendengar
• Jarak sosial antara penutur dengan pendengar
• Darjah bebanan yang telibat dalam melakukan tindakan ancaman muka
Pendapat Lain
• Yule (1996) mencadangkan bahawa kesopanan dalam interaksi boleh didefinisikan
sebagai satu cara untuk memelihara air muka seseorang dalam konteks hubungan
keakraban antara individu.
Strategi Amalan Kesopanan Brown &
Levinson (1978,1987)

• Bald on record.
• Negative politeness,
• Positive politeness,
• Off-record atau indirect strategy
Bald On Record (Rakaman Langsung)
• Strategi bald on record (rakaman langsung) tidak membuat percubaan untuk
meminimumkan ancaman kepada pendengar.
• Strategi ini kebanyakannya digunakan sepenuhnya oleh penutur yang secara
rapat mengenali khalayak.
• Dengan strategi bald on record ada kemungkinan secara langsung khalayak akan
berasa terkejut ataupun segan dengan strategi ini.
• Contoh: “Biasanya adik saya yang menghantar makanan. Saya seganlah”
Positive Politeness (Amalan Kesopanan
Positif)
• amalan kesopanan positif) dan strategi ini mencuba untuk meminimumkan reaksi
positif di muka pendengar.
• Strategi ini secara umum digunakan dalam situasi khalayak mengenali satu sama
lain secara tidak begitu rapat.
• Amalan nilai dan percubaan untuk mengelak konflik digunakan.
• Contohnya, “Hidangan ini akan menjadi yang terbaik jika anda buatkan untuk
saya
Negative Politeness (Amalan Kesopanan
Negatif)
• Menganggap penutur akan mengenakan pendengar.
• Potensi untuk berasa janggal dan malu lebih tinggi daripada strategi bald on record dan strategi
positive politeness.
• Reaksi muka negatif adalah keinginan untuk mengekalkan autonomi.
• Permintaan tanpa pertimbangan dari pendengar akan memberi reaksi muka negatif yang tidak
selesa.
• Contoh: “Saya perlukan RM50.00 adalah janggal jika lima puluh ringgit adalah di luar kemampuan
kewangan pendengar.
• Tetapi jika penutur, tahu pendengar ingin mengekalkan autonominya, hanya menambah “saya
tahu kamu kekurangan tunai, tetapi boleh saya pinjam RM50.00?”
• Pendengar lebih rela memberi kerana cara permintaan yang menunjukkan rasa hormat terhadap
kemampuan dan mengekalkan autonomi mereka.
Indirect Strategy (Strategi Tidak
Langsung)
• Strategi ini menggunakan bahasa tidak langsung dan menjadikan penutur
berpotensi untuk mengenakan pendengar.
• Contohnya,
• “Wow, di sini lebih sejuk!” secara sindir/tidak langsung menyuruh pendengar untuk
bangun dan membuka aalt pengawal suhu tanpa menyuruhnya secara langsung.
Situasi Kesopanan
• Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda melihat bekas berisi pen di atas
meja guru anda. Pada masa yang sama anda sangat-sangat memerlukan salah
satu pen tersebut untuk menandatangani borang yang perlu dihantar segera.
Apakah pilihan anda?
• a. Anda berkata, “Oooh cikgu, saya hendak menggunakan salah satu pen itu!”
• b. Anda berkata, “O.K tak cikgu, kalau saya menggunakan salah satu pen cikgu?”
• c. Anda berkata, “Maafkan saya mengganggu cikgu, tetapi saya ingin meminta
kebenaran sekiranya saya boleh gunakan salah satu pen cikgu?”
• d. Anda berkata secara tersirat, “Hmm…saya pasti saya dapat gunakan pen
berwarna hitam itu sekarang”.
Teliti Pilihan Anda
• A – Bald on record strategy: Situasi ini tidak membantu anda untuk berusaha mengurangkan rasa
hormat kepada guru.
• B – Positive politeness: Seseorang murid itu mengenali bahawa gurunya mempunyai keinginan
untuk dihormati. Jelas membuktikan bahawa hubungan itu bersifat mesra dan ekspresi itu
bertimbal balik.
• C – Negative politeness: Seorang murid itu sememangnya mengenali bahawa guru tersebut mahu
dia dihormati. Akan tetapi dalam masa yang sama murid berkenaan menjangkakan bahawa dalam
situasi tersebut murid seolah-olah menggunakan peluang untuk memujuk gurunya. Misalnya
murid tersebut menyatakan, “saya tak mahu mengganggu cikgu…” atau “saya agaklah cikgu…”
• D – Off Record strategy: Tujuannya untuk memberi tekanan kepada murid tersebut. Dia mencuba
sedaya upaya untuk tidak mendesak kerana keperluan untuk mendapatkan pen amat terdesak.
Sekiranya secara sedar bahawa murid sebenarnya perlukan salah satu pen dan cikgu
mempelawanya tanpa meminta.
STRATEGI AMALAN NEGATIF
• MENGGUNAKAN UJARAN TIDAK LANGSUNG KONVENSIONAL YANG SERING
DIGUNAKAN MASYARAKAT
• ADA BATASAN
• PESIMIS (PERLEKEH)
• MENGURANGKAN PAKSAAN
• MEMBERIKAN PENGHORMATAN
• MINTA MAAF
• BENTUK INTERPERSONAL
• BERSIFAT UMUM
Muka Negatif
• Keinginan individu mempertahankan hak, tidak bergantung dan diganggu oleh
orang lain.
• Membenarkan individu tidak disekat melakukan hal masing-masing yang
difikirkannya betul.
• Setiap orang berhak bebas dan tidak dihalang
• Contoh: memberitahu seseorang dia tidak boleh makan di tempat itu merupakan
ancaman kepada muka negatif orang yang dimaksudkannya.
STRATEGI TIDAK LANGSUNG
• Penutur secara tidak langsung membiarkan lawannya mentafsir tuturannya.
• Digunakan apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
• Contoh:
• “Saya tidak suka sangat bercakap dengan kamu”.
• Huraian: terus terang menyampaikan pandangan dan mengancam air muka
pendengar.
Perbincangan
• Kenapa perlunya menjaga air muka orang lain?
• Jenis air muka: air muka negatif dan air muka positif.
• Berikan ciri-ciri air muka positif dan negatif.
• Air muka positif: keinginan untuk dihargai.
• Air muka negatif: keinginan untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa
autonomi terhadap tindakan.
Rumusan
• Strategi kesantunan Brown dan Levinson mengandaikan setiap individu
mempunyai air muka dan menyedari bahawa orang lain mempunyai air muka.
• Strategi langsung: melakukan tindakan ancaman muka untuk menyatakan
sesuatu dengan jelas. Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara
pihak yang saling mengenali dan rapat (ahli keluarga, teman rapat)
• Strategi kesantunan negatif/formal: penutur menjaga air muka negatif lawan
untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. Biasa berlaku dalam kalangan
orang yang belum dikenali, antara orang atasan dan bawah dan orang tua dengan
orang muda.
Rumusan
• Strategi kesantunan positif/keakraban: menjaga air muka positif pendengar.
Biasanya antara dua orang teman, kenalan atau pihak yang akrab.
• Strategi tidak langsung: membiarkan lawan mentafsir tuturan.
• Masyarakat Melayu amat menititikberatkan perlakuan yang menjaga air muka
atau maruah pendengar.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai