Anda di halaman 1dari 16

GENRE SASTERA KANAK-KANAK

- Tokoh
- Tema
- Ciri-ciri
- Nilai
- Jenis - Cerita rakyat

- Cerita pendek /Cerpen

- Novel

- Drama

- Puisi
Genre Sastera Kanak-kanak
Tokoh - Othman Puteh
Tema Sastera kanak-Kanak
Menurut Fadzri Aris et al. (2013), tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang
diungkapkan oleh pengkarya, sama ada cerpenis, novelis, penyair, penyajak atau
penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. Sesebuah karya sastera hanya
memiliki satu tema sahaja. Dalam konteks sastera kanak-kanak, perkara yang sering
dijadikan tema oleh penulis adalah berkenaan dengan nilai-nilai murni dan pengajaran agar
kanak-kanak dapat mencontohi dan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.

Tema penulisan sastera kreatif atau penulisan buku sastera kanak-kanak adalah
tentang cerita dan persekitaran kanak-kanak (Othman Puteh dan Abdul Ahmad,
1984).
Tema Penulisan Yang Menjadi Kegemaran
- Pengembaraan, nyanyian, penyiasatan, dan cerita berbentuk permainan. Tema-tema
lain adalah seperti menyelongkar dunia misteri, hiburan, pendidikan, dan
bertemakan ejen pembangunan untuk meningkatkan tahap kematangan kanak-kanak.
- Tema hiburan dan penyelongkaran dunia misteri sangat digemari oleh kanak-kanak.
Perkara ini memberikan idea kepada pengarang untuk menghasilkan kelainan dalam
penulisan sastera kanak-kanak. Buku-buku yang bertemakan hiburan dan cerita-
cerita misteri sama ada novel atau cerita ringkas sering mendapat perhatian kanak-
kanak. Hal ini demikian kerana perkembangan pemikiran kanak-kanak masih belum
meluas dan mereka hanya memikirkan hiburan serta keseronokan.
Ciri Sastera Kanak-kanak
Sastera kanak-kanak boleh dilihat daripada pelbagai perspektif kandungan dan bentuk atau sudut
akademik dan komersial mahupun sudut persembahan penulisan dan persembahan fizikal. Bagi
menghasilkan karya sastera kanak-kanak yang bermutu tinggi beberapa ciri sastera kanak-kanak
perlulah dipatuhi.

Menurut Md. Sidin Ahmad Ishak (2005), dari segi pendekatan, sastera kanak-kanak tidak mengetepikan
kanak-kanak sebagai khalayaknya dan akan memberikan pertimbangan yang wajar kepada kanak-kanak.
Penulis akan berusaha untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak sama ada secara langsung atau tidak
langsung, bergantung pada peranan kanak-kanak sama ada sebagai pembaca langsung atau pembaca tidak
langsung.
Ciri Sastera Kanak-kanak
Dalam hal ini, Aidan Chambers (1985) dalam Nur Ruzana Md Isa (2008)
menyebut berkenaan dengan single address dan double address, iaitu sebagai
kaedah bagaimana penulis harus mendekati pembacanya. Single address
digunakan sekiranya khalayak dalam bukunya adalah satu iaitu kanak-kanak
semata-mata dan double address untuk dua khalayak, iaitu khalayak kanak-
kanak dan juga khalayak orang dewasa yang salah satunya sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Beliau juga menyebut berkenaan dengan dual
address, iaitu dua khalayak sekali gus.
Ciri Sastera kanak-kanak
Sastera kanak-kanak lebih banyak penekanan terhadap aksi. Halimah Mohamed
et al. (2014) menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran yang
rendah dan tidak mampu membuat penilaian dan pentafsiran melalui rumusan
atau cerakinan yang kompleks. Kanak-kanak lebih tertarik pada pergerakan dan
aksi-aksi yang dapat memberikan sesuatu gambaran dengan lebih jelas dan
mudah. Seterusnya, buku kanak-kanak lazimnya lebih banyak menggunakan
watak kanak-kanak dan juga lebih pendek isinya. Dari segi persembahan teknikal,
buku kanak-kanak lazimnya mengandungi huruf yang lebih besar dan gambar-
gambar yang lebih banyak (Hunt, 1994).
Ciri Sastera kanak-kanak
Dalam bukunya yang berjudul The Pleasures of Children’s Literature, Perry Nodelman (1992)
menghuraikan enam perkara sebagai ciri penting buku dan sastera kanak-kanak. Perkara-perkara itu
adalah seperti yang berikut:
• Mudah, tetapi tidak semestinya bermaksud simplistik.
• Berorientasikan aksi, bukannya berorientasikan watak.
• Dipersembahkan dengan lurus
• Optimistik dan berakhir dengan kebahagiaan.
• Bersifat didaktik.
• Berulangan dalam diksi struktur.
Ciri Sastera kanak-kanak
Bagi Nodelman, sastera kanak-kanak dianggap sebagai sastera yang mudah, tetapi bukan dipermudah. Sastera yang mudah
bukanlah bermakna naratif yang dapat ditulis dan dihasilkan dengan mudah. Sesetengah orang mengganggap bahawa sastera
kanak-kanak lebih sukar untuk dihasilkan. Aspek simplisiti dalam hal ini boleh melibatkan aspek cerita, iaitu apa yang diceritakan.
Lazimnya, ciri cerita yang mudah adalah seperti yang berikut:
• Subjek yang konkrit dan biasa, iaitu subjek yang bukan abstrak dan bukan asing.
• Genre yang dapat dibezakan dengan jelas seperti kisah pengembaraan, kisah keluarga, kisah alam persekolahan dan
sebagainya.
• Satu plot utama yang jelas tanpa plot-plot sekunder atau plot-plot kecil yang kompleks.
• Penyusunan peristiwa yang langsung, iaitu biasanya secara kronologi.
• Watak-watak yang terhad, mudah diingati, bersifat pipih sama ada jahat atau baik.
• Latar cerita dilukiskan dalam suasana yang biasa bagi kanak-kanak, rapat dengan dunia mereka dan mereka dapat
mengaitkan
dengan kehidupan mereka secara mudah.
Nilai dalam Sastera Kanak-kanak
Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PPK, 2000) menggariskan bahawa prinsip
utama pengajaran bahasa adalah untuk menyepadukan empat kemahiran bahasa
iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang dipelajari
oleh kanak-kanak. Empat kemahiran ini dapat dimantapkan lagi menerusi
penciptaan karya kreatif penulisan sastera kanak-kanak mengikut keupayaan
umur kanak-kanak. Penulisan sastera kreatif kanak-kanak ini dapat digunakan
untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak menerusi
pelbagai kaedah atau corak pengajaran sastera kanak-kanak. Seterusnya nilai-
nilai positif seperti kasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong,
kerjasama, kerajinan dan lain-lain dpat diterapkan dalam penulisan.
Aktiviti membaca
Aktiviti membaca cerita kanak-kanak menggunakan suara yang kuat boleh
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan secara kuat tersebut, kanak-
kanak berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat
melalui perbincangan, dan menceritakan semula, menulis atau melukis cerita yang
telah didengar atau dibaca (Allor & MC Cathreen, 2003).

Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi secara tidak
langsung seterusnya dapat menarik perhatian mereka dengan lebih mudah. Di
samping itu, kaedah tersebut juga dapat memperkaya perbendaharaan kata kanak-
kanak. Bagi pembaca baharu pula, pembacaan buku dengan menggunakan suara
yang kuat dapat memperkenalkan cara penggunaan serta fungsi buku kepada mereka
(Allor & Mc Cathreen, 2003).
Jenis-jenis cerita
Cerita rakyat

Cerita pendek / Cerpen

Novel

Drama

Puisi
Contoh cerita kanak-kanak
Cerita binatang

Kancil dengan Buaya, Monyet yang Tamak, Ular dengan Singa, Raja Rimba,
Kerbau dengan Buaya, Si Biring, Monyet yang Bodoh.

Cerita jenaka yang sudah dicampuradukkan dengan versi luar bermaksud cerita
tersebut menerima pengaruh asing seperti pengaruh Arab dan Parsi. Contoh cerita
jenaka versi tempatan adalah seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang,
Si Luncai dengan Labu-labunya, Pak Kaduk, Bawang Putih Bawang Merah, dan
sebagainaya.
Contoh cerita rakyat
Contoh cerita-cerita rakyat legenda adalah seperti cerita Batu Belah Batu
Bertangkup, Badang, Si Tanggang Anak Derhaka, Anak Buluh Betung, Puteri
Gunung Ledang dan Malim Kundang. Cerita Si Tanggang Anak Derhaka menjadi
senario yang sangat disukai dan dipercayai oleh kanak-kanak sehingga cerita ini
mempengaruhi minda mereka untuk tidak menderhaka kepada ibu.
Genre Sastera Kanak-kanak
Selain buku cerita, karya lain seperti cerpen atau cerita pendek, novel kanak-
kanak, drama kanak-kanak dan puisi untuk kanak-kanak turut menjadi bacaan dan
tontonan kanak-kanak.
Kesimpulan
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak ini juga banyak mengetengahkan pengajaran dan moral
yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak. Hal ini demikian kerana cerita-cerita tersebut
banyak memuatkan kejadian sebenar berasaskan zaman untuk proses pembelajaran kanak-
kanak. Cerita kanak-kanak juga mendedahkan kanak-kanak tentang kaedah menyelesaikan
atau menangani sesuatu masalah dengan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Usaha untuk
mengajar kanak-kanak menerusi penulisan kreatif sastera kanak-kanak bertujuan memenuhi
keperluan dan cita-cita di samping mendidik mereka supaya bijak membuat pertimbangan bagi
mencapai keseimbangan diri dan pandai menilai sesuatu perkara sama ada baik atau
sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai