Anda di halaman 1dari 4

JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-
kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Permainan Bebas ( Free Play )

- Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah

- Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang


tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau
oleh guru.

- Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.

- Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak


seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan
tertentu.

2. Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

- Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan


respons secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan )

- Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat


keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.

- Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas


secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea,
dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.

- Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat


persembahan.

- Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan


perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu
situasi yang dihadapi.
3. Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )

- Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog


berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita.

- Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang


difikirkan sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu,
dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.)

- Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ),


berpasangan atau berkumpulan.

- Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan
kanak-kanak berinteraksi.

4. Main Peranan ( Role Play )

- Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang


yang lain dan berlainan dengan dirinya.

- Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia)


untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.

- Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk


melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan
seperti :

i- nama penuh watak

ii- umur

iii- latar belakang keluarga

iv- pekerjaan

v- sikap dan tingkah laku

vi- hobi atau minat

vii- keadaan kesihatan dan


viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan

- untuk itu juga mereka digalakkan untuk;

i- menulis diskripsi watak

ii- melukis potret

iii- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya

iv- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

- Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran


kanak-kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama
atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar

5. Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

- Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan
kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau
situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

- Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas


berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

6. Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

- Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar


diketahui untuk meneroka isu-isu baru.

- Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti (


seperti menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman
tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan
ekspedisi.

- Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh


digunakan untuk menghasilkan aktiviti improvisasi ini.

- Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah


Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran
Sains, mereka boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk
membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di
dasar laut atau di kawasan Artik.

- Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur
lara untuk diselarikan dengan isu baharu.

- Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh


menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk
memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita
tersebut.

- Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan


dilakukan oleh mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan
pengalaman mimpi ngeri bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam
cerita tersebut.

Anda mungkin juga menyukai