Anda di halaman 1dari 3

TEMPLATE DAPATAN KAJIAN ARTIKEL

Rumuskan dapatan kajian Sebahagian besar murid prasekolah dalam kajian ini tidak mengamalkan postur badan yang betul.
objektif kajian/soalan kajian 1
Huraikan dapatan kajian itu Berdasarkan senarai semak itu didapati tiada responden kajian yang mendapat betul dalam keempat-
empat item. Hanya seorang iaitu 4% betul dalam 3 item iaitu betul dalam kedudukan posisi tapak kaki,
posisi belakang badan dan posisi kepala. Walau bagaimanapun responden itu salah dalam posisi
punggung kerana kerusi yang didudukinya terlalu besar berbanding saiz tubuhnya. Sebanyak 20 % betul
dalam 2 item, 56% betul dalam 1 item. Dapatan kajian ini menunjukkan sebanyak 20% lagi salah dalam
keempat-empat item.. Ini menunjukkan responden kurang mengamalkan postur badan yang betul semasa
menulis.
Perbincangan dapatan kajian Hasil kajian ini menunjukkan murid prasekolah tidak mengetahui postur yang betul sewaktu menulis.
Amalan postur yang salah menyebabkan murid mudah letih dan sakit sekiranya menulis dalam tempoh
*perlu masukkan literatur
sebagai rujukan menyokong. masa lama. Malahan masalah ini juga akan menyebabkan penghasilan tulisan yang kurang kemas dan
sukar dibaca. Ini menyebabkan mereka sering dianggap sebagai murid yang malas oleh guru ( Levine,
2004). Sekiranya murid tidak mengamalkan postur badan yang betul murid ini akan menghadapi masalah
dalam menguasai kemahiran menulis mekanis dan menguasai kemahiran menulis peringkat seterusnya
iaitu kemahiran menulis mentalis (Levine, 2004 dan Yuznaili Saleh 2016). Murid ini juga akan menghadapi
masalah kesihatan di bahagian tulang belakang, pelvek dan tengkuk sekiranya postur itu tidak dibetulkan
dan diamalkan sehingga dewasa (Drza-Grabiec et al., 2015).
Implikasi dan cadangan kajian Sehubungan itu dapat dibuktikan melalui kajian ini bahawa masalah postur badan telah mula berlaku pada
peringkat pra sekolah lagi. Hal ini perlu diberi perhatian serius. Guru pra sekolah bukan sahaja bertanggung
jawab untuk mengajar murid menulis tetapi juga perlu memberi bimbingan postur badan yang betul semasa
menulis kepada murid-murid. Dengan cara ini murid melaksanakan postur badan yang betul daripada
aktiviti menulis di peringkat prasekolah dan mengamalkannya sehingga dewasa. Perkara ini bagi mengelak
kesan-kesan negatif yang memberi impak dalam penguasaan menulis dan kesihatan murid di kemudian
TEMPLATE DAPATAN KAJIAN ARTIKEL

hari.
Gunakan template ini bagi menulis dapatan kajian bagi objektif/soalan kajian yang lain. Lihat contoh dibawah bagi melihat dapatan kajian yang
mempunyai jadual.

Rumuskan dapatan kajian Hasil kajian ini juga mendapati sebahagaian besar murid pra sekolah mengamalkan posisi tapak kaki yang
objektif kajian/soalan kajian 2
salah.
Huraikan dapatan kajian itu Jadual 1 dibawah merupakan rumusan bagi dapatan posisi tapak kaki responden.
Posisi
Tapak Kaki
Kedua- Satu Kedua- Satu tapak Kedua- Satu tapak
dua tapak tapak kaki dua kaki kaki rata dua tapak kaki
kaki rata di hanya di lantai kaki tergantung
terletak lantai dan hujung dan satu tergantung dan satu
rata di satu lagi kaki lagi tidak lagi
lantai hanya mencecah tergantung mencecah hujung
hujung lantai tidak lantai kaki
kaki mencecah mencecah
mencecah lantai lantai
lantai
Bilangan 2 11 6 1 4 1
Responde
n
Peratus 8% 44% 24% 4% 16% 4%
Jadual 1 : Posisi Tapak Kaki Semasa Menulis
Dapatan kajian menunjukkan hanya dua orang iaitu 8% responden betul dalam posisi tapak kaki
TEMPLATE DAPATAN KAJIAN ARTIKEL

iaitu kedua-dua tapak kaki terletak rata di lantai. Manakala 92% lagi salah dalam posisi tapak kaki.
Hal ini disebabkan didapati kebanyakan kerusi dan meja yang disediakan di lokasi tidak sesuai
untuk murid-murid prasekolah. Kelas prasekolah ini terletak di sebuah sekolah rendah.
Kebanyakan kerusi dan meja yang dibekalkan di sekolah itu lebih sesuai untuk tubuh badan murid
yang berusia 7 tahun ke atas berbanding murid berusia kurang 7 tahun. Saiz kerusi yang kurang
sesuai itu menyebabkan kaki murid tidak rata mencecah lantai.
Perbincangan kajian Posisi tapak kaki yang betul ialah rata mencecah lantai. Tapak kaki yang rata mencecah lantai akan
memberikan kestabilan semasa menulis. Tulisan murid akan menjadi lebih kemas menulis dengan posisi
*perlu masukkan literatur
sebagai rujukan menyokong. tapak kaki seperti ini (Bowler & Olivier,1996). Ketinggian kerusi akan mempengaruhi posisi kaki. Sebagai
contoh kerusi yang tinggi dan tidak sesuai dengan saiz badan murid akan menyebabkan posisi tapak kaki
yang tidak betul, seperti hujung kaki menjengket, tergantung dan sebagainya. Ini akan menyebabkan murid
tidak berupaya menstabilkan kedudukannya semasa menulis. Menurut Levine (2004) dan Yuznaili Saleh
(2016) posisi ini akan mengakibatkan tulisan murid menjadi kurang kemas. Malahan posisi tapak kaki yang
tidak betul juga akan menyebabkan murid mudah berasa letih, sakit atau kebas di bahagian kaki terutama
semasa menulis dalam jangka masa yang panjang.
Implikasi dan cadangan kajian Hasil kajian membuktikan antara punca murid tidak dapat melaksanakan posisi tapak kaki yang betul
adalah disebabkan kerusi dan meja yang disediakan kurang sesuai dengan murid prasekolah. Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu mengambil serius perkara ini. Alatan kerusi meja yang disediakan di sekolah-
sekolah perlulah sesuai dengan fizikal murid. Keprihatinan akan perkara ini bukan sahaja dapat
memastikan murid menguasai kemahiran menulis dengan baik tetapi juga dapat memastikan warga
Malaysia sejahtera dan sihat daripada penyakit yang disebabkan postur badan yang salah.

Anda mungkin juga menyukai