Anda di halaman 1dari 11

1

SOALAN KUIZ
Cikgu Aminah yang mempunyai 10 orang anak, 7 perempuan dan 3 lelaki berusia antara 3
bulan hingga 15 tahun. Sungguhpun demikian, beliau bercita-cita menyambung pelajarab di
Universiti Utara Malaysia. Tidak kurang daripada 5 muka surat dan double spacing, anda
diminta untuk menerangkan kepada Cikgu Aminah bagaimana untuk untuk menyediakan
proposal.

MENULIS BAB 1 (PENDAHULUAN) YANG BAIK


Bab 1 merupakan bab permulaan serta pengenalan bagi sesuatu kajian. Di awal bab
ini, penulis seharusnya:

Menulis sesuatu yang boleh menarik minat pembaca terhadap kajian. Oleh
itu, penulis mestilah bijak menghubungkaitkan kajian kepada sesuatu isu yang
penting yang bersifat globalisasi, pembangunan modal insan, masalah remaja
atau ledakan teknologi maklumat.

Selain itu, penulis perlu menyatakan secara umum sebab yang mendorong
beliau menjalankan kajian. Ini adalah penting supaya pembaca dapat
mengenalpasti apa yang hendak dijelaskan oleh penulis terhadap kajian yang
dijalankan.

Seterusnya, penulis hendaklah memperkenalkan permasalahan kajian dan


diikuti dengan perbincangan secara khusus.Pernyataan masalah dan
konteks kajian mestilah jelas supaya dapat memahami masalah kajian dengan
jelas.

Di samping itu, objektif kajian juga seharusnya diperincikan dalam


bentuk persoalan kajian.

Selanjutnya, penulis mesti menyatakan signifikan atau kepentingan kajian.

Kemudian, penulis hendaklah menyatakan delimitasi kajian. Delimitasi


kajian ialah penerangan kepada pemilihan perkara utama yang menjadi fokus
kajian yang berada dalam kawalan penulis.

Pada bahagian akhir bab 1, penulis perlu mendefinisikan istilah utama yang
digunakan semasa kajian dijalankan.

MEMBUAT BAB 2 (SOROTAN KAJIAN) YANG BAIK


1) LANGKAH MEMBUAT SOROTAN KAJIAN
Tinjauan literatur atau sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah
dilakukan oleh orang lain. Sorotan kajian adalah satu bentuk penulisan yang mengulas secara
sistematik dan tersusun. Ianya membantu pembaca mengetahui latar belakang teori dan
perkembangan pengetahuan berkaitan tajuk kajian dan bagaimana kajian semasa diperlukan
untuk mengembangkan pengetahuan tersebut dari segi teori dan praktisnya.Tinjauan ini
dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal, tesis, dan surat
khabar. Buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan. Selain daripada bahan
bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media elektronik dalam laman-laman web
dalam internet.
Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju
mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Selain itu, sorotan kajian akan menjelaskan
bahan dan sumber kajian yang digunakan pengkaji dan seterusnya memberi keyakinan kajian
yang dilakukan oleh pengkaji adalah berdasarkan sumber-sumber yang betul. Ini bermakna
pengkaji tidak menulis kajian berdasarkan rekaan tanpa bukti yang kukuh. Umumnya ia
ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh
pengkaji. Beberapa langkah diperlukan oleh pengkaji untuk menulis sorotan kajian dengan
baik dan menarik. Langkah-langkah yang perlu ditekankan oleh pengkaji adalah seperti
berikut:
Langkah 1: Menentukan Fokus dan Skop Kajian
Setelah memilih tajuk kajian, pengkaji seharusnya memfokuskan tajuk kajian supaya
lebih spesifik dan jelas. Skop dan fokus kajian merupakan kata kunci kajian. Semasa
melakukan pencarian bahan, skop kajian akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat

kajian supaya pengkaji tidak membuang masa mencari bahan yang tidak berkaitan dengan
kajian. Pencarian bahan yang terlalu umum akan menyukarkan pengkaji untuk mendapatkan
bahan kajian.
Langkah 2: Mengenalpasti Sumber Primer atau Penulis Utama Kajian
Sesuatu kajian memerlukan sumber yang kukuh dan jelas bagi menghuraikan
maklumat kajian. Sumber bagi sorotan kajian adalah sumber yang berbentuk ilmiah. Pengkaji
seharusnya melakukan pencarian secara sistematik supaya semua jenis bahan yang diperolehi
mempunyai kaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Pengkaji mestilah mengenalpasti dan
menekankan pengutamaan dalam pencarian sumber primer.
Setelah mengenalpasti sumber primer yang berkaitan,pengkaji harus mencari sumber
sekunder bagi menghurai bahan-bahan berkaitan dengan kajian. Sumber primer ialah sumber
yang diperolehi daripada penerbitan penulis asal yang membuat sesuatu kajian seperti artikel
jurnal, tesis mahupun laporan kajian asal. Sumber sekunder pula ialah sumber yang dirujuk
atau dibahas berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sumber primer. Sebagai contoh,
buku merupakan salah satu sumber sekunder.
Secara umumnya, semua aspek dalam penulisan tesis memerlukan sumber rujukan
literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian kita bersifat saintifik dan
empirikal. Namun begitu, rujukan daripada keratan akhbar dan kertas kerja masih tidak
memadai. Malah kita perlu mencari sumber yang kukuh hasil daripada penulisan buku
daripada sarjana terbabit dan juga jurnal-jurnal terkini yang dihasilkan. Bagi mendapatkan
bahan kajian, pengkaji boleh mendapatkannya melalui buku-buku yang terdapat di
perpustakaan, sumber elektronik dan perbincangan dengan pakar. Pengkaji haruslah bijak
mendapatkan bahan-bahan yang bersesuaian dengan tajuk kajian.

Langkah 3: Pemilihan Sumber Utama

Setelah berjaya mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian,


pengkaji perlu memilih bahan rujukan yang penting menikut ketumaan tajuk kajian. Pengkaji
boleh mengasingkan sumber-sumber kajian berdasarkan tiga bahagian iaitu:
i)

Sumber yang relevan dengan tajuk


Pengumpulan dan pemilihan bahan-bahan rujukan yang hampir sama tajuk dengan

kajian akan dapat membantu pengkaji memahami teori, metodologi dan analisis data. Jika
pengkaji dapat memahami teori kajian dengan jelas, pengkaji akan dapat menghuraikan teori
kajian dengan lebih baik dan tersusun.
ii)

Sumber yang relevan dengan teori


Selain daripada sumber yang relevan dengan tajuk, pemilihan sumber yang relevan

dengan teori juga akan dapat menyokong kajian pengkaji. Walaupun terdapat tajuk kajian
yang berbeza, pemilihan bahan kajian yang berdasarkan teori yang sama akan membantu
pengkaji semasa menjalankan kajian.
iii)

Sumber yang relevan dengan metodologi


Pemilihan sumber yang relevan dengan kajian adalah penting kerana pengkaji dapat

menjadikan bahan tersebut sebagai rujukan. Pengkaji boleh merujuk kepada bahan-bahan
tersebut untuk mengenalpasti reka bentuk kajian, teknik persampelan, pembinaan instrumen
dan analisis kajian yang akan digunakan.
Oleh itu, pemilihan bahan kajian yang utama adalah penting untuk membantu
pengkaji mendapatkan bahan kajian yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk kajian.

Langkah 4: Menyusun Literatur


Penulisan sesuatu kajian tidak bergantung kepada banyaknya bahan rujukan yang
diperolehi tetapi kualiti sesuatu kajian itu adalah kebolehan pengkaji untuk mengolah dan
menyusun bahan kajian. Pengkaji hendaklah mengkategorikan bahan-bahan kajian mengikut
tahun bagi memudahkannya melihat isu, perbahasan dan corak perkembangan pengetahuan
yang wujud bagi setiap kelompok.

Langkah 5: Menganalisis Sumber

Menganalisis sumber bermaksud menceraikan maklumat kepada bahagian-bahagian


yang lebih kecil serta menghuraikan maklumat tersebut dengan lebih jelas. Pengkaji
menganalisis maklumat yang diperolehi untuk memahami dan menganalpasti hubungkait
antara bahagian-bahagian dan mengenali prinsip-prinsip yang terlibat dalam kajian. Pengkaji
menyusun maklumat dan mengenalpasti kata kunci yang terdapat dalam petikan yang
mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Langkah 6: Mensintesis

Mensintesis bermakna mengambil isi-isi dan menggabungkannya menjadi ayat yang


lebih komprehensif . Walaupun isi-isi dihuraikan dalam pelbagi bentuk , pengkaji mestilah
mensintesis isi-isi menjadi ayat perkataan sendiri. Mensintesis ayat dengan menggunakan
perkataan sendiri akan dapat menghasilkan sorotan kajian yang menzahirkan pandangan atau
perbahasan pengkaji sendiri tanpa menggunakan ayat orang lain.

Langkah 7 : Menstruktur Sorotan Kajian

Sebelum memulakan penulisan, pengkaji seharusnya menstruktur sorotan


kajian kepada tiga bahagian utama iaitu:

a)

Pendahuluan

Melalui pendahuluan, pengkaji dapat memperkenalkan tajuk dan subtajuk secara


ringkas

b)

Isi

Merangkumi konstruk-konstruk kajian, kerangka teori serta model yang digunakan


dalam kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk pengkaji.

c)

Kesimpulan

Membuat kesimpulan perkaitan idea-idea utama yang telah dihuraikan di dalam

bahagian isi. Lazimnya, kesimpulan menekankan mengapa pengkaji melaksanakan sesuatu


kajian.

2) KANDUNGAN SOROTAN KAJIAN

Kandungan yang perlu ada dalam sorotan kajian termasuklah:

1)

Idea utama

- pengkaji perlulah berusaha untuk mencari idea utama dan penting dari setiap pembacaan
sorotan kajian

2)

Pemetaan idea

- pemetaan idea membantu dalam menyusun idea supaya lebih jelas dan teratur. Ia boleh
dilakukan menggunakan carta alir atau peta minda. Melalui pemetaan idea, penulis akan
mempunyai rangka untuk menetukan tajuk dan subtajuk sorotan kajiannya.

3) KERANGKA KONSEPTUAL/TEORETIKAL

Kerangka dalam konteks penulisan ialah satu bentuk struktur yang dipersembahkan
secara grafik. Ia bertujuan menunjukkan perkaitan yang logik antara variabel kajian. Untuk
membina kerangka konseptual, penulis perlu meneliti tajuk dan objektif kajiannya. Penulis
perlu mengenal pasti konsep utama yang digunakan dalam kajian.
Setelah itu, penulis mestilah membuat perkaitan antara konsep utama dan faktorfaktor lain yang berkaitan.
Akhirnya, penulis perlulah membuat persembahan secara visual grafik untuk
menggambarkan perkaitan tersebut. Kerangka konseptual yang mantap akan menjadi
kerangka teoretikal yang baik.
4) BERHUJAH DENGAN BUKTI
Penulis perlu mengemukakan dakwaan dengan hujah yang perlu disertakan dengan
bukti yang logik. Penulisan sorotan kajian yang baik akan memberi hujah-hujah yang boleh
diterima akal terhadap setiap sokongan atau bantahan yang ditemui. Perkara ini amat penting
bagi menjelaskan pendirian seseorang penulis terhadap kajian yang telah lepas.

5) MEMBINA AYAT MUDAH DAN JELAS


Ayat yang ditulis dalam sorotan kajian perlulah menggunakan ayat-ayat yang mudah
difahami. Struktur bahasanya juga perlu jelas dan tidak terlalu ringkas atau terlalu panjang.
Penulis juga perlu mengelakkan menulis ayat yang tidak berkaitan dengan idea asal sorotan
kajian yang dibacanya.

MENULIS BAB 3 (METODOLOGI KAJIAN) YANG BAIK


Bab 3 merupakan bab yang sangat penting dalam menyediakan sesuatu penyelidikan.
Bab ini merangkumi pengetahuan dan pemahaman penyelidik tentang kaedah-kaedah
penyelidikan. Antara perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam bab 3 ialah:

Menjelaskan sebab pemilihan sesuatu reka bentuk kajian dan mengapa reka bentuk
tersebut adalah reka bentuk yang terbaik bagi menjawab persoalan kajian.

Menjelaskan tentang cadangan prosedur kajian, teknik persampelan, penyediaan


instrumen yang merangkumi kesahan serta kebolehpercayaan instrumen, teknik
pengumpulan data dan analisis data.

Menyatakan bentuk instrumen yang akan digunakan sama ada soal selidik,
pemerhatian atau temu bual.

Menumpukan kepada skala pengukuran yang digunakan .

Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan intrumen yang digunakan.

Menjalankan kajian rintis unutk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instumen


sama ada yang dibina sendiri atau diadaptasi daripada orang lain.

Menghuraikan teknik persampelan dan bagaimana melakukannya. Selain itu, turut


menyatakan tentang cirri sampel yang dipilih di dalam kajian.

Menyatakan asas pemilihan analisis statistik berdasarkan kajian.


9

10

Memastikan sama ada data yang diperolehi boleh memenuhi syarat taburan data
normal atau sebaliknya.
Kesimpulannya, bagi menghasilkan satu cadangan penyelidikan yang baik,
pelbagai aspek harus dikenal pasti dan difahami dengan baik supaya cadangan
penyelidikan dapat dihasilkan dengan baik. Selain itu, seorang penyelidik itu mestilah
sentiasa berusaha dan mendapatkan bantuan daripada mereka yang lebih arif dalam
penghasilan cadangan penyelidikan supaya penyelidik mendapat penerangan dan
tunjuk ajar yang jelas dan tepat.

10

11

11

Anda mungkin juga menyukai