Anda di halaman 1dari 9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Menurut Amani Dahaman (2011), kajian literatur merupakan ulasan maklumat yang

diperolehi daripada jurnal, buku, proseding dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk

ssuatu penyelidikan terbaru. Dalam pada itu juga, kajian literatur ialah pengumpulan

maklumat penyelidik tentang masalah yang sedang dikaji. Dalam proses membuat sesebuah

kajian literatur seseorang penyelidik perlu mengenalpasti apakah yang ingin dikaji. Selain itu,

kajian literatur adalah salah satu proses yang sistematik di mana ia memerlukan pembacaan

dan perhatian kepada butiran yang lebih terperinci. Kajian literatur membabitkan kesimpulan

secara bertulis tentang artikel dalam jurnal, buku dan dokumen lain yang menjelaskan

maklumat lepas dan semasa, menyusun literatur dalam topik tertentu dan mendokumenkan

keperluan bagi kajian yang dicadangkan.

Tujuan kajian literatur dilakukan adalah untuk memberikan pemahaman serta

pencerahan terhadap latar belakang subjek penyelidikan yang dijalankan. Kajian literatur

biasanya boleh membantu seseorang penyelidik mendapatkan idea yang jelas tentang

pembolehubah-pembolehubah yang pentig dalam sesuatu persoalan yang ingin dikaji. Di

samping itu, tinjauan literatur dapat membantu penyelidik membuat definisi istilah konsep-

konsep penting dalam sesuatu kajian. Dengan ini, ia dapat membezakan apa yang telah dikaji

dengan apa yang sedang dikaji dan secara tidak langsung ia akan menjadikan kajian lepas

sebagai asas dan dapat membanti penyelidik membuat sintesis tentang bidang ilmu kepada

permasalahan dalam kajian tersebut. Dengan kata lain, kajian literatur membantu penyelidik

menghasilkan kajian secara lebih rasional tanpa sebarang penduplikasi hasil karya yang telah

dilakukan.
Dalam bab ini, akan dibincangkan mengenai kajian secara literatur ke atas amalan

pengurusan keselamatan terhadap pematuhan keselamatan pekerjaan dalam sektor industri

pembinaan. Dalam kajian literatur ini, kajian- kajian lepas telah dijadikan sebagai sampel

rujukan untuk mengukuhkan lagi kajian saya. Bab ini meliputi definisi secara khusus

terhadap pematuhan keselamatan pekerjaan serta dimensi yang terdapat dalam amalan

pengurusan keselamatan. Selain itu, hipotesis kajian akan dikembangkan berdasarkan kajian

terdahulu yang mana dijadikan sebagai rujukan. Antara hipotesis yang dibincangkan dalam

kajian literatur ini adalah melibatkan perkaitan hubungan antara pembolehubah bersandar

dengan pembolehubah tidak bersandar. Dan hipotesis kajian akan dikembangkan berdasarkan

kepada kajian terdahulu dan dijadikan sebagai rujukan untuk menyelesaikan kajian ini.

Dalam pada itu juga, kerangka teori dan model kajian serta penjelasannya akan ditunjukkan

dalam bahagian ini.

2.2 Kajian Terdahulu

2.2.1 Komitmen Pihak Pengurusan

Menurut kajian mengenai “Pembangunan Budaya Keselamatan Dalam Industri

Pembinaan” oleh Mohd Saidin, Abdul Hakim, Sulaiman Kadikor, Zakaria Mohd Yusof,

Ahmadon Bakri (2014). Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan

pengurusan keselamatan dan pembangunan budaya selamat dalam industri pembinaan.

Menurut kajian, penulis mendapati bahawa budaya keselamatan berkait rapat dengan

komitmen pihak pengurusan dalam menggalakkan keperihatinan pekerja terhadap amalan

keselamatan. Selain itu juga, menurut Taubitz (1992); Swartz (1992) menyatakan bahawa

semasa pembangunan budaya keselamatan , komitmen dari pihak pengurusan atasan terhadap

program keselamatan amat penting bagi membangunkan budaya keselamatan dan ianya

sememangnya perkara utama yang perlu ditentukan. Melihat kepada hasil kajian, mereka
telah mengetengahkan beberapa isi penting yang berkait rapat dalam penstrukturan organisasi

pengurusan. Antaranya ialah Komitmen Pengurusan Atasan. Menurut Buchan, (1999)

menyatakan dalam usaha menwujudkan budaya keselamatan di tempat kerja terdapat dua

pendekatan yang boleh dilaksanakan. Pertama kita perlu lakukan apa yang telah kita lakukan

dan menerima akibat atau kesan yang tidak boleh dielakkan akibat kemalangan. Kedua, kita

perlu memahami sebagai suatu industri yang berisiko tinggi, kita perlu lakukan sesuatu yang

berbeza dan mengikut arus struktur persekitaran yang sering berubah jika hendak

mewujudkan budaya keselamatan dalam diri pekerja. Berdasarkan kepada kajian tersebut,

saya dapat rungkaikan bahawa para penyelidik telah menetapkan peranan pihak pengurusan

sebgai faktor utama dalam pembentukan budaya keselamatan. Dalam kajian ini juga, kaedah

yang digunakan adalah dengan memberikan sampel dan prosedur serta dengan melakukan

analisis data. Geografi kajian ini adalah terhadap industri pembinaan di Malaysia dan sampel

kajian ini adalah pekerja dalam sektor tersebut. Kajian seterusnya ialah “Keselamatan,

Kesihatan Dan Pekerjaan Dalam Syarikat Pembinaan Kecil: Faktor Kejayaan Kritikal Untuk

Meningkatkan Prestasi Keselamatan” oleh Abdul Rahman Abu Bakar (2017). Objektif kajian

ini adalah untuk menilai sejauh mana dan tahap kepentingan dan kedudukan organisasi

pengurusan bagi meningkatkan prestasi keselamatan dalam syarikat pembinaan kecil. Hasil

kajian mendapati bahawa keberkesanan pengurusan keselamatan yang berkesan oleh syarikat

akan mempengaruhi keselamatan di tempat pembinaan. Dalam pada itu juga, sekiranya

syarikat itu mempunyai pengurusan keselamatan yang berkesan, kemalangan di tapak

pembinaan boleh dikurangkan, sekali gus membantu mengurangkan kos yang terlibat dalam

kemalangan. Dalam kajian ini, penyelidik telah menerangkan beberapa faktor kegagalan

pengurusan keselamatan di mana boleh dijadikan sebagai elemen terpenting dalam

penambahbaikan terhadap konsep pengurusan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini

adalah kaedah dalam ISM yang dipanggil Structural Self-Interaction Matrix (SSIM) akan
digunakan oleh pengkaji. Pengkaji akan menghantar borang SSIM kosong kepada pakar

melalui e-mel lengkap dengan arahan mengenai cara mengisi SSIM. Geografi kajian ini

adalah syarikat pembinaan berskala kecil di Malaysia dan sampelnya adalah pekerja di

tempat pembinaan. Selain itu, terdapat juga kajian “Pengurusan Keselamatan Dan

Hubungannya Dengan Sakit Otot Tulang Pekerjaan Di Perodua Rawang” oleh Nurul Ain

Abdul Rahim (2012). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan diantara pengurus

keselamatan serta mengkaji dimensi pengurusan keselamatan yang paling mempengaruhi

terhadap kecederaan sakit otot tulang pekerjaan di kalangan operator pemasangan tayar di

Perodua, rawang. Dalam konteks pengurusan keselamatan, kajian ini dapat memberi input

baru kerana ianya melibatkan dimensi pengurusan keselamatan dan hubungannya dengan

kecederaan sakit otot tulang pekerjaan. Kajian ini dapat memperluaskan lagi skop pengurusan

keselamatan yang tidak hanya terbatas kepada aspek kepentingan pihak pengurusan malah

kaedah pelaksanaan yang betul dalam mengurus isu keselamatan pekerja. Kaedah yang

digunakan dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik. Data yang dikumpulkan akan

dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences Software (SPSS).

Responden kajian adalah terdiri daripada operator pemasangan tayar kereta kerana mereka

terdedah kepada risiko berlakunya kecederaan di tempat kerja. Geografi kajian adalah

industri Syarikat Perodua, Rawang. Terdapat juga kajian tentang “Pengurusan Keselamatan

Dan Kesihatan Pekerja Di Tapak Bina: Perspektif Kontraktor” oleh Wan Nadzri Osman, Nor

Syazwani Amminudin, Mohd Nasrun Mohd Nawi (2017). Objektif kajian ini adalah

mengenalpasti amalan-amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dijalankan di tapak

pembinaan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi oleh pihak pngurusan dalam perlaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di tapak pembinaan selain mengenalpasti strategi-strategi yang dijalankan bagi

mengatasi masalah dalam perlaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak
pembinaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungkait antara pihak pengurusan

dengan pematuhan keselamatan pekerjaan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah

mendapatkan maklumbalas pihak yang terlibat dalam industri pembinaan melibatkan data

primer dan data sekunder secara temubual. Geografi kajian ini adalah di salah satu induustri

pembinaan Syarikat Kontraktor dan sampelnya adalah pekerja di sektor tersebut.

2.2.2 Peraturan Dan Prosedur Keselamatan

Berdasarkan kajian “Pengaruh Hubungan Iklim Keselamatan, Dan Budaya Organisasi

Dan Kepatuhan Peraturan Keselamatan” oleh Gusti Wira Bayutama, Sri Gunani partiwi

(2017). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara iklim keselamatan dan

budaya organisasi terhadap pematuhan peraturan keselamatan. Dalam kajian ini, beberapa

model dan teori dijalankan bagi mengukuhkan lagi penyataan pembolehubah terhadap

peraturan dan prosedur keselamatan. Hasil daripada kajian tersebut, beberapa hipotesis yang

kukuh telah membuktikan bahawa hubungan terhadap peraturan dan prosedur amat kuat

dalam mewujudkan pekerja yang menitik beratkan berkenaan keselamatan pekerja. Kaedah

yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan Analisis Structural Equation Model

(SEM). Di mana dalam kaedah ini, penganalisaan terhadap beberapa hipotesis telah

dilakukan bagi melihat perkaitan yang kuat antara pembolehubah dalam kajian tersebut.

Geografi kajian ini adalah sebuah syarikat minyak dan gas ternama di Indonesia yang

berpusat di Jakarta, Indonesia dan sampelnya adalah daripada pekerja di syarikat tersebut.

Kajian seterusnya adalah berkaitan

2.2.3 Latihan Keselamatan

Menurut kajian “Kesan Amalan Latihan Keselamatan Kepada Komitmen Organisasi Di

Sebuah Organisasi Perkilangan Di Johor Bahru) oleh Shakirah Noor Azlan, Shah Rollah

Abdul Wahab (2018). Objektif kajian tersebut adalah mengenalpasti kesan amalan latihan
keselamatan terhadap komitmen organisasi di kalangan pekerja di sebuah kilang pembuatan

wayar di Johor Baharu. Dalam kajian ini, amalan latihan keselamatan mempunyai dua

dimensi iaitu pemerhatian dan penilaian terhadap latihan keselamatan (Wu et al., 2008).

Pemerhatian terhadap latihan keselamatan menunjukkan kepentingan pihak pengurusan

dalam memastikan setiap pekerja diberikan peluang menghadiri latihan keselamatan dan

memiliki kemahiran asas ketika berlaku kemalangan (Quintin et al., 2010). Manakala

penilaian terhadap latihan keselamatan adalah bagi mengukur keberkesanan latihan

keselamatan yang telah diberikan. Ini termasuklah dengan pencapaian objektif latihan

keselamatan yang telah dijalankan (Blanchard dan Thacker, 2007). Walaupun latihan

keselamatan yang dikaji dalam sektor yang berbeza namun penggunaan dan pengamalannya

adalah serupa. Dan ia hanya terdapat beberepa perbezaan dari segi cara penggunaan aset

seperti jentera, alatan dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan latihan

keselamatan telah memberikan kesan yang signifikan kepada komitmen organisasi di sebuah

organisasi pembuatan wayar di Johor Bahru. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian yang

telah dilakukan oleh pengkaji yang lepas (Faridah et al., 2009; Chandrakantan et al., 2013;

Lilis, 2009; Cagri dan Osman, 2010; Sue et al., 1998; Kathyn et al., 2010) yang menunjukkan

bahawa amalan latihan keselamatan memberikan kesan kepada komitmen organisasi.

Tambahan menurut Fernando et al., (2005) menyatakan bahawa komitmen organisasi bukan

sahaja dipengaruhi oleh pangkat, gaji dan kepuasan pekerja sahaja namun persekitaran

keselamatan memberikan kesan pada tahap komitmen organisasi setiap pekerja. Keadaan

yang selamat akan menyebabkan pekerja berasa selamat dalam menyelesaikan segala tugasan

yang telah diberikan. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan

borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Geografi kajian adalah kilang pembuatan tayar

di Johor Bahru dan sampelnya adalah pekerja dalam syarikat tersebut. Seterusnya, menurut

kajian “Keberkesanan Latihan Keselamatan Dan Kesihatan Dalam Mengurangkan


Kemalangan Di Tempat Kerja” oleh Mustazar Mansur, Ho Shu Peng (2009). Objektif kajian

adalah untuk mengkaji keberkesanan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam

industri dan penyelesaian yang lebih efektif serta melihat kesedaran, penglibatan, pengagihan

peruntukkan, pengetahuan dan kepentingan terhadap latihan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di kalangan industri-industri dan orang ramai. Kaedah yang digunakan dalam

kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Tinjauan yang dinyatakan adalah

pengumpulan sistematik maklumat atau data tentang individu melalui temubual atau soal

selidik dan mentakrif data dengan menggunakan analisis statistik. Maka jelas bahawa boring

soal selidik akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan data-data yang berkaitan.

Dan kaedah pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata di mana

sampel yang dipilih adalah berdasarkan kepada strata yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

Geografi kajian ini adalah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Kajian ini dilakukan terhadap para pelatih yang menyertai kursus latihan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan di NIOSH. Seterusnya, menurut kajian “Enhancement Of Safety

Permormance At Construction Site” oleh Aref Charehzehi, Alireza Ahankoob (2012).

Objektif kajian adalah untuk mangkaji hubungan antara pematuhan keselamatan terhadap

kadar kemalanga yang berlaku dalam industri pembinaan. Dalam kajian ini, beberapa

pemerhatian telah dilakukan terhadap pembangunan pengurusan keselamatan dalam sektor

pembinaan di Malaysia. Dalam kajian ini juga, penyelidik telah meneliti dan menambahbaik

sistem pengurusan yang sedia ada kepada yang lebih efektif. Hasil daripada kajian tersebut,

penyelidik mendapati bahawa tahap pematuhan yang diamalkan oleh pekerja dalam industri

pembinaan adalah masih lemah. Jadi pihak pengurusan dan pihak bertanggungjawab perlu

mempertingkatkan lagi sistem keselamatan pekerja supaya kadar kemalangan tidak berlaku

secara meluas. hasil kajian ini juga, para penyelidik dapat menyetakan beberapa elemen

penting terhadap pematuhan keselamatan pekerjaan. Antara elemen utama untuk


meningkatkan keselamatan dalam projek pembinaan adalah analisis risiko pada tahap reka

bentuk, strategi latihan, kebijakan penghargaan, komitmen pengurusan terhadap pelaksanaan

budaya keselamatan, kontraktor mematuhi peraturan keselamatan, menyediakan peralatan

dan alat yang selamat, pemilihan pribadi, dan mengambil tanggungjawab untuk melaporkan

kemalangan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah memberikan sampel dan

prosedur serta melakukan analisis data. Geografi kajian adalah terhadap industri pembinaan

di Malaysia dan sampelnya adalah pekerja dalam sektor tersebut. Terdapat juga kajian

mengenai “Assessing The Behavioural Factors’ Of Safety Culture For The malaysian

Construction Companies” oleh Faridah Ismail, Norizan Ahmad, Nurul Afida Isnaini Janipha

dan Razidah (2011). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor tingkah

laku budaya keselamatan bagi syarikat pembinaan Malaysia. Dalam kajian ini, beberapa

faktor dan dimensi telah dibincangkan terhadap budaya keselamatan. Antaranya adalah

menurut Vredenburgh (2002) melakukan penyusunan faktor yang terdapat di beberapa

laporan mengenai budaya keselamatan berdasarkan beberapa pengamal dan pakar (Cohen &

Cleveland, 1983; Pidgeon, 1991; Turner, 1991). Dia mendapati bahawa terdapat enam

amalan pengurusan yang telah dibincangkan secara konsisten mengenai budaya keselamatan

meliputi penghargaan, latihan, pengambilan pekerja, komunikasi atau maklum balas,

penyertaan, dan sokongan pengurusan. Tinjauan ini menunjukkan ketekalan di kalangan

penyelidik iaitu Cooper (1998); Ostrom (1993); Mohamed (2002); Weigmann

(2002); Vredenburg (2002) dan Schein (2004). Sehubungan dengan ini, Flin et.al., (2000)

menunjukkan bahawa dimensi ukuran iklim sangat berbeza dari segi kriteria, analisis

statistik, ukuran dan komposisi pekerja dan industri. Walaupun sebilangan penyelidik

menyebutnya sebagai "petunjuk", dalam erti kata lain menganggapnya sebagai amalan

pengurusan atau keselamatan. Namun, tampaknya ada kesepakatan secara umum bahawa

komitmen pengurusan adalah pendorong ke arah pencapaian budaya keselamatan. Komitmen


ini kemudian diterjemahkan ke dalam tindakan dan dicerminkan melalui amalan pengurusan

yang akan menanamkan dan menyebarkan budaya keselamatan ke dalam budaya

organisasi. Selanjutnya, Faridah (2010) mendedahkan bahawa faktor-faktor yang dikenal

pasti dari Tinjauan Awal adalah seperti kepemimpinan, komitmen organisasi, komitmen

pengurusan, latihan keselamatan dan peruntukan sumber. Kaedah yang dijalankan dalam

kajian ini adalah melalui pendekatan tinjauan soal selidik. Sampel kajian ini adalah dari

kontraktor berdaftar Gred 7 yang meluputi kontraktor prmbangunan di kawasan Lembah

Klang.

2.3 Teori dan Model

Pada bahagian ini akan dijelaskan mengenai teori yang berkaitan dengan pematuhan

keselamatan. Pelbagai teori telah diciptakan oleh para penyelidik sebelumnya yang berkaitan

dengan pematuhan keselamatan. Dalam meyatakan teori-teori tersebut, terdapat perkaitan

antara teori secara langsung atau tidak langsung terhadap pematuhan keselamatan.

2.3.1

Anda mungkin juga menyukai