Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-

Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sukacitanya ingin sekali

saya mengambil kesimpatan yang ada ini untuk mengucapkan rasa penghargaan yang tidak

terhingga kepada pihak-pihak yang banyak membantu serta membimbing saya dalam

melaksanakan kajian ini dengan lebih sempurna lagi.


Ucapan penghargaan ini, ingin sekali saya ajukan kepada penyelia saya iaitu Professor

Dr. Abdul Ghani Kanesan Abdullah yang banyak memberi pertolongan, bimbingan dan dorongan

serta tunjuk ajar yang berkesan. Beliau merupakan tulang belakang saya dalam melaksanakan

tugasan ini. Tanpa pertolongan daripada beliau, tentu sukar untuk saya menyiapkan tugasan saya

ini. Namun dengan izin Allah (s.w.t), saya berjaya menyiapkan disertasi saya ini.
Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada Dekan Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan USM, Professor Dr. Hairul Nizam Ismail dan semua pensyarah yang terlibat dalam

memberi dorongan dan bimbingan untuk saya menyelesaikan kajian ini.


Saya juga ingin mengucapkan rasa penghargaan ini kepada rakan-rakan seperjuangan

yang sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya. Begitu juga kepada pihak-pihak yang

terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sesungguhnya, Universiti Sains

Malaysia ini akan meninggalkan kenangan manis buat saya sepanjang pengajian saya di sini.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi

sokongan terutama sekali suami dan kedua ibu bapa saya yang tidak henti-henti mendoakan

kejayaan saya di dunia juga akhirat. Saya menyanjung tinggi segala sokongan, kesabaran dan

pengorbanan kalian. Semoga segala yang diusahakan ini akan membuahkan hasil yang baik dan

dapat memberi panduan kepada yang lain.

Anda mungkin juga menyukai