Anda di halaman 1dari 13

Kemahiran Membaca

TUGASAN
HBML 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Semester September 2007
(35 %)

Dengan menjadikan salah satu kemahiran bahasa ( mendengar, bertutur, membaca


dan menulis ) sebagai asas :
a ) Kenal pasti dan jelaskan masalah – masalah yang berkaitan dengan kemahiran
yang dipilih ;

1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui


pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat
ditempuhinya melalui pengalaman – pengalaman biasa yang lain. Pembacaan
membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang
dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan
pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.

Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid –
murid sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan
sebaik - baiknya

Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di


atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum
lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan
oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan
sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas
bagi murid – murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid – murid Tahu 6 yang masih
lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Dalam tugasan saya kali ini
kita akan membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan
murid – murid di sekolah rendah.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA


2.0.1 Pengertian Dan Tujuan

Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang – lambang


itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang
disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh
mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti
mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.

Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan


simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini
memerlukan daya mental.

Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah


huruf – huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat
– ayat kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna.

Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola
– pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .
Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui
bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan
beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran ,
iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan
membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran mengingat, mendengar dan
membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi – bunyi itu
untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang –
lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah
dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan
dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu
belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam
lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan
bacaan akaliah.

Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini
adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut
nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk
melalui jalinan huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan.
Secara tidak langsungnya membolehkan murid – murid membina kebiasaan
menutur ayat – ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca
oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat
memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang
berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga
membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi
masyarakat di sekelilingnya.

2.0.2 Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti.

Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada


keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca.
Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan
membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana
bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara
dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di


sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah
disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas
alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat
dan ketidakstabilan sosial.

Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah


melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas
membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum lagi
dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini pihak
Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah ini salah
satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif Awal
Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1.Ini
disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang
menyambung pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai
kemahiran membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada :
:
• Keupayaan berfikir yang rendah.
• Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.
• Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.
• Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
• Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan
huruf.
• Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar – gambar.
• Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf – huruf
( perkataan ).
• Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi
pendengaran.
• Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau
menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang
mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul.
• Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf –
huruf itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan
beberapa huruf atau bunyi.
• Kebolehan mental murid – murid itu secara am, misalnya kebolehan dia
mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.

2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar

Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud
kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~
perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi
mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap
skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi.

Menurut laporan di akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah
rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau
tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa
Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri
dan juga negara. Di antara implikasinya ialah :

• Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita
akan menjadi negara yang mundur di dunia ini.
• Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
• Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam
masyarakat.
• Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap
pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara.
• Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita
tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan.
• Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak
berminat untuk belajar.
• Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu
tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
• Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita – cita dan
fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ .
• Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan
yang yang tinggi.
• Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan
mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.
• Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah – masalah seharian
baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.

b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi
mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang
sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.

1.0 Aktiviti Bacaan


1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf –
huruf dan bunyi – bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara – perkara
yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran.

Lou E. Burmeister (1978), seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El


Paso, dalam Improving Speed of Comprehension in Reading menghuraikan tentang
Aspek Mekanis Membaca dengan melontarkan beberapa pertanyaan. Bagaimana
mata seseorang bergerak ketika mereka membaca? Apakah mata tersebut bergerak
dengan lembut, seperti ketika mengawasi seekor burung yang sedang terbang atau
menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat? Atau apakah mata bergerak,
berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan berhenti lagi?
Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang
menurut pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa – bila masa dalam
kelas pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan
mata seseorang ketika dia sedang membaca. Apakah mata si pembaca bergerak
dengan lembut? Jika mata tersebut bergerak dengan lembut, maka dapat
dipastikan bahawa dia tidak sedang membaca, kata Lou E. Burmeister.
Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu
saja berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-kata)
hanya dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata berhenti
bergerak, atau terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata, atau pada
satu frasa, maka barulah si pembaca mendapatkan apa yang dinamakan citra
visual. Berikutnya, jika memang dikehendaki mata akan bergerak untuk kemudian
berhenti lagi jika si pembaca ingin mendapatkan citra visual yang lain. Atau dengan
kata lain, dalam membaca mata seorang pembaca haruslah berhenti, bergerak,
berhenti lagi, bergerak lagi, dan seterusnya, jika dia menginginkan memahami apa
yang dibacanya.
1.2 Kemahiran Membaca Secara Akaliah
Bacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek – aspek sebutan, nada, tekanan
dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman terhadap isi
bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua – dua jenis bacaan
ini ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan pembelajaran
bacaan mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan contoh sebutan bunyi –
bunyi dan bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan kemudian diikuti oleh
murid – murid dengan kuat juga sama ada secara beramai – ramai, berkumpulan
ataupun secara individu. Setelah murid – murid menunjukkan kemahiran
membaca mekanis dengan memuaskan baharulah bacaan akaliah dijalankan.
Murid – murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan
dan kemudian membincangkannya atau menjawab soalan – soalan untuk menguji
kefahaman mereka. Bacaan akaliah ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Apa
yang umum diamalkan sekarang, di peringkat sekolah rendah, bacaan mekanis
diutamakan sementara diperingkat sekolah menengah, bacaan akaliah yang
ditekankan.
2.0 Aktiviti Untuk Mengatasi Masalah Bacaan
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah
kemahiran membaca ini. Seandainya masalah ini tidak di atasi diperingkat yang
sepatutnya maka ianya akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan
masalah pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini begitu
serius sekali dan perlu di atasi dengan segera. Di antara aktiviti – aktiviti yang
boleh mengatasi masalah ini ialah:

2.1 Aktiviti Peringkat Pra Bacaan.


Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor – faktor
persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid – murid
untuk menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu
peringkat yang penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang digunapakai
untuk mengajar pra bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah lama digunakan
oleh semua guru bahasa dikebanyakka sekolah. Kaeadah ini disebut kaedah huruf
dan kaedah mengeja. Dalam kaedah ini murid – murid dipekenalkan huruf A
hingga Z. Setelah murid – murid mengenal huruf – huruf barulah dinyatakan huruf
– huruf vokal, iaitu a , e , i, o dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk
membentuk perkataan, iaitu dengan mengabungkan huruf – huruf konsonan,
misalnya :
ba bi bu bo be be { taling }
ca ci cu co ce ce { taling }
da di du do de de { taling }
ha hi hu ho he he { taling }
ja ji ju jo je je { taling }
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan – perkataan seperti baca, babu, cucu,
dada, dahi, duda, budi dan sebagai. Perkataan – perkataan dieja mengikut nama
hurufnya dan kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan
perkataan dan seterusnya perkataan menjadi ayat. Lihat lampiran I

2.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis


2.2.1 Bacaan Intensif
Bacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa
yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri – ciiri tatabahasa seperti
struktur ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam konteks – konteks yang
berlainan.Guru harus membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid
supaya dapat mengatasi masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan
umtuk memperolehi dan memperkembangkan kemahiran – kemahiran berikut :
• Mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan
dengan tepat.
• Memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam sesuatu
petikan.
• Membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar.
• Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.
Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan – panduan berikut :
• Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menerik minat ataupun
bermakna kepada murid – murid. Seelok – eloknya bahan itu beraneka jenis,
meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
• Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka
untuk membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya secara
bersendirian ataupun membincangkannya bersama rakan – rakan. Elok juga
petikan itu diberi lebih awal sebelum pelajaran dijalankan.
• Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang – kurangnya seminggu
sekali.
2.2.2 Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan
di luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku – buku teks tetapi
buku – buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal, ensiklopedia dan
buku – buku rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar masa sekolah,
tanpa bimbingan daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan ini, murid – murid
dapat kepuasan, keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan. Bagi
menjalankan aktiviti ini ialah pada peringkat awalnya murid – murid bolehlah
digalakkan untuk membaca buku – buku bagi menanam minat gemar membaca.
Untuk menjalankan aktiviti ini lebih berkesan murid – murid mestilah dilatih
membaca mengikut teknik SQ3R iaitu :
• Mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea
keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung dalam buku itu;
• Membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan selepas
membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab soalan – soalan yang
mereka fikirkan/kemukan tadi;
• Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan;
• Menjelaskan atau menerangkan isi – isi penting ( untuk diri sendiri ) dan
membuat kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya mereka dapat
menyatukan semua maklumat yang telah diperolehi daripda pembacaan mereka;
• Mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan bahawa
tidak ada isi – isi yang tertinggal.
2.2.3 Penyampaian Kemahiran Membaca
Untuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca
dengan sempurna seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan aktiviti
bacaan kepada muridnya. Di antara langkah – langkah bagi menyampaikan
kemahiran membaca ini adalah seperti berikut :
• Mula – mula bermain dengan bunyi – bunyi, membezakan bunyi “ a “ daripada “
an “ dan mencari perkataan – perkataan yang menerbitkan bunyi – bunyi itu –
bunyi “ ba, bi, bu...”dan sebagainya.Diajar dulu secara lisan.
• Kemudian kenalkan lambang – lambang suku kata terbuka, didahului bunyi
huruf saksi “ a, i, u, e ( bertanda ), e dan o “ kerana bunyi – bunyi ini ialah bunyi –
bunyi dalam susunan bunyi – bunyi Melayu: “ e “ kerana bunyinya lebih kerap
berlaku dalam bahasa Melayu. Bunyi “ o “ diletakkan pada akhir susunan ini
kerana tidak berapa berbeza dengan bunyi “ a “.
• Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran yang
dinamakan “ asas bacaan “ ( Lampiran II ) didahului daripada alatan
membaca/mengajar sebelum membaca daripada buku.
• Menyambung lagi pelajaran suku kata terbukayang belum dikenalkan khas bunyi
“ nya “, “ nga “ dan lain lagi bunyi yang berkait seperti “ main “, naik, jauh, kuih,
buah,buat...”. Bunyi “ h “ seperti jahit, pahit “ dsan perkataan – perkataan tiga
kerat bunyi seperti “ belajar, binatang,perempuan, sekolah, Melayu....” dan
sebagainya.
• Mempelajari nama – nama huruf sert mengenal huruf besar.( Lampiran III ).
Tujuan untuk mengajar mengeja.
• Kenalkan bunyi – bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta bunyi –
bunyi berpandu dua.
3.0 Aktiviti Bacaan
3.1 Aktiviti PraBacaan
Diperingkat ini terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang pendekatan “ bunyi
kata “. Ia berasakan kepada hal – hal berikut :
( a ) sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistemik dan fonemik
( b ) kebanyakkan suku kata dalam bahasa Malaysia adalah jelas dan mudah.
( c ) Perkataan – perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah
diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.
Berikut adalah aktiviti – aktiviti yang boleh kita jalan diperingkat prabacaan :
• Aktiviti kita yang pertama ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal
: a , i , u. Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan huruf ini secara
latih – tubi, berselang seli. Kemudian barulah kita perkenalkan satu huruf
konsonan, misalnya “ k “ dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan ini
berulang kali supaya murid dapat membunyikan lambang itu dengan jelas.
Kemudian gabungkan kosonan “ k “ dengan huruf vokal supaya menjadi suku
kata : ka ki ku. Ulang sebutan suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah kita
cantumkan suku – suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang
bermakna, seperti :
ka ki jadi Kaki
ku ku jadi Kuku
Ulang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan – perkataan itu
menjadi frasa atau ayat yang bermakna. Misalnya :
kaki ku
kuku kaki
kuku kaki ku
Kemudian “ permainan “ mencantum huruf – huruf menjadi suku katadan suku
kata menjadi perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan – keratan
kad.Lihat Lampiran IV

3.2 Bacaan Mekanis


Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut
suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat
melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad
perkataan ini.
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah
seperti:
KAD AYAT

1.Ibu memasak nasi lemak di dapur.

2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.


3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

Kita juga boleh menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang
dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik.
Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil
pengetahuan am dan sedia ada.
b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai
pengukuhan.
d Penilaian
Aktiviti ini boleh kita rujuk Lampiran V.
4.0 Penutup
4.1 Perihal Mengajar Bacaan
Setelah murid – murid mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran bacaan,
mereka mestilah dilatih pula untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas
supaya kemahiran itu memberi feadah yang meluas kepada mereka. Mereka bukan
sahaja perlu dilatih membaca dengan kuat, sebuan, intonasi dan gaya yang betul
tetapi mestilah juga dilatih memahami dan meneliti dengan mendalam apa saja
yang mereka baca. Dengan erti kata lain bacaan mereka mestilah boleh memberi
kesan kepada mereka sama ada dari segi hiburan mahupun ilmu pengetahuan. Bagi
melatih ini bacaan intensif dan eksensif mestilah dilaksanakan.
Disamping kaedah dan pendekatan “ Bahan Bacaan Asas “ itu sendiri adalah
elemen yang amat penting bagi menentukan kemampuan prestasi kaedah itu dan
tingkat kemajuan dan kejayaan yang akan dicapai. Bagaimanupun kesimpulannya
bagi saya semua kaedah yang telah digunakan di sekolah – sekolah kita di Malaysia
ini, baik kaedah lama atau baru telah pun menghasilkan kejayaan masing – masing,
cuma yang berbeza ialah lambat atau cepat dan besar atau kecil kejayaan itu
dicapai, dan salah satu faktor utama yang memainkan peranan ang amat penting
dalam menjayakan sesuatu kaedah it ialah kesungguhan seseorang guru itu dalam
melaksanakan kaedah yang dipilihnya.
Maka sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca( termasuk menulis dan
mengira ) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru – guru
dan ibubapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga – tiga kemahiran ini
menjadi alat asas kanak – kanak untuk mempelajari Ilmu Sains,Sejarah,
Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, mata pelajaran Agama dan
kemahiran yang lain.Kemahiran ini merupakan asas untuk kanak – kanak
meneroka ilmu pengetahuan, mencipta dan membuat komunikasi. Dalam konteks
dunia hari ini, kecekapan ini amat diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai