Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Kontemporari, seseorang manusia perlu menguasai kemahiran berbahasa untuk


memperoleh kejayaan dalam kehidupan lebih-lebih lagi pada zaman yang serba canggih ini.
Kemahiran berbahasa dikatakan penting adalah disebabkan fungsinya yang melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kemahiran berbahasa merupakan
satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bukan lisan
seperti membaca dan menulis dan kemahiran lisan melibatkan dua kompenon asas seperti
mendengar dan bertutur. Kesemua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi antara
satu sama lain. Penguasaan terhadap kemahiran berbahasa ini sangat penting terutama
terhadap para guru dan murid. Seorang guru perlulah kreatif dalam menarik perhatian murid-
murid dalam memastikan ilmu yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa
yang ingin disampaikan. Seorang guru yang cemerlang perlulah mengetahui teknik-teknik
kemahiran berbahasa agar dapat menjadikan anak didiknya mahir dalam proses
pembelajaran.

1.1 DEFINISI KEMAHIRAN MENDENGAR

Pendengaran boleh didefinisikan dengan pelbagai cara iaitu pendengaran merupakan


gabungan segala yang didengari, difahami dan diingati. Pedengaran berlaku melalui latihan-
latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Individu lebih banyak mendengar
melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, psikologi dan
neurologi mempengaruhi proses pendengaran Pendengaran yang cekap memerlukan
penyatuan idea yang logik dan berkesan. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan
bukan perasaan. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan
idea utama, hujah dan bukti. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif
terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.

1.2 KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2004), maksud mendengar ialah dapat
menangkap suara atau bunyi dengan telinga. Manakala konsep mendengar merujuk kepada
keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan contohnya perbualan, perbincangan, berita
dan lain-lain serta dapat memberikan respon yang baik. Alat pendengaran yang digunakan
untuk mendengar ialah telinga.

11
Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau
memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk
mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat
dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan
pendengaran. Menurut Yahya Othman (2005) dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula
menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari
secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang
terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana
penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Menurut Kamarudin Haji Husin di dalam buku ‘Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa’
menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya
ia boleh dibahagikan kepada sembilan kategori. Antaranya adalah mendengar Secara pasif.
Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada
peringkat ini pendengar biasanya tidak berupaya memahami makna keseluruhan yang
diucapkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarinya. Pendengar juga
kurang memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkataan yang didengar itu.

1.3 KEMAHIRAN MENDENGAR

Pelajar yang menguasai kemahiran ini dapat mendengar dengan baik dan membalas
ransangan yang diterima setelah mentafsir apa yang didengar. Kemahiran ini juga dimulakan
pada peringkat awal dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan
kefasihan pelajar bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu. Mendengar melibatkan tiga
perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai. Mendengar bermaksud memberikan
perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur. Memahami pula bermaksud
mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya dengan cara kita sendiri.
Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula
memikirkan sama ada kenyataan itu memberikan makna tertentu dan kita hanya dapat
menerimanya tanpa berfikir. Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar. Pada peringkat
awal kemahiran mendengar, murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih
bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata
dan ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat kedua, pelajar didedahkan untuk mengecam
dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. Pelajar juga diajar untuk
mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Peringkat ketiga pula ialah
peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini, pelajar dilatih untuk

11
mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru akan mengajar
bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. Pelajar akan dapat
mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap.

2.0 KONSEP KEMAHIRAN BERTUTUR

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses


pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku apabila seseorang itu dapat memahami
dengan baik apa yang didengarinya. Seseorang individu dapat meningkatkan kemahiran
bertutur berdasarkan pengalaman dan kecerdasan otak yang banyak dipengaruhi oleh aspek
fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina.

Menurut Kamus Kamus Pelajar Edisi Kedua (2004), maksud bertutur ialah bercakap dan
berbicara. Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang amat
kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan
bunyi bahasa yang bermakna. Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur iaitu
bertutur merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu
berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta
perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti
melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.

2.1 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur melibatkan pelbagai aspek. Antara yang perlu diberi penekanan ialah
sebutan, intonasi, tekanan, jeda, mora, dan sebagainya. Untuk memahami dengan lebih lanjut
tentang aspek-aspek pertuturan, berikut merupakan penjelasan baginya. Pertamanya dari
segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Hal ini bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut
sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi,
ejaan dan makna. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai
ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh
dibunyikan sebagai semak dan sǝmak. Selain itu, jeda yang merujuk kepada aspek
persendian yang memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau
ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan
makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan makan’ jika tidak menggunakan

11
jeda bermaksud larangan untuk makan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/makan’ ianya
bermaksud menangguhkan seketika untuk makan dan kemudiannya memulakannya kembali.

Di samping itu, intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun
atau menaik sesuatu percakapan. Intonasi dalam ayat sama sentiasa berubah sama ada
menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya
biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun
di hujung ayat. Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang yang
menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah
dan formula tertentu. Ia terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam
bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititik beratkan tetapi
untuk memperolehi kemahiran bertutur atau bercakap dengan baik aspek ini haruslah
ditekankan. Manakala, nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu
sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati bahawa ada
lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So,La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata.
Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa
Cina.

Seterusnya, kelancaran bermaksud kefasihan dan kecepatan. Kelancaran menegaskan


perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan dan
tersekat. Aspek ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengajar
anak-anak belajar membaca pada usia setahun jagung lagi agar dapat meningkatkan
kelancaran membaca. Akhir sekali, Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid
boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks,suasana dan situasi yang
sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa yang
baik untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kemahiran mendengar dan bertutur
merupakan aspek yang sangat penting dalam melahirkan generasi pascamerdeka yang
berjaya dan seimbang. Para murid dan remaja haruslah sedar tentang kepentingan
menguasai kemahiran-kemahiran ini agar negara Malaysia terus maju di persada dunia. Hal
ini disebabkan merekalah golongan yang akan memimpin negara Malaysia kearah mencapai
lebih banyak kejayaan.

11
BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab. Rashid (1997). Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia.
Balakong, Selangor: Longman Malaysia

Abdullah Hassan (1998). Kemahiran Mendengar. Pelita Bahasa

Ahmad Shakir Md. Taha (1999) Panduan Belajar : Kemahiran Mendengar. Nadi Pelajar:
Utusan Konsume

Fatimah Idris (1995). Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu Dan Hubungannya Dengan
Kekerapan Penggunaan Secara Lisan. Bahasa Melayu Percakapan. Guru Bahasa.

https://www.scribd.com/doc/24984776/KEMAHIRAN-BERTUTUR

http://luqmanln.blogspot.com/2014/09/kemahiran-berbahasa.html

https://www.scribd.com/document/137305127/KEMAHIRAN-MENDENGAR

Kamaruddin Hj. Husin (1999). Pengajaran lisan: Kemahiran mendengar dan bertutur.
Kumpulan Budiman.

Mazlan Rais (2000). Kemahiran Mendengar : Asas Kemahiran Berbahasa. Dewan Bahasa

Meor Mohd Aiyub Meor Zakaria (1996). Kepentingan Aktiviti Ucapan Dalam Kemahiran
Mendengar Dan Bertutur. Jurnal Dewan Bahasa.

Raminah Haji Sabran (1988) Kemahiran Bahasa Untuk Maktab Perguruan. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd

Sulaiman Zakaria (2011). Pelbagai Aspek Bahasa. Malay language Usage


Proverbs, Malay.

Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

11
11

Anda mungkin juga menyukai