Anda di halaman 1dari 3

2.

3 CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT


1. Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada
sesetengah bahan kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan,
namun asal bahan tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan
masih mengekalkan ciri kelisanannya. Ada juga hasil yang masih lagi tersebar
secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.
2. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup
dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.
3. Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur
tokok-tambah tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu
sudah menjadi satu versi yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku
pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patinya tetap kekal.
4. Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan.
Penutur kesusasteraan juga bebas melakukan penambahan dan pengurangan
atau melakukan penyesuaian jika mereka mahu. Kewujudan karya yang sentiasa
berubah itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa penciptanya yang
sebenar.
5. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam bentuk tokok-tambah oleh
penutur dan pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama
masyarakatnya.
6. Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik bersama masyarakat secara tidak
langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah
hidup masyarakatnya. Penyataan tersebut mungkin dilahirkan secara terus
terang atau secara tersirat.
7. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media
lisan, penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan
ketika berhadapan dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup
sederhana dan seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar.
8. Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita
Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum
mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran
yang mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi
empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan

cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, klasifikasi
kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu.
9. Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang
tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan
dan tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan
perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat.
10. Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama
sesuatu masyarakat.

2.4 PERANAN SASTERA LISAN (RAKYAT)


1. Sebagai Alat Hiburan
2. Sebagai Alat Mengajar dan Mendidik.
Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur
pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini
terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke
arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak
mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang
terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.
Melalui cerita-cerita seperti Si Tanggang anak-anak dididik agar tidak derhaka
kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di
dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan
kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong
menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam
mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
3. Sebagai Alat Mengkritik.
Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita
jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang
bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan
hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsurunsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang
yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata
untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.

4. Sebagai Alat Perhubungan atau Komunikasi.


Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat
perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam
adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu
berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin
perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang
dan ketika majlis persandingan.
5. Sebagai kata Adat, Peraturan dan Pantang larang.
Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undangundang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut
menjadi pantang larang dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai