Anda di halaman 1dari 21

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan


biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru
yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik
minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara
lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main
peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang
dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan
bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di
dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya


pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang
hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan
sikap yang ingin dipupuk.

2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M.
Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.
Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu
teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan
rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan
sedang dilaksanakan.

2.1 TEKNIK IMPROVISASI


2.1.1 Pengenalan Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia
boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau
imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara
spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau
kreativiti mereka sendiri.
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif
dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini
juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan
apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid
agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.

2.1.2 Langkah-langkah Improvisasi


i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan
cerita atau gambar.
ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.
iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di
hadapan kelas.
iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk
membentuk keyakinan murid beraksi.
v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.
vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka
untuk berimprovisasi.

2.2 TEKNIK MAIN PERANAN


2.2.1 Pengenalan Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu
peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian
bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah
ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau
sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan
dalam situasi kumpulan.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan
berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan
tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang
sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat
maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan
atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh
juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan


i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan
ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang
terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakon
iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian
masalah yang timbul dalam situasi .
v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara
menyelesaikan masalah
vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA

2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita

Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca
skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan
penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat
memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di
hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti
yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita
melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid
lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk
genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan
digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.


i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.
iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut.
v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.

2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA


2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu
daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik
ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap
pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk
bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan
kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa
merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya
dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa

i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan
ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran
permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru
hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan


Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam
melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh
memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih
mudah untuk mengawal pasangan murid.

iii. Secara Individu


Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.

2.5 TEKNIK BERCERITA

2.5.1 Pengenalan Bercerita


Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan.
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan
yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid.
Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan
bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang
menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan
berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.

2.5.2 Langkah-langkah Bercerita

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
3.0 TEKNIK IMPROVISASI

3.1 Pengenalan Improvisasi

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)


melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.
Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa.
Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara
spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga
digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai
dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan
kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan
dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta
satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri.
Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas
secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan
berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid
bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI

3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan

Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan


sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika
keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog
murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan
arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.

3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna

Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau


keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid
mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.

3.2.3 Menyediakan saranan

Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk


menjana idea murid dalam improvisasi.

3.2.4 Tidak perlu penonton

Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini
demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi
dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka
dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan
perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan.
Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan
aksi spontan rakan mereka.

3.2.5 Aktiviti berkumpulan

Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan


natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih
luas.

3.2.6 Bijak melayani permintaan

Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa
mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.
3.3 PERANAN IMPROVISASI

3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi

Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau
mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga
dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis.
meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih
berfikir

3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa

Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping


dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran
berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum
berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara
pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh
menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan
situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak
formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran


yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam
kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan
berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.

Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk
berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan
beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya,
melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.

3.3.4 Pembelajaran kolaboratif


Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara
kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli
dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara
bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu,
mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.

3.3.5 Pengurusan masa

Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid
diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan.
Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi
yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.

3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri

Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara


tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak
masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus
beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan
dengan khalayak penonton.

3.4 AKTIVITI IMPROVISASI

3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan.
Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan
walaupun situasi yang sama.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua
mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas
anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan.
Bagaimana anda semua melayaninya?

3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar

Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid


menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam
kumpulan atau secara individu.

3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita

Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid
dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan
adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek


Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan
melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak
patung, surat khabar dan kostum.

3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak


Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti
Hang Tuah.

3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi


Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan
lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.

3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-
kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )

Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan
peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan
kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.

Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.


Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti
anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu.
3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak


balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Murid-
murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mendengar serta mengamati pendapat orang lain.

Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas


secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan
membina idea baru berdasarkan idea orang lain.
Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk
membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea,
melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap
resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )

Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog


berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh
menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan
sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan
seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat
dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau
berkumpulan.

3.5.4 Main Peranan ( Role Play )

Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan
berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-
kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap
sesuatu situasi.

Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan
justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama
penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku,
hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi
watak yang di lakonkan. Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis
diskripsi watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang
sesuai untuk kegunaan watak.

Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran


murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem
yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.

3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan
kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi
tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas


berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui


untuk meneroka isu-isu baru.
Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti
menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut
untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.

3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI


Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;
3.6.1 Diubah
Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika
Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan hidup
bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah
Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu
Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam gua tersebut, adakah
mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?
3.6.2 Dikecilkan
Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat
serangga seperti karya Honey! I Shrunk The Kids dan Rama-Rama karya Syed
Ali Syed Hassan.
3.6.3 Dibesarkan
Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman
dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi ancaman dynasour
tersebut?
3.6.4 Digantikan
Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti
menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang difikirkan
lebih cerdik.
3.6.5 Disusun semula
Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti
cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.

3.6.6 Diterbalikkan
Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:
i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?
ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?
iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?
3.6.7 Digabungkan
Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita
baru.

4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Tarikh : 1Julai 2010
Masa : 11.00 pagi 12.00 tengahari ( 60 minit )
Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)
Tema : Cerita Teladan
Tajuk : Monyet Yang Pintar
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton,dibaca atau dialami
5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton


atau dibaca

HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan dan
intonasi yang baik, jelas dan teratur.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara
umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran
dan gaya bahasa.

HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi


dan penghayatan yang sesuai.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;


1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan
intonasi yang sesuai.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.
Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,
ayat penyata
ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa
iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik

Kemahiran Bernilai Tambah


i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan
Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,
ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran Konstruktivisme

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid


Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama
iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan
intonasi yang betul
iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa
berserta maksud yang terdapat dalam petikan.
v) Penilaian : Mengisi borang grafik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :


i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang

Pengetahuan Perlu Ada :


i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.
ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi
(5 minit) 1. Kotak Ajaib
2. Teka-teki;
rasanya manis sedap sekali,
berkulit kuning banyak khasiat,
tumbuh subur di tepi kali,
dibuat kuih dibuat lepat. Guru membacakan teka-teki kepada murid.
Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut.
Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan
dengan isi pelajaran pada hari ini.

Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)


Langkah 1
(8 minit) Petikan cerita;
Monyet Yang Pintar
(Lampiran A) Murid diberikan petikan.
Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.
Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan murid)

Langkah 2
(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;
1. Improvisasi Verbal
( Verbal Improvisation )
Sambung dialog

2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )


Watak binatang dalam petikan
Murid murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang.
Murid dikehendaki
berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut.
Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau
menambahkan watak dalam cerita tersebut.
Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.
PP(Berpusatkan murid)

SP:Koperatif dan Kolaboratif

KBT
-Verbal linguistik

SP:Kontek luar
Nilai: kerjasama
Langkah 3
(25 minit) Persembahan improvisasi
Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap
seorang mewakili watak binatang.
Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam
improvisasi murid tadi.
Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka
mengenai watak dan perwatakan.
KB
(mempersembah-kan maklumat)
Langkah 4
( 7 minit) Latihan 1
Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)
Menulis watak dan perwatakan
Pengayaan
- mengecam dan menulis simpulan bahasa

Guru mengedarkan borang grafik.


Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan
yang terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan.
Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan
alasan)

Penutup
( 5 minit ) Lagu pisang goreng
(Lampiran C)

Murid menyanyikan lagu pisang goring


Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada
aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK

5.0 PENUTUP
Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid
menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap
nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta
memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta
kemahiran berkomunikasi.

Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk
berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi
dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan
perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh juga
memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan
sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya
berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya
sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih
berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan

a) Teater Pembaca
y
a. Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita dihadapan kelas.

b. Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik mukasahaja.

c. Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan ceritaitu seolah- olah
sedang berlaku di hadapan mereka.

d. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yangdijalankan

e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita


y
a. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orangpelakon.
b. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut
watakdalam cerita tersebut.
c. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
d. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat

a. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.

b. Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan danseorang pencatat.

c. Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.

d. Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangandijalankan.

e. Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.

f. Masa perbincangan 15 20 minit.

g. Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangandijalankan.

h. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(d) Monodrama

a. Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)

b. Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.

c. Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskanperanan dan
tindakan watak dalam sesuatu karya.

d. Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya danperwatakan individu
lain.

e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca

a. Seorang murid berlakon sebagai watak utama.


b. Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watakutama.

c. Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.

d. Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimikmuka, gerak tubuh
dan sebagainya.
e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas

a. Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.

b. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.

c. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watakberkenaan.

d. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yangsedang
dilakonkannya.

e. Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran PengurusanGrafik (LPG)


yang disediakan.

f. Teknik ii sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik

(g) Improvisasi

a. Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.
b. Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid.
c. Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
d. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen

a. Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satustesen.

b. Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.

c. Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.

d. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda

a. Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk petaminda.

b. Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendirimembina peta minda
itu.
c. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu

a. Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.

b. Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik laguitu dengan sajak
atau puisi yang dipelajari.

c. Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

d. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, danseloka.

(k) Dekon

a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.

b. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai denganmaksud
sajak/puisi

c. Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Anda mungkin juga menyukai