Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK MUDAH MENGAJAR KOMSAS : NOVEL DAN CERPEN

Hajah Ghazani Bt Awang Hamat


SMK Jengka 18
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.
1.0 Pengenalan
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dipengaruhi oleh beberapa unsur penting iaitu guru, murid, persekitaran dan bahan
bantu mengajar.

Namun, guru memainkan peranan penting dalam menentukan

murid belajar. Teknik yang diaplikasikan oleh guru merupakan aset penting sama
ada objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau sebaliknya. Kaedah
yang menarik dan berkesan amat penting khususnya dalam mengajar subjek
Bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan murid beranggapan bahawa mengikuti
pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah amat membosankan berbanding dengan
mata pelajaran lain. Bagi pihak guru pula mereka berpendapat bahawa pengajaran
Bahasa Melayu agak sukar untuk menarik perhatian murid. Kesannya ialah mata
pelajaran Bahasa Melayu kurang diminati oleh murid dan tiada komitmen yang
sewajarnya daripada guru.
2.0 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
Masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu timbul apabila pihak
guru gagal menggunakan pendekatan yang berkesan dalam memberikan penjelasan
terhadap sesuatu perkara. Kegagalan ini kemungkinan besar disebabkan guru tidak
mempunyai pengetahuan yang cukup dan kurang kreativiti dalam menyampaikan
sesuatu tajuk khususnya dalam aspek komsas seperti novel dan cerpen. Apabila
fenomena tersebut berlaku, akibatnya objektif pengajaran yang dirancang tidak
tercapai. Manakala murid pula akan menaruh sikap dingin dan negatif terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu.
3.0 Apakah Maksud Teknik?
Teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu bermaksud satu bentuk
pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah(Kamarudin Hj. Husin,
1990).

Pelaksanaan teknik yang sesuai dalam pengajaran dapat meninggalkan

impak yang positif terhadap objektif pengajaran selaras dengan perancangan guru

dalam tempoh masa tertentu. Namun, keberkesanan sesuatu teknik yang


diaplikasikan bergantung pada kemampuan guru memainkan peranan mereka di
bilik darjah.
4.0 Konsep Teknik Mudah Mengajar Komsas
Teknik mudah belajar komsas bermaksud guru menggunakan cara yang
bersesuaian mengikut tahap kebolehan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat mencapai objektif yang dirancang. Antara teknik yang
boleh diketengahkan ialah Teknik Tiga Dalam Satu, Teknik Padanan Watak, Teknik
Praktis Wacana dan Teknik Peta Minda.
4.1 Teknik Tiga Dalam Satu
Teknik Tiga Dalam Satu merupakan satu bentuk pelaksanaan pengajaran yang
dijalankan di bilik darjah. Teknik ini dapat mengatasi beberapa masalah murid
dalam pembelajaran komsas. Antaranya ialah;
a) Dapat menyelesaikan pertindihan penyataan dan huraian yang boleh
mengelirukan.
b) Mengelakkan murid terbeban kerana terpaksa membaca banyak
topik.
c) Memberikan kemahiran kepada murid dalam menjawab soalan-soalan
pemahaman.
d) Membimbing murid cara bijak belajar.
e) Murid-murid cepat faham dan mudah mengingati proses pembelajaran
Pelaksanaan Teknik Tiga Dalam Satu (novel Seteguh Karang)
Langkah 1
a) Guru menyatakan topik-topik yang akan dibincangkan kepada murid iaitu nilai,
latar masyarakat dan pengajaran.
b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang konsep nilai, latar masyarakat dan
pengajaran.
c) Guru membuat pengukuhan terhadap jawapan pelajar bagi konsep-konsep
tersebut.

Langkah 2
a) Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam menyatakan atau
menghuraikan nilai, latar masyarakat dan pengajaran terdapat
perbezaannya.
b) Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C.
c) Kumpulan A membincangkan nilai, kumpulan B tentang latar masyarakat
dan kumpulan C tentang pengajaran.
d) Berdasarkan jawapan murid guru memaparkan jadual untuk menjelaskan
ketiga-tiga aspek tersebut boleh dibuktikan melalui satu huraian/contoh
sahaja.

Bil

Nilai

Latar Masyarakat

Pengajaran

Huraian/Contoh

1.

Keberanian Masyarakat yang berani

Kita hendaklah berani


menyahut cabaran

Awanis berani
menunggang
motosikal tanpa
brek

2.

Ketabahan

Masyarakat yang tabah

Kita hendaklah tabah


Awanis reda
menghadapi
dugaan dengan kematian
hidup
kedua-dua ibu
bapanya

3.

Tolongmenolong

Masyarakat yang saling


membantu

Kita hendaklah
mengamalkan sikap
saling membantu

Kak Nor
menumpangkan
Awanis tinggal di
rumahnya.

4.

Kasihsayang

Masyarakat yang
penyayang

Kita hendaklah saling


menyayangi

Anita menyayangi
kedua-dua kakak
angkatnya iaitu Kak
Maysarah dan
Awanis

Langkah 3
a) Murid-murid diminta menjelaskan perbezaan antara teknik menjawab nilai,
latar masyarakat dan pengajaran berdasarkan jadual.
b) Seterusnya murid-murid dikehendaki membuat latihan lanjutan untuk menguji
pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
c) Berdasarkan pemerhatian didapati melalui kaedah ini murid-murid dapat
menyampaikan jawapan dengan tepat.

Kesimpulan
Teknik Tiga Dalam Satu dapat membantu murid menguasai topik yang dipelajari
dengan lebih cepat dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat
dilangsungkan dalam suasana yang menyeronokkan. Seterusnya mampu mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran.
4.2 Teknik Padanan Watak
Membantu masalah murid yang sukar mengingati peristiwa dalam bahan komsas
yang dibaca oleh mereka. Di samping itu dapat memangkinkan murid menguasai
perwatakan dengan cepat pada setiap watak sama ada dalam cerpen ataupun
novel. Cara tersebut juga membolehkan murid mengenal pasti peristiwa-peristiwa
penting dalam bahan komsas dengan cepat dan tepat. Lazimnya padanan watak
dilakukan antara watak utama dengan watak sampingan
Pelaksanaan Teknik Padanan Watak(novel Seteguh Karang)
Langkah-langkah
a) Guru meminta murid-murid menyenaraikan nama watak mengikut kepentingan
dalam novel.
b) Watak-watak yang tersenarai ialah Awanis, Kak Maysarah, Encik Johari, Anita,
Pak Oni, Kak Nor, Wan Asri, Budi, Kak Sofia dan Kak Maznah.
c) Murid-murid dikehendaki memadankan watak utama dengan watak sampingan.
d) Berdasarkan senarai watak maka wujudlah beberapa pasang padanan watak.
e)

Seterusnya murid-murid diminta mengenal pasti peristiwa-peristiwa penting


yang terdapat dalam setiap padanan watak.

Padanan 1

Awanis

Kak Maysarah

Peristiwa;
a) Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya hubungan Awanis dengan Kak
Maysarah tidak lagi mesra.
b) Keluarga Awanis juga tidak lagi ceria seperti ketika ibu bapanya masih
ada.

c) Perubahan dalam keluarga Awanis berlaku kerana Kak Maysarah telah


menjadi seorang yang pemurung.
d) Awanis berasa bosan hidup di rumah disebabkan oleh sikap Kak
Maysarah sedemikian rupa.
e) Kak Maysarah telah menyalahkan dirinya atas pemergian kedua-dua ibu
bapanya.
Padanan 2

Awanis

Encik Johari

Peristiwa;
a) Encik Johari tidak suka akan pelatih perempuan kerana dianggapnya
lemah/sukar untuk melakukan tugasan.
b) Encik Johari mengarahkan Awanis melawat ke ladang dengan menunggang
motosikal tanpa brek.
c) Awanis menyahut cabaran Encik Johari dalam menjatuhkan tandan kelapa sawit.
d) Awanis mengkritik tindakan Encik Johari tentang pembinaan teres di kawasan
ladang yang boleh mempercepat berlakunya proses hakisan.
e) Awanis akur terhadap setiap arahan Encik Johari walaupun hatinya kurang
senang.
Padanan 3

Awanis

Anita

Peristiwa;
a) Perhubungan kedua-dua watak di atas ialah adik beradik angkat.
b) Anita manyayangi Awanis dan hubungan mereka penuh kemesraan.
c) Ketika Awanis menjalani praktikal di Hulu Terengganu, Anita menelefon Awanis
dengan perasaan marah kerana merahsiakan status dirinya sebagai anak
angkat.
d) Awanis berusaha menyelesaikan masalah emosi Anita dengan membawanya
berjumpa keluarga kandung iaitu Encik Lee dan Puan Mary.

e) Awanis amat kesal apabila Encik Lee tidak menerima kehadiran Anita dalam
keluarganya atas alasan pembawa sial.
Kesimpulan
Watak-watak dalam komsas khususnya novel dan cerpen merupakan pancaran
peristiwa. Sehubungan dengan itu, padanan watak dapat membuka minda murid-murid
dalam menyatakan peristiwa sama ada berbentuk konflik, tindakan, respons dan
sebagainya. Dari sudut pengembangan pembelajaran pula, berdasarkan peristiwa yang
digalurkan secara tidak langsung murid-murid juga terdedah kepada perwatakan watak
yang menjadi padanan. Sesungguhnya Teknik Padanan Watak mampu membimbing
murid ke arah menguasai peristiwa yang berkaitan dalam novel atau cerpen yang dikaji.
4.3 Teknik Praktis Wacana
Kaedah ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran novel dan
cerpen untuk kumpulan murid-murid dalam kategori bepotensi/lemah. Melalui Praktis
Wacana murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti aspek tertentu seperti persoalan,
latar masyarakat, nilai, pengajaran dan sebagainya yang boleh didapati dalam wacana
pengajaran guru.
Langkah-langkah
a) Guru hendaklah memastikan wacana yang akan digunakan selaras dengan
fokus pengajaran dan pembelajaran.
b) Guru akan menyatakan fokus/tajuk perbincangan kepada murid-murid di
samping mengedarkan kertas edaran mengandungi wacana atau menayangkan
melalui skrin.
c) Murid-murid akan membaca wacana tersebut sambil menghayati kandungannya.
d) Berdasarkan wacana tersebut, guru akan meneruskan pengajaran melalui
aktiviti-aktiviti tertentu ke arah pembelajaran yang berkesan.
e) Kebanyakan aktiviti yang diadakan berdasarkan isi-isi tersurat dalam wacana
selaras dengan objektif pembelajaran murid.
f) Pelaksanaan aktiviti berdasarkan kreativiti guru supaya murid-murid mampu
menguasai fokus pengajaran secara cepat dan berkesan.

Pelaksanaan Teknik Praktis Wacana


Wacana 1 : Cerpen Budi Yang Tak Terbeli
Jemah seorang ibu yang penyayang. Dia amat menyayangi anaknya Murni. Mereka tinggal
berjauhan. Jemah menjalani kehidupan di kampung manakala anaknya Murni yang bersuamikan
Jamal tinggal di bandar. Atas dasar kasih-sayang Murni memujuk ibunya tinggal bersamasamanya di bandar. Namun Jemah tidak sanggup meninggalkan kampung halamannya. Pernah
juga dia mengikut Murni tinggal di bandar buat seketika. Dia berasa bosan dengan suasana
hidup di bandar. Jemah tidak boleh duduk diam. Apabila Murni dan Jamal ke pejabat, dia
menebang pokok-pokok dan menajak rumput di halaman rumah. Jamal amat marah tehadap
aktiviti ibu mentuanya manakala Murni menahan sabar. Sebenarnya Jemah tidak tahu bahawa
pokok-pokok dan rumput itu sengaja ditanam. Apa pun Jemah seorang ibu yang berpandangan
jauh.Wang yang Murni hantar setiap bulan tidak digunakan malah disimpan sedikit demi sedikit.
Akhirnya
Aktiviti;dikembalikan kepada Murni dalam bentuk geran tanah. Murni begitu terharu atas
pengorbanan ibunya.
a) Jelaskan maksud rangkai kata berikut,
i-

tidak sanggup meninggalkan kampung halaman(sayang akan kampung


halaman)
ii- tidak boleh duduk diam(rajin)
iii- disimpan sedikit demi sedikit(berjimat-cermat)
b) Huraikan nilai-nilai murni dalam wacana di atas.
iii-

kasih-sayang(Jemah amat menyayangu Murni)


rajin(Jemah menebang pokok dan menajak rumput di halaman
rumah)
iii- jimat-cermat(Jemah mengumpul wang yang dihantar oleh Murni
dan dapat membeli tanah untuk Murni).
c)Terangkan latar masyarakat yang boleh didapati dalam wacana tersebut.
i- Masyarakat bandar(Murni dan suami tinggal di bandar)
ii- Masyarakat yang penyayang(Jemah amat menyayangi anaknya Murni).
iii- Masyarakat yang rajin(Jemah menebang pokok dan menajak rumput di
halaman rumah).
Wacana 2 : Novel Terminal Tiga
Rimpa bersama-sama ibunya menjalani kehidupan dalam serba kekurangan
di pedalaman Sabah. Ayahnya telah menghilangkan diri selama sepuluh
tahun. Demi masa depan keluarganya Rimpa berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia
menuntut di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif.
Setiap kali cuti semester Rimpa akan pulang ke kampung menjenguk ibunya.
Dia pernah terkandas penerbangan di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz,
Subang disebabkan jerebu. Pada masa yang sama tanpa diduga Rimpa
berjumpa dengan bekas gurunya cikgu Ahmad Ibrahim.Rimpa juga pernah
membantu Bang Maily mengendalikan bengkel penulisan di Kota Kinabalu. Di
samping itu Rimpa tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam mencari
ayahnya hingga sampai ke Nabawan tetapi tidak jua berjumpa. Begitulah
ketaatan Rimpa kepada ibunya. Setiap arahan ibu tidak pernah dibantah oleh
Rimpa.

Aktiviti;
a) Senaraikan latar tempat yang terdapat dalam wacana di atas.
Pedalaman Sabah, Kuala Lumpur, Akademi Seni Kebangsaan, Kota Kinabalu,
Nabawan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang.
b) Berdasarkan Wacana jelaskan peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar
tempat tersebut.
i- Pedalaman Sabah(tempat tinggal Rimpa dan ibunya/menjalani
kehidupan)
ii- Kuala Lumpur(tempat Rimpa berhijrah)
iii- Akademi Seni Kebangsaan(tempat Rimpa belajar dalam bidang penulisan
kreatif)
iv- Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz(Rimpa terkandas penerbangan
kerana jerebu)
v- Kota Kinabalu(Rimpa membantu Bang Maily mengendalikan bengkel
penulisan)
vi- Nabawan(tempat Rimpa mencari ayahnya tetapi gagal)
Kesimpulan
Hakikatnya teknik Praktis Wacana ini membantu murid-murid mengenal pasti isi
berdasarkan tugasan. Bagi kumpulan murid lemah mereka tidak mampu menyatakan isi
/huraian

tanpa melihat yang tersurat. Dengan adanya wacana yang menarik dapat

menggerakkan kumpulan tersebut dalam melaksanakan tugasan dengan lebih aktif dan
menyeronokkan. Secara analoginya wacana tersebut merupakan hidangan lengkap
kepada murid dalam fokus pengajaran dan pembelajaran.
4.4 Teknik Peta Minda
Teknik ini merupakan kaedah ringkas dalam menyatakan sesuatu fokus. Muridmurid mampu mengingati fakta-fakta penting tentang topik-topik yang dipelajari oleh
mereka dalam tempoh masa yang singkat.
Langkah-langkah
a) Menyatakan fokus yang hendak dibincangkan. Fokus tersebut biasanya
merupakan topik-topik penting dalam kajian bahan komsas seperti tema,
persoalan, perwatakan, latar masyarakat, nilai dan pengajaran.
b) Guru hendaklah mengenal pasti kata kunci yang berkaitan dengan fokus
sebagai pancaran peristiwa atau huraian.

b) Sekiranya perlu peta minda tersebut juga hendaklah dilengkapkan dengan


nama-nama watak/tempat sebagai panduan kepada murid untuk mengaitkan
antara fokus dengan kata kunci.
c) Seterusnya guru membimbing murid-murid menghuraikan peta minda dengan
membina ayat demi ayat. Dalam setiap ayat semestinya ada penyataan dan
huraian/contoh.
d) Bahagian yang terakhir murid-murid dikehendaki membentuk perenggan bagi
menghasilkan wacana yang sempurna tentang peta minda yang dibincangkan.
Pelaksanaan Teknik Peta Minda
Peta Minda 1 : Novel Terminal Tiga
Fokus

Nabawan

: Perwatakan Rimpa

ASK

Bertanggungjawab
Berani
Rimpa

Penyayang

Mengenang budi

Tabah

Bang Maily

Keluarga
Dugaan hidup
Huraian/peristiwa;
a) Seorang yang berani(Rimpa berani berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar
di ASK)
b) Seorang yang bertanggungjawab(Rimpa mencari ayahnya sampai ke
Nabawan)
c) Seorang yang penyayang(Rimpa menyayangi keluarganya)
d) Seorang yang mengenang budi(Rimpa sentiasa menziarahi Bang Maily)
e) Seorang yang tabah(Rimpa tabah menghadapi dugaan hidup)

Peta Minda 2 : Novel Terminal Tiga


Fokus

: Nilai

N
I
L
A
I

Kegigihan

Ketegasan

Ketaatan

Rimpa

Rimpa

Rimpa

Belajar

Berhijrah

Solat

ASK

Kuala Lumpur

Islam

Huraian/peristiwa;
a) Kegigihan(Rimpa gigih belajar di ASK dalam bidang penulisan kreatif)
b) Ketaatan(Rimpa tidak meninggalkan solat apabila telah memeluk Islam)
c) Ketegasan(Rimpa tetap berhijrah ke Kuala Lumpur walaupun ditegah oleh
ibunya demi mengubah nasib hidup keluarganya)
d) Tolong-menolong(Bang

Maily

membantu

Rimpa

mendapatkan

pinjaman

kewangan daripada Kementerian Kebudayaan Sabah)


Peta Minda 3 : Cerpen Virus Zel Untuk Abah
Fokus

: Latar Masyarakat

Latar Masyarakat

Kasih sayang

Tabah

Gigih

Zel

Mama

Mama

Mama

Ibu tunggal

Komputer

10

Huraian/peristiwa;
a) Masyarakat yang gigih berusaha(Mama gigih mengendalikan perniagaan
komputer)
b) Masyarakat yang tabah(Mama tabah menjalani kehidupan sebagai ibu
tunggal)
c) Masyarakat yang penyayang(Zel amat menyayangi mamanya)
Kesimpulan
Teknik Peta Minda sesuai digunakan untuk semua golongan murid. Memudahkan
murid-murid untuk mengenal pasti kata kunci dalam setiap peristiwa. Teknik tersebut
juga dapat memandu murid-murid menghurai peristiwa dengan berkesan. Murid-murid
juga lebih terangsang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 Penutup
Kesimpulannya teknik-teknik yang telah dinyatakan di atas dapat digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan penguasaan peristiwa dalam
komsas khususnya novel dan cerpen. Di samping itu dapat membantu guru memberikan
penjelasan yang kukuh kepada murid untuk menyelesaikan masalah teknik dalam
menjawab soalan yang mempunyai perbezaan bentuk. Seterusnya dapat menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih menarik dan
menyeronokkan murid.

11

BIBLIOGRAFI
Haji Zainal bin Haji Bujang(2008), Guru Bestari Pelajar Jauhari. Al-Hidayah Publication,
Kuala Lumpur.
Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang(1994), Guru yang Efektif.
JPNP, Kuantan.
Kementerian Pendidikan Malaysia(2000), Antologi Kerusi. DBP, Kuala Lumpur.
Othman Puteh(2000), Terminal Tiga. DBP, Kuala Lumpur.

12

Anda mungkin juga menyukai