Anda di halaman 1dari 1

Bab 1.

4: Fadhilat Muamalat

1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.

2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.

3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada
Allah s.w.t.

4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia
dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t:

‫ِين آ َم ُنوا ِم ْن ُك ْم َوَأ ْن َفقُوا لَ ُه ْم َأجْ ٌر َك ِبي ٌر‬ َ ‫آ ِم ُنوا ِباهَّلل ِ َو َرسُولِ ِه َوَأ ْنفِقُوا ِممَّا َج َعلَ ُك ْم مُسْ َت ْخلَف‬
َ ‫ِين فِي ِه َفالَّذ‬

Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan)
sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai
wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada
harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar .

(Surah Al-Hadid Ayat 7 )

5. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan


manusia yang berakhlak mulia .

6. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada


melakukan perbuatan yang tidak baik.

7. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam
termasuklah :

a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan


b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi
kepentingan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai