Anda di halaman 1dari 5

Konsep al fallah menurut islam

KONSEP AL FALAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM



Al Quran menjelaskan bahawa hidup manusia akan bersambung ke alam akhirat dan
kesejahteraan manusia yang hakiki pula ialah keadaan yang memenuhi dua syarat ; ia mestilah
memenuhi tuntutan tuntutan kesatuan rohani jasmani di dunia dan sekaligus mengakibatkan
ke bahagian di akhirat. Ini bererti bahawa Islam mengenakan kaedah yang sama bukan kaedah
yang berbeza untuk mencapai hasanah fid dunya(kebaikan di dunia)dan seterusnya hasanah
fil akhirah( kebaikan di akhirat)


Konsep ini berbeza sekali dengan sebarang anggapan bahawa kesejahteraan manusia di dunia
tunduk kepada peraturan peraturan dunia yang lahir dari pengalaman dan kebijaksanaan
manusia manakala kesejahteraan manusia di di akhirat tunduk kepada tuntutan-tuntutan rohani
yang dipisahkan daripada tuntutan-tuntutan jasmani. Anggapan ini pada dasarnya, menolak
kesepaduan dan kesatuan nilai nilai moral rohani dan nilai nilai kebendaan. Dalam
pemikiran tentang pembangunan atau modenisasi, anggapan ini membuka jalan seluas-luasnya
kepada proses sekularasi yang
bercanggah dengan konsep dan kaedah kesatuan rohani jasmani dan kesatuan nilai-nilai
duniawi dan ukhrawi.

Keadaan yang memenuhi tuntutan-tuntutan kesatuan rohani dan jasmani di dunia dan sekaligus
mengakibatkan kebahagian di akhirat di dalam Al Quran disebut sebagai Al Falah. Ia
membawa erti kepada kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan kemakmuran. Menurut
pengarang kamus Arabic English Lexicon yang terkenal, iaitu Stanley Lane, Tidak ada satu
perkataan dalam bahasa orang Arab yang merangkumi pengertian tentang apa yang baik dalam
kehidupan dunia dan kehidupan akhirat daripada al Falah. Untuk menjelaskan nilai al Falah
ini, di bawah ini diberikan maksud sebahagian daripada ayat ayat Al Quran yang
menunjukkan keluasan ruang lingkup nilai tersebut.

1. Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian(pula) kepada fakir
dan miskin dan orang orang yang dalam perjalanan. Itulah lebih baik bagi orang orang yang
mencari keredhaan Allah dan mereka orang orang yang mendapat kejayaan dan kesejahteraan
.
( surah Ar Rum : 38)
2. . Apabila selesai solat,maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah
dan ingatlah Allah banyak banyak supaya kamu beroleh kejayaan dan kesejahteraan. (Surah
Al Jumu ah : 10)


Syarat syarat utama untuk mencapai nilai al falah berasaskan kepada ayat ayat di atas dan
beberapa ayat lain di dalam Al-Quran ialah :

i. Iman kepada Allahlah yang membuahkan perbuatan yang bermanfaat kepada diri dan
masyarakat.
ii. Taqwa kepada Allah, iaitu sikap sentiasa mentaati suruhan suruhan Allah dan berwaspada
terhadap setiap larangannya.
iii. Menunaikan kewajipan Allah dan kepada sesama manusia.
iv. Menjaga diri daripada menghabiskan masa dengan sia sia.
v. Menjauhkan diri dari perbuatan perbuatan yang diharamkan oleh Allah, seperti minum
minuman yang memabukkan, berjudi makan riba dan menaruh kepercayaan kepada selain
daripada Allah.
vi. Membersihkan hati nurani dan mendisplinkan diri daripada diganggu oleh nafsu syahwat.
vii. Bekerja untuk mencari rezeki tanpa melupai Allah.
viii. Mengorbankan harta benda dan masa pada jalan Allah.


i. Setiap insan mesti mengakui bahawa ia adalah seorang hamba Allah S.W.T. Allah menjadikan
kita supaya kita dapat beribadat padaNya. Kita sebagai seorang Islam sepatutnya kuat
mengerjakan amal ibadah, mengerjakan yang baik dan menjauhi yang mungkar agar kita
tergolong di kalangan orang orang beriman dan bertaqwa. Sebagai orang Islam kita
mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menegakkan Islam sebagai cara hidup. Kita perlu
menegakkan Islam sebagai cara hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Kita boleh berjuang atau
berjihad fiisabilillah dengan berbagai cara. Sekurang kurangnya kita berdakwah kepada
orang sekeliling kita seperti ahli keluarga kita, rakan rakan dan masyarakat.
ii. Kita sebagai umat Islam hendaklah mentaati segala suruhan Allah S.W.T. Iaitu dengan
berpegang kepada agama Allah. Oleh itu kita sebagai orang Islam hendaklah memahami ajaran
Islam yang telah dibawa dan telah disebar oleh Rasulullah menerusi Al Quran dan sunnah
Rasulullah. Kita mesti faham dan menghayati dan mengamalkan segala ajaran dengan keikhlasan
hati agar segala amalan dan perbuatan kita mendapat keredhaa Allah. Kita hendaklah meninggal
segala larangan yang diperintah oleh Allah agar kita menjadi hamba yang taat kepadaNya.

iii. Kita sebagai hamba hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam seperti
sembahyang. Sembahyang merupakan rukun Islam yang paling utama selepas syahadah. Ia
diibaratkan sebagai tiang agama Tanpanya runtuh agama. Kita juga hendaklah menunaikan
zakat. Seorang mukmin yang berjaya hendaklah menunaikan zakat agar dapat membantu
masyarakat Islam. Oleh itu ia dapat membebaskan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri.
Kita sebaga orang Islam hendaklah menunaikan janji. Bak kata pepatah Melayu kerbau
dipegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Maka jika kita hendak berjaya kita
hendaklah berpegang pada janji.

iv. Apabila mempunyai masa lapang kita perlu menggunakan dengan baik seperti beribadat
kepada Allah. Kita boleh membaca Al Quran. sembahyang sunat, atau apa saja yang boleh
mendapat keredhaan dari Allah. Kita perlu menjauhi perkara seperti mengumpat, memfitnah,
menipu dan merosakkan kemudahan awam. Orang yang beriman pastinya tidak mempunyai
masa untuk melakukan perkara yang tidak berfeadah kerana perkara tersebut tidak akan memberi
apa apa feadah untuk kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

v. Untuk mencapai kejayaan di dunia kita perlu menjauhi dari perbuatan perbuatan seperti
menzalimi anak yatim, minum arak, berjudi dan mempercayai sesuatu selain Allah S.W.T.
Banyak hadis yang menjelaskan tentang kebaikan memelihara anak anak yatim seperti :
Barang siapa yang menanggung anak yatim Islam di rumahnya yakni ia diberi makan dan
minum( sama dengan makan dan minumnya), maka Allah akan masukkannya dalam syurga,
kecuali jika ia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni. (H. R Tarmizi, 300 hadis Drs. Moh
Rafai 1973).


vi. Syaitan merupakan musuh utama. Selagi ada hayat dikandung badan dan an selama iman
masih bertakhta di dada selama itu ia tetap merasuk. Iblis, ketua segala syaitan telah bersumpah
sebagaimana di ceritakan oleh Allah di dalam Firman-Nya : Demi kemulian-Mu(Allah) akan aku
perdaya mereka(anak Adam) semuanya kecuali para hamba Mu yang ikhlas dikalangan
mereka. (Surah Shaad 38:82,83)

Oleh kerana sumpah bapa segala syaitan ini, maka mukmin hendaklah berwaspada terhadap
syaitan dari musuh musuh yang lain sebab syaitan musuh yang bukan yang paling bahaya.
Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu maka anggaplah ia benar
benar musuh. Sesungguhnya sekutu kutunya menyeru supaya mereka dan kamu menjadi ahli
neraka . (Surah Fathir 35:6). Selain syaitan untuk membersihkan hati nurani kita hendaklah
menjauhi daripada kebejatan dan keliaran nafsu yang tertanam di dalam diri sendiri. Orang yang
tewas di medan pertempuran dengan nafsu sendiri tidak akan berjaya di dalam medan yang lain
sebagaimana ditegaskan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Adapun orang yang yang takut
akan Makam Tuhannya dan mencegah dirinya dari menurut nafsu, maka syurgalah tempat
kembalinya . (Surah An Nazi : 79:40:41). Jadi orang yang mendisiplinkan diri hendaklah
memenangkan dirinya dalam peperangan dengan nafsu.

vi. Kita perlu menilai kita yang memberi kita rezeki untuk menampung keperluan diri,dan lain
lain. Kita perlu tentukan bahawa sumber rezeki dari hasil yang halal. Apayang penting dalam
pekerjaan kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah iatu kerja yang bermanfaat dan bukan
kerja yang bersubahat dengan kemungkaran. Jauhkan riba, rasuah. perjudian dan lain lain hasil
haram. Makan dan memberi makan keluarga dengan hasil atau rezeki yang haram makan
menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Tentang
rezeki yang diberikan oleh Allah, kita mesti ingat bahawa hanya sebahagian daripadanya adalah
untuk menampung kehidupan kita dan keluarga dari segi makanan, pakaian dan tempat berteduh,
dan sebahagiannya kita perlu simpan untuk masa hadapan, untuk perlindungan kita serta
keluarga. sebahagian lain untuk keperluan modal bagi perusahaan pertanian atau perindustrian
manakala sebahagian yang lain lagi bagi menanggung dan menolong orang orang yang sakit,
fakir miskin anak anak yatim, orang orang yang memerlukan bantuan akibat menanggung
hutang. kita perlu membantu mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam, iaitu untuk
berjihad fiisabilillah. Melaksanakan tanggungjawab untuk berzakat dan bersedekah adalah
penting dalam Islam. Kita mesti agihkan serta menguruskan kewangan kita dengan bijak supaya
mendapat keredhaan Allah.
vii. Apabila berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan kita hendaklah mengorbankan segala harta
pada jalan Allah. Dengan harta yang banyak kita boleh menolong orang yang memerlukan
pertolongan. Ini dapat mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa dan beriman kepada
Allah S.W.T.

Dalam ayat Al Quran menunjukkan bahawa perbuatan perbuatan zalim, kufur nikmat,
mermpersekutukan kuasa kuasa lain dengan kuasa Allah( syirik) takabbur, melanggar perintah
perintah Allah, tidak percaya kepada kekuasaan Allah, memilih jalan yang disukai oleh syaitan,
melakukan segala macam kerosakan di darat, laut,dan udara dan lupa kepada Allah semua
perbuatan ini tidak akan membawa kepada Al-Falah. Sebaliknya ia akan membawa kepada
khusran(kerugian yang hakiki). ( Lihat surah al-Baqarah : 64; al-Anam : 21, 21 ; Yunus : 17 ; al
Mu minum : 117).

Nilai al-Falah yang lebih banyak menekankan perlakuan moral manusia ini tidak menafikan
sama sekali kepentingan keperluan keperluan manusia dalam aspek kebendaan. Ajaran Islam
yang terkandung di dalam Al Quran, hadis, dan riwayat hidup sahabat sahabat Nabi
Muhammad S.a.w memberi tempat yang wajar kepada keperluan keperluan asas yang bersifat
kebendaan dan fizikal. Tetapi Islam tidak menjadikan keperluan keperluan itu sebagai tujuan
terakhir bagi perlakuan perseorangan dan kolektif. Dari perspektif sistem nilai Islam adalah
sangat keliru bila orang memperkatakan tentang kesejahteraan dan mutu hidup hanya merujuk
kepada faktor faktor pendapatan percapita, peralatan dalam rumah dan lain lain. Islam
mengakui perkara-perkara tersebut mustahak, tetapi ia tidak memisahkannya daripada persoalan
persoalan moral kerohanian yng ditimbulkan oleh manusia.

Dari perspektif Islam, pengabdian nilai nilai moral rohani yang tertentu dalam persoalan
persoalan ekonomi atau politik akan mengundang akibat akibat yang buruk dalam kehidupan
manusia baik secara individu atau masyarakat kerana perbuatan itu bertentangan dengan
ketentuan ketentuan Ilahi(sunnahtullah) yang mengatur kehidupan manusia dalam semua
keadaan. ( Lihat pada surah al Ahzab(33) : 62 ; Fathir(35): Al-Falah(48) : 23). Perspektif Islam
dalam hal ini hampir sama dengan pandangan Professor Jeffreys dalam bukunya Personel Values
in the Modern World yang berbunyi :

Our World is full of contradiction. If your problems were technical problems, there would be
some reason for believing the millienun to are fundamentally moral problems and moral
problems of which we can for the most part see no clear solution that life in this age is so
puzzling. Material standards of living were never worse. Housing, however imperfect, has never
been better ; yet for many people the home has never meant less. We have unprecedented control
over our material environment, and at the same time unprecedentedanxiety about the possiblitty
of rationally governing human behaviour.

Menurut Islam, hidup manusia di dunia ialah satu masa ujian daripada Allah. Maka Allah telah
menetapkan formula yang tertentu untuk mencapai Al Falah dan mengelakkan daripada al-
Khusran dalam kehidupan, di dunia dan di akhirat. Formula itu secara ringkas ialah integrasi
integrasi nilai nilai iman, taqwa,amal salih,bersyukur, ibadah, dan meninggalkan segala
larangan Allah. Di dalam Al Quran terdapat banyak sekali ayat ayat yang menunjukkan
kesan kesan positif dari keredhaan Allah( ridwan Allah) dan kesan kesan negatif dari
kemurkaan Allah( ghadab Allah) di dalam kehidupan dunia. Esensi daripada peranan Allah itu
dilihat daripada tiga ayat yang bermaksud seperti berikut :

1) Jikalau sekiranya penduduk kota kota itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami
akanlimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan(ayat
ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka kerana apa yang telah lakukan. (Al-Araf)(7) : 96)
2) Dan(ingatilah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari(nikmat mu), maka
sesungguhnya azab Ku sangat pedih. (Ibrahim(14): 7)
3) Dan barang siapa berpaling dari peringatan mu maka sesungguhnya baginya penghidupan
yang sempit( menyulitkan), dan Kami akan menghimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan
buta. ( Taha(20) : 124)

Maka untuk mendapat keredhaan Allah, marilah kita mengamalkan konsep al-Falah dalam
kehidupan seharian agar matlamat dan visi kita tercapai.

Anda mungkin juga menyukai