Anda di halaman 1dari 21

GP1 1083 : PENDIDIKAN ISLAM

USTAZAH SAPIYAH BINTI MD RANGGA


USTAZ ARIFFIN BIN SALLEH

AMIRAH NUR AISYAH BINTI SAMSULAMRI


NUR AFINI BINTI ZULKIFLI
NUR HUSNINA SYASYA BINTI JOHAR
1.0 DEFINISI KHALIFAH

Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu seseorang
yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang
yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya.

1. Menggantikan orang yang tiada.


2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Mengantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.
Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah SWT sebagai
pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan
menjalankan syariah Allah SWT sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat,negara dan
antarabangsa.
2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA

1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal
soleh dalam bentuk yang sempurna.

2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal
agama Allah serta ajaran Allah SWT.

3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari
dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan
ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas
muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah
kemungkaran.
Firman Allah S.W.T
 Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga
agama dengan melaksanakan dua perkara:

i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping
mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.

ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam
semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.
4. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam
neraka. Firman Allah SWT :
5. Kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali kepada beriman dan beramal soleh. Islam telah
menentukan tujuan kewujudan alam ini dan mewujudkan perseimbangan hubungan antara manusia
dengan Pencipta-Nya dan antara Pencipta dengan alam. Firman Allah SWT :
 Pengakuan dan pengiktirafan itulah menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka
bumi ini untuk diperintah dan membangunkannya. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan
pelbagai kemudahan termasuklah bumi dan laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki agar
manusia sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Pernyataan ini diperkuatkan berdasarkan
Firman Allah SWT:
6. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali.
Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-
mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat semasa manusia itu masih berada di alam roh lagi. Firman Allah
SWT:
3.0 PERANAN KHALIFAH MENJAGA AGAMA

a) Menegakkan Islam, dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat dengan menyatakan apa itu Islam kepada seluruh manusia dan
membuktikan kebaikan ajaran serta hukumnya di samping mempertahankan daripada musuh.

b) Melaksanakan Islam, iaitu dengan mengamalkan perintah-nya dan meninggalkan larangan- nya
serta mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak kepada sesiapa yang
tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan.
c) Mentadbir dunia dengan agama ialah menghayati bahawa urusan dunia itu termasuk dalam
urusan agama iaitu dia mestilah dipatuhi kepada perintah agama.

Sebagai hakikat, hamba dan khalifahnya maka manusia tidak berhak mencipta
apa yang tidak diizinkan-nya sebaliknya manusia hanyalah menerima,
menyampaikan dan melaksanakan apa yang telah termaktub dan tertulias. Firman
Allah SWT:
Abdul Kadir 'Audah menyatakan perlantikan umat manusia menjadi khalifah dan pemerintahan di
bumi ini ada dua bentuk dan coraknya ,iaitu bentuk umum dan bentuk khusus.

1. Mentadbir dunia dengan bentuk umum.

Perlantikan umat manusia sebagai khalifah di bumi dengan anggapan dan pandangan bahawa
mereka adalah pemerintah yang menjalankan kerja memakmurkan bumi ini dan juga menjalankan
kekuasaan memerintah dalamnya.
2. Mentadbir dunia dalam dua bentuk khusus:

a) Menjadi khalifah untuk memerintah negara dan menjadi khalifah untuk memerintah individu.

b) Menjadi khalifah di bidang politik dan pemerintahan .

Dalam kedua-dua bentuk di atas, adalah suatu anugerah Allah SWT kepada sesiapa
yang diizin dan diperkenankan-Nya daripada kalangan para hamba-nya , baik dalam bentuk
bangsa, atau individu setelah allah swt kurniakan kepada mereka nikmat menjadi khalifah di
bumi. Firman Allah SWT :
4.0 PERANAN KHALIFAH MENEGAKKAN AMAR MAKRUF DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN

Ungkapan amar makruf nahi mungkar sering kali diulang-ulang di helaian al-Quran
bagi membuktikan betapa penting dan tingginya amalan itu. Malah, yang lebih menariknya
ialah amalan amar makruf nahi mungkar adalah antara ciri utama sebagai umat yang terbaik.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya :
Setiap umat Islam bertanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar berdasarkan
kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab terhadap
anak dalam pemeliharaannya. Anak mereka wajib diasuh dengan tarbiah Islamiah agar menjadi
anak soleh dan bermanfaat kepada masyarakat Islam. Sebaliknya, kalau anak mereka melakukan
sesuatu bercanggah dengan nilai Islam dan norma masyarakat, maka ibu bapa bertanggungjawab
untuk menegur anak mereka dan memelihara mereka daripada terjebak ke lembah larangan Allah
SWT.

Seterusnya, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menyemarakkan amar


makruf nahi mungkar dalam konteks kemasyarakatan. Setiap orang sewajarnya berusaha ke
arah menghidupkan sebuah masyarakat bertolak ansur, bersatu padu dan bekerjasama dalam
segala lapangan hidup. Tidak ketinggalan, setiap orang wajib berwaspada terhadap sebarang
unsur atau gejala negatif yang cuba meruntuhkan kerukunan dan kesejahteraan yang mengiringi
hidup mereka.
Manakala bagi pihak kerajaan pula, dengan kekuasaan yang ada pada mereka boleh
menguatkuasakan akta, enakmen atau undang-undang bagi memastikan amar makruf nahi
mungkar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan pembabitan semua pihak
dalam menjayakan amar makruf nahi mungkar, kerahmatan Ilahi juga yang akan menjelma
memayungi kehidupan ummah sejagat.
5.0 PERANAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI

a) Ilmu Fardhu Ain


 Merupakan ilmu yang berkaitan dengan Allah SWT dan Rasul-rasul. Ilmu ini perlu didalami supaya mendapat
kesempurnaan di dalam hubungan antara hamba dan penciptanya iaitu melalui ibadah-ibadah khusus.

b) Ilmu Fardhu Kifayah


 Berkaitan dengan keduniaan dan bidang-bidangnya adalah berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya. Selain itu setiap umat Islam juga seharusnya memelihara hak diri dari soal agama hinggalah
aktiviti yang dilakukan seharian. Dengan adanya akal fikiran yang waras dan ilmu yang mendalam akan
dapat mendidik individu di dalam membuat segala keputusan dan perbuatan mengikut lunas-lunas Islam
yang sewajarnya. Dengan adanya ilmu Fadhu Ain, individu tersebut tidak akan melakukan perkara-perkara
yang diluar batas sebagai umat Islam yang boleh membawa kepada syirik. Mereka akan sentiasa menjaga
diri dan berwaspada serta menjaga maruah diri demi agama suci, iaitu agama Islam.
6.0 PERANAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

1. Memberi pendidikan keagamaan. Firman Allah S.W.T:


 Di sini jelaslah bahawa Allah telah mengingatkan setiap umat Islam supaya menyelamatkan diri
dan keluarganya dari api neraka iaitu melalui cara mematuhi dan taat mengerjakan perintah
Allah dan meninggalkan laranganNya.

 Walaupun pada dasarnya tanggungjawab ini amat berat namun ia seharusnya dilakukan dan
dimulai oleh ketua keluarga dengan ini ahli-ahli keluarga yang lain akan cuba menuruti apa yang
dilakukan oleh ketua keluarga ini.

 Selain itu, ketua keluarga juga boleh menyusuli dengan nasihat tunjuk ajar. Dengan ini secara
tidak langsung ketua keluarga telah memainkan peranan dan tanggungjawab terhadapnya.
Antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan dalam keluarga:

a) Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.


b) Tanggungjawab anak kepada ibu bapa
c) Tanggungjawab suami terhadap isteri.
d). Tanggungjawab isteri kepada suami

Anda mungkin juga menyukai