Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Murid berkeperluan khas dapat dibahagikan kepada beberapa kategori.


Antaranya ialah, disleksia, autisme, ADHD, lembam, masalah pendengaran, dan
masalah penglihatan (Owens, 2001). Tugasan pada kali ini, saya telah memilih murid
berkeperluan khas autisme sebagai isu masalah tingkah laku di dalam bilik darjah
Bahasa Melayu dan cara atasi yang boleh dilakukan bagi melengkapkan tugasan kali
ini.. Murid-murid autistik mempunyai masalah bahasa iaitu masalah dari segi
pertuturan (Asiah Hj. Ahmad , 2012). Masalah pertuturan ini sedikit sebanyak dapat
mempengaruhi masalah tingkah laku di dalam kelas. Menurut Ahmad Tarmizi (2011)
dalam Noor Aini Ahmad dan Norhafizah Abu Hanifah (2015), tingkah laku merujuk
kepada respon perbuatan, persembahan dan prestasi seseorang yang dapat dilihat
serta diukur setelah mereka menerima rangsangan. Ini bermaksud bahawa tingkah
laku merupakan suatu perlakuan yang dapat dizahirkan oleh seseorang individu.
Oleh itu, guru haruslah lebih cakna dan berempati terhadap pelajarnya yang
mempunyai tingkah laku bermasalah agar dapat menentu dan melaksanakan strategi
dan teknik yang sesuai untuk menjalankan modifikasikan tingkah laku yang tidak
diingini demi menjaga iklim bilik darjah yang konduksif dan mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru perlu
mengambil beberapa tindakan yang boleh dilakukan dari segi penjagaan hubungan
murid, strategi, intervensi dan peranan guru itu sendiri dalam mengambil kira
kepebagaian murid tersebut bagi mewujudkan pembelajaran yang kondusif (Said, &
Hamdan, 2000).

1
2.0 ANALISIS MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN (AUTISME) DALAM MASALAH BAHASA DI DALAM BILIK
DARJAH

Masalah tingkah laku yang makin menjadi dari hari ke hari dapat dilihat seiring
dengan perkembangan dunia pada zaman ini. Dunia amat peka tentang masalah
tingkah laku seperti suka membuli rakan sekelas sewaktu pengajaran dan
pembelajaran yang mampu menimbulkan isu pengurusan tingkah laku. Namun,
ramai yang tidak sedar bahawa masalah tingkah laku seperti pengasinagn diri iaitu,
tidak mahu bersosial dan pasif sewaktu pengajaran juga boleh memberi kesan yang
buruk terhadap pengajaran kelas. Hal ini dapat dilihat memberi kesan, menyebabkan
akhirnya timbul isu masalah tingkah laku iaitu, kelancaran terganggu sewaktu guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang
mangalami gangguan tingkah laku biasanya akan menunjukkan tingkah laku yang
berlawanan dengan tingkah laku yang sepatutnya (Noriati A. Rashid, Boon P. Y. &
Sharifah Fakhirah Syed Ahmad, 2017). Mereka akan bertindak pasif di mana,
sebarang tugasan yang melibatkan aktviti bersosial seperti kerja kumpulan, mereka
akan bertindak untuk tidak bersama-sama melibatkan diri bersama kerana mereka
tidak berani untuk berkomunikasi dan sifat mereka yang suka bersendirian (Mohd.
Hasani Dali, 2010). Mereka lebih suka memencilkan diri dan tidak berkomunikasi
antara rakan dan juga guru. Kebiasaannya, bahasa yang digunakan juga berlainan
dengan rakan-rakan yang lain akibat dari kurangnya bersosial dan berkomunikasi.
Impaknya, ini akan menyukarkan guru untuk menyampaikan sebarang input atau
menyukarkan guru untuk mendapat sebarang maklum balas daripada murid tersebut
kerana mereka kerap menunjukkan sikap pengasinagn diri dan akhirnya ini akan
menyebabkan proses pengajaran guru di dalam kelas akan terganggu.

Masalah tingkah laku tidak mahu bersosial dan bertindak pasif semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran ini dapat dikaitkan dengan murid masalah
pembelajaran. Murid bermasalah pembelajaran yang berkelakuan pasif ini sering
dikaitkan dengan murid-murid Autisme. Autisme membawa maksud keadaan yang
menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
Menurut (Mahfuzah Zainol, 2017), autisme berasal dari perkataan “autos” yang
memberi makna diri sendiri manakala perkataan “isme” pula bermaksud satu
aliran. Salah satu ciri murid autisme yang mampu menimbulkan isu masalah tingkah
laku ialah, dari segi hubungan sosial di dalam kelas, kanak-kanak autisme disifatkan
sebagai kaku dan ketidaksesuaian bersosial . Hal ini kerana, setelah dianalisis dan

2
didalami masalah dengan bersumberkan video yang ditonton daripada Youtube,
seorang kanak- kanak autisme mengalami masalah pragmatik dari segi ekolalia.
Contoh yang terdapat di dalam rakaman video tersebut ialah,

Mom : We gonna talk to doctor.


Child with autism : We gonna talk to doctor.

Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang


dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Hal ini
kerana, kanak-kanak autisme tidak memahami makna perkataan tersebut sekaligus
menyebabkan mereka menyalahgunakan perkataan tersebut dan mengulang semula
perkataan yang didengari. Ekolalia inilah merupakan fakor kepada murid-murid
austisme menjadi tidak yakin dan sejurusnya membuatkan mereka untuk bertindak
tidak mahu bersosial dan bersikap pasif sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
Maka mereka tidak berani untuk berkomunikasi dalam bilik darjah sewaktu
pengajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran lisan (Owens, 2001). Bukan itu sahaja,
mereka juga mungkin akan diketepikan oleh rakan sebaya. Kesannya mereka tidak
mahu bersosial dan suka menyendiri sewaktu pengajaran kelas Bahasa Melayu
akibat dari jarang berkomunikasi secara spontan dan juga mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang lemah dan akhirnya mereka tidak dapat berkomunikasi dengan
baik akibat pemerolehan bahasa yang kurang. Oleh sebab inilah, mereka
mempunyai masalah tingkah lau untuk tidak mahu bersosial dan bertindak pasif.

Faktor lain yang menyebabkan murid-murid tersebut untuk bertindak tidak mahu
bersosial dan pasif sewaktu pengajaran dan pembelajaran ialah faktor keluarga
dimana pengabaian dari keluarga sendiri. Hal ini demikian kerana, murid-murid
Autisme ini tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya oleh ibu bapa mereka
sendiri. Ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak-anak mereka.
Mereka tidak meluangkan masa bersama ketika waktu lapang seperti bersama-sama
bermain di taman atau memaca buku cerita bersama-sama. Ini menyabakan
komunikasi antara ibu bapa dan murid Austisme tersebut tidak berlangsung sehingga
menyebabkan, murid Autisme tersebut berasa kekok untuk bersosial dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Tambahan pula, mereka turut merasakan
kehadiran mereka seperti seolah-olah tidak diperlukan. Maka sepanjang proses
perkembangan murid-murid Autisme ini akhirnya, terganngu kerana kurangnya
pemerolehan bahasa akibat daripada kurangnya berkomunikasi dan bersosial
bersama keluarga. Maka timbullah isu murid tidak mahu bersosial sewaktu

3
pengajaran dan pembelajaran di kelas.

3.0 KAEDAH PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH DAN PENGAPLIKASIAN


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENGATASI
MASALAH TINGKAH LAKU

Maka kaedah yang sesuai digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah
tingkah laku akibat dari masalah pertuturan ialah, latih tubi. Kaedah latih tubi
bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid
tentang pembelajaran Bahasa Melayu secara spesifik supaya mereka secara
automatik boleh menyebut atau memperingati semula cara berinteraksi dengan
menggunakan pragmatik yang betul. Guru boleh menggunakan bahan Picture
Exchange Communication System (PECS) semasa melakukan aktiviti latih tubi bagi
murid autisme di dalam bilik darjah Bahasa Melayu (Ahmad, 2008). PECS
merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah bahasa dan komunikasi dalam
masa yang sama mampu mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan
kanak-kanak autisme. Menurut Wallin (2004), PECS ialah sistem komunikasi
augmentatif yang dibentuk untuk membantu individu memperolehi salah satu cara
untuk berkomunikasi dengan orang lain. PECS merupakan strategi pengajaran
berpusatkan murid di mana, apabila murid hendak berkomuniasi, mereka akan
memilih kad gambar yang menunjukkan perlakuan yang mereka mahukan.
Contohnya, murid autisme tersebut ingin meminum air, murid tersebut perlu
mengambil kad yang menunjukkan gambar air kepada guru dan guru akan meminta
mereka untuk menyebut ayat yang penuh. Contoh “Saya mahu minum air.” Latih tubi
ini akan dilakukan secara kerap supaya akhirnya mereka boleh berkomunikasi.
Impaknya mereka cuba untuk bersosial apabila melakukan aktiviti berkumpulan
bersama rakan kerana mereka sudah mula boleh bertutur. Kesannya, masalah
tingkah laku seperti tidak mahu bersosial dan menunjukkan sikap yang pasif dapat
dicegah.

4
Guru akan membuat latih tubi dengan menggunakan PECS sebagai bahan dari
hari ke hari dengan menyediakan beberapa peraturan bedasarkan Model
Berkelompok Kounin kepada murid autisme. Peraturan yang disediakan untuk
mengawal tingkah laku supaya mereka dapat jadikan panduan di dalam kelas
sewaktu pembelajaran Bahasa Melayu. Ini dapat mengelakkan mereka dari terus
melakukan masalah tingkah laku pasif di dalam kelas. Sebagai contoh, peraturan
“Murid yang tidak mahu melakukan aktviti latih tubi PECS akan dikenakan hukuman
untuk berehat lewat”. Guru perlu menerangkan peraturan tersebut di dalam kelas
tersebut dengan jelas, tegas dan serius sepertimana yang ditekankan oleh Kounin
suapaya murid autisme lebih peka (Haliza Hamzah and Samuel, 2009). Sewaktu
guru menjalankan aktiviti latih tubi tersebut, guru perlu memastikan bahawa,
kelancaran latih tubi menggunakan PECS terjamin, tidak tertangguh dan arahan
yang jelas untuk menjamin keberkesanan dalam bilik darjah sepertimana ditekankan
oleh Kounin. Setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa melakukan Latihan
PECS secara kerap akan memberi impak kepada mereka dimana, mereka mendapat
keyakinan untuk berkomunikasi dan bersosial di dalam bilik darjah antara rakan dan
guru. Akhirnya, masalah tingkah laku pasif dan suka menyendiri murid autisme dapat
dibendung dan tidak akan berlaku lagi (Robertson, 1989).

Tambahan pula, penggunaan latih tubi untuk Bahasa Melayu juga perlu
dilakukan mengikut keperluan dan kepelbagaian murid. Ini kerana setiap murid yang
dilahirkan mempunyai kepelbagaian kecerdasan yang tersendiri. Ini disokong oleh
Rohani Abdullah (2000), Howard Gardner menyatakan bahawa, terdapat lapan jenis

5
kepelbagaian kecerdasan minda bagi setiap individu. Oleh itu, latih tubi yang
dilakukan oleh guru perlu dirangka dengan baik. Bagi murid yang yang mempunyai
tahap penguasaan Bahasa Melayu yang rendah, gruru boleh melakukan kaedah latih
tubi yang mempunyai tahap yang mudah dengan lebih kerap, manakala murid yang
mempunyai tahap penguasaan yang lebih tinggi, guru boleh menggunakan latih tubi
yang peringkat tinggi atau kaedah lain yang lebih mencabar. Penelitian terhadap
keperluan dan kepelbagaian murid amatlah penting untuk menjamin keberkesanan
pengajaran guru dalam melangsungkan kaedah latih tubi.

Rasional memilih latih tubi dengan menggunakan PECS sebagai bahan ini dapat
menimbulkan pembelajaran yang kondusif. Murid-murid autisme akan lebih tertarik
hal ini kerana, latih tubi PECS mempunyai perkataan yang disertakan dengan
gambar-gambar menarik yang menunjukkan perlakuan bagi perkataan di kad
tersebut. Bantuan gambar sebegini, akhirnya akan membuatkan mereka berasa
gembira dan tidak sabar untuk membuat latih tubi yang diberikan (Wong Kiet Wah,
Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina
Ahmad, 2013). Maka, mereka tidak akan melakukan masalah tingkah laku tidak
mahu bersosial dan tidak mahu berkomunikasi. Impaknya, mereka melakukan latih
tubi dalam keadaan yang aman dan tenteram di dalam bilik darjah. Maka, Ini dapat
dikaitkan dengan pengaplikasian Model Berkelompok Kounin di mana, guru yang
mempunyai momentum yang baik seperti memilih kaedah latih tubi yang
menggunakan bahan bergambar menarik supaya dapat menarik tumpuan murid dan
melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dengan cekap pengajaran ini dapat
menghasilkan pembelajaran kondusif di dalam bilik darjah (Haliza Hamzah and
Samuel, 2009). Akhirnya, pemilihan latih tubi dapat mengelakkan masalah tingkah
laku murid autisme dari tidak mahu bersosial dan bersikap pasif di dalam kelas.

Selain itu, masalah tingkah laku juga boleh diatasi dengan membina hubungan
yang positif antara murid autisme dan guru semasa melakukan latih tubi di dalam
bilik darjah (Goh, S, 2005). Hal ini kerana, mereka akan merasa lebih selesa dan
yakin untuk tampil ke hadapan untuk bersosial dan berkomunikasi di dalam kerja
kumpulan atau di hadapan kelas. Membina hubungan positif juga dapat
mengelakkan berlakunya sebarang jurang jauh antara satu sama lain. Kesannya,
apabila mereka selesa, mereka akan mudah menerima pembelajaran dan
pembelajaran. Menurut Roth (2015), otak individu akan dapat menguasai lebih
banyak maklumat sekiranya individu tersebut berada di dalam keadaan selesa dan
akhirnya dapat mewujudkan pembelajaran yang kondusif. Impaknya, masalah

6
pembelajaran dan masalah tingkah laku juga dapat diatasi (Haliza Hamzah and
Samuel, 2009).

Ini dapat dijelaskan lagi dengan bahawa Skinner (1979) menyatakan bahawa
terdapat empat jenis aspek yang boleh merangsang proses pembelajaran dan
pembetukan tingkah laku di dalam bilik darjah sekali gus mewujudkan pembelajaran
kondusif dan mengelakkan masalah tingkah laku dari terus berlaku iaitu, peneguhan
(positif atau negatif), dendaan, prinsip dan pelupusan. Maka, teknik modifikasi
tingkah laku juga boleh dilakukan ialah oleh guru ialah Ekonomi Token bagi
mengahalang dari masalah tingkah laku tidak mahu bersosial dan pasif murid
Autisme (Syarinah Mad Sehat, 2015). Ekonomi Token adalah program modifikasi
tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan tinglahlaku yang diingini dan
mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui penggunaan Token (tanda-
tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan tingkahlaku yang diingini
iaitu mereka bersosial dengan melakukan kerja kumpulan yang telah diberikan oleh
guru. Manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan tingkahlaku
yang tidak diingini seperti tidak mahu bersosial dengan tidak mahu menyertai aktiviti
bersosial seperti aktiviti berkumpulan. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar
dengan peneguh seperti hadiah yang mereka minat seperti pemadam warna-warni
maka ini dapat menarik minat mereka (Hakimi Ismail, 2017).

7
4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, bagi menangani masalah tingkah laku di dalam kelas seperti


tidak mahu berkomunikasi dan juga bertindak pasif, guru perlulah bijak dalam
memilih kaedah dalam mengajar Bahasa Melayu bagi murid masalah berkeperluan
khas autisme dengan menggunakan model pengurusan disiplin yang sesuai suapaya
masalah pertuturan dan masalah tingkah laku dapat diatasi. Contohnya, penggunaan
Model Berkelompok Kounin semasa melangsungkan kaedah latih tubi merupakan
gabungan yang boleh dilakukan oleh guru. Tambahan pula, pemilihan kaedah yang
ingin dijlankan ke atas murid perlu dilihat secara keseluruhan dari segenap aspek
dengan mengambil kira kepelbagaian murid tersebut. Menurut Prof. Madya Dr Azizi
Yahaya dan Badrulzaman Baharom (2015) percaya bahawa dengan melakukan
intervensi awal dapat mencegah pelbagai masalah pendidikan. Tingkah laku yang
tidak diingini perlulah dibendung dari kecil kerana pepatah juga pernah menyebut
bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru itu, ibu bapa dan pihak
sekolah sewajarnya memainkan peranan masingmasing dalam menangani
permasalahan ini.

Anda mungkin juga menyukai