Anda di halaman 1dari 7

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SIDANG AKADEMIK 2020/2021

PPK211 : MASALAH PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH

NUR ATHIRAH BINTI CHE ZAMBELI


148249

DISEDIAKAN UNTUK
EN FADZIL ABDULLAH
Berikan definisi autisme dan jelaskan ciri-ciri untuk mengenal pasti kanak-kanak
autisme.

Autisme berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme membawa erti
aliran. Jadi autisme bermaksud kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Kanak-
kanak autisme biasanya mempunyai gangguan dalam komunikasi, masalah dalam interaksi
sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi.
Hallahan dan Kauffman (1976) menyatakan autisme merupakan satu kecelaruan yang
bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa
dan boleh dilihat sebelum umur 30 bulan. Manakala menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi dan
Roberts (1996), mereka menyatakam bahawa autism merupakan gabungan dua perkataan
Greek, iaitu aut yang bermaksud diri dan ism yang bermaksud orientasi atau keadaan. Ia
bermaksud seseorang tidak terbiasa dengan diri sendiri serta gagal menunjukkan minat
terhadap orang lain.
NASOM pula mendefinisikan autisme sebagai satu kekurangan seumur hidup dan
menampakkan kesannya pada seorang bayi dalam masa 30 bulan yang pertama. Komunikasi
antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Mereka
juga mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap
kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal
ataupun dalam seni muzik, daya ingatan dan lain-lain.
Daripada definisi-definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa autisme merupakan
ketidakupayaan seseorang individu iaitu kecelaruan neurologi sehingga menjejaskan
kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, tingkah laku, kemahiran motor kasar dan motor
halus, bahasa dan komunikasi serta sosial dan emosi.
Antara ciri-ciri yang dapat dilihat untuk mengenal pasti kanak-kanak autisme adalah dari segi
komunikasi, interaksi sosial, pola bermain, tingkah laku dan emosi. Dari segi komunikasi,
murid-murid autisme tidak menunjukkan perkembangan bahasa dalam komunikasi seperti
murid-murid lain. Mereka jarang menggunakan bahasa yang sesuai untuk bertutur, sukar diajak
bercakap, kadangkala menuturkan sesuatu tetapi untuk seketika sahaja. Bahasa yang digunakan
agak ganjil dan sukar untuk difahami serta tahap kefahaman bahasanya adalah rendah. Mereka
juga sering mengulangi ungkapan-ungkapan yang telah mereka dengar dengan cara yang
literal. Contohnya apabila orang bertanya “sudah minum”, dia menjawab “sudah minum”.
Mereka tidak mempunyai keupayaan menggunakan bahasa yang kreatif.
Ciri murid autisme dari segi interaksi sosial pula, murid-murid autisme suka bersendirian.
Mereka lebih gemar menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut tertentu. mereka lebih suka
menyepi dan menghabiskan masa di dalam dunia mereka sendiri. Mereka tidak akan
memulakan interaksi dan tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan
orang sekeliling. Ibu bapa mereka sendiri sukar untuk menjalinkan hubungan yang mesra
kerana mereka tidak suka dibelai, dicium atau dipeluk. Mereka juga selalu mengelakkan
pertentangan mata dengan orang sekitar mereka.
Selain itu, pola bermain juga merupakan ciri yang dapat dilihat untuk mengenal pasti murid
autisme. Murid-murid autisme biasanya akan leka bermain dengan sesuatu barang yang
diminatinya sehingga berjam-jam lamanya dan akan menjadi baran apabila barang tersebut
diambil, dialihkan atau dihilangkan. Jika diganggu, murid autisme akan mempamerkan
tingkahlaku resah, dan mungkin akan melolong atau menjerit dan mencuba sedaya upaya
menghalang objek tersebut daripada diambil. Mereka juga suka memutar-mutarkan sesuatu
benda seperti tudung botol atau alat-alat permainan seperti mangkuk plastik, serta mengumpul
batu-batu, bermain suis lampu dan sebagainya. Sesetengah murid autisme mampu
menghabiskan masa berjam-jam untuk melakukan perbuatan atau permainan yang berkaitan
dengan objek yang berputar seperti roda kereta mainan atau memutar blok kayu secara
berterusan dan juga objek berwarna-warni.
Seterusnya, tingkah laku mereka agak aneh dan berlainan daripada murid-murid lain. Mereka
mampu duduk dalam jangka masa yang lama dan melakukan pergerakan yang sama berulang-
ulang kali. Mereka juga tertarik dengan kebisingan objek dan objek yang bergerak secara
berulang-ulang. Mereka juga cenderung mencederakan diri mereka sendiri seperti mencakar
tangan dan menghantuk kepala. Mereka juga akan bertindak agresif apabila marah atau tidak
berpuas hati dengan sesuatu perkara.
Ciri autisme yang dapat dikenal pasti juga adalah dari segi emosi. Emosi murid autisme sukar
diramal dan kerab berubah-ubah. Mereka seringketawa, menangis, marah tanpa sebab. Mereka
juga akan mengamuk di luar kawalan apabila kemahuan mereka tidak dituruti. Mereka akan
menyerang sesiapa sahaja dan juga tidak mempunyai rasa simpati memahami perasaan orang
lain.
Kesimpulannya, mengajar murid autisme bukanlah suatu benda yang mudah. Setiap guru
memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mengajar murid autisme. Guru juga perlu
perancangan yang sesuai dalam menagjar mereka. Guru serta ibu bapa perlulah berkerjasama
dalam menyalurkan maklumat dan mendidik anak autisme supaya mereka dapat belajar dengan
baik.
Anda mempunyai seorang murid masalah pembelajaran spesifik disleksia yang sering
melakukan kesilapan semasa mengeja suku kata dan membaca. Apakah strategi yang
boleh anda gunakan untuk membantu murid tersebut mengatasi masalah yang dihadapi
itu.

Murid-murid disleksia merupakan mereka yang mempunyai kesukaran dalam membaca. Hal
ini kerana mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama
ada dalam bentuk huruf itu sendiri, suku kata ataupun perkataan. Masalah disleksia bukanlah
suatu penyakit dan ia tidak mempunyai ubat untuk merawatnya. Walau bagaimanapun,
kesukaran murid dalam mengeja suku kata dan membaca boleh di ajar mengikut strategi oleh
guru itu sendiri. Antara strategi yang boleh saya gunakan untuk membantu murid disleksia
mengatasi kesilapan semasa mengeja suku kata dan membaca adalah dengan menggunakan 6
kaedah mengajar kemahiran membaca iaitu kaedah pandang dan sebut, kaedah abjad, kaedah
fonik, kaedah bunyi kata, dan juga kaedah binaan.
Untuk keadah pandang dan sebut, saya boleh menggunakan kaedah ini di dalam kelas ketika
mengajar membaca. Berdasarkan kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan
perkataan-perkataan yang biasa diguna oleh murid tersebut dalam kehidupan seharian yang
membentuk kebanyakan pertuturan murid tersebut seperti baju, kasut, kerusi, meja dan
sebagainya. Saya akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebut perkataan
tersebut secara berulang. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tersebut tidak dapat menyebut perkataan tertentu, saya akan menggunakan
fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu
pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan baju, saya akan membantu murid
menyebut huruf b dan membunyikan suku kata ba [ba]. Secara ringkas, kaedah pandang dan
sebut dapat membantu pelajar tersebut dalam mengukuhkan asas bacaan berdasarkan skema
bahasa sedia ada mereka.
Selain itu, strategi yang akan dilakukan oleh saya adalah kaedah abjad. Saya sebagai guru akan
memperkenalkan nama naam huruf bermula dari huruf a sehingga z kepada murid yang
mengalami masalah membaca dan kesilapan mengeja suku kata. Setelah murid tersebut
mengetahui nama nama huruf, murid tersebut akan diajar untuk mengenali huruf-huruf vocal
iaitu a,e,i dan u, huruf huruf konsonan serta diftong iaitu ai,au, dan oi. Pada peringkat tersebut
juga, bunyi-bunyi huruf diperkenalkan kepada murid agar murid tersebut mengetahui bunyi-
bunyi tersebut. Selepas itu, bunyi-bunyi tersebut digabungkan bagi membolehkan murid
membentuk suku kata dan seterusnya membentuk perkataan. Sebagai contoh, mengikut urutan,
ada permulaan diperkenalkan huruf a sehingga z kepada murid tersebut kemudian
memperkenalkan huruf vocal. Seterusnya, saya akan menggabungkan huruf vokal dan
konsonan seperti ba, bu, ka, dan sebagainya untuk membentuk suku kata. Kemudian, suku kata
tersebut digabungkan dengan suku kata bagi membentuk perkataan seperti bu + ka = buka dan
seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. Strategi ini dianggap sangat berkesan
kerana kaedah ini bersesuaian dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada
suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran
membaca murid.
Strategi yang seterusnya adalah kaedah fonik. Bagi kaedah ini, saya akan memperkenalkan
kepada murid tersebut bunyi setiap huruf dan mereka perlu mengingat bentuk huruf dan juga
bunyi huruf tanpa mengingat nama huruf tersebut. Saya akan memperkenalkan dengan bunyi-
bunyi huruf vokal dan konsonan. Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk
membentuk suku kata dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Saya
akan menggunakan gambar ilustrasi untuk menarik minat murid sebagai sokongan. Murid
tersebut tidak diajar nama huruf sebaliknya diajar bunyi huruf. setelah murid tersebut tahu
hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina. Dengan membina suku
kata, suku kata boleh digabungkan menjadi perkataan dan seterusnya murid tersebut akan
diberi latihan membaca ayat-ayat mudah.
Kaedah bunyi kata juga merupakan salah satu strategi yang boleh saya gunakan bagi membantu
murid tersebut membaca dan mengeja suku kata. Melalui kaedah ini, saya akan mengajar murid
tersebut secara berperingkat bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf dan
bentuk huruf. Sebagai contoh, saya menujukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di
sebelah belakang dan murid tersebut akan menyebut nama hurif tersebut. Kemudian, saya akan
menyebut perkataan dan bunyi huruf dan murid tersebut mengulangi menyebut perkataan dan
bunyi. Saya kemudian menyebut bunyi huruf dan nama huruf dan murid tersebut pula
mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya. Seterusnya,
murid tersebut akan membaca apa yang ditulisnya iaitu membunyikan huruf. Setelah murid
tersebut sudah terbiasa dengan nama, bunyi dan bentuk huruf, saya akan memberikan latih tubi
dengan membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid tersebut akan menyebut nama
huruf dan kemudiannya menulis.
Melalui kaedah binaan, saya akan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu
kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. Dalam strategi ini, murid tersebut akan
diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata,
perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita. Sebagai contoh, untuk mengajar perkataan baju, murid
tersebut perlu diperkenalkan terlebih dahulu dengan huruf ‘b’ ‘a’ ‘j’ ‘u’ dan daripadanya
dibentuk suku kata ‘ba + ju’ kemudian digabungkan menjadi ‘baju’. Kaedah binaan adalah
sesuai dengan kaedah abjad.
Kesimpulannya, disleksia bukanlah suatu penyakit yang memerlukan ubat. Disleksia
memerlukan pendekatan pengajaran yang berkesan bagi mengurangkan masalah yang dihadapi
oleh mereka. Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam mendidik dan mengajar anak
disleksia belajar kerana mereka memerlukan sokongan daripada orang sekeliling. Mereka
bukan bodoh namun mereka mempunyai kelainan daripada kanak-kanak biasa.
Pilih satu kategori masalah pembelajaran, bincangkan punca dan perkembangan kanak-
kanak masalah pembelajaran tersebut.

ADHD adalah sesuatu keadaan yang juga dikenal sebagai kesukaran memusatkan perhatian
(Attention Deficit Hyperactivity Disorder, ADHD), mempunyai masalah kecil di otak,
kerosakan kecil di otak, terlalu banyak bergerak atau aktif dan hiperaktif. ADHD juga
didefinisikan sebagai gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau
menfokuskan terhadap sesuatu benda. Terhadap pelbagai punca yang dikenalpasti boleh
mengakibatkan berlakunya masalah ADHD.
Secara biologi, kewujudan ciri-ciri hiperaktif adalah disebabkan pengambilan gula berlebihan
daripada kapiasiti yang diperlukan. Gula di dalam badan manusia akan dibakar dan ditukarkan
kepada tenaga. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot dan jika
pembakarannya berlebihan kerana terlalu banyak glukosa, murid-murid akan bergerak tanp
kawalan dan perlakuan ini disebut sebagai hiperaktif. Hasilan tenaga yang berlebihan ini akan
akan menyebabkan murid-murid tersebut mula melompat-lompat, berlari dengan buas,
menjerit-jerit dan berkelakuan tanpa kawalan. Demikianlah keadaannya, apabila gula
berlebihan kanak-kanak akan menjadi buas manakala apabila gula berkurangan pula murid-
murid tersebut akan menangis.
Selain itu, bukti saintifik mencadangkan bahawa kekurangan bahan kimia neurotransmitter di
dalam otak akan menyebabkan berlakunya gejala ADHD. Neurotransmitter membantu
menghantar pesanan-pesanan melalui otak. Apabila kehadirannya untuk menghantar isyarat
elektrikal merentasi ruang-ruang saraf tidak memadai, sel-sel saraf tidak boleh berkomunikasi
antara saru sama lain. Pesanan-pesanan yang yang menerima kesannya adalah bersifat
membantu seseorang menumpukan perhatian, membantu arah aktiviti, dan mengawasi
dorongan mereka. Jadi tidak hairanlah murid-murid yang mempunyai gejala ini tidak dapat
menumpukan perhatiandan mengawal perlakuan mereka.
Punca ADHD juga dikatakan berlaku disebabkan oleh faktor genetik, iaitu keturunan atau baka
ibu bapa murid-murid tersebut. Walaupun ibu bapa tidak mengalami ADHD, tetapi faktor
gangguan darah juga mungkin boleh menyebabkan anak mereka mengalami gejala ini.
Terdapat perkaitan antara murid-murid hiperaktif dengan sifat alkoholik, personality yang
antisosial dan sifat histeria yang ada pada ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa pada usia muda
mempunyai masalah kurang tumpuan dan hiperaktif berkemungkinan anak mereka juga
mempunyai masalah hiperaktif.
Seterusnya, pengambilan rokok sebelum dan semasa mengandung juga merupakan punca anak
mereka mempunyai masalah ADHD. Apabila ibu yang mengandung merokok, janin akan
mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah ibu akan mengecut. Karbon
monoksida yang disebut akan bertambah dan ini akan meningkatkan paras karbon dalam
haemoglobin ibu. Keadaan ini menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah ibu dan
seterusnya janin tidak dapat bekalan oksigen yang secukupnya. Kekurangan oksigen ini akan
menyebabkan kecacatan pada saraf di dalam otak janin.
Perkembangan murid-murid ADHD boleh dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek tertentu
iaitu kognitif dan akademik, sosial, emosi dan juga tingkah laku. Kebanyakan murid yang
mengalami masalah ADHD lemah dalam perkembangan kognitif. Mereka sukar untuk
menumpukan perhatian dan meluangkan sedikit masa dalam akademik berbanding dengan
rakan mereka yang tidak mengalami ADHD. Mereka juga sering mendapat gred yang rendah
dan berisiko untuk gagal dalam peperiksaan. Perkembangan kognitif murid ADHD juga lemah
kerana mereka mempunyai masalah untuk belajar dalam jangka masa yang lama dan juga
pelupa. Penumpuan yang kurang di dalam kelas menyebabkan mereka lemah dalam berbahasa
dan kognitif yang lemah. Hal ini menyukarkan mereka untuk belajar di dalam kelas.
Selain itu, perkembangan murid ADHD juga dapat dilihat dari segi sosial. Murid-murid ADHD
perkembangan sosial murid murid DHD kurang berkembang disebabkan mereka sukar untuk
bercampur gaul dengan rakan-rakan yang lain malah mereka juga sukar diterima oleh rakan
sebaya mereka. Hal ini kerana sikap mereka yang agak agresif dan sukar mengawal tingkah
laku mereka. Setiap penglibatan mereka dalam kumpulan rakan sebaya akan menimbulkan
pertelingkahan kerana murid-murid ADHD ini tidak pandai berkomunikasi dengan baik.
Murid-murid ADHD yang teruk juga menyebabkan tingkah laku antisosial mereka bertambah
dan interaksi sosial mereka menurun. Murid-murid yang disisihkan oleh rakan sebaya mereka
menjadikan perkembangan sosial mereka semakin lemah dan menurun.
Seterusnya murid-murid ADHD mempunyai emosi yang tidak menentu. Kadangkala mereka
cepat berasa marah. Kesannya, murid-murid ini akan suka mengancam orang lain tidak kira
dalam bentuk fizikal ataupun percakapan. Mereka juga akan menjadi ganas tanpa sebab atau
kerana masalah kecil. Keganasan yang ditunjukkan oleh murid-murid ADHD ini akan
menyebabkan mereka kurang diterima dalam kalangan rakan dan masyarakat. Hal ini
mengganggu emosi kanak-kanak ADHD dan mereka berfikir penyingkiran ini adalah satu
hukuman atau balasan pada keadaan yang mereka alami.
Dari aspek tingkah laku, perkembangan tingkah laku murid-murid ADHD agak lemah kerana
tingkah laku mereka sukar dikawal. Mereka kerap bergerak tanpa kawalan dan juga
mengganggu rakank-rakan yang lain. Mereka juga agak agresif dan buas sehingga boleh
mencederakan orang apabila berlaku pergaduhan. Disebabkan tingkah laku mereka yang
hiperaktif, mereka tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas kerana mudah bosan
dengan pembelajaran.
Kesimpulannya, murid ADHD mengalami perkembangan yang agak lambat berbanding murid
normal. Hal ini disebabkan oleh masalah yang dialami oleh mereka melambatkan
perkembangan kognitif, sosial, emosi dan juga tingkah laku mereka. Oleh itu, ibu bapa dan
guru berperanan membantu meningkatkan tahap perkembangan murid ADHD.

Anda mungkin juga menyukai