Anda di halaman 1dari 43

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PGT303 - PENGANTAR PENYELIDIKAN DAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:
KAJIAN TERHADAP INTERVENSI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
SOSIAL KANAK-KANAK AUTISME MELALUI KAEDAH PENGAJARAN SENI
MELUKIS DAN MEWARNA

PENSYARAH :
PROF MADYA DR ASWATI HAMZAH

TUTORIAL :
10 PAGI - 11 PAGI (ISNIN)

AHLI KUMPULAN :

Bil. Nama No Matrik

1. NORLIA BINTI AZHAR 142010

2. SHARIFAH SHERIL BINTI SYED ALI 143272

3. HAFIZAH BINTI MEHAT 142599

4. NUR ZULAIKHA BINTI ZAINOL 144433

5. WAN MUHAMAD FIRDAUS MOHAMMAD PUAT 140920


Bil. Isi Kandungan Muka surat

1. 1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kajian 2


1.2 Latar Belakang Kajian 2-3
1.3 Pernyataan Masalah dan Persoalan Kajian 3
1.4 Tujuan dan Objektif Kajian 4

2. 2.0 SOROTAN KAJIAN


2.1 Pengenalan 5-6
- Sorotan Kajian 1 6-8
- Sorotan Kajian 2 9
2.2 Teori Menyokong Intervensi 10
- Teori Pembelajaran Konstruktivisme Vygotsky 10-11
2.3 Intervensi 12
- Intervensi 1 13
- Intervensi 2 13

3. 3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan 14
- Model Kajian Tindakan 14-16
3.2 Kumpulan Sasaran 16
3.3 Kaedah Mengumpul Data 17
- Pemerhatian 17-19
- Temubual 20-22
- Soal Selidik 23-25
- Penilaian Kendiri 25-27
3.4 Analisis Data Kualitatif 28
3.5 Signifikan Kajian 29
3.6 Jadual Pelaksanaan Kajian 30-31

4. 4.0 PENUTUP 31

5. APENDIKS 32-37

6. Rancangan Pengajaran Harian 37-39


Alat Bantu Mengajar 40-41

7. RUJUKAN 42

1
1.0 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN
Dalam laporan ini, beberapa perkara akan dibincangkan dalam kajian yang dibuat
oleh para pengkaji. Antara perkara yang akan diperincikan ialah latar belakang kajian,
masalah kajian, sorotan kajian, metodologi yang digunakan dalam kajian ini serta rujukan
untuk membuktikan kesahihan kajian ini dilakukan. Dalam pengenalan ini, pengkaji akan
menerangkan tentang masalah sosial yang dihadapi oleh kanak autisme dengan menggunakan
kaedah lukisan. Objektif kajian ini adalah meningkatkan kemahiran bersosial dalam diri
murid autisme iaitu mengekspresi emosi dalam bentuk lukisan. selain itu, mewujudkan
komunikasi antara murid dan murid lain atau guru iaitu komunikasi dua hala atau lebih
supaya mereka dapat bersosial dan berinteraksi dalam kumpulan semasa aktiviti
pembelajaran ataupun kurikulum dilakukan. Daripada objektif kajian ini wujud pula
persoalan kajian yang akan dibina dan harus dicapai oleh para pengkaji. Di akhir kajian ini,
pengkaji akan memperincikan segala perkara yang dibincangkan dan kesan kajian ini,
pengkaji mendapati bahawa masalah sosial murid Autisme ini dapat dibantu dengan
menggunakan intervensi lukisan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN


Autisme ini bukan penyakit tetapi ianya adalah satu kategori Orang Kelainan Upaya
(OKU) yang ada dalam kategori masalah pembelajaran. Kanak-kanak autisme ini mempunyai
masalah dalam interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku yang terbatas dan
berulang-ulang. Perkembangan fungsian otak mereka telah memberi kesan yang paling ketara
dalam segi interaksi sosial (Murrie, Warren, Kristiansson & Dietz, 2002). Mereka mempunyai
masalah dalam berkomunikasi secara verbal dan non-verbal, interaksi sosial dan aktiviti yang
sukar untuk mereka berkomunikasi dengan orang lain (American Psychiatric Association,
2013). Aspek perkembangan biologi, mereka ini sama fizikal atau penampilan dengan
individu normal tetapi hanya bahagian otak mereka tidak seperti kita yang boleh mengawal
tindakan kita ingin lakukan (Dewinter & Vermeiren, 2015).
Mereka yang mempunyai masalah autisme ini tidak mempunyai rawatan tetapi
terdapat beberapa intervensi dan jika mampu terdapat beberapa terapi berkaitan autisme dan
berkesan. Mereka ini memerlukan khidmat dan sokongan penuh daripada ibu bapa dan juga

2
ibu bapa sehingga usia mereka matang dan berdikari sendiri walaupun masih perlukan
bantuan tetapi tidak sepenuhnya. Autisme boleh dikesan pada peringkat awal perkembangan
kanak-kanak iaitu di usia 1 tahun sehingga 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih berpotensi
menjadi kanak autisme berbanding kanak-kanak perempuan. Tahap kondisi kanak autisme ini
berbeza mengikut tahap yang mereka hadapi, perbezaan nyata dalam aspek intelektual,
kognitif, emosi, sosial dan tingkah laku yang agak berulang.
Intervensi adalah perubahan atau usaha seseorang mengubah kehidupan seseorang
dengan beberapa cara, langkah atau strategi untuk perubahan itu nampak sama ada kecil atau
besar, negatif ataupun positif. Intervensi ini dilakukan oleh orang yang mempunyai kepakaran
atau profesional dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan sama ada dalam bentuk
bayaran ataupun sebaliknya ( Sundberg & Taplin, 2007). Intervensi awal ini penting bagi
membantu kanak-kanak autisme untuk mereka mengawal diri mereka sendiri dalam tingkah
laku yang tidak sedar. Intervensi awal ni adalah dalam tempoh mereka di awal usia antara 2
tahun hingga 6 tahun bagi mereka ini dapat kemahiran asas yang diperlukan dalam
kehidupan. Kerjasama dengan orang terdekat mereka iaitu ibu bapa atau ahli keluarga harus
membantu para profession ini untuk perkembangan mereka lebih baik dari sebelumnya.

1.3 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Dalam artikel Saiful Azam Khoo Bin Abdullah dan Aliza Alias, kanak-kanak akan
mempelajari kemahiran sosial melalui perbualan bersama orang lain dan juga mengambil
giliran. Perkembangan kemahiran sosial penting bagi kehidupan seseorang individu dalam
aktiviti harian. kecekapan dalam kemahiran sosial membuatkan seseorang kanak itu membina
hubungan positif dan mengurangkan atau terhapus sifat yang negatif. Terdapat 4 komponen
sosial yang dikaitkan dengan kanak autisme iaitu kemahiran interaksi, kemahiran
penyesuaian diri, kemahiran memulakan perhubungan dan penglibatan diri dalam bilik
darjah.
Kanak autisme ini mempunyai kesulitan untuk membaca muka dan bahasa badan
dirinya atau orang lain. Dia tidak mudah untuk berjenaka atau sindiran. Keupayaan mereka
untuk berfikir secara dalam gambar adalah cara dia memproses apa yang dia ketahui dan
faham. Art adalah bentuk ungkapan yang memerlukan interaksi lisan dan komunikasi dengan
yang lain. Ia juga adalah satu cara untuk meluahkan emosi mereka terhadap lukisan yang
dilukis. Keupayaan ini meningkat motor halus mereka dan berfikir secara simbolik.

3
Persoalan kajian yang dibina daripada objektif mendapati, adakah kanak autisme ini
dapat meningkatkan kemahiran sosialnya dalam mengekspresi emosi iaitu dari segi kaedah
seni melukis dan mewarna? adakah komunikasi ini dapat diwujudkan antara murid dan murid
ataupun murid dan guru? dan persoalan kajian yang terakhir, mengapa murid autisme perlu
bersosial dan berinteraksi secara dua hala atau lebih dalam satu kumpulan?

1.4 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kemahiran khusus atau minat dan
membuat intervensi bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan pelajar autisme. Pengkaji
telah mengenalpasti minat pelajar dan akan menggunakan minat pelajar sebagai langkah
dalam mencipta intervensi. Intervensi merupakan usaha dalam meningkatkan perkembangan
pelajar. Tujuan utama intervensi ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial
pelajar autisme.
Pelajar autisme sering mengalami masalah dalam bersosial dengan orang lain.
Masalah sosial dalam kalangan pelajar autisme menurut Diagnostic and Statistical Manual of
Mental Disorders, mereka cenderung mengalami kecelaruan interaksi sosial dan komunikasi
dalam pelbagai konteks. Antaranya adalah seperti kecelaruan dalam interaksi sosio-emosi dua
arah, kecelaruan tingkah laku komunikasi bukan verbal dan kecelaruan membina, mengekal
dan memahami hubungan.
Intervensi yang dirangka akan menitikberatkan minat dalam diri pelajar. Penggunaan
minat pelajar akan dimasukkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu
pelajar meningkatkan kemahiran bersosial. Dalam program pemulihan seperti Social
Communication, Emotional, Regulation and Transaction Support (SCERTS), prinsip
utamanya adalah termasuk menggunakan minat pelajar untuk membantu meningkatkan
kemahiran sosial pelajar autisme.
Objektif bagi kajian ini ialah untuk (i) mengenalpasti kesan penggunaan roda emosi
dalam membantu pelajar autisme meluahkan perasaannya dengan orang lain, dan (ii)
mengenal pasti kesan penggunaan alat bantu mengajar “Kolam” dalam membantu
meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi pelajar autisme.

4
2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN
Menurut Hallahan dan Kauffman (1976) autisme ini ialah satu kecelaruan yang
bersifatkan tingkah laku yang mencederakan dirinya sendiri, masalah bahasa, kognitif dan
juga sering mengasingkan diri mereka. Kita dapat lihat perubahan murid autisme ini pada
usia mereka 2 tahun lagi. Autisme berasal daripada perkataan “autos” yang membawa
maksud diri sendiri manakala “isme” bermaksud kepada aliran. Kedua-dua gabungan
perkataan ini membawa makna iaitu kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. jadi,
kita dapat lihat, kanak-kanak autisme ini mempunyai gangguan pada komunikasi, interaksi
sosial, gangguan deria, pola bermain dan juga perilaku emosi yang tidak sebegitu stabil
(Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2011).
Seterusnya , Augen Bleuler (1919) mengatakan bahawa autisme ini adalah suautu
tindakan atau perilaku yang kurang atau tidak ada hubungan langsung dengan individu lain
dan juga dunia luar. Tetapi bagi pendapat Zasmani Shafiee (2000), autisme ini adalah satu
gangguan di dalam otak yang terutamanya pada bahagia-bahagian yang mengawal daya
kefahaman dirinya serta emosi dan komunikasi. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak
autisme ini tidak dapat memahami dengan riak wajah mereka atau emosi sehingga lah
tantrum ataupun diberitahu oleh individu lain tentang dirinya. Menurut Model
ketidakupayaan Tiga Segi yang dikemukakan oleh Wing dan Gloud (1979) menunjukkan
bahawa kanak-kanak autisme mengalami tiga jenis ketidakupayaan utama iaitu komunikasi
sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi.
Autisme ini terdiri dalam golongan Pendidikan Khas di bawah masalah pembelajaran
dek kerana gangguan otak yang bercelaru yang memberi masalah kepada kanak tersebut
dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. Pendidikan Khas ini satu program yang dibentuk
untuk memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Program pendidikan khas
bermasalah pembelajaran adalah untuk murid-murid yang mempunyai masalah dalam
pembelajarannya.
Dari aspek komunikasi. iaitu (Jack Scott et al, 2000) mengatakan komunikasi adalah
proses berkongsi maklumat dan idea dari satu orang kepada orang lain. Kanak autisme
mempunyai masalah yang sangat ketara pada perkembangan bahasa dan komunikasi. mereka
ini agak lambat untuk memahami bahasa atau perkataan yang disebut berbanding
kanak-kanak normal yang sebaya dengan umur mereka. Mereka sukar untuk diajak bercakap,

5
dan kadang- kala percakapan mereka hanya sekejap sahaja dan berkelakuan seperti tidak
mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain kepada dirinya. Pertuturan mereka juga
agak tidak fleksibel, mereka bercakap berulang-ulang ataupun bergantung apa yang mereka
ingin diperkatakan dan ingat.
Aspek sosial yang ketara juga kita boleh lihat iaitu mereka tidak pandai untuk
berinteraksi dengan orang lain. Mereka ini lebih gemar bersendirian, menjauhkan diri dan
juga duduk di satu tempat yang sunyi dan tidak mempunyai ramai orang. Mereka tidak suka
untuk berinteraksi dan bertentang mata apabila berbual, mereka ini seolah-olah berada di
dunia sendiri dan membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Kanak-kanak
autisme ini tidak peduli dengan keadaan sekeliling mereka namun berinteraksi dengan orang
tersebut hanya hal tertentu ataupun ada sesuatu yang menarik pandangan mereka untuk
mendekati kita.

SOROTAN KAJIAN 1
Banyak juga kajian tentang kanak-kanak autisme ini telah dikaji oleh para pengkaji
yang lain iaitu di seluruh dunia. Masalah yang kami kaji ialah kanak-kanak autisme yang
mempunyai masalah sosial tetapi mempunyai bakat dalam seni melukis dan juga mewarna.
Kanak-kanak autisme ini tidak suka bergaul dengan orang sekelilingnya akibat gangguan
yang dihadapi oleh dirinya untuk berinteraksi di tempat yang ramai orang. Oleh itu, kajian
lepas yang dikaji oleh pengkaji telah mendapati beberapa maklumat tentang kanak autisme
dalam bakat seni melukis ini.
Artikel ini daripada penulis bernama Dafna Regev dari University of Haifa dan
Sharon Snir dari Tel-Hai Academic College dari fakulti Creative Art Therapies yang
membuat artikel bertajuk Art therapy for treating children with Autism Spectrum Disorders
(ASD): The unique contribution of art materials. Kajian ini telh memberi tumpuan kepada
ahli terapi seni lukis iaitu tentang sumbangan unik bekerja dengan bahan seni dalam merawat
kanak-kanak yang telah didiagnosiskan dengan ASD iaitu Autisme Spectrum
Disorder.Kajiannya telah mengambil 10 orang pakar yang bekerja dengan kanak-kanak
autisme ini dan telah ditemu ramah bagaimana mereka menguruskan mereka. kaedah yang
digunakan oleh mereka dalam bentuk temu bual dan ingin mengenal pasti apakah intervensi
yang paling sesuai digunakan oleh mereka.
Daripada data mereka yang pengkaji dapati bahawa peranan dan sumbangan seni
dalam proses terapi ini, yang pertama ialah seni-alat komunikasi tambahan. Seni adalah
sebagai media untuk ekspresi diri adalah batu penjuru menggunakan seni untuk tujuan

6
terapeutik. (Charman & Baron-Cohen, 1993; Hermelin & O'Connor, 1990) mengatakan
sebahagian kanak-kanak di peringkat pra-simbolik menggunakan seni pada tahap deria dan
bukanlah pada tahap komunikatif ataupun estetik. Seni ini ialah satu bahasa yang berbeza dan
tiada kepura-puraan. ia berasal dalam diri seseorang untuk meluahkan ekspresi emosi mereka.
Kedua ialah bahan seni -alat pengaktifan deria. Penggunaan bahan seni akan
menimbulkan rasa ingin tahu kanak-kanak dan mengaktifkan deria kanak-kanak tersebut.
Pertemuan deria dengan bahan seni sering mengatasi kesulitan yang dialami oleh
kanak-kanak dalam mengalur rangsangan. Penggunaan bahan seni menyediakan media yang
dapat dipelajari oleh kanak-kanak ASD secara beransur- ansur. Ketiga ialah keseronokan dari
aktiviti seni membawa kepada penglibatan seni iaitu kanak-kanak ASD akan tetap fokus pada
sesi dan dalam had ruang yang ditentukan melalui timbul rasa ingin tahu dan senang. Oleh
itu, kanak-kanak dapat memperolehi manfaat daripada kesan terapi.
Keempat, seni sebagai pengantara pihak ketiga dalam hubungan klien-terapis iaitu
Mengalihkan fokus dari interaksi interpersonal ke bahan seni membantu mengurangkan
kegelisahan yang timbul daripada interaksi dan menjadikan keadaan sama sekali lebih
bertoleransi untuk kanak-kanak ASD. Kelima ialah seni menarik kanak-kanak keluar
daripada gelembung autistik, bahan-bahan seni berpotensi mendorong kanak-kanak ASD
berinteraksi dan menarik perhatian kanak-kanak tanpa perlu mengganggu dunia dalaman
kanak-kanak yang dianggap dapat mengancam.
Keenam pula seni menyediakan persekitaran yang terkawal iaitu Bahan mempunyai
kualiti pasif dan statik memberikan kanak-kanak ASD berasa aman dan terkawal serta dapat
mengatasi kegelisahan mereka. Kanak-kanak ASD dapat mengembangkan rasa kehadirannya
sendiri dan kemampuan untuk penafsiran emosi. Ketujuh adalah produk seni membantu
mewujudkan kesinambungan iaitu kanak-kanak dengan ASD sering menghadapi masalah
dengan simbolisme, yang pada gilirannya memberi kesan buruk terhadap kemampuan mereka
untuk melihat apa-apa jenis kesinambungan, banyak yang mereka tidak dapat luahkan dan
akibatnya terputus dengan dunia luar. Kesinambungan ini dapat mengembakan, membina
mereka dengan produk seni. Kelapan ialah Rekod seni dan membantu mewujudkan
tanggapan mengenai kehadiran diri.Fungsi ini berkaitan dengan kewujudan sebenar produk
artistik sebagai dokumen yang mencatat kehadiran penciptanya di dunia konkrit. Ini serupa
dengan makna seni yang paling utama dan penting, iaitu tanda yang ditinggalkan seseorang di
persekitarannya, ini memberikan bukti kemampuan anak untuk mempengaruhi
persekitarannya (Kramer, 1971).

7
Kesembilan pula, Seni membantu meningkatkan corak kanak-kanak.kemampuan
anak-anak untuk bervariasi, memperkaya dan mengembangkan naratif melalui gambar
berulang. Ia membantu dari segi berusaha membuat sesuatu yang baru (Evans, 1998; Evans
& Dubowski, 2001). Kesepuluh ialah lukisan bersama sebagai ruang yang mengundang
komunikasi. Membuat karya seni bersama membolehkan pembelajaran timbal balik, interaksi
interpersonal, perhatian dan sentuhan (Snir & Hazut, 2012). Kita harus memberi peluang
kepada mereka untuk berinteraksi dengan pelbagai cara yang kreatif antaranya menggunaan
permainan bergambar,

8
SOROTAN KAJIAN 2
Kanak-kanak yang mempunyai masalah Autisme Spectrum Disorder (ASD) seringkali
mengalami masalah dalam mengekspresikan emosi mereka dan memahami emosi orang lain.
Mereka juga sukar untuk memahami komunikasi verbal dan bukan verbal dan menyebabkan
mereka mempunyai kesukaran untuk berinteraksi secara sosial. Oleh hal yang demikian
autisme akan menjejaskan perkembangan bahasa, pertuturan dan komunikasi sosial
kanak-kanak dalam banyak cara. Walau bagaimanapun, kanak-kanak autisme kebiasaannya
mempunyai kekuatan dalam pemprosesan visual, dan kekuatan tersebut telah menjadi teras
kejayaan visual dan intervensi berdasarkan video untuk pelbagai kemahiran yang signifikan
secara sosial untuk kanak-kanak autisme. Keutamaan untuk pemprosesan visual ini juga
dapat memberi peluang kepada kanak-kanak autisme dalam mengenal pasti dan menyatakan
emosi mereka.
Berdasarkan kajian “Using Visual Arts to Encourage Children with Autism Spectrum
Disorder to Communicate Their Feelings and Emotions”, pengkaji menyatakan bahasa seni
adalah pengalaman. Mereka menjalankan kajian mereka terhadap seorang kanak-kanak
autisme dengan menggunakan roda emosi. Roda emosi digunakan terhadap kanak-kanak
autisme untuk mereka mengekspresi perasaan mereka berdasarkan gambar yang terdapat di
dalam roda tersebut. Selain itu, roda ini juga digunakan untuk kanak-kanak mengenalpasti
perasaan yang dirasai oleh orang lain dan dapat menilai emosi mengikut situasi. Di dalam
kajian ini juga, aktiviti melukis dilihat dapat dijadikan sebagai bahan untuk mengawal
perasaan kanak-kanak autisme. Berdasarkan lukisan yang dilukis, kanak-kanak autisme
berupaya untuk mengawal perasaan marahnya kerana tidak mampu untuk meluahkan
perasaannya apabila dibuli oleh rakan-rakannya.

9
2.2 TEORI MENYOKONG INTERVENSI

2.2.1 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY

Pengkaji telah mengambil teori pembelajaran konstruktivisme oleh Vygotsky sebagai


sokongan dalam kajian ini. Teori konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang
menyediakan peluang kepada pelajar dengan tujuan untuk membina kefahaman terhadap
perkara yang dipelajari melalui jaringan dan hubungan yang diwujudkan antara idea dan fakta
yang sedang dipelajari. Menurut Woolfolk 1998, beliau menyatakan bahawa teori ini pelajar
perlu memainkan peranan yang aktif untuk memahami dan memberi makna kepada
pengetahuan yang dipelajari.
Tokoh yang terlibat dalam teori ini adalah Lev Vygotsky. Beliau merupakan seorang
psikologi dari Rusia. Beliau telah menulis buku berkaitan dengan ‘Pemikiran dan Bahasa’
serta ‘Fikiran Masyarakat’. Menurut Vygotsky, teori sosial konstruktivisme merupakan satu
teori yang berkaitan dengan perkembangan konsep dimana peringkat kanak-kanak pada
sesuatu perkara itu berkembang secara sistematik, logikal dan rasional iaitu melalui bantuan
dan bantuan verbal oleh orang lain dimana konteks sosial memainkan peranan yang penting
dalam pembelajaran. Beliau juga berpendapat bahawa interaksi sosial dalam kanak-kanak
sangat mempengaruhi perkembangan kognitif di mana tanpa interaksi kanak-kanak tidak
dapat mengembangkan pemikiran kognitif mereka.
Perkembangan kognitif menurut teori ini berlaku dalam dua peringkat. Peringkat
pertama ialah peringkat sosial dan seterusnya ialah peringkat individu. Peringkat sosial
merupakan peringkat di mana maklumat yang diperolehi adalah hasil daripada interaksi
antara dua individu iaitu seperti ibu bapa, rakan dan guru. Bagi peringkat individu, ia adalah
kebolehan individu untuk menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada
interaksi sosial kepada kefahaman individu. Disebabkan kanak-kanak autisme adalah berbeza
daripada kanak-kanak yang lain, mereka lebih banyak menggunakan deria motor untuk
mempamerkan interaksi atau komunikasi bersama dengan orang lain. Sebagai contoh,
apabila mereka mahukan sesuatu barang, mereka akan meminta dengan cara menarik tangan
ibu bapa atau guru dan menunjukkan ke arah barang yang diinginkan. Oleh itu, mereka
memerlukan rangsangan dari luar bagi membantu mereka untuk berkomunikasi dengan baik
dengan orang di sekelilingnya.

10
Berdasarkan teori ini, Vygotsky menyatakan empat konsep untuk menerangkan teori
ini iaitu pendekatan sosio-budaya, zon perkembangan proksimal, scaffolding dan
perkembangan bahasa. Melalui perkembangan sosio-budaya, perkembangan pembelajaran
pelajar berlaku dalam konteks sosial iaitu melalui persekitaran dunia yang dikelilingi dengan
orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak lahir. Menurut teori ini, fungsi kognitif
berasal dari interaksi sosial dalam konsep budaya. Intervensi yang dilaksanakan akan lebih
efektif apabila pelajar melakukan proses pembelajaran secara koperatif. Hal ini kerana,
mereka dapat dibimbing oleh pelajar yang lain kebolehan dan mendapat bantuan daripada
guru.
Bagi zon perkembangan proksimal (ZPD) ini menerangkan bagaimana kemahiran
yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan oleh
orang dewasa atau orang yang mahir. ZPD merupakan jarak antara peringkat perkembangan
yang ditunjukkan dalam menyelesaikan masalah secara sendiri atau di bawah bimbingan
orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Ia melibatkan kemahiran dan kebolehan
seseorang individu.
Scaffolding bermaksud mengubah tahap sokongan yang diberikan (Santrock, 2012).
Ia berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal. Individu yang berkemahiran seperti ibu
bapa, guru dan rakan yang lebih mahir akan mengubahsuai sokongan dan bimbingan dari
semasa ke semasa mengikut tahap keupayaan kanak-kanak. Sebagai contoh, pengkaji
memberi bimbingan ketika menjalankan intervensi “Kolam” dengan pelajar. Pengkaji akan
cuba membantu pelajar autisme untuk terus berinteraksi dengan pelajar yang lain melalui
aktiviti mengisi kolam. Selain itu, pengkaji dapat memupuk nilai sabar ketika pelajar
menunggu giliran masing-masing memandangkan pelajar autisme sering dikaitkan dengan
masalah tingkah laku seperti terburu-buru atau tidak sabar. Kaedah ini juga membantu
mewujudkan interaksi antara pelajar yang berkemahiran untuk membimbing pelajar yang
kurang mahir.

11
2.3 INTERVENSI
Intervensi merupakan perkhidmatan awal seperti rawatan, pemulihan, bimbingan,
khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan
kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak. Intervensi perlu dijalankan sejak awal
bagi membantu menggalakkan dan meningkatkan perkembangan murid.
Intervensi yang dipilih oleh pengkaji menggunakan program SCERTS Approach.
SCERTS merupakan akronim untuk social communication, emotional regulation and
transaction support. prinsip-prinsip yang termasuk di dalam program ini adalah mengikut
minat murid, memberi pilihan dalam aktiviti dan rutin, memberi maklum balas kepada niat
komunikasi, memberi model untuk pelbagai fungsi komunikasi mengikut tahap murid dan
mengulas percubaan komunikasi verbal atau bukan verbal murid. Berdasarkan kajian
tindakan yang dijalankan, pengkaji telah mengambil kira minat pelajar dalam seni.
Intervensi yang telah dipilih ialah menghias kolam india. Intervensi ini dipilih bagi
menggalakkan dan mewujudkan komunikasi antara murid dengan murid juga murid dengan
guru. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan meminta atau mengambil warna yang diingini
daripada guru dan guru akan memberi maklum balas terhadap niat komunikasi pelajar yang
terlibat. Sewaktu menjalankan aktiviti ini murid akan dibahagikan mengikut kumpulan iaitu
seramai 4 orang di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini setiap pelajar akan meminta atau
mengambil warna yang diingini daripada guru oleh itu komunikasi akan wujud antara murid
dengan guru. Di samping itu, intervensi ini juga dirangka untuk meningkatkan kebolehan
untuk bekerjasama dan bergilir-gilir mengisi kolam (turn-taking)
Selain itu, pengkaji juga merangka intervensi dengan menggunakan “Roda Emosi”.
Kanak-kanak autisme mengalami kecelaruan interaksi sosial dan komunikasi dalam pelbagai
konteks. Mereka dikatakan mempunyai kecelaruan dalam interaksi sosio-emosi dua arah,
kecelaruan tingkah laku komunikasi bukan verbal dan kecelaruan membina, mengekal dan
memahami hubungan. Oleh itu, intervensi “Roda Emosi” ini dipilih bagi membolehkan
pelajar autisme mengenal pasti perasaan mereka dan orang di sekeliling mereka mengikut
situasi.
Pada awal penggunaan “Roda Emosi” ini, guru perlu menerangkan kepada pelajar
mengenai jenis-jenis muka yang terdapat di dalam “Roda Emosi” tersebut. Penggunaan alat
bantu mengajar ini juga membolehkan pelajar autisme untuk mengetahui perasaan atau emosi
yang dialami oleh orang sekelilingnya.

12
2.3.1 PANDUAN GURU DALAM MENGGUNAKAN INTERVENSI

INTERVENSI 1: RODA EMOSI


Sebelum melakukan aktiviti:
Arahan:
1. Guru akan mengedarkan roda emosi kepada setiap orang pelajar.
2. Memberitahu kepada murid mengenai setiap emosi yang terdapat di dalam roda emosi
tersebut seperti marah, sedih, gembira, takut, dan malu.
3. Guru ingin mengetahui mengenai apa yang dirasai oleh murid sebelum memulakan
aktiviti kelas.

INTERVENSI 2: KOLAM INDIA

Sebelum melakukan aktiviti:

Arahan:
1. Guru akan membahagikan murid ke dalam dua kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai bilangan ahli yang sama banyak.
2. Guru akan menerangkan dan memberi panduan mengenai apa yang perlu murid
lakukan. Guru juga akan memberikan model kepada murid sebelum murid mula
menghias kolam india tersebut.
3. Guru akan memantau proses setiap kumpulan dan menyediakan beras berwarna yang
diperlukan untuk menghias kolam.

Langkah pelaksanaan:
Arahan: Dalam aktiviti ini murid perlu menghias kolam india yang disediakan menggunakan
beras berwarna yang terdapat pada guru.
1. Guru meminta murid untuk duduk mengelilingi lukisan kolam yang telah disediakan.
2. Guru akan bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk bertanyakan apakah
warna yang mereka inginkan untuk menghias kolam mereka.
3. Sekiranya beras bewarna yang berada pada murid telah habis, pelajar perlu meminta
kepada guru. Guru akan membimbing murid untuk berkomunikasi dengan
memberikan contoh ayat yang perlu diucapkan dan meminta murid untuk mengulang
semula ayat tersebut.

13
3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian


terhadap subjek kajian yang tertentu. Bahagian ini akan membincangkan tentang kumpulan
sasaran, kaedah mengumpul data dan instrumen, kaedah analisis data, signifikan kajian dan
jadual perlaksanaan kajian. Hal ini akan menerangkan bagaimana sesuatu masalah dikaji dan
mengapa kaedah tersebut digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam tentang kajian yang dijalankan.

Rajah : Kitaran Model Lewin 1946

Kajian ini menggunakan Model Tindakan Lewin 1946. Menurut Lewin (1946),
sesuatu kajian tindakan mengkaji suatu kitaran langkah yang dikenali sebagai ‘A Spiral of
Steps’. Kitaran kajian tindakan ini mengandungi empat langkat tindakan yang perlu diambil
termasuklah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Hal ini akan berterusan
sehingga kitaran seterusnya berlaku dan berulang kembali dengan merancang, bertindak,
memerhati dan seterusnya mereflek sepertimana yang ditunjukkan pada rajah di atas.

Lewin (1946) telah menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan itu perlu diikuti
dengan tindakan sosial. Beliau mengemukakan satu kitaran yang kajian mengandungi
langkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan
atau keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran dalam kajian ini mengandungi
fasa perancangan, fasa tindakan, fasa pemerhatian dan fasa refleks.

14
Fasa Perancangan

Tajuk kajian kami ialah penggunaan kaedah pengajaran seni melukis dan mewarna
dalam membantu murid autisme yang mempunyai masalah dalam kemahiran sosial. Untuk
fasa yang pertama ialah fasa perancangan Fasa perancangan merupakan fasa pertama yang
kami lakukan dalam kajian tindakan ini supaya kami dapat merancang semuanya dengan
teratur dan kemas. Dalam fasa ini juga, kami juga telah menentukan fokus kajian penting
untuk memudahkan kami membuat perancangan tindakan seterusnya agar tindakan yang
bakal diambil adalah berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Dalam fasa
perancangan, terdapat beberapa aspek yang diberi perhatian untuk menentukan jenis tindakan
intervensi yang harus dijalankan. Antaranya adalah memastikan matlamat tindakan intervensi
selaras dengan objektif kajian, menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti,
mengenal pasti bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti, menetapkan cara
pemantauan dan kaedah penilaian keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan.
Contohnya, pemerhatian, temu bual, penilaian kendiri, senarai semak dan sebagainya.
Malahan, kami turut merancang aktiviti intervensi yang paling sesuai untuk meningkatkan
kemahiran sosial murid autisme. Antaranya ialah kolam india dan roda emosi.

Fasa Tindakan
Fasa tindakan pula merupakan fasa yang memerlukan kami bertindak untuk
menjalankan tugas masing-masing bagi persediaan menjalankan intervensi kepada murid
Autisme yang mempunyai masalah dalam kemahiran sosial. Dalam fasa ini, semua resonden
diberikan intervensi dengan menggunakan aktiviti yang telah kami bina kepada mereka.
Tambahan, penilaian kendiri akan dibuat kepada responden sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Hal ini demikian kerana supaya perbandingan prestasi sebelum dan selepas
intervensi dijalankan kepada responden dapat dilakukan.

Fasa Pemerhatian
Fasa pemerhatian merupakan fasa yang penting sekali. Hal ini kerana bagi
mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ibu bapa dan guru yang terlibat
berkenaan dengan masalah sosial murid tersebut. Fasa pemerhatian ini dilakukan semasa
intervensi. Sebelum langkah- langkah seterusnya dilakukan. Pertama sekali, guru akan
mencatat menggunakan instrumen yang sesuai untuk mengatasi masalah sosial yang terjadi

15
pada murid autism dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas itu, guru akan membuat senarai
semak dan diedarkan kepada guru yang mengajar murid tersebut serta ibu bapanya. Selepas
instrumen telah diberi, guru akan membuat intervensi pada murid tersebut berdasarkan
intervensi yang telah dibuat oleh pengkaji.

Fasa Refleks
Fasa refleks merupakan adalah untuk mendapatkan keputusan-keputusan tentang
responden. Refleksi merupakan satu proses untuk mengetahui keadaan sebelum semasa dan
selepas berlakunya sesuatu perkara.Proses refleksi perlu dilakukan secara kritis dalam
melihat masalah yang timbul. Pada fasa ini, kami akan membuat satu penganalisisan
berdasarkan pemerhatian dan senarai semak yang telah dibuat. Dalam fasa ini, artikel dan
juga beberapa model kami akan gunakan untuk mengetahui keadaan murid untuk
menganalisis dan juga rujukan untuk membuat kajian ini. Kami akan melihat sama ada
Berjaya atau tidak intervensi yang kami akan gunakan dalam kajian ini untuk murid autism.
Setelah memperoleh keberhasilan, kami akan berkongsi kepada responden ataupun guru dan
ibu bapa yang boleh menggunakan intervensi kami untuk kaedah ini boleh diguna pakai
untuk akan datang.

3.2 KUMPULAN SASARAN

Intervensi ini melibatkan kumpulan sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 8 orang
murid PPKI Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Nibong. 8 orang murid ini
terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan yang akan menjadi peserta dalam kajian intervensi
ini. 3 antara mereka merupakan murid autisme yang mana menjadi fokus kepada kajian ini.
Hal ini kerana kanak-kanak autisme dilihat sangat kurang dalam kemahiran sosial ketika
dalam kelas. Kelemahan mereka dalam kemahiran sosial menyebabkan interaksi antara murid
dengan murid dan murid dengan guru tidak wujud. Hal ini menyukarkan pelbagai aktiviti
yang akan dijalankan sepanjang proses PdP.

16
3.3 KAEDAH MENGUMPUL DATA

Kaedah mengumpul data yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah kualitatif.
Menurut Bryman (2008), kaedah kualitatif adalah kaedah kajian yang lazimnya menekankan
kepada perkataan berbanding pengiraan data yang dikumpul dan dianalisis. Kaedah ini
menekankan aspek sosial dan budaya dimana ianya menjurus kepada aspek pendapat,
pengalaman dan pemahaman manusia secara mendalam dan bukannya hanya usaha untuk
menentukan hubung kait antara pemboleh ubah semata-mata (Silverman, 2000). Oleh itu,
bagi mengumpulkan data dalam kajian yang dijalankan, pengkaji menggunakan beberapa
kaedah yang terdapat dalam kaedah kualitatif iaitu kaedah pemerhatian (rekod anekdot &
senarai semak), Temu bual, Soal selidik dan penilaian kendiri.

3.3.1 Pemerhatian (rekod anekdot & senarai semak)

Menurut Fox (1998), kaedah pemerhatian selalunya digunakan apabila penyelidik


cuba menyelidik, norma, nilai dan maksud terkongsi subjek yang sedang diselidik.
Pemerhatian yang dibuat tidak terhad kepada proses merekod data dari persekitaran,
sebaliknya pemerhati (penyelidik) perlu memahami secara aktif, mendengar dan menyusun
data supaya data keseluruhan yang diperoleh mempunyai makna dan erti kepada penyelidikan
tersebut. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian bagi memerhati kemahiran
sosial murid autisme ketika di dalam bilik darjah. Dalam melakukan pemerhatian terhadap
murid autisme, guru juga menggunakan catatan anekdot dan senarai semak. Catatan anekdot
adalah rekod tentang satu sahaja peristiwa. Ia merupakan satu catatan ringkas tentang suatu
kejadian atau tingkah laku yang penting sahaja. Catatan anekdot menerangkan secara fakta di
mana, bagaimana, bila, apa, dan siapa secara objektif akan peristiwa/kejadian yang berlaku.
Antara maklumat yang perlu ada dalam catatan anekdot ialah nama, tarikh, masa, tempat,
peristiwa yang berlaku, ulasan,cadangan atau tindakan oleh guru. Dalam catatan anekdot ini,
pengkaji akan meneliti mengenai kemahiran sosial murid autisme ketika berkomunikasi
secara lisan bersama dengan guru dan rakan-rakan. Bukan itu sahaja, malahan keadaan emosi
murid tersebut turut didapatkan. Hasil daripada catatan anekdot ini akan dijadikan panduan
kepada pengkaji dalam meneliti masalah dan merancang aktiviti yang bersesuaian dengan
segala aspek keupayaan murid autisme tersebut.

Senarai semak merupakan instrumen yang sering digunakan terutamanya dalam


Pendidikan Khas. Instrumen senarai semak ini juga merupakan teknik yang sangat mudah

17
dan berguna untuk menganalisis, pada tahap yang berbeza, skop kemahiran atau prosedur
tertentu. Justeru, senarai semak merupakan bahan yang sangat berkesan digunakan untuk
merekodkan objektif yang dicapai dan tidak dicapai dalam proses tertentu. Dalam senarai
semak, pengkaji akan melakukan pemerhatian terhadap kurang upaya dalam komunikasi
bukan lisan, kurang upaya dalam empati sosial dan emosi, masalah persahabatan, masalah
memahami tingkah laku yang sesuai dan kurang upaya berkomuniasi murid autisme di dalam
bilik darjah.

REKOD ANEKDOT

Nama Murid :

Umur :

Tarikh :

Masa :

Nama Guru
:

Catatan / Perkara Ulasan

18
19
SENARAI SEMAK

20
21
3.3.2 Temu bual

Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan aktiviti
seorang penyelidik menyoal untuk mendapatkan jawapan-jawapan atau respons yang dihajati
daripada responden atau peserta penyelidikan (Robson, 2002). Mathers et al. (1998) dan
Punch (2001) menghuraikan kaedah temu bual sebagai satu kaedah yang membolehkan
penyelidik mengakses persepsi responden, makna atau pemahaman yang dibina oleh
responden, takrifan responden tentang sesuatu situasi, dan konstruk realiti dunia sebagaimana
dilihat dan dialami oleh responden. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual bagi menemu
bual ibu bapa responden untuk mendapatkan maklumat secara mendalam berkaitan dengan
latar belakang anak mereka. Pengkaji akan menjalankan temubual secara bersemuka dengan
ibu bapa murid autisme tersebut bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai
murid ketika berada di rumah bersama-sama ibu bapa serta mendapatkan maklumat mengenai
interaksi sosial murid ketika bersama dengan adik-beradik yang lain. Teknik temu bual yang
digunakan oleh pengkaji ialah teknik temu bual berstruktur, pengkaji melaksanakan temubual
di sekolah bersama ibu bapa. Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan
secara formal.

3.3.3 Soal Selidik

Kaedah soal selidik merupakan satu set soalan dalam bentuk tulisan. Soal selidik
adalah satu alat yang dibentuk secara khusus bagi mengumpul maklumat bagi tujuan analisis
yang dapat menjawab persoalan kajian. Pengkaji menggunakan soal selidik yang merupakan
butiran yang mempunyai beberapa pilihan jawapan yang disediakan iaitu ‘Ya’ dan ‘Tidak’ .
Kaedah soal selidik ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap kemahiran sosial murid autisme.
Soal selidik yang mengandungi demografi responden iaitu murid autism serta beberapa
soalan yang perlu diisi atau dijawab oleh ibubapa.

22
23
24
3.3.4 Penilaian Kendiri

Pengkaji menggunakan instrumen penilaian kendiri untuk melihat perbezaan


perubahan murid autisme yang mempunyai masalah dalam kemahiran sosial sebelum dan
selepas intervensi. Sebelum intervensi menggunakan kaedah seni dijalankan, penilaian
kendiri terlebih dahulu akan dilakukan untuk melihat masalah yang hadapi oleh murid.
Setelah itu, maklumat mengenai murid akan dikumpulkan dan dianalisa melalui instrumen
penilaian kendiri. Pengkaji juga dapat membuat kesimpulan melalui penilaian kendiri yang
dibuat.

Kemudian, pengkaji sekali lagi menggunakan penilaian kendiri yang sama setelah
intervensi dijalankan terhadap murid autisme. Pengkaji juga akan membuat perbandingan
dengan melihat data atau maklumat yang diperolehi melalui penilaian kendiri tersebut
sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Disini, pengkaji dapat melihat sejauh mana
perbezaan kemahiran sosial murid autisme sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Kepentingan penilaian kendiri disini mampu memberikan maklumat atau data yang jelas
kepada pengkaji untuk meningkatkan kemahiran sosial murid autisme. Perbezaan yang dapat
dilihat juga merupakan maklumat yang penting untuk guru membuat sesuatu intervensi untuk
murid.

25
BAHAGIAN : ELEMEN PENILAIAN

ARAHAN : Sila bulatkan pada skala yang disediakan.

(Sila baca bersama-sama deskripsi skala untuk penilaian kendiri)

Skala: 1 -Kerap 2- Kadang-kadang 3- Tiada

26
Skala: 1 -Kerap 2- Kadang-kadang 3- Tiada

27
3.4 ANALISIS DATA KUALITATIF

Analisis data dibuat berdasarkan beberapa proses dan langkah untuk membuat suatu
kesimpulan akan kajian yang dibuat. Menurut Lexy J.Moleong (2002) menyatakan analisis
data melibatkan proses mengumpul data, mengorganisasikan ke dalam sesuatu pola, kategori
serta satu huraian dasar. Dalam erti kata lain, pengkaji akan memproses terlebih dahulu data
yang dikumpul mengikut kesesuaian kajian kemudian membuat satu analisa berdasarkan data
tersebut.
Analisis data yang menggunakan pendekatan kualitatif adalah data yang berbentuk
deskriptif, berupa dalam bentuk kata-kata lisan, atau tulisan dalam bentuk tingkah laku
manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984)Menurut Patton (1990) mengatakan
data kualitatif terhasil daripada tiga jenis data iaitu hasil pemerhatian, hasil pembicaraan dan
bahan bertulis. Proses pengumpulan data memerlukan pemilihan kaedah yang sesuai supaya
tiada masalah dalam penyusunan rancangan penyelidikan.
Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah rekod anekdot dan senarai
semak bagi kaedah pemerhatian iaitu huraian mengenai yang terperinci mengenai kemahiran
sosial murid autisme. Pengkaji menggunakan rekod anekdot untuk meneliti mengenai
kemahiran sosial murid autisme ketika berkomunikasi secara lisan bersama dengan guru dan
rakan-rakan. Instrumen anekdot berfungsi untuk menulis segala apa yang berlaku. Manakala,
pengkaji menggunakan senarai semak untuk melakukan pemerhatian terhadap kurang upaya
dalam komunikasi bukan lisan, kurang upaya dalam empati sosial dan emosi, masalah
persahabatan, masalah memahami tingkah laku yang sesuai dan kurang upaya berkomuniasi
murid autisme di dalam bilik darjah.
Selain itu, pengkaji menggunakan temubual untuk mengumpul data dengan
menemubual ibu bapa akan latar belakang anak mereka dan kemahiran komunikasi anak
mereka di rumah. Menurut Patton (1998) menyatakan data kualitatif juga terhasil dengan
menemu bual dengan mengambil maklumat secara terus daripada responden. Segala data
yang diperolehi melalui temubual yang dapat diperolehi dengan tepat supaya hasil kajian
yang dijalankan juga turut mampu meningkatkan kemahiran sosial murid autisme.
Di samping itu, pengkaji menggunakan soal selidik untuk mengetahui tahap
kemahiran sosial murid autisme serta untuk mengumpul maklumat demografi murid serta
maklumat berkaitan dengan kemahiran sosial murid autisme.

28
Seterusnya, instrumen penilaian kendiri yang digunakan sebelum dan selepas
intervensi untuk mendapatkan data secara lebih terperinci. Borang penilaian kendiri yang
sama akan digunakan untuk sebelum dan selepas intervensi untuk melihat perbezaan murid
autisme akan intervensi yang telah dibuat. Segala maklumat yang didapati melalui penilaian
kendiri dapat disimpulkan oleh pengkaji dimana berlakunya perubahan yang ketara.

3.6 SIGNIFIKAN KAJIAN

Kajian ini sangat penting kepada guru-guru terutamanya guru pendidikan khas yang
mengajar murid-murid Autisme. Secara khasnya, kajian ini dapat mencadangkan akitiviti
dalam intervensi yang menarik dan bersesuaian untuk mewujudkan interaksi murid di dalam
kelas.
Selain itu, kajian ini juga menyediakan guru-guru dengan kaedah yang lebih kreatif
dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran sosial murid pendidikan
khas terutamanya murid autisme. Hal ini supaya proses PdP tersebut lebih menarik di
samping menambah penguasaan murid dalam mata pelajaran Seni Visual dari segi aspek
melukis dan mewarna. Seterusnya, kajian ini akan memberi penambahbaikan dengan cara
penyampaian dan kaedah pengajaran dengan menggunakan pelbagai intervensi yang
disediakan.

29
3.7 JADUAL PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI 2021

Mac April Mei Jun Julai

1. Mengenalpasti masalah dan


pengumpulan data awal

2. Merangka kertas cadangan

3. Merancang tindakan

4. Pemilihan kumpulan sasaran

5. Melaksanakan intervensi

6. Mengumpul data

7. Menganalisis data

8. Refleksi kajian

9. Laporan Kajian

30
10. Pembentangan Kajian

4.0 PENUTUP
Pengkaji mengharapkan bahawa intervensi sosial yang dinyatakan dapat membantu
meningkat kemahiran sosial kanak-kanak autism ini. Intervensi sosial ini tidak hanya terhad
dalam seni melukis dan mewarna, malah juga sesuai untuk mata pelajaran yang lain. Pengkaji
juga berharap sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, guru dan murid dapat memberi
kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan intervensi ini.
Melalui intervensi kajian ini, murid akan mendapat pelbagai manfaat seperti
keseronokan, hadiah dan sebagainya. Hal ini kerana intervensi yang dirancang mengandungi
aktiviti yang menarik seperti kolam india yang dijalankan waktu pendidikan seni visual
selaras dengan aspek melukis dan mewarna.
Pengkaji juga mengharapkan intervensi ini dapat diteruskan oleh guru-guru pada masa
yang akan datang agar kanak-kanak lain yang mempunyai masalah sosial dapat
meningkatkan kemahiran sosial mereka.

31
APENDIKS
Lampiran 1: Borang Soal Selidik Ibu Bapa - Maklumat Demografi

32
33
Lampiran 2: Borang Senarai Semak Pemerhatian Kemahiran Sosial Murid Autisme

34
35
Lampiran 3: Penilaian Kendiri Murid Austime

BAHAGIAN : ELEMEN PENILAIAN

ARAHAN : Sila bulatkan pada skala yang disediakan.

(Sila baca bersama-sama deskripsi skala untuk penilaian kendiri)

Skala: 1 -Kerap 2- Kadang-kadang 3- Tiada

36
Skala: 1 -Kerap 2- Kadang-kadang 3- Tiada

37
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL – KSSM PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN 1

Mata Pelajaran Seni Visual

Kelas PPKI 1

Bil Murid 8 Orang

Tarikh ISNIN ( /6/2021)

Waktu 10 pagi – 11 pagi

Standard kandungan 2.7 Pemahaman terhadap irama dan pergerakan

Standard 2.7.3 Memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam


pembelajaran aktiviti penghasilan karya

Tajuk BAHASA SENI VISUAL

Objektif Pada akhir pembelajaran, murid berupaya:

1. Menyatakan alat dan bahan serta fungsinya dalam


penghasilan karya.

2. Memanipulasikan proses dan teknik menghasilkan karya

Bahan Bantu Alat dan Bahan untuk membuat Kolam India


Mengajar

38
KBAT Mencipta

EMK Kreativiti

Induksi - Guru akan menggunakan BBM Roda emosi untuk menarik


minat murid-murid terlebih dahulu
- Guru akan menayangkan video dan gambar berkaitan
dengan Kolam India sebagai BBM kepada murid.

Langkah 1 - Guru akan meminta murid untuk membentuk 2 kumpulan.


Setiap kumpulan memiliki warna yang berbeza.

- Guru akan menyediakan dan menyenaraikan alat dan


bahan sebagai BBM yang digunakan untuk menghasilkan karya
dan mengagihkan kepada setiap kumpulan.

- Guru akan menerangkan nama dan fungsi alat yang


digunakan.

- Guru akan menunjukkan demonstrasi proses dan teknik


menghasilkan karya.

- Guru menetapkan syarat sekiranya ingin meminta warna


yang berbeza, perlu minta pada kumpulan lain. Hal ini untuk
mewujudkan interaksi sosial antara murid.

39
Langkah 2 - Guru akan meminta murid untuk menyenaraikan nama alat
dan fungsinya.

- Murid melakukan proses dan teknik menghasilkan karya


seperti yang guru tunjukkan secara berkumpulan.

Langkah 3 - Guru meminta murid untuk membentangkan hasil karya


mereka.

Penutup - Guru akan meminta murid untuk memutarkan RODA


EMOSI

- Guru meminta murid untuk merumuskan secara ringkas apa


yang dipelajari.

- Guru merumuskan secara keseluruhan aktiviti yang


dijalankan.

ABM -

Beras berwarna Kolam India

40
Roda Emosi

41
RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). DSKP KSSM Pendidikan Khas Seni Visual.
Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lewin, K (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues,2,34-46.

Jamie. (2016, April 13). Asperger's Syndrome . Retrieved from Autisme Society.org:
https://www.autism-society.org/what-is/aspergers-syndrome/

Mahsan, I. P. (2021). EKSPRESI SENI DAN KOMUNIKASI VISUAL MURID


BERKEPERLUAN KHAS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH RENDAH . Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 41-54.

Saiful Azam, A. A. (2015). Tahap Kemahiran Sosial Murid-Murid Autisme Bagi Program
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. 129-135.

Syed Lamsah Syed Cheara, ,. M. (2020). Intervensi Pembelajaran di Portal e-Pembelajaran


Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram Berdasarkan Model Lima Fasa Needham.
Evaluation Studies in Social Sciences, 11-27.

Syuhadah Sufian, I. A. (2018). AUTISME: KEBERKESANAN RAWATAN TERAPI


CARAKERJA. Buletin Sejahtera, 54-58.

Zuliza Mohd Kusrin, M. A.-A. (2020). INTERVENSI INDIVIDU DENGAN AUTISME


BERKAITAN TINGKAH LAKU SEKSUAL. Universiti Kebangsaan Malaysia, 121-137.

Round, A., J. Baker, W., & Rayner, C. (2017). Using Visual Arts to Encourage Children with
Autism Spectrum Disorder to Communicate Their Feelings and Emotions. Open Journal of
Social Sciences, 05(10), 90–108. https://doi.org/10.4236/jss.2017.510009

42

Anda mungkin juga menyukai