Anda di halaman 1dari 60

DEFINISI

( TAKSONOMI )
= Kamus Dewan edisi ke-4:
- kajian tentang prinsip, peraturan, dan
amalan dalam pengelasan organisma
hidup berdasarkan persamaan dan
perbezaan sifat organisma itu.


( DOMAIN)
=Kamus Dewan edisi ke-4:
1) kawasan yang dimiliki (dikuasai,
ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau
sesuatu pihak, kawasan kekuasaan
2) lapangan atau bidang ( kegiatan, pemikiran,
pengetahuan dsb)
3) kumpulan medan bagi fail dalam sistem
pengurusan pangkalan data
4) kawasan liputan bagi masalah yang hendak
diselesaikan.
TAKSONOMI BLOOM
E diperkenalkan oleh Benjamin Bloom (1956)
dalam bukunya iaitu Taxonomy of Educational
Objectives
E dibuat untuk menganalisis bidang- bidang
pendidikan
E berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan
yang melibatkan bidang (domain) seperti:
a) bidang kognitif
b) bidang afektif
c) bidang psikomotor


( bidang kognitif)
satu rangka tugas untuk
menentukan peringkat atau taraf
perlakuan akhir yang hendak
dicapai
dibahagikan kepada 6 peringkat
kemahiran
( 6 peringkat kemahiran)
penilaian
sintesis
analisa
aplikasi
kefahaman
pengetahuan
Aras: Pengetahuan
Ciri Soalan: Memerlukan calon
mengingat semula.
Jawapan calon
menggunakan bahasa
asal.
Contoh Kata Kunci : Labelkan, Senaraikan,
Nyatakan, Manakah,
Apakah, Berikan, dll.
Aras: Kefahaman
Ciri Soalan: Memerlukan calon
memahami fakta dan
menghuraikannya, memberi
contoh atau illutrasi dalam
bahasanya sendiri.
Contoh Kata Kunci:Terangkan, Jelaskan,
Huraikan, Tukarkan,
Mengapakah, dll.
Aras: Aplikasi
Ciri Soalan: Memerlukan calon
menyelesaikan masalah
non-routine atau masalah
baru. Ciri soalan adalah
problem-solving. Masalah
diselesaikan dengan cara
tersendiri menggunakan
gabungan teori, pengalaman
dan pelbagai kaedah
penyelesaian masalah yang
mempunyai unsur persamaan.
Contoh Kata Kunci: Selesaikan, Binakan,
Carikan,Tunjukkan,
Kirakan, Demonstrasikan,
dll.
Aras: Analisis
Ciri Soalan: Memerlukan calon
menganalisis,
memecah/mencerakinkan fakta
untuk mengkaji unsur-
unsurnya secara mendalam
termasuk membanding,
membeza, mengupas dan
membukti.
Contoh Kata Kunci:Bandingkan, Bezakan,
Buktikan, Beri sebab, Buat
analisis, Cerakinkan,
Tafsirkan, dll.
Aras: Sintesis
Ciri Soalan: Memerlukan calon
merancang, mereka/mencipta
dan menghasilkan sesuatu
hasil yang kreatif hasil dari
penggabungan pelbagai unsur.
Ini termasuk penghasilan
sesuatu rancangan, rumusan,
kaedah/prosedur, atau
cadangan.
Contoh Kata Kunci: Rancangkan, Rumuskan,
Sediakan, Cadangkan,
Karangkan, Gubahkan, dll.

Aras: Penilaian
Ciri Soalan: Memerlukan calon
menilai, membuat
pertimbangan atau justifikasi
untuk mencapai atau
mendapatkan sesuatu
kesimpulan. Calon perlu
melihat fakta dari aspek pro
dan cons semasa membuat
penilaian.
Contoh Kata Kunci: Bincangkan, Nilaikan, Beri
pendapat, Beri justifikasi,
Pertimbangkan, dll.
SOALAN ARAS TAKSONOMI BLOOM.ppt
( bidang afektif)
berhubung dengan perasaan, emosi dan
sikap
mengandungi beberapa aras:
aras tinggi perwatakan
organisasi

menilai
gerak balas
aras rendah penerimaan
Penerimaan kemahuan murid memberi
perhatian dan menerima pengajaran guru
3 perkara berhubung dengan penerimaan:
a) kesedaran
b) kesudian untuk menerima
c) perhatian yang terkawal atau terpilih
Gerak balas murid melibatkan diri secara
aktif dan mendapat kepuasan daripadanya
3 perkara berhubung dengan gerak balas:
a) persetujuan untuk bertindak balas
b) kesudian untuk bertindak balas
c) kepuasan dalam bertindak balas
Menilai perlakuan didasarkan kepada
konsep dan prinsip yang telah dinuranikan
3 perkara berhubung dengan menilai:
a) penerimaan sesuatu nilai
b) kecenderungan terhadap sesuatu nilai
c) penglibatan
Organisasi membentuk suatu sistem nilai
2 perkara berhubung dengan organisasi:
a) penanggapan sesuatu nilai
b) organisasi sesuatu sistem nilai
Perwatakan murid bertindak secara
konsisten sesuai dengan nilai-nilai yang
telah dinuranikan
2 perkara berhubung dengan perwatakan:
a) set penyamarataan
b) perwatakan / peranan

( bidang psikomotor)
e bidang ini lebih kepada kemahiran
atau kebolehan membuat sesuatu
edalam pengajaran bahasa, ia
melibatkan kebolehan otak
menerima dan memproses bahasa
yang dipelajari



emelibatkan 7 langkah:
Persepsi = Set = Gerakan terbimbing
-
Gerak balas nyata Mekanisme
yang kompleks
-
Penyesuaian = Penciptaan
Persepsi tahu atau sedar tentang objek,
kualiti dan hubungan melalui alat-alat deria
3 proses:
a) stimulasi deria
b) pemilihan tanda saran
c) terjemahan

Set kesediaan untuk sesuatu tindakan
meliputi:
a) set mental
b) set fizikal
c) set emosional
Gerakan terbimbing tindakan murid di bawah
bimbingan guru
2 kategori:
a) meniru
b) cuba dan ralat
Mekanisme murid mendapat keyakinan
melakukan tindakan sendiri
Gerak balas nyata yang kompleks murid
melakukan tindakan motor yang kompleks
2 kategori:
a) resolusi ketidakpastian
b) perlakuan automatik
Penyesuaian - Kemahiran yang sudah
berkembang sehingga dapat disesuaikan
dalam berbagai situasi
Penciptaan - Membuat pola gerakan baru
yang disesuaikan dengan situasi atau
permasalahan tertentu.
PRINSIP-PRINSIP TAKSONOMI BLOOM
berdasarkan sistem klasifikasi pendidikan lojik
dan psikologikal
memberi kepentingan dan pertimbangan-
pertimbangan pendidikan
satu klasifikasi yang lojik dan tiap-tiap istilah
hendaklah didefinisikan dengan tepat dan
digunakan secara tekal
sesuai dengan prinsip-prinsip dan teori-teori
psikologi yang berkaitan dan telah diterima

= dalam p&p bahasa, pemeringkatan
kemahiran-kemahiran telah didasarkan
kepada model taksonomi ini.
= bertujuan supaya guru dapat mengelolakan
pengajaran bahasa dengan baik dan dapat
memilih BSPP yang bersesuaian


TAKSONOMI
SOLO
JOHN BIGGS
Pengenalan
Taksonomi Solo ini telah diperkenalkan oleh
Biggs and Collis (1982), dan dimurnikan dan
diperkukuhkan lagi oleh Biggs (1999).
Teori ini menerangkan tentang tahap peningkatan
pelajar dalam pemahaman mereka terhadap
sesuatu mata pelajaran menerusi lima langkah
dan sesuai diaplikasi dalam mana- mana mata
pelajaran.
SOLO?
Structure of (struktur kepada)
Observed (pemerhatian)
Learning (pembelajaran)
Outcomes (hasil)
Dua aras Taksonomi SOLO
Terdapat dua kategori
setiap aras.
Surface
Unistructural
Multistructural
Deep
Relational
Extended Abstract

Seperti juga enam peringkat kemahiran
yang terdapat dalam taksonomi Bloom,
taksonomi Solo juga mempunyai peringkat
tertentu yang terdiri daripada empat
peringkat utama di mana setiap peringkat
meliputi setiap peringkat sebelumnya.


Peringkat Utama Taksonomi Solo
U
M
R
A
Lima Peringkat Kemahiran:
1. Pra- struktur (prestructure):
Pelajar akan memperoleh maklumat
yang tidak saling berkaitan( pada
asalnya) dan tiada penyusunan
maklumat( maklumat tiada maksud
yang jelas kepada pelajar)


2. Uni-Struktur (unistructure):
Pelajar berupaya membuat
pertalian(hubung kait) yang mudah
antara maklumat dengan maklumat
yang lain tetapi belum memahami
kepentingan maklumat tadi.


3. Struktur Pelbagai (multistructure):
Pelbagai pertalian( hubung kait)
dibuat oleh pelajar, tetapi pelajar
kurang memahami kepentingan
maklumat secara keseluruhannya.

4. Membuat perhubungan
(relational):
Pelajar berupaya menghayati
kepentingan bahagian- bahagian
maklumat tadi kepada makna
keseluruhan.

5. Peringkat Pemanjangan Abstrak
(extended abstract).
Pelajar akan membuat hubungan bukan
sahaja berdasarkan apa yang diberikan
secara lahiriah, tetapi lebih daripada itu( di
luar kotak).
Pelajar mampu membuat kesimpulan dan
memindahkan prinsip- prinsip dan idea
tersebut menggunakan contoh yang lebih
spesifik.

Unistructural: Jawab dengan gunakan satu
maklumat dalam item
X
X
X



X
X
X
Jawapan
Contoh: Unistructural

Ahmad dan Basir mempunyai 10 dan 14
batang pensel masing-masing. Berapakah
pensel yang ada pada mereka?


Multistructural: Jawab dengan gunakan >1
maklumat dalam item
X
X
X




X
X
X
Jawapan
Contoh: Multistructural
Ahmad mempunyai 10 batang pensel dan
Basir mempunyai 4 batang lebih.
Berapakah pensel yang ada pada
mereka?
Relational: Jawab dengan gunakan >1
maklumat bersama dalam item
X
X
X




X
X
X
Jawapan
Contoh: Relational
Ahmad lari 100m dalam masa 13 saat. Basir
adalah 7/100 saat lebih cepat daripada
Ahmad. Apakah masa larian Basir?
Berikan jawapan dalam bentuk
perpuluhan.
Extended abstract: Jawab dengan maklumat yang diberi dan
maklumat tambahan untuk membuat kesimpulan
X
X
X




X
X
X
Jawapan
Contoh: Extended Abstract
Ahmad lari 100m dalam masa 13 saat. Basir
adalah 7/100 saat lebih cepat daripada Ahmad.
Chandran menang larian ini. Apakah satu masa
larian Chandran yang mungkin?

Berikan satu ungkapan untuk mewakili masa larian
pemenang
Cerita Arnab dan Kura-Kura
Cetek (Surface):
U: Di manakah larian itu berlaku?
U: Siapakah menang larian itu?
M: Huraikan keadaan apabila perlumbaan
itu bermula
M: Ceritakan apa yang berlaku semasa
perlumbaan

Cerita Arnab dan Kura-Kura
Mendalam (Deep)
R: Pada pendapat anda, bincangkan
siapakah yang lebih cerdik; arnab
atau kura-kura
E: Apakah pengajaran yang boleh
didapati dalam cerita ini?
RUMUSAN
Taxonomi SOLO merupakan hirarki yang
sebenar; meningkat secara kuantiti dan
kualiti
Taxonomi SOLO membimbing pembinaan
soalan aras rendah (surface) dan aras
tinggi (deep)
Kedua-dua aras soalan adalah perlu;
tujuan ujian


DOMAIN
KRATHWOHL
DOMAIN KRATHWOHL
- Domain Krathwohl merupakan domain
yang paling terkenal.
- Taksonomi ini adalah mengikut persepsi
terhadap objek melalui peringkat
kesedaran umum kepada peringkat di
mana persepsi itu didalami seterusnya
mempengaruhi kelakuan seseorang.
(Seels & Glasgow, 1990, p. 28)."


(karekterisasi
berdasarkan nilai-nilai)


(pengorganisasian)


(penghargaan)


( tanggapan)



(penerimaan)
Receiving/Attending (Penerimaan)
Kesediaan untuk menyedari adanya suatu
fenomena di lingkungannya. Dalam pengajaran
bentuknya berupa mendapatkan perhatian,
mempertahankannya, dan mengarahkannya.
Responding (Tanggapan)
Memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada
di lingkungannya. Meliputi persetujuan,
kesediaan, dan kepuasan dalam memberikan
tanggapan


Valuing (Penghargaan)
Berkaitan dengan harga atau nilai yang
diterapkan pada suatu objek, fenomena,
atau tingkah laku. Penilaian berdasar pada
internalisasi dari serangkaian nilai tertentu
yang diekspresikan ke dalam tingkah laku.
Organization (Pengorganisasian)
Memadukan nilai-nilai yang berbeza,
menyelesaikan konflik di antaranya, dan
membentuk suatu sistem nilai yang
konsisten
Characterization by a Value or Value
Complex (Karakterisasi Berdasarkan
Nilai-nilai)
Memiliki sistem nilai yang mengendalikan
tingkah-lakunya sehingga menjadi
karakteristik gaya-hidupnya.
TAKSONOMI EBEL
Pengenalan.
Selain Bloom yang telah membentuk
taksonomi berdasarkan klasifikasi objektif
pengajaran, Ebel juga telah membentuk
taksonominya sendiri pada tahun 1972.
Taksonomi Ebel berdasarkan kategori
soalan peperiksaan.
Ciri- ciri Taksonomi Ebel.
Kefahaman tentang
terminologi(perbendaharaan kata).
Kefahaman tentang fakta dan
prinsip(generalisasi).
Kebolehan untuk menerangkan atau
menggambarkisahkan(kefahaman tentang
hubungkait).


Kebolehan menghitung(masalah numerik)
Kebolehan meramalkan(apa yang mungkin
berlaku dalam sesuatu keadaan tertentu.
Kebolehan mencadangkan tindakan yang
sesuai( dalam sesuatu situasi masalah
amali yang spesifik)
Kebolehan membuat evaluative
judgement(pengadilan berdasarkan
penilaian)
RUJUKAN
http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom
http://www.learningandteaching.info/learning/solo.ht
m
Kamarudin Hj. Husin.(1998). Pedagogi Bahasa.
Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Bhasah Abu Bakar.(2003). Asas Pengukuran Bilik
Darjah. Perak: Quantum Books.

Anda mungkin juga menyukai