Anda di halaman 1dari 14

A.

ISU DAN PERBINCANGAN


Pengenalan kemahiran menulis Peringkat-peringkat kemahiran menulis Jenis-jenis penulisan Pengajaran dan pembelajaran menulis

B. PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS


Konsep menulis

Tujuan menulis

C. PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS


Peringkat pramenulis Peringkat mekanis Peringkat Pelahiran

D. JENIS-JENIS PENULISAN
Penulisan terkawal
Penulisan separa terkawal Penulisan berpandu

Penulisan separa berpandu


Penulisan bebas

E. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS


Perancangan aktiviti menulis Pendekatan pengajaran Masalah pengajaran Penilaian

B. PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS


a. Konsep Menulis - merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi - keupayaan juga merujuk kepada : 1. kemampuan murid menulis menggunakan tatabahasa yang betul (ayat gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul) 2. kemampuan menggunakan tulisan yang jelas,kemas dan cantik

- objektif kemahiran menulis sekolah rendah ialah :


1. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsurkan pengetahuan dengan menggunakan

kemahiran menulis serta penulisan yang sesuai dan betul

B. PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS


- terdapat 3 hasil pembelajaran kemahiran menulis sekolah rendah (tahun 6) iaitu : 1. menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 2. mencatat dan menyusun maklumat 3. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

- menulis melibatkan proses berfikir, menaakul, menyusun dan


mengolah idea sebelum dilahirkan dalam wacana yang lengkap -

C. PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS


a. Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis 1. Peringkat Pramenulis - proses/tempoh persediaan sebelum aktiviti menulis sebenar - melatih otot tangan dan jari serta koordinasi mata dan tangan - melibatkan pergerakan jari, tangan dan mata serta posisi menulis

2. Peringkat Mekanis - latihan menulis bentuk-bentuk mirip huruf & menekap huruf

- latihan menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat


- mengenal dan membezakan huruf besar dan kecil

C. PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS


3. Peringkat Pelahiran - aktiviti menulis melibatkan penglahiran idea (mental) - pelajar boleh menulis pelbagai genis genre karangan - penulisan terkawal, berpandu, separa berpandu dan separa berkawal diajar pada peringkat awal sebelum penulisan bebas dan kreatif

- melibatkan penggunaan kemahiran tatabahasa dan bentukbentuk grafif

D. JENIS-JENIS PENULISAN
1. Penulisan Terkawal
- konteks, isi / idea dan tatabahasa dikawal dan ditentukan oleh guru

- merupakan antara latihan awal penulisan mentalis


- menekankan aspek penulisan yang betul khususnya dari segi tatabahasa - Contoh aktiviti : - mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai - menyusun struktur ayat mudah - menyusun urutan ayat

D. JENIS-JENIS PENULISAN
2. Penulisan Separa Terkawal
- beberapa bahagian kecil dalam konteks, isi / idea dan tatabahasa ditentukan oleh pemikiran pelajar sendiri

- penulisan masih lagi terkawal walaupun pemikiran


pelajar terlibat - memberi peluang pelajar mengeluarkan idea dalam skop yang telah ditentukan - Contoh aktiviti : - mengisi tempat kosong dengan perkataan sendiri - menggantikan perkataan lain dengan perkataan bergaris

D. JENIS-JENIS PENULISAN
3. Penulisan Berpandu
- berpandukan sumber guru atau model penulisan - Contoh aktiviti :

- menulis ayat berdasarkan perkataan-perkataan


yang diberi pada gambar - menulis semula cerita yang dibaca - menulis karangan berpandukan soalan diberi - menukar teks puisi kepada prosa - menukar sesuatu format penulisan kepada format penulisan yang lain

D. JENIS-JENIS PENULISAN
4. Penulisan Separa Berpandu
- berasaskan sedikit panduan atau bimbingan daripada sumber guru atau model penulisan

- pelajar menggabungkan panduan yang diberi dengan


kreativiti sendiri - contoh aktiviti : - menyudah atau mengakhiri cerita - menulis karangan bergambar - membina karangan berdasarkan kerangka isi yang disediakan

D. JENIS-JENIS PENULISAN
5. Penulisan Bebas
- penulisan melibatkan kreativiti pelajar sepenuhnya - memerlukan tahap penguasaan berbahasa yang tinggi

- melibatkan penglahiran idea dan penyampaian idea


dengan menggunakan kemahiran berbahasa sendiri - contoh aktiviti : - menulis karangan naratif - menulis karangan argumentatif - menulis karangan deskriptif - menulis karangan berbentuk kreatif dan kritis - menulis karangan imaginatif

E. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS


a. Perancangan Aktiviti Menulis
- menetapkan objektif pengajaran kemahiran menulis - menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran - menggunakan bahan bantu belajar b. Pendekatan Pengajaran Penulisan 1. Pendekatan Terkawal 2. Pendekatan Berpandu 3. Pendekatan Bebas 4. Pendekatan Komunikatif 5. Pendekatan LEA (Pengalaman bahasa) 6. Pendekatan Proses

E. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS


c. Masalah Pengajaran Menulis
1. masalah murid (pembelajaran) 2. masalah guru (pengajaran) 3. bahan sumber d. Penilaian - Aspek penilaian 1. isi / idea 2. tatabahasa 3. ketepatan format -penilaian dibuat secara holistik atau global

Anda mungkin juga menyukai