Anda di halaman 1dari 15

Topik Aplikasi

Pengajaran
Tatabahasa
Wacana dalam
Pengajaran
Kemahiran
Penulisan
Sekolah Rendah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah;

2.

Menerangkan konsep pengajaran


kemahiran penulisan sekolah rendah;

3.

Mengenal pasti strategi pengajaran tatabahasa wacana bagi penulisan


sekolah rendah yang berkesan; dan

4.

Mengaplikasikan pengajaran tatabahasa wacana bagi penulisan


sekolah rendah.

tatabahasa

wacana

dalam

116

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM


PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
Topik ini akan mengemukakan konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam
kemahiran penulisan sekolah rendah, strategi pengajaran dan bagaimana
mengapilaksikan pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan pada peringkat
sekolah rendah. Ini amat penting kerana penggunaan tatabahasa wacana yang
betul akan memberikan impak dan kesan terhadap gaya penulisan seseorang
pelajar. Gaya penulisan yang baik dan berkesan akan memberikan peluang
kepada setiap pelajar untuk menulis pelbagai format penulisan pada peringkat
sekolah rendah seperti format perbincangan, format peribahasa, format fakta,
dan lain-lain. Secara tidak langsung juga, ini akan memberikan impak kepada
percambahan pemikiran pelajar ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya,
pada peringkat yang lebih tinggi.

KONSEP PENGAJARAN TATABAHASA


WACANA DALAM KEMAHIRAN
PENULISAN SEKOLAH RENDAH

9.1

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan objektif mata pelajaran Bahasa
Melayu bagi Tahun Enam di sekolah kebangsaan dan konsep pengajaran
tatabahasa wacana dalam kemahiran penulisan sekolah rendah.

9.1.1

Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu


Sekolah Kebangsaan Tahun Enam

Sebelum kita meneruskan perbincangan berkaitan dengan konsep pengajaran


tatabahasa wacana dalam kemahiran penulisan sekolah rendah, elok sekiranya
kita meninjau terlebih dahulu objektif mata pelajaran Bahasa Melayu pada
peringkat sekolah rendah, khususnya Tahun Enam.
Terdapat 10 objektif yang perlu dikuasai oleh setiap murid Tahun Enam. Objektif
ini meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi
kemahiran menulis, objektifnya adalah seperti berikut:
(a)

Menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan proses


penulisan yang sesuai;

(b)

Menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan


cantik;

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN 117


KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

(c)

Menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 80


patah perkataan; dan

(d)

Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem


ejaan dan sebutan yang betul.

Berdasarkan objektif yang dijelaskan di atas, guru perlulah memberikan


perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran tatabahasa wacana dalam setiap
penulisan yang dihasilkan oleh pelajar. Pemahaman terhadap konsep dan
strategi pengajaran serta bagaimana cara menulis menggunakan tatabahasa
wacana yang sempurna haruslah diberikan perhatian yang sewajarnya.

9.1.2

Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana


dalam Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

Di dalam huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Tahun Enam, hasil


pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam penulisan adalah
dilabelkan pada bilangan 8 hingga 11, dan pecahannya adalah seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 9.1.
Jadual 9.1: Hasil Pembelajaran Tahun Enam
Kemahiran Bahasa
Mendengar
dan Bertutur

Membaca

Menulis

Hasil Pembelajaran

Kemahiran Berbahasa

1.0

1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6

2.0

2.1, 2.2

3.0

3.1, 3.2, 3.3

4.0

4.1, 4.2, 4.3, 4.4

5.0

5.1, 5.2

6.0

6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6

7.0

7.1, 7.2, 7.3

8.0

8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6

9.0

9.1, 9.2, 9.3

10.0

10.1, 10.2, 10.3

11.0

11.1, 11.2, 11.3, 11.4

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum

118

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM


PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Sebagai contoh, dalam hasil pembelajaran 8.0 diberikan penjelasan bahawa pada
akhir pembelajaran, setiap pelajar akan dapat menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana dalam penulisan. Begitu juga dengan hasil pembelajaran 9.0, 10.0
dan 11.0, ia adalah berkenaan dengan hasil pembelajaran yang berkaitan dengan
penulisan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Ini bermakna bahawa
pengajaran yang berkaitan dengan tatabahasa wacana dalam penulisan yang
merangkumi pengajaran tentang penulisan ayat, penggunaan penanda wacana,
penulisan ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan adalah antara perkara
penting yang perlu diajar oleh setiap guru kepada pelajar.
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis pengajaran tatabahasa wacana yang
diuji iaitu pengajaran penulisan berformat dan tidak berformat. Konsep
pengajaran ini bergantung kepada:
(a)

Pecahan isi dan markah bagi aspek isi penulisan. Contohnya, seperti dalam
Jadual 9.2 berikut.
Jadual 9.2: Pecahan Markah untuk Aspek Penulisan

(b)

Isi

Markah

Pendahuluan

Isi Pertama

Isi Kedua

Isi Ketiga

Isi Keempat

Penutup

Jumlah

10

Pecahan markah bagi aspek biasa. Contohnya, seperti dalam Jadual 9.3 berikut.
Jadual 9.3: Pecahan Markah untuk Aspek Bahasa
Bahasa

Markah

Perbendaharaan Kata

Struktur Ayat

Penggunaan Imbuhan

Tanda Baca

Ejaan

Jumlah

15

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN 119


KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Sebagai makluman, setiap pelajar akan memperoleh kelebihan berdasarkan


situasi berikut:
(i)

Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi, jika penulisan
mempunyai pengenalan, isi (lebih daripada tiga) dan penutup;

(ii)

Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa, jika
penulisan mengandungi aspek wacana yang mantap, selain tidak
melakukan sebarang kesalahan;

(iii) Jika ada kesalahan dalam bahagian (c), (d) dan (e) berdasarkan Jadual 9.3,
setengah markah akan ditolak. Bagi bahagian (a) dan (b), markah akan
diberi mengikut budi bicara, berdasarkan keseluruhan penulisan;
(iv) Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak tiga
markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan; dan
(v)

Bagi penulisan yang terpesong pula, lima markah sahaja diberikan.

AKTIVITI 9.1
Dengan perkataan anda sendiri, huraikan konsep pengajaran wacana
tatabahasa sekolah rendah.

9.2

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN


WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH
RENDAH

Pada subtopik yang lalu, kita telah diperkenalkan dengan konsep dan prosedur
yang perlu diikuti oleh setiap murid dalam penulisan. Subtopik ini pula akan
menyentuh tentang strategi pengajaran kemahiran wacana dalam penulisan bagi
sekolah rendah. Perbincangan dalam strategi ini amat berkait rapat dengan
tatacara atau prosedur pengajaran yang perlu diasimilasikan dalam usaha untuk
meningkatkan kemahiran wacana dalam penulisan dalam kalangan murid.

9.2.1

Strategi Pengajaran

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh guru dalam usaha untuk
mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar. Strategi
pengajaran penulisan yang berkesan akan memberikan impak kepada
keupayaan murid untuk menghasilkan penulisan yang baik dan gramatis.

120

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM


PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Untuk itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru
dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan murid. Kamarudin
Husin (1988) menyarankan tiga peringkat strategi penulisan iaitu sebelum,
semasa dan selepas penulisan (Jadual 9.4).
Jadual 9.4: Tiga Peringkat Strategi Penulisan
Peringkat
Sebelum
Penulisan

Panduan
(a) Fahami betul-betul kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan
berformat);
(b) Gariskan kata kunci dalam setiap soalan yang diberi; dan
(c) Catatkan isi atau kerangka penulisan. Setiap penulisan karangan yang
baik perlu ada pendahuluan, isi dan penutup. Terdapat pelbagai cara
untuk mencatat isi. Antaranya adalah dengan menggunakan konsep peta
minda dan penomboran.

Semasa
Penulisan

(a) Menulis berdasarkan isi atau kerangka penulisan. Patuhi format (jika
berkaitan);
(b) Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.
Pastikan ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan dalam
setiap pendahuluan agar pembaca dengan mudah memahami apa yang
ditulis oleh pelajar;
(c) Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan
lanjut berserta contoh. Perkara yang sama juga perlu diambil perhatian
oleh pelajar seperti perenggan (b) di atas. Pastikan kohesi dan koheran
setiap ayat dalam penulisan dengan menggunakan penanda wacana
yang betul;
(d) Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau
kesimpulan keseluruhan penulisan; dan
(e) Pelajar perlulah mematuhi penggunaan sistem ejaan, tanda baca,
tatabahasa, kosa kata, dan wacana yang betul dan sesuai.

Selepas
Penulisan

(a) Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama
semak pelbagai perkara iaitu:
(i) Format;
(ii) Isi atau huraian;
(iii) Imbuhan;
(iv) Struktur ayat;
(v) Ejaan;
(vi) Tanda baca; dan
(vii) Perbendaharaan kata.
(b) Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.

Sumber: Kamarudin Husin (1988)

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN 121


KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Kelemahan Murid dalam Penulisan


Dalam pengajaran, guru wajar berhati-hati dengan beberapa kelemahan murid
dalam penulisan. Berdasarkan komen pemeriksa kertas, ramai murid didapati
lemah dalam aspek wacana dari segi isi di mana:
(a)

Murid tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan;

(b)

Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (kurang daripada empat);

(c)

Penulisan adalah panjang tetapi isi yang dikemukakan berulang;

(d)

Murid tidak menghuraikan isi yang dikemukakan;

(e)

Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan;

(f)

Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain;

(g)

Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan


kesinambungan isi atau ayat;

(h)

Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai; dan

(i)

Struktur ayat tidak kemas, selain itu terdapat kesalahan ejaan.

Berikut adalah panduan bagi penghasilan wacana penulisan yang cemerlang:


(a)

Banyakkan membaca bahan bacaan tambahan yang berfaedah seperti


akhbar, majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti
kesinambungan isi;

(b)

Sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti perkataan atau


kosa kata baru bagi setiap penulisan;

(c)

Baca dan semak semula penulisan yang telah ditanda oleh guru;

(d)

Teliti pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan


kemas. Elakkan tanda tanya dalam wacana; dan

(e)

Berbincang dengan rakan secara berpasangan untuk mengenal pasti setiap


kesalahan dan kelemahan penulisan yang telah kita lakukan.

AKTIVITI 9.2
Jelaskan strategi pengajaran wacana tatabahasa sekolah rendah.

122

9.3

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM


PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH


RENDAH

Subtopik terakhir ini mengetengahkan kepada anda pengaplikasian kemahiran


wacana dalam penulisan bagi sekolah rendah. Kemahiran diaplikasikan
berdasarkan beberapa peraturan dan perancangan penulisan yang jitu serta
lengkap dengan beberapa contoh yang khusus.

9.3.1

Aplikasi Kemahiran Wacana dalam Penulisan


Sekolah Rendah

Jadual 9.5 berikut menerangkan aplikasi kemahiran wacana dalam penulisan


sekolah rendah.
Jadual 9.5: Tajuk atau Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran, dan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
Tajuk atau Objektif
Penulisan: Fakta
Murid boleh:
(i)

Memberikan
pendapat dan
menyusun isi
mengikut
turutan serta
dapat menulis
semula
dengan baik

Kemahiran
1.16 Menjawab soalan
tentang isi sesuatu
bahan
1.49 Menyatakan
pendapat yang
bernas dalam
perbincangan

Media Pengajaran
Gambar

KBKK

Menjana idea
Menyusun
mengikut
keutamaan

Kad jalur
Carta
Keratan akhbar

3.35 Menulis semula


maklumat
yang diterima
dengan teratur
3.40 Menulis karangan
dalam
bentuk prosa

Penulisan:
Menyambung cerita
Murid boleh:
(i)

Menulis
tentang tajuk
yang

1.16 Menyoal untuk


mendapatkan
maklumat
2.26 Memberikan
pendapat tentang
sesuatu pernyataan

Gambar

Sumbang saran

Kad perkataan

Keratan akhbar

Menyusun
mengikut urutan

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN 123


KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

diberikan

yang diketahui
atau dibaca
3.28 Menulis kesudahan
cerita

Penulisan: Biografi
Murid boleh:
(i)

Memberikan
pendapat
dalam
perbincangan
serta dapat
menulis
tentang tajuk
yang diberi

1.26 Menjawab soalan


tentang isi sesuatu
cerita
1.16 Menyoal untuk
mendapatkan
maklumat

Papan gulung

Menjana minda

Kad jalur

Menyusun
mengikut urutan

Bahan sebenar:
Surat rasmi dan
surat tidak

rasmi

Membandingkan
perbezaan

Gambar Tokoh

2.20 Menyatakan
maklumat penting
dalam bahan
bacaan
3.32 Mencatatkan isi
penting daripada
bahan yang dibaca
atau
diperdengarkan
3.40 Menulis bentuk
prosa

Penulisan: Surat
kiriman tidak rasmi
Murid boleh:
(i)

Membaca,
menghayati
dan memberi
pendapat
serta
menjawab
latihan
penulisan
dengan betul

1.37 Melaporkan

sesuatu peristiwa
yang didengar atau
dilihat dengan
betul dan ringkas

1.19 Menyoal mengikut

urutan dalam cerita


atau bahan bacaan
2.15 Membaca rangkai
kata, ayat dan
perenggan
2.19 Menyatakan
maklumat penting
dalam bahan
bacaan
3.35 Menulis semula
maklumat yang

Lembaran kerja
Kad perkataan

Membuat
kesimpulan

124

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM


PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

diterima dengan
teratur
Penulisan: Surat
kiriman tidak rasmi
Murid boleh:
(i)

(ii)

Membezakan
antara surat
kiriman tidak
rasmi dengan
surat kiriman
rasmi
Memahami
peta minda
dan menulis
tentang tajuk
yang
diberikan

1.16 Menyoal untuk


mendapatkan
maklumat
2.15 Membaca rangkai
kata, ayat dan
perenggan

Bahan edaran

Peta minda

Kad perkataan

Transparensi:
Bahan bacaan.

Memberikan
pendapat

2.26 Memberikan
pendapat tentang
sesuatu pernyataan
yang dibaca
berpandukan peta
minda
3.45 Menulis surat
kiriman mengikut
format

Berikut adalah panduan dalam merancang penulisan:


(a)

Kerangka Penulisan
Perkara paling penting untuk diimbas kembali sebelum penulisan, murid
hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan.
Selepas itu, fikirkanlah pula tentang:
(i)

Pengenalan
Setiap penulisan mestilah mempunyai pendahuluan atau pengenalan.
Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk
yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Murid hendaklah
menarik perhatian pembaca supaya membaca penulisan itu.
Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau
empat ayat. Pendahuluan penulisan yang menarik akan
meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca.

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN 125


KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

(ii)

Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk penulisan itu. Penulisan perlu
mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi perkara pokok
tetapi mungkin akan menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah
disusun dengan teratur dan berkaitan antara satu dengan yang lain.
Isi itu dipecahkan dalam perenggan khusus. Isi yang utama mestilah
didahulukan.
Sebaik-baiknya, satu isi bagi satu perenggan, kecuali jika isi adalah
pendek dan berkait rapat. Setiap perenggan tidak semestinya sama
panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada
perenggan yang lain. Hal ini demikian kerana isi utama yang ingin
ditekankan oleh murid biasanya lebih panjang daripada perenggan
yang lain.
Pastikan isi tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan
penggunaan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi penulisan
hendaklah asli iaitu tidak ditiru bulat-bulat daripada penulisan lain.
Dalam mendapatkan isi yang berkualiti, murid hendaklah banyak
membaca surat khabar, majalah, rencana, buku cerita, menyaksikan
sendiri dan daripada pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan
isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang
sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip Penulisan
Antara kaedah
pertanyaan):

mengenal

Apakah?

Siapakah?

Bilakah?

Mengapakah?

Di manakah?

Bagaimanakah?

pasti

isi

ialah

(mengikut

kaedah

(iii) Penutup
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca
untuk mengikuti sesuatu penulisan, maka kesimpulannya juga
hendaklah memberikan kepuasan kepada pembaca (Juriah Long,
Raminah Sabran dan Sofiah Hamid, 1990). Kesimpulan menjadi

126

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM


PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

rumusan atau akhiran bagi sesuatu penulisan. Dalam kesimpulan,


digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan penamatan penulisan secara
mengejut atau tergantung.
(b)

Cara Menulis
Sebelum menulis perkara yang dilakukan adalah seperti berikut:
(i)

(ii)

Pemilihan tajuk atau soalan

Baca dan fahami setiap tajuk atau soalan yang diberikan;

Fahami bentuk soalan, sama ada jenis berformat atau tidak


berformat;

Pilih soalan atau tajuk yang benar-benar boleh dikuasai; dan

Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan.

Penyusunan rangka penulisan

Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi;

Senaraikan semua isi penting secara ringkas;

Susun isi mengikut urutan dan kepentingan;

Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang
akan dihuraikan; dan

Elakkan pengulangan isi utama.

(iii) Penulisan

Semasa menulis, mulakan dengan penulisan pendahuluan dalam


satu perenggan;

Setiap isi yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan dan
disertai dengan contoh;

Bahagian penulisan yang ideal:

Perenggan pendahuluan;

Perenggan isi pertama;

Perenggan isi kedua;

Perenggan isi ketiga;

Perenggan isi keempat; dan

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN 127


KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Perenggan penutup.

(iv) Penyemakan penulisan

Setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan


untuk memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas, kesalahan
ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah
dan aspek tatabahasa yang lain.

Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan

Secara umumnya, berikan peruntukan masa untuk sesebuah penulisan


iaitu:

Empat minit untuk mendapatkan isi;

Dua puluh empat minit untuk menulis; dan

Dua minit untuk menyemak semula.

Bagaimanakah murid hendak menulis dialog dengan baik? Berikut adalah


contoh yang sesuai untuk menulis dialog:

Kamu baru pulang?


Baru sebentar tadi, jawab saya. Tentu kamu tertunggu kepulangan
saya.
Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal, lembut.
(c)

Panduan Khusus bagi Penulisan

Perlu memahami betul-betul kehendak soalan;

Catatkan apa sahaja isi yang terlintas dalam fikiran, kemudian susun
mengikut isi yang lebih penting;

Tulis berdasarkan rangka yang disediakan;

Penulisan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup;

Bagi penulisan yang meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai


tiga isi (seelok-eloknya cari empat isi) dan setiap perenggan
mengandungi satu isi; dan

Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

128

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM


PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

SEMAK KENDIRI 9.1


1. Bincangkan wacana tatabahasa dalam penulisan sekolah rendah.
2. Huraikan strategi penulisan yang menggunakan
tatabahasa yang luas bagi sekolah rendah.

wacana

Terdapat 10 objektif yang perlu dikuasai oleh setiap murid Tahun Enam.
Objektif ini meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Pengajaran yang berkaitan dengan tatabahasa wacana dalam penulisan


merangkumi pengajaran tentang penulisan ayat, penggunaan penanda
wacana, penulisan ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan.

Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi, jika penulisan
mempunyai perkara yang ditetapkan iaitu pengenalan, isi yang lebih
daripada tiga dan penutup.

Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa, jika
penulisan mengandungi wacana yang mantap serta tidak melakukan
sebarang kesalahan.

Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak tiga


markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.

Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya lima markah sahaja diberikan.

Terdapat tiga peringkat strategi dalam penulisan wacana yang berkesan iaitu
sebelum, semasa dan selepas penulisan.

Selain itu, terdapat juga panduan bagi menghasilkan wacana penulisan yang
cemerlang. Antaranya adalah banyakkan membaca bahan bacaan tambahan
yang berfaedah dan merujuk kepada kamus.

Berikut adalah perkara yang perlu dibuat oleh guru dalam pengajaran
tatabahasa wacana:
Pemilihan tajuk atau soalan;
Penyusunan rangka penulisan;
Penulisan;
Penyemakan penulisan; dan
Peruntukan masa untuk penulisan.

TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN 129


KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Ejaan

Pendekatan

Format

Penggunaan imbuhan

Isi

Penutup

Kaedah

Perbendaharaan kata

Kerangka

Perancangan

Kesimpulan

Strategi

Pemilihan isi

Struktur ayat

Pendahuluan

Tanda baca

Juriah Long, Raminah Sabran, & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai