Anda di halaman 1dari 7

Kajian Tindakan (kemas kini): Panduan Menganalisis Data Berbentuk

Teks Atau Transkrip (kualitatif)



Kebanyakan pelajar, yang sempat saya temui, telah menggunakan instrumen seperti temubual, pemerhatian, rekod
anekdot, nota lapangan dan jurnal reflektif untuk mendapatkan maklumat / data dalam kajian tindakan yang dilakukan
dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan murid (responden) tentang aplikasi kaedah serta teknik pengajaran mereka
(apakah bentuk inovasi pdp yang boleh dan sesuai atau terbaik untuk dilaksanakan dan bagaimanamelaksanakannya).
Sekiranya pemerhatian berstruktur sepenuhnya (tersedia jawapan atau pengkaji hanya mahu melihat kekerapan sesuatu
tingkahlaku) dilakukan, maka analisis menggunakan statistik numerikal adalah relevan. Tetapi sekiranya data direkodkan
dalam bentuk teks atau transkrip, maka analisis menggunakan statistik numerikal menjadi tidak tepat.

Sebagai panduan ringkas, diperjelaskan di sini, prosedur melakukan analisis data kualitatif (seperti data dalam bentuk teks).

Pendekatan deduktif: melibatkan penggunaan struktur atau kerangka yang telah ditentukan lebih awal untuk menganalisis
data. Contohnya pengkaji ingin meneroka pandangan atau perasaan murid (responden) tentang alasan tidak dapat mengikuti
pelajaran atau tidak aktif dalam pembelajaran, maka temubual dilakukan untuk meneroka alasan atau sebab-sebabnya.
Pengkaji boleh mengesan kategori (jenis / tema) alasan tersebut (kualitatif) dan kekerapan setiap alasan yang diberikan
(kuantitatif). Pengkaji boleh saja memilih hanya jenis atau kategori alasan sahaja tanpa mengambil kira kekerapan setiap
alasan (khususnya apabila bilangan responden adalah terlalu kecil iaitu antara 2 hingga 6 orang).

Pendekatan induktif: proses menganalisis data tidak melibatkan struktur / kerangka / teori yang ditetapkan lebih awal.
Pendekatan ini lebih komprehensif dan paling kerap digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Terdapat banyak kaedah
untuk mengaplikasi pendekatan induktif dan yang paling lazim ialah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan
berdasarkan tema (thematic content analysis)

Transkrip temubual, nota lapangan dan pemerhatian menyediakan data diskrptif tetapi bukan penjelasan atau interpretasi.
Pengkaji sendiri yang akan meneroka dan membuat interpretasi data.

Peringkat 1: Kenal pasti tema atau kategori (idea, konsep, terminologi, kata kunci) yang boleh diperolehi daripada teks /
transkrip. Proses mengenalpasti ini dikenai sebagai pengekodan terbuka (open coding). Tujuan mengenalpasti tema atau
kategori ini adalah untuk memilih perkataan atau frasa yang relevan dan diperlukan. Langkah seterusnya ialah
mengumpulkan perkataan dan frasa dalam tema atau kategori tadi di atas kertas kosong (data display) dalam bentuk jadual
atau peta minda dan mula memotong maklumat berulang. Proses ini dikenali sebagai proses pengurangan data(data
reduction).

Peringkat 2: Kategori yang terhasil akan disemak semula untuk memastikan tidak terdapat kategori yang sama (tetapi
menggunakan perkataan yang lain seperti seronok dan gembira). Seronok dan gembira boleh dimasukkan dalam satu
kategori perasaan dengan sub kategori positif dan negatif (untuk perasaan bosan, tidak seronok dan sebagainya).
Proses mengaitkan antara kategori dan sub-kategori ini dinamakan axial coding.

Peringkat 3: Data yang terpapar (displayed data) seterusnya dibuat interpretasi berdasarkan kepada ilmu pengetahuan (asas
teori) dan pengalaman. Sebaiknya, pengkaji melibatkan pihak ketiga (third party) seperti rakan sejawat (untukpeer review)
atau rakan kritikal untuk mengesahkannya (memastikan rigour dan trustworthy yang lebih tinggi).

Peringkat 4: Mula menulis (menghurai atau merumus) dapatan kajian untuk menjawab soalan kajian. Sebaiknya dikaitkan
dengan dapatan kajian awal (jika ada).

Peringkat 3 dan 4 dinamakan proses menghasilkan rumusan dan pengesahan (conclusion drawing and verification)

Jenis-jenis fenomena yang boleh dikodkan (adaptasi daripada Bogdan dan Biklen, 1992;
Strauss, 1987; Mason, 1996; dan Gibbs, 2006)

NO. APA YANG BOLEH DIKODKAN
1 Tingkahlaku, aksi spesifik
2 Peristiwa yang dilakukan dan menjadi perbualan.
3 Activiti melibatkan manusia dalam seting tertentu
4 Strategi, amalan atau taktik
5 Keadaan umum yang dialami oleh murid
6 Makna.
a. Norma, nilai dan peraturan yang,menjadi
panduan bertingkahlaku
b. Makna serta signifikan keadaan yang dihadapi ke
atas peserta
c. Apakah symbol yang digunakan untuk
memahami keadaan? Apakah panggilan atau
gelaran yang diberikan kepada objek, peristiwa,
peranan, seting dan peralatan?
7 Penyertaan adaptasi kepada situasi baru
8 Perhubungan dan interaksi
9 Syarat atau kekangan
10 Akibat
11 Seting konteks keseluruhan yang dikaji
12 Refleksif peranan pengkaji dalam proses,
bagaimana data diperoleh



Teknik mengenalpasti tema
1. Pengulangan perkataan
2. Kata kunci (berdasarkan konteks)
3. Banding beza
4. Cari maklumat yang tertinggal
5. Metafora dan analogi


Latihan mengekod: Data temubual kumpulan berfokus murid tahun 3 (kumpulan berfokus digunakan untuk mengelakkan
responden yang masih kanak-kanak daripada rasa tertekan apabila temubual secara individu dilakukan)

Soalan-soalan yang dikemukakan semasa temubual (sila gunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh murid bergantung kepada
tahap kebolehan mereka)

Soalan 1: Boleh beritahu ustaz tak, apa yang menarik atau tidak menarik tentang pengajaran ustaz tadi? Cuba bandingkan dengan
cara sebelum ini? Mengapa? (Soalan minta perbandingan dan mengapa merupakan soalan lanjutan untuk mendapatkan
maklumat lebih mendalam sekiranya murid menjawab secara ringkas untuk soalan pertama)

Soalan 2: Boleh tak beritahu ustaz cara yang kamu rasa senang untuk faham pelajaran? (soalan ini dikemukakan untuk
mendapatkan pandangan murid serta alternatif kaedah dan teknik yang mereka mahukan dalam bentuk need assessment).

Langkah 1: Tetapkan (Senaraikan) perkataan atau frasa pendek yang akan dijadikan kod (berkaitan maklumat yang
dikehendaki sebagai eviden, sama ada untuk tujuan tinjauan awal atau untuk dijadikan bukti dapatan) seperti contoh di
bawah (open coding- tiada hirarki keutamaan):

Teknik pengajaran
Kesan pengajaran
Rujukan
Perasaan
Motivasi

Nota: Guru sedang mengkaji bagaimana caranya melaksanakan penerangan yang diintegrasikan dengan penggunaan kata kunci
dan peta minda secara live (dalam keadaan sebenar dan bukan teoretikal).

Langkah 2: Dapatkan jawapan murid dan catatkan seperti mana mereka jawab. Susun semula jawapan mereka dalam bentuk
jadual seperti di bawah (sekiranya guru tidak menyediakan / menggunakan borang jadual, maknanya sekiranya guru
mencatat dalam bentuk nota lapangan)

Soalan 1 Boleh beritahu ustaz tak, apa yang menarik atau tidak
menarik tentang pengajaran ustaz tadi? Cuba bandingkan dengan cara
sebelum ini? Mengapa kamu kata begitu?
Responden A
(RA)
Bila ustaz tulis kata kunci kat papan tulis, senang nak tengok
semula. ...... Peta minda pulak.... saya suka sebab ... mmm... senang nak
faham ...
Responden B
(RB)
Ha ah (menyetujui kenyataan RA)... ustaz guna pen warna, jadi
senang nak tengok. Sebelum ni ustaz macam ceramah kat surau aje.
Responden C
(RC)
Kalau ustaz cakap aje, bosanlah. Boleh mengantuk.
Responden D
(RD)
Apa tu ustaz? Peta.... (guru memberi bantuan)... hah peta minda.
Macam dalam iklan susu anmum beruang kutub tak makan penguin kat
tv.
Responden A
(RA)
Sebelum ni kan ustaz, saya mesti main sebab (tersipu-sipu).... saya
tak faham apa yang ustaz cakap.
Responden D
(RD)
Lagipun kan sekarang ustaz ajar, saya tak bosan. Saya suka tengok
peta minda dengan kata kunci.
Responden B
(RB)
Senang ingat, ustaz!

Soalan 2 Boleh tak beritahu ustaz cara yang kamu rasa senang untuk faham
pelajaran?
Responden A
(RA)
Macam ustaz ajar tadilah! Ada kata kunci. Ada peta minda.
Responden B
(RB)
Betul tu ustaz.
Responden C
(RC)
Kalau ustaz ajar ada nyanyi macam Cikgu X (nama sebenar tidak
digunakan), mesti seronok.
Responden B
(RB)
Engkau ni apa lah..... (menegur RC)
Responden C
(RC)
Tak pe lah... ustaz yang tanya tadi.
Responden D
(RD)
Ustaz ajar tak macam dulu. Dulu saya tak suka. Sekarang saya
seronok sangat. Boleh faham. Boleh ingat.

(Saya hanya mengemukakan dua contoh soalan sahaja. Selanjutnya boleh buat sendiri)

Langkah 3: Tandakan perkataan, frasa atau ayat yang menggambarkan maklumat atau data yang dikehendaki. Gunakan warna
(highlighter) yang berlainan dan mulakan dengan proses mengekod menggunakan kod-kod yang telah disediakan lebih
awal (lihat langkah 1) pada ruang kanan jawapan (sekiranya lajur berkenaan telah disediakan) atau tandakan di tepi
transkrip ( untuk tujuan data reduction). Pada masa ini ada kemungkinan kod atau tema baru perlu diwujudkan apabila
terdapat maklumat lain yang relevan.
Maklumat / data Kod / tema
Soalan 1 Boleh beritahu ustaz tak, apa yang
menarik atau tidak menarik tentang
pengajaran ustaz tadi? Mengapa kamu
kata begitu?

Responden
A (RA)
Bila ustaz tulis kata kunci kat papan
tulis, senang nak tengok semula.
...... Peta minda pulak.... saya
Kaedah
/Teknik
pengajaran
sukasebab ... mmm... senang nak faham
...
Bahan bantu
Perasaan
Kesan
pengajaran
Responden
B (RB)
Ha ah (menyetujui kenyataan RA)...
ustaz guna pen warna, jadi senang nak
tengok. Sebelum ni ustaz macam
ceramah kat surau aje.
Kaedah
/Teknik
pengajaran
Kesan
pengajaran
Responden
C (RC)
Kalau ustaz cakap aje, bosanlah.
Boleh mengantuk.
Demotivasi
Responden
D (RD)
Apa tu ustaz? Peta.... (guru
memberi bantuan)... hah peta
minda. Macam dalam iklan susu
anmum beruang kutub tak makan
penguin kat tv.
Kaedeah /
Teknik
pengajaran
Pengetahuan
sedia ada

Responden
A (RA)
Sebelum ni kan ustaz, saya mesti
main sebab (tersipu-sipu).... saya tak
faham apa yang ustaz cakap.
Demotivasi
Perasaan
Responden
D (RD)
Lagipun kan sekarang ustaz ajar,
saya tak bosan. Saya suka tengok peta
minda dengan kata kunci.
Perasaan
Kaedah /
Teknik
pengajaran
Responden
B (RB)
Senang ingat, ustaz! (nada
bersemangat)
Motivasi
Kesan
pengajaran



Soalan 2 Boleh tak beritahu ustaz cara yang kamu rasa
senang untuk faham pelajaran?
Kod / tema
Responden A
(RA)
Macam ustaz ajar tadilah! (kenyataan ini
merujuk kepada kaedah dan teknik pengajaran) Ada
kata kunci. Ada peta minda.
Kaedah
/Teknik
pengajaran

Responden B
(RB)
Betul tu ustaz (kenyataan ini menyokong RA). Rujukan
Responden C
(RC)
Kalau ustaz ajar ada nyanyi macam Cikgu X
(nama sebenar tidak digunakan), mesti
seronok (bersemangat)
Kaedah
/Teknik
pengajaran
Motivasi
Responden B
(RB)
Engkau ni apa lah..... (menegur RC)
Responden C
(RC)
Tak pe lah... ustaz yang tanya tadi.
Responden D
(RD)
Ustaz ajar tak macam dulu. Dulu saya tak
suka. Sekarang saya seroooonok sangat!
(penekanan pada perkataan seronok).Boleh faham.
Bermotivasi
Kesan
pengajaran
Boleh ingat.


Nota: Cuba perhatikan, terdapat satu tema baru (pengetahuan sedia ada) dan satu kategori motivasi negatif (demotivasi).

Sekiranya panduan yang diberikan oleh Bogdan dan Biklen (1992); Strauss, (1987); Mason, (1996); dan Gibbs, (2006)
seperti saranan di atas, maka pengekodan dalam bentuk lain akan dapat dihasilkan. Contohnya,


Dalam contoh di atas, saya tidak menggunakan kod warna tetapi menandakan frasa tertentu dengan warna merah untuk
proses data reduction. Untuk makluman, pengkaji boleh sahaja mengemukakan kod sendiri asalkan boleh dibuat tafsirannya
(interpretasi) kemudian.

Langkah 4: Susun data agar mudah untuk dilihat (data display) menggunakan peta. Tandakan maklumat atau data yang sama
atau boleh dimasukkan ke dalam satu kategori.

Paparan data untuk soalan 1.


Langkah 5: Susunkan maklumat mengikut kategori berdasarkan hirarki keutamaan (sila libatkan rakan kolaborasi / rakan
penyelidik / rakan kritikal untuk memastikan pengkategorian yang dilakukan adalah boleh dipercayai atau
mempunyaitrustworthiness yang tinggi). [axial coding]

Contohnya, tema suka, seronok, demotivasi dan bermotivasi boleh disatukan di bawah kategori motivasi.
Kategori pengajaran dan pembelajaran pula boleh merangkumkan tema perasaan (warna biru), kaedah dan teknik pengajaran
(warna hijau) dan kesan (ungu). Kategori kesan pembelajaran boleh dikekalkan atau dimasukkan juga di bawah kategori
pengajaran dan pembelajaran (bergantung kepada bagaimana penyelidik ingin membuat analisis).

Seterusnya kenal pasti corak dan perkaitan antara kategori. Contohnya perasaan suka dan seronok boleh dikaitkan dengan
pembelajaran (boleh ingat, boleh faham dan senang tengok).

Langkah 6: Lakukan analisis melalui interpretasi data dengan bantuan mereka yang pakar atau berkebolehan melakukan
interpretasi dengan baik.

Semasa melakukan analisis data kualitatif, saya tidak mengambil kira kekerapan munculnya data seperti kata kunci, peta minda
dan lain-lain. Sekiranya saya berhajat untuk melakukan analisis mixed method (kaedah gabungan), maka saya akan
menghitung kekerapan munculnya frasa peta minda, kata kunci, saya suka dan sebagainya dan melakukan analisis statistikal.
(Dalam contoh di sini, saya tidak akan melakukannya kerana saya hanya memilih analisis kualitatif).

Contohnya,
Dapatan temubual kumpulan berfokus menunjukkan murid dapat menerima aplikasi kaedah penerangan yang diintegrasikan
dengan teknik penggunaan kata kunci dan peta minda dalam pengajaran. Kaedah penerangan tidak dilakukan sepanjang 60
minit waktu yang diperuntukkan tetapi diselang-selikan dengan penggunaan teknik kata kunci yang dituliskan di papan
tulis, penerangan semula dan menggunakan peta minda (untuk menjelaskan keseluruhan konsep isi pelajaran). Penggunaan
kata kunci menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Dalam proses menggunakan kata kunci, kesemua kata
kunci yang dicatatkan di papan tulis tidak dipadam sehingga habis kelas dengan tujuan untuk membolehkan murid membuat
rujukan. Dapatan ini boleh diinterpretasikan sebagai satu penambahbaikan pengajaran melalui pengintegrasian kata kunci
dan peta minda ke dalam kaedah penerangan. Dapat dikatakan bahawa sebahagian nilai pendidikan yang menjadi pegangan
saya telah dapat direalisasikan apabila saya mengambil kira pengaruh dan kesan penggunaan papan tulis yang boleh
dijadikan rujukan.

Dapatan juga menunjukkan murid merasa lebih seronok dan mudah mengingat fakta yang diajarkan. Mereka lebih bermotivasi
untuk belajar. Contohnya, RB, RC dan RD menyatakan rasa seronok dengan penuh semangat. ......... Saya memang percaya
dengan yakin bahawa keseronokan belajar memang akan mempengaruhi proses pembelajaran.....

Namun begitu, RD didapati telah mengaitkan peta minda dengan iklan susu yang menggambarkan bahawa responden memang
mampu dan boleh belajar sekiranya ia dapat mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada......

Langkah 7: Buat laporan dan rumusan dapatan. Dalam laporan dan rumusan analisis yang dibuat, sebaiknya dikaitkan dengan
kajian lalu yang berkaitan. Contohnya,

Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Shapiro dan Waters (2005), Sagarra dan Alba (2006) serta Atay
dan Ozbulgan (2007) yang mendapati bahawa penggunaan kata kunci dapat menghasilkan kesan pembelajaran yang
signifikan. Atkinson (1975) pula pernah menegaskan bahawa antara banyak strategi pembelajaran kosa kata, kaedah kata
kunci merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menambahbaik ingatan

Anda mungkin juga menyukai