Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS SENARIO

Setelah membuat analisis terhadap senario yang diberikan, dapat saya


simpulkan bahawa terdapat beberapa masalah pengajaran dan pembelajaran
yang berkaitan Encik Robert dan anak muridnya di dalam kelas.

Antara masalah-masalah tersebut ialah, murid tidak dapat fokus terhadap


aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, Joli dan Abby khususnya
tidak dapat fokus terhadap aktiviti pembelajaran di dalam kelas kerana keletihan
dan kelaparan. Keletihan dan kelaparan merupakan perkara penting yang
mampu mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid di dalam kelas. Hal ini
kerana, merujuk kepada Hierarki Maslow di bawah teori Humanisme, makan,
minum, udara, tempat tinggal merupakan salah satu keperluan dan kekurangan
yang perlu seseorang pelajar itu penuhi agar pelajar tersebut akan lebih
bermotivasi kearah pencapaian pembelajaran yang lebih tinggi.

Sebagai seorang guru, Encik Robert seharusnya mencadangkan nama murid-


muridnya kepada pihak pentadbiran agar dimasukkan ke dalam senarai murid-
murid yang menerima bantuan makanan iaitu di bawah Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) di sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi
peluang kepada murid-muridnya bersedia dari sudut fizikal terlebih dahulu
sebelum aktiviti pembelajaran bermula. Perkara ini juga selaras dengan
kenyataan Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) yang
menyatakan bahawa melalui rancangan makanan tambahan yang disediakan
oleh pihak kerajaan, secara tidak langsung ia mampu menyediakan murid-murid
dari sudut fizikal untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Oleh itu, berdasarkan masalah ini, sebagai seorang bakal guru saya
seharusnya sedar bahawa ketika menjadi guru kelak, saya seharusnya
memenuhi keperluan asas murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan
pengajaran. Saya juga mula sedar bahawa saya perlum melayan murid-murid
sebagai seorang insan terlebih dahulu sebelum melayan mereka sebagai pelajar.

Tambahan lagi, antara masalah pengajaran dan pembelajaran lain yang


terdapat di dalam senario adalah guru tidak bersikap prihatin terhadap pelajar
yang aktif dan pelajar yang lemah di dalam kelas. Sebagai contoh, Jennah yang
merupakan seorang murid yang aktif di dalam kelas menjadi seorang pendiam
dan kurang berminat untuk belajar setelah gurunya kurang prihatin terhadap
usahanya. Selain itu juga Remy yang merupakan seorang pelajar yang lemah di
dalam kelas juga nampaknya sudah berputus asa kerana tiada sesiapun prihatin
terhadap masalah pembelajaran yang dihadapinya. Menurut teori Pelaziman
Operan Skinner di dalam teori Behaviorisme, sikap keprihatinan guru merupakan
salah satu faktor penting yang harus guru laksanakan sebagai peneguhan positif
terhadap tingkah laku positif murid ataupun sebagai motivasi ekstrinsik untuk
menaikkan semangat murid yang lemah untuk belajar.

Sebagai seorang guru, Encik Robert seharusnya memberi peneguhan postif


seperti memuji dengan kata-kata pujian seperti perkataan bagus, terhadap
tindakan Jennah sekiranya beliau cuba melibatkan diri secara aktif di dalam
aktiviti pembelajaran. Selain itu Encik Robert juga perlu memberi motivasi
kepada pelajar yang lemah seperti dengan berkongsi pengalaman kesusahan
beliau ketika menjadi pelajar dahulu namun kesusahan itu berjaya diatasi
berdasarkan langkah-langkah yang sesuai sehingga beliau berjaya menjadi
seorang guru untuk menaikkan semangat pelajar yang lemah. Hal ini juga
selaras dengan pendapat Aditya Bayu (2012), yang menyatakan bahawa
perkongsian pengalaman diri sendiri terhadap pengajaran merupakan salah satu
strategi yang sesuai dalam memberikan motivasi kepada pelajar.

Oleh itu jelaslah berdasarkan scenario ini ia juga memberi impak kepada
saya sebagai seorang bakal guru agar tidak bersikap lokek dalam memberikan
pujian sebagai peneguhan positif terhadap pelajar. Dengan cara ini secara tidak
langsung ia memberikan kemungkinan besar tingkah laku postif daripada pelajar
tersebut akan diulanginya. Saya juga mula sedar bahawa ketika menjadi guru
nanti, saya seharusnya tidak mengabaikan pelajar yang lemah dan sentiasa
memberikan motivasi kepada mereka agar mereka dapat sama-sama berjaya di
dalam pelajaran.

Di samping itu, terdapat juga masalah pembelajaran berkaitan tingkah laku


murid-murid. Sebagai contohnya, Jeb, Ghazali dan Kim sudah menunjukkan
tingkahlaku kurang baik seperti mengejar antara satu sama lain dan membaling
objek sesama mereka. Tingkah laku negatif merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi aktiviti pembelajaran kelas. Hal ini kerana, di bawah teori
Behaviorisme tingkah laku negatif telah diklasifikasikan sebagai halangan aktiviti
pembelajaran. Hal ini juga selaras dengan pendapat Aznan Che Ahmad (2010)
yang menyatakan bahawa tingkah laku dapat dibahagikan kepada dua iaitu baik
dan buruk dan sikap tidak menghormati guru seperti berlari di dalam kelas
merupakan tingkah laku negatif yang akan menganggu proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.

Sebagai seorang guru, Encik Robert boleh mengatasi masalah tingkah laku
negatif ini dengan cara merujuk teori skinner yang mencadangkan memberikan
hukuman Tarik (singkir) terhadap murid-murid yang membuat kesalahan.
Hukuman Tarik singkir ini ialah menarik balik rangsangan selesa yang diberikan
guru. Sebagai contoh, Encik Robert boleh menarik balik keselesaan belajar
secara duduk terhadap Jeb, Ghazali dan Kim dengan memberikan hukuman
kepada mereka agar berdiri semasa belajar. Dengan cara ini ia dapat
mengurangkan kemungkinan berulangnya tingkah laku negatif daripada Jeb,
Ghazali dan Kim.

Oleh itu, berdasarkan analisis scenario ini juga ia menyedarkan saya bahawa
memberikan hukuman keatas kesalahan murid merupakan perkara terbaik untuk
mendidik murid. Namun hukuman yang diberikan itu juga perlulah sesuai dengan
factor-faktor fizikal, emosi dan tahap kesalahan yang dilakukan pelajar.

Tambahan lagi, antara masalah lain yang terdapat di dalam senario adalah
guru tidak menyokong perkembangan pemikiran murid. Sebagai contoh,
pertanyaan David tentang Planet yang berkaitan dengan tajuk teks bacaan
pengajaran pada hari itu tidak dijawab oleh Robert. Menerusi teori kognitif
Vytgosky dapat kita lihat bahawa soalan yang dikemukakan David menunjukkan
bahawa David mempunyai potensi untuk memahami pelajaran Encik Robert
pada hari tersebut namun bimbingan dari Encik Robert diperlukan agar tingkatan
pemahaman David berkaitan planet dapat ditingkatkan. Perkara ini juga disokong
oleh Ros Hanizah Hussein (2000) yang menyatakan bahawa salah satu punca
pelajar pintar wujud adalah hasil daripada memainkan peranan dalam
mengembangkan pemikiran kritis mereka.

Justeru, Encik David seharusnya mengaplikasikan teori Zon Perkembangan


Proksimal yang dinyatakan oleh teori Vytgosky di dalam kes David. Sebagai
contoh, Encik Robert boleh memberikan bimbingan dengan menyatakan klu
kepada soalan apa itu planet?. Dengan cara ini ia dapat meningkatkan tahap
perkembangan David berkaitan pemahaman planet. Hal ini juga selaras dengan
pendapat Zubaidah Begam (2005) yang menyatakan bahawa sesuatu tugasan
dapat diselesaikan dengan cara memberikan bimbingan kepada murid agar
pemahaman murid terhadap tugasan dapat diterapkan kepada peringkat yang
lebih tinggi. Oleh itu berdasarkan senario ini, ia memberikan impak kepada diri
saya sebagai seorang bakal guru agar tidak mengambil mudah terhadap
pertanyaan murid. Setiap pertanyaan murid adalah sesuatu yang menunjukkan
perkembangan pemikirannya.

Oleh itu, kaedah yang sesuai seperti kaedah scaffolding seharusnya saya
terapkan untuk membina pengetahuan murid ke aras yang lebih tinggi.
Walaupun soalan yang diberikan kadang-kadang tidak masuk akal, sebagai
seorang bakal guru saya mula sedar bahawa saya perlu menjawabnya serta
mengganggapnya sebagai suatu proses untuk membina hubungan baik antara
guru dan murid.

Akhir sekali,antara masalah yang terdapat dalam pengajaran dan


pembelajaran murid di dalam senario adalah soalan yang diberikan guru tidak
sesuai aras pengetahuan murid serta murid juga tidak mendapat peluang belajar
secara kooperatif bersama rakan-rakannya. Hal ini dapat dibuktikan apabila
perbuatan Jimmy, Syed dan Usin yang ingin berbincang tentang tugasan
diberikan kepada mereka telah dihalang oleh guru mereka, iaitu Robert dengan
memberi arahan supaya mereka kembali ke tempat duduk masing-masing.
Menurut teori konstruktivisme, pembelajaran secara kolaborasi bersama rakan-
rakan merupakan kaedah pembelajaran yang berkesan berbanding penyelesaian
masalah secara bersendirian.

Sebagai seorang guru Robert seharusnya mempelbagaikan aktiviti


pengajarannya serta mempelbagaikan aras tugasan murid mengikut kelompok
aras pengetahuan murid-murid di dalam kelasnya. Sebagai contoh, Robert boleh
membahagikan murid-murid mengikut kelompok aras pengetahuan mereka
berdasarkan markah ujian yang lalu serta menyediakan tugasan sesuai dengan
aras pengetahuan kelompok terbabit. Dengan itu, tugasan yang diberikan dapat
disiapkan.

Oleh itu,sebagai seorang bakal guru saya mula sedar bahawa apabila
menjadi guru nanti saya perlulah menyelidiki terlebih dahulu latar belakang
murid-murid di dalam sesebuah kelas yang diajar saya agar aplikasi terhadap
teori-teori serta pengajaran dapat saya terapkan. Melalui cara ini, secara tidak
langsung ia dapat memberikan peluang kepada semua murid untuk terlibat
secara aktif di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas.
RUJUKAN

Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar & Zainudin Md Isa (2010).
Kanak-kanak Bermasalah tingkah laku.Jilid 10 Bil 2. Universiti Sains Malaysia.

Aditya Bayu (2012), Teori Motivasi berdasarkan pengalaman peribadi. Diakses


pada 30 March 2016: www.aditya-bayu-fpsi12.web.unair.ac.id/artikel.html

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Rancangan Makanan Tambahan di


sekolah rendah. www.moe.gov.my/my/rmt. Diakses pada 30 March 2016.

Ros Hanizah Hussein (2000). Teknik pembelajaran di kalangan pelajar cemerlang


dan pelajar lemah. Projek sarjana muda. Universiti teknologi Malaysia.

Zubaidah Begam Binti Mohamed Zakaria (2005) Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik: Universiti Teknologi Malaya: Skudai, Johor.

Anda mungkin juga menyukai