Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. KATEGORI PERTANDINGAN
Berkumpulan

2. TAJUK INOVASI
“ RODA FORMULA”

3. SINOPSIS

Tujuan kami menjalankan inovasi “ RODA FORMULA” ini adalah untuk mempelbagai kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah.
“ RODA FORMULA” ini juga dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran sains.
“ RODA FORMULA” ini juga membei murid mudah mengingat fakta sains.
Menurut Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963) “ … hanya alat bantu mengajar yang
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman
belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi
dan daya penghargaan.
Oleh itu , kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan inovasi ini.

4. OBJEKTIF INOVASI
 Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran pembelajaran ini adalah
untuk mengetengahkan konsep sains.
 Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penghasilan dan penggunaan bahan bantu
mengajar.
 Bahan yang digunakan adalah bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang di sampaikan
oleh guru.
 Untuk mencetuskan minat belajar dikalangan murid.
 Dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar.

5. KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap dua. ( tahun 4,5 dan 6)

6. LATAR BELAKANG (Penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi)

Memandangkan sebelum ini murid-murid lambat memahami apa yang telah di ajar. Selain itu
kami dapati murid-murid juga mudah lupa selepas pengajaran kami. Oleh itu kami mengambil
keputusan mencipta dan mengadakan satu inovasi dengan mewujudkan “ RODA FORMULA”
untuk menariki minat dan menerapkan pemahaman murid terhadap mata pelajaran sains.
Kami telah mencipta satu alat dan bahan mengajar yang dapat menarik minat murid terhadap
pelajaran sains iaitu “ RODA FORMULA”.
“ RODA FORMULA” ini di buat dengan menggunakan mountain board .
Dalam keadaan 2 lapis seperti alat permainan roda impian.
Pada kepingan dasarnya kami meletakkan tajuk-tajuk utama. Pada lapisan tengahnya pula kami
meletakkan formula sains. Padanan tajuk dengan formula di bina dengan kombinasi pelbagai
warna.
Inovasi “ RODA FORMULA” ini digunakan mengikut kesesuaian tajuk.

7. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI

Pada awalnya kami hanya menggunakan satu sahaja “ RODA FORMULA” . Ini menyukarkan kami
kerana waktu mengajar guru-guru adalah serentak. Oleh itu, kami terpaksa berebut bahan
inovasi ini untuk menjalankan P&P.
Setelah berbincang, maka kami bersetuju untuk membina “ RODA FORMULA” ini untuk setiap
tahun di tahap dua.
Kami telah membinanya bersama-sama guru-guru sains , Alhamdulillah hasilnya amat
memuaskan.
Kami juga telah memperkenalkan “ RODA FORMULA” ini kepada semua guru dan semua murid
di sekolah ini.

8. HURAIAN INOVASI

i. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi.


Mounting board
Kertas warna
Plastik liminite
Kayu
skru
ii. Cara inovasi digunakan
1. Guru kena pastikan sesuai dengan tajuk pelajaran
2. Dalam PMP guru hanya perlu memasang kaki roda dan mengunakan dengan cara
memusing kepingan pertama ke tajuk yang bersesuaian.
3. Murid menghafal dan mengingat formula tersebut yang berkaitan dengan tajuk yang
diajar.

iii. Kos bagi menghasilkan inovasi

Bil Bahan Harga

1 Mounting board RM 25.00

2 Kertas warna RM02.00


3 Plastik liminite RM 40.00

4 Kayu RM50.00

5 Skru RM05.00

JUMLAH RM122.00

*Bagi satu roda berjumlah : RM122.00

iv. Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran (sertakan bukti)

v. Potensi untuk disebarkan luaskan kepada pihak lain.

vi. Keterangan lain yang berkaitan

Anda mungkin juga menyukai