Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

ANJURAN
UNIT HEM
NAMA SEKOLAH : SK KUALA KENAS
NAMA GURU BESAR : PN LATIFAH BINTI AB. LATIFF

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”,
maka Sekolah Kebangsaan Kuala Kenas telah bercadang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Cameron Highlands. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan
dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini
juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman
dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan
secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini,
keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha
membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan
yang lebih baik.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid
untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
3.2 Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.3 Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan
dunia luar dan masyarakat.
3.4 Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran
dan pembelajaran yang lebih kondusif.

4.0 DESTINASI
Cameron Highlands

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN


Tarikh : 14 September 2018
Hari : Jumaat
Masa : 7.00 pagi – 7.30 malam

6.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini disasarkan kepada murid-murid SK Kuala Kenas, guru-guru dan AJK
PIBG
Senarai nama seperti di LAMPIRAN

7.0 SUMBER KEWANGAN

Kutipan Murid 10 x RM 40.00 = RM 400.00


Kutipan Guru/kakitangan 11 x RM 40.00 = RM 440.00
AJK PIBG 12 x RM 40.00 = RM 600.00
Sumbangan PIBG RM 100.00
JUMLAH RM 1420.00
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


Bas 1 x RM 1100.00 RM 1100.00
Bas ke Teh Boh RM 200.00
Makan Pagi 33x RM3.60 RM 120.00
JUMLAH RM 1420.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi
Pn Latifah bt AB Latiff
Guru Besar SK Kuala Kenas

Naib Pengerusi
Pn. Suhazliwati Bt Sulaiman
Guru Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha
Cik Salimah bt Hassanudin

Bendahari
Pn Nohayati binti Sulaiman

AJK Dokumentasi
En Hariri bin Mohamed

AJK Pengangkutan
En Akbalanas bin Abd Kader

AJK Makanan dan Minuman


Pn Nik Khadijah bt Nik Mahmud

AJK Kawalan Murid/Kecemasan


En Mohd Norfadli bin Shafie
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram
lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan
terkini urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua
tindakan AJK.

BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.

JK PENGANGKUTAN
Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta
memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan
11.0 TENTATIF LAWATAN
6.45 pagi - Berkumpul di Dataran Klinik Kesihatan Ulu Kenas
7.00 pagi - Bertolak ke Cameron Higlands
10.00 pagi - Lawatan ke Ladang Teh Boh
- Makan pagi
11.30 pagi - Lawatan ke MARDI
1.00 petang - Di Tanah Rata
- Makan tengah hari
- Solat Jumaat/Solat Jamaq
2.30 petang KEA FARM
- Membeli belah
4.30 petang - Lawatan ke ladang anggur
6.00 petang - Bertolak pulang

12.0 PENGANGKUTAN
Jenis Kenderaan : Bas Persiaran
No Pendaftaran : AFX 8928

BUTIRAN PEMANDU
NAMA UMUR NO K/P ALAMAT NO TEL
Muhammad syafiq 26 921108085007 No57 Kampung 016-4895658
bin Rusli Enggor,33600
Enggor ,Perak

13.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada
murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Kenas. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.
Disediakan oleh :
…………………………………….
(SUHAZLIWATI BT SULAIMAN)
Guru Kanan HEM
SK Kuala Kenas,

Disahkan oleh :

…………………………….…..
(PN LATIFAH BT AB LATIFF)
Guru Besar
SK Kuala Kenas

Anda mungkin juga menyukai