Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG HARVARD

BEDONG 08300 KEDAH

1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah jauh berjalan, luas pemandangan, banyak


pengalaman, maka SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG HARVARD
telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron
Highland dan Lost worl Of Tambun. Selain menjadi antara program
tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan
untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL

Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui
aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat
akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu

1
aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi
inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

1.Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-


murid untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang
bersesuaian.

2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.

3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan


dengan dunia luar dan masyarakat.

4.Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang


pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

4.0 DESTINASI

Cameron Highland dan Lost World Of Tambun Ipoh Perak

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 9 dan 10 November 2016

Hari : Rabu dn Khamis

6.0 KUMPULAN SASARAN

2
Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2.

7.0 KUTIPAN

KUTIPAN

Kutipan Murid 39 x RM 120.00 = RM 4680.00

Kutipan Guru 5 x RM 60.00 = RM 300.00

JUMLAH

RM 4980.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA

Bas

1 x RM 2000.00 = RM: 2000.00

39 x RM 37.10 (murid) = RM : 1446.90

3
5 x RM 43.50 (guru) = RM : 217.50

Jumlah : 1664.40

Makanan

44 x RM25.00 (murid dan guru)

Jumlah RM : 1100.00

Penginapan : RM 200

JUMLAH : RM 4969.40

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi:

Pn Hamiza Bt Hashim

(Guru Besar SK Ladang Harvard)

Naib Pengerusi:

Pn. Rahimunrizah Bt A.Rahman

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha:

4
Mohd Lizam bin Tubi

Bendahari:

Hj.Mohd Afrizal Bin Zakaria

AJK Dokumentasi

Pn Aini Sabariah Bt Yaacob

AJK Pengangkutan:

En Mohd Lizam Bin Tubi

AJK Makanan dan Minuman:

Pn. Rahimunrizah Bt A. Rahman

10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

a) SETIAUSAHA

Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat


dengan program lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi
tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat `follow up` pada
setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI

Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi


perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

5
c) JK PENGANGKUTAN

Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan


insurans serta memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

d) JK MAKANAN

Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI

Membuat laporan tentang lawatan

11.0 TENTATIF LAWATAN

9 NOVEMBER 2016

07.00 AM 08.30 AM : BERTOLAK KE CAMERON HIGHLAND

12.30 PM 8.40 PM : LAWATAN SEKITAR CAMERON HIGHLAND

11.30 PM : TIDUR

6
10 NOVEMBER 2016

5.30 AM : SOLAT SUBUH

07.00 AM - 10.00 AM : BERTOLAK KE LOST WORLD OF TAMBUN

10.00 AM - 5.30 PM: MANDI

8.30 PM : DIJANGKA SAMPAI DI SK LADANG HARVARD

12.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu


pengetahuan baru kepada murid-murid SEKOLAH KEBANGSAAN
LADANG HARVARD. Melalui program ini juga murid diberi pendedahan
dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-
rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat
kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :

(MOHD LIZAM BIN TUBI)

7
Setiausaha Lawatan

Sek.Keb.Ladang Harvard

08300 Bedong

Kedah

Disahkan oleh :

( RAHIMUNRIZAH BT A.RAHMAN )

Penolong Kanan HEM

Sek. Keb. Ladang Harvard

08300 Bedong

Kedah

Anda mungkin juga menyukai