Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SHARIF HAMID

98050 MARUDI, BARAM, SARAWAK.

KERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN


SESI 2017

TEMPAT:
SK DATO SHARIF HAMID

TARIKH:
11 FEBRUARI 2017

ANJURAN BERSAMA:
UNIT HAL EHWAL MURID SK DATO SHARIF HAMID
UNIT DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS
PUSAT SUMBER SEKOLAH (PUSTAKAWAN)
KURSUS KEPIMPINAN
SK DATO SHARIF HAMID
98050 MARUDI, BARAM, SARAWAK.
TAHUN 2017

1.0 PENGENALAN

Kursus Kepimpinan merupakan aktiviti kepimpinan yang disertai oleh para pemimpin dalam
kalangan murid seperti pengawas, pustakawan, ketua kelas dan penolong ketua kelas Sekolah
Kebangsaan Dato Sharif Hamid.

Dalam usaha mewujudkan sahsiah dan ketrampilan diri, murid-murid di sekolah


diberikan tanggungjawab melalui jawatan-jawatan penting. Dengan wujudnya jawatan-jawatan
seperti pengawas, pustakawan, ketua kelas dan penolong kelas, murid-murid secara tidak
langusng mempunyai keyakinan diri dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Kursus
kepimpinan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri murid-murid yang terpilih
menyandang jawatan-jawatan penting di sekolah.

Ceramah yang direncakan bertujuan utama sebagai salah satu medium untuk membantu
murid meningkatkan keyakinan diri dalam menjalankan amanah yang diberikan. Ceramah ini
juga memberi peluang kepada murid untuk memperoleh ilmu yang berguna. Ilmu ini diharapkan
dapat membentuk sahsiah dan ketrampilan diri murid bukan hanya di peringkat sekolah sahaja
malahan dalam menghadapi dunia luar.

Latihan dalam kumpulan yang dijalan merupakan salah satu penggerak ini menjadi
penggerak dalam membentuk sahsiah dan keterampilan diri murid-murid di sekolah. Melalui
aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kursusanusiaan dipupuk secara hands-on dengan
para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia
seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.

Seterusnya, taklimat tugasan yang dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan


kepada murid tentang tugasan-tugasan mereka secara spesifik. Walaupun setiap tugasan yang
diberikan berpaksikan kepada membentuk jati diri pelajar, namun pelaksanaan tugasan tersebut
adalah berlainan. Taklimat tugasan yang akan diberikan oleh guru penasihat diharapkan dapat
memberi pencerahan kepada murid tentang bidang tugas masing-masing.

Lembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak
pengurusan sekolah menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri
daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid sebagai ahli-ahli pengawas dan ketua
serta penolong ketua kelas. Ahli-ahli ini dipilih dalam kalangan murid yang dipilih oleh guru
kelas secara pemerhatian menonjolkan ciri-ciri kepimpinan dan boleh menjadi ikutan kepada
murid-murid lain. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar bagi pengawas-pengawas, ketua dan
penolong ketua kelas menunjukkan sahsiah dan keterampilan diri yang positif.

Pustakawan pula merupakan murid yang dipilih oleh guru pusat sumber bagi membantu
tugas guru di dalam pusat sumber. Murid ini dipilih berdasarkan minat mereka yang rajin ke pusat
sumber untuk membaca buku dan mempunyai kecenderungan dalam memimpin murid-murid lain
agar buku-buku di pusat sumber kekal terjaga.

Justeru itu, Kursus Kepimpinanpengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan
pustakawan ini merupakan wadah bagi membentuk dan melahirkan murid yang mempunyai
karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian.

2.0 OBJEKTIF

Dengan adanya kursus kepimpinan ini, ianya dapat:

2.1 Meningkatkan keyakinan diri murid dalam melaksanakan tugasan yang diberi
2.2 Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain
2.3 Melatih para peserta menyuarakan pendapat kendiri secara berhemah
2.4 Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi
2.5 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kursusahiran
2.6 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan
kehidupan bermoral
2.7 Membentuk sahsiah dan keterampilan pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan
pustakawan
2.8 Memurnikan tugas harian pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pustakawan
khususnya di sekolah
2.9 Menjelaskan peranan dan tugas sebagai pemimpin murid
3.0 MATLAMAT

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kursusajuan diri sendiri,
masyarakat, bangsa, agama dan negara,

4.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Kursus Kepimpinan Sesi 2017


Tarikh : 11 Februari 2017 (Sabtu)
Tempoh : 1 hari
Masa : 7.00 pagi 12.30 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, Baram

5.0 PESERTA PROGRAM


Seramai 68 orang murid yang terdiri daripada pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan
pustakawan dan 23 orang staf sekolah akan turut serta dalam program ini.

Unit Lelaki Perempuan Jumlah


Pengawas 11 18 29
Ketua Kelas 11 1 12
Penolong Ketua 2 10 12
Kelas
Pustakawan 4 11 15
JUMLAH 68
6.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Penasihat : Encik Badrol bin Seri (Guru Besar)


Pengerusi : Encik Kamri bin Jali
(Pemangku Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Puan Sarifah Mahani binti Wan Bujang
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Encik Zumadin bin Labongko
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Cik Nur Sheila binti Mohd Saad

Bendahari : Pn. Conifrance ak Umpil

JK Pendaftaran : Pn. Lizawati Bt. Ramlee


Cik Nur Sheila binti Mohd Saad

JK Aktiviti : Ustaz Muhammad Fahmi B. Rosli


Ustaz Mohd Azlan B. Mat Yusof
Pn. Lizawati Bt. Ramlee
Cik Nur Sheila binti Mohd Saad
Pn. Maizuraf Bt. Mamat

Fasilitator LDK : Ustaz Muhammad Fahmi B. Rosli


Ustaz Mohd Azlan B. Mat Yusof
Encik Hanif Husaini B. Ahmad Fakhruradzi
Encik Ngu In Ding
Pn. Nor Farah Nabila Bt. Ismail
Ustazah Normala Bt. Yaacob
Cik Rabiatul Adawiyah Bt. Abdul Ghafar
Pn. Zurawati binti Abdul Wahap
Encik Jackson Bala
Pn. Cindy Lihan

JK Upacara Penutup : Encik Muhammad Fauzi bin Ahmad


JK Hadiah/ Siji/ Cenderamata : Encik Khalid bin Suhaili
Pn. Nur Malihah Bt. Kamarul Hatta
Pn. Kartini binti Abdul Karim

JK Peralatan : Ustaz Ahmad Maarof


Encik Mohd. Hanafi B. Sulong

JK Teknikal : Encik Ahmad Abdul Zarif bin Idris


dan Siaraya Encik Mohd Sabri

JK Makanan : Ustazah Nurimah binti Musa


Pn. Rabiah binti Mohd. Hj. Mostapa

JK Dokumentasi : Cik Rebecca Chiong Su Kee


Cik Rabiatul Adawiyah Bt. Abdul Ghafar

JK Kebersihan : Semua AKS

7.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

Sila rujuk lampiran 1.

8.0 JADUAL AKTIVITI

Sila rujuk lampiran 2.

9.0 PEMBAHAGIAN KUMPULAN PESERTA DAN MENTOR

Sila rujuk lampiran 3.

10.0 SURAT MAKLUMAN DAN SURAT KEBENARAN IBU BAPA

Sila rujuk lampiran 4.

11.0 SIJIL
Sijil diberi semasa majlis penutupan oleh Guru Besar @ tetamu kehormat kepada ketua setiap
kumpulan.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KURSUS KEPIMPINAN

1) Anggaran Perbelanjaan Makan Minum


Bil. Perkara Butiran Jumlah Catatan
1. Kudapan RM6.30 RM 432
(MEE GORENG) X
Minuman 68
JUMLAH RM 432.00
2) Anggaran Perbelanjaan Untuk Aktiviti
Bil. Item Kuantiti Harga Jumlah Catatan
Seunit (RM) Harga (RM)
1. Pensel 3 kotak 10.00 30.00
2. Pen Marker (whiteboard) 1 dozen 2.50 30.00
Hitam, Merah, Hijau, Biru
3. Fail Poket 68 keping 1.00 68.00
4. Plak (Cenderahati) 1 12.00 12.00
JUMLAH RM 140
JUMLAH RM 572
BESAR

13.0 PENUTUP

Kerjasama dan komitmen dari semua pihak amat diharapkan. Semoga program ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semoga jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan
mendapat balasan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Diharapkan melalui aktiviti yang dijalankan
ini akan dapat meningkatkan pengetahuan murid dan memantapkan sahsiah dan keterampilan diri
murid ke arah yang lebih baik.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

(Cik Nur Sheila binti Mohd Saad) (Puan Sarifah Mahani binti Wan Bujang)
Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Unit Disiplin dan Badan Pengawas, SK Dato Sharif Hamid, Baram.
SK Dato Sharif Hamid, Baram.

Disahkan oleh :

(Encik Badrol bin Seri)


Guru Besar,
SK Dato Sharif Hamid, Baram.

Anda mungkin juga menyukai