Anda di halaman 1dari 5

1.

0 TAJUK : Insentif Kehadiran 2019

2.0 PENDAHULUAN

Murid sekolah adalah pemangkin kepada pemimpin negara masa hadapan dan merupakan

nadi kehidupan kepada sesebuah negara. Untuk itu kehadiran pelajar ke sekolah adalah

penting agar mereka dapat dididik dari sudut akademik dan sahsiah.

Bagi mengatasi masalah kehadiran, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengaplikasikan

teori Motivasi Maslow, iaitu melihat motivasi manusia meningkat jika dihargai, diberi

pengiktirafan dan disayangi. Untuk itu pemberian insentif kehadiran ini diharapkan dapat

meningkatkan motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah termasuklah kepada pelajar yang

mempunyai masalah kehadiran.

Sebenarnya, apabila masalah kehadiran dapat di atasi, ia mampu melonjakkan peratus

akademik lebih tinggi. Ini kerana kehadiran seseorang murid dapat mempengaruhi

pencapaian akademik mereka. Bertitik tolak dari hal ini, program ini dijalankan. Ia bukan

sahaja mendidik pelajar sayang dan cintakan sekolah tetapi mendidik pelajar untuk

sayangkan ilmu pengetahuan.

3.0 MATLAMAT

Menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah dan mengurangkan kes ponteng dalam kalangan

pelajar.
4.0 OBJEKTIF

4.1.1 Meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah mengikut masa yang

ditetapkan.

4.1.2 Meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan hadir ke

sekolah dan berada di dalam kelas.

4.1.3 Meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas.

4.1.4 Menghargai pelajar yang selalu hadir ke sekolah.

5.0 PELAKSANAAN

Sepanjang Julai hingga Oktober 2019.

6.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Pandan.

7.0 STARTEGI PELAKSANAAN

7.1 Akan diadakan cabutan bertuah pada setiap 5 haribulan.

7.2 Nama kehadiran penuh akan di ambil daripada guru elas.

7.3 Setiap bulan (Julai hingga Oktober) akan di adakan cabutan bertuah untuk 2 orang

pelajar yang hadir penuh ke sekolah.

7.4 Nilai cabutan bertuah adalah RM100 untuk seorang.


8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj Bakri bin Mohd Salim (Pengetua)

T/Pengerusi : En. Johari bin Budin@Mahasan (PK HEM)

Naib Pengerusi : Pn. Normaniza Binti Mansor


En. Nordin Bin Hitam

Setiausaha : Pn. Hamidah Baharum

AJK

Nama cabutan bertuah : Pn. Norhayati Binti Ismail

Pengurusan pelajar : Guru kelas

Rakaman Peristiwa : Pn. Rosila Binti Shafie

9.0 ANGGARAN KOS DAN SUMBER

9.1 Kos

9.1.1 Insentif Julai RM100 X 2 orang RM200.00

9.1.2 Insentif Ogos RM100 X 2 orang RM200.00

9.1.3 Insentif September RM100 X 2 orang RM200.00

9.1.4 Insentif Oktober RM100 X 2 orang RM200.00

JUMLAH RM800.00

9.2 Sumber Kewangan

Peruntukan Wang PIBG RM400.00

Peruntukan Wang Sekolah RM200.00

Sumbangan Pengetua RM200.00

JUMLAH RM800.00
10.0 PENUTUP

Diharapkan program ini membantu sekolah dalam menangani isu kehadiran dalam kalangan

pelajar. Malah semoga ia menjadikan motivasi terbaik untuk pelajar-pelajar lain yang sedang

menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah.

Disediakan oleh

.................................

(HAMIDAH BINTI BAHARUM)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
SMK Pandan.

Disemak oleh,

.................................

(JOHARI BIN BUDIN @ MAHASAN)


Guru Penolong Kanan HEM
SMK Pandan

Disahkan oleh,

....................................

(BAKRI BIN MOHD SALIM)


Pengetua,
SMK Pandan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN
25150 KUANTAN

INSENTIF KEHADIRAN 2019

TARIKH
JULAI – OKTOBER 2019

MASA
8.00 PAGI – 4.00 PETANG

Anda mungkin juga menyukai