Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM TS25

KERTAS KERJA MINI JALAN RAYA


PKJR BAHASA MELAYU

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan kewangan bagi
program TS25 untuk pembinaan Mini Jalan Raya SK LKTP Tenggaroh 1

LATAR BELAKANG

Pendidikan PKJR adalah terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 6 hingga
12 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta mewujudkan aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak agar mereka berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab
seterusnya apabila mereka berada di alam persekolahan yang sebenar. Penyediaan Mini Jalan Raya
ini dirasakan amat perlu bagi memberikan pendedahan seawal mungkin kepada kanak-kanak
prasekolah mengenai pendidikan keselamatan di jalan raya. Sehubungan itu, pihak Prasekolah SK
Seberang Batu Hampar merasakan amat perlu prasarana ini dibangunkan agar ianya berupaya
memberi nilai tambah yang lebih bermakna bukan sahaja kepada murid-murid prasekolah, bahkan
juga kepada seluruh warga sekolah secara amnya.

OBJEKTIF

Diharapkan dengan adanya prasarana ini ianya akan dapat:

1. Memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai pendididkan keselamatan jalan raya
dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

2. Menyedia dan menambahkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

3. Merangsang minat murid-murid prasekolah untuk hadir ke sekolah dan mengikuti


pengajaran dan pembelajaran yang disediakan.

4. Membekalkan murid-murid dengan pengalaman yang mencukupi mengenai pendidikan


keselamatan di jalan raya.
5. Meningkatkan asas pengetahuan murid ke tahap yang lebih tinggi dan menanam sikap yakin
diri untuk mencapai kejayaan.

RASIONAL

1. Usaha ini secara tidak langsung dapat menanam semangat ingin belajar dan memberi
persediaan lebih awal serta menambah pengetahuan murid-murid prasekolah terhadap
pendidikan keselamatan jalanraya dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan sebenar.

2. Meningkatkan keberkesanan proses pendidikan di kelas prasekolah.

3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti yang bercorak akademik
dan koakademik di dalam premis prasekolah.

4. Menggalakkan penyertaan murid dalam semua aktiviti yang telah disediakan bagi
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

KUMPULAN SASARAN
1. Murid-murid prasekolah Permata dan Mutiara.
2. Murid-murid Tahun 1 hingga 6.
JAWATAN KUASA KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN TAMAN PINTAR

SK

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

PENYELARAS

SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA
IMPLIKASI KEWANGAN

Kos perlaksanaan Mini Jalan Raya Prasekolah adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI ANGGARAN KOS


1. Beli Cat RM 200.00
2. Isyarat Jalan Raya RM 160.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 360.00

SUMBER KEWANGAN

Peruntukan TS25 bagi tahun 2020

PENUTUP

Kualiti pendidikan sekolah rendah bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik murid-
murid semata-mata malahan ianya juga bersandarkan kepada asas persediaan seorang kanak-kanak
ke arah pendidikan formal. Bagi tujuan ini prasarana dan kemudahan-kemudahan fizikal yang
lainnya perlulah disediakan bagi membolehkan kanak-kanak tersebut mengalami sendiri pengalaman
sebenar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran mereka.Kerjasama dan bantuan daripada
semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah , PIBG dan pihak yang berkenaan amatlah
diharapkan bagi merealisasikan program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ............................................................

Anda mungkin juga menyukai