Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA (1)

JALAN SS 2/48 47400 PETALING JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN.

PROGRAM INTERVENSI
LINUS & PEMULIHAN KHAS

Tarikh : 10 Februari 2018


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SKDJ 1
1. PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening. Pihak KPM
telah mensasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah
menjelang 2012. Justeru, setiap yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan
satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Perancangan Strategik LINUS merupakan
salah satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini
agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu. Perancangan
stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan
dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.

Program Pemulihan Khas diwujudkan bertujuan untuk mengatasi masalah murid


yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan
oleh guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam
bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan
untuk mengajar murid Linus yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah
rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun
2018 kecuali murid berkeperluan khas.

3. OBJEKTIF PROGRAM:

1. Memberikan pendedahan kepada Ibu bapa / penjaga mengenai pengoperasian


Program LINUS.

2. Memaklumkan kepada ibu bapa penjaga mengenai tahap penguasaan Literasi dan
Numerasi murid-murid.

3. Mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa bagi membimbing anak-anak mereka


untuk menguasai kemahiran 3M di rumah.

4. Membimbing ibu bapa/penjaga teknik yang betul untuk membantu anak-anak


mereka untuk membaca di rumah.
4. SASARAN

Murid tahap 1 berupayaan untuk menguasai asas literasi dan


numerasi kecuali murid berkeperluan khas.

5. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 10 Februari 2018


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Persidangan SKDJ 1
Penceramah : En. Shahidan bin Zainuddin Zainal Abidin (FasiLINUS PPDPU)

6. TENTATIF PROGRAM

AKTIVITI MASA
Pendaftaran Ibu Bapa 8.30 - 9.00 pagi
Taklimat ringkas 9.00 – 9.15
Ucapan Tuan Guru Besar 9.15 – 9.45
Taklimat Program LINUS kepada ibu bapa 9.45 – 10.45
Sesi soal jawab 10.45 – 11.00
Bersurai 11.00

7. PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

A) PENDAPATAN / SUMBER KEWANGAN

Wang suwa-sumbangan

B) ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Makanan murid LINUS 132
33 murid x RM4
JUMLAH 132

8. KEPERLUAN PERALATAN

1) LCD

2) Skrin Projektor
9. PENUTUP

Program Intervensi ini merupakan salah satu usaha yang telah dirancang bagi
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran asas 3M dalam kalangan murid-
murid SKDJ 1. Diharapkan Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi
mencapai sasaran sifar LINUS pada tahun 2018.

Disediakan Oleh,

...........................
(Muhammad Razif bin Amir Abzol)
Guru Pemulihan Khas,
SK Damansara Jaya (1)

Tarikh: 18 Januari 2018

Anda mungkin juga menyukai