Anda di halaman 1dari 55

KEBERKESANAN KAEDAH PROJEK KAJI SELIDIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR MURID TAHUN EMPAT BAGI TOPIK TANAMAN

HIASAN, KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR).

AHMAD NIZAR BIN JAMALUDIN

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR 2009

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan AHMAD NIZAR BIN JAMALUDIN 66002025645002 17 Disember 2009

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan terutama sekali kepada Dr Pushpavalli yang menjadi Penyelia kepada saya yang banyak membantu menunjuk ajar serta membimbing sehingga selesai dengan sempurnanya kajian ini. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada Guru Besar, guru-guru dan muridmurid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis yang sudi memberi bantuan serta kerjasama menjadi responden yang ikhlas dan memberi respon yang cemerlang kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Kepada pihak Jabatan Pelajaran Perlis yang memberi kebenaran kepada saya dalam menjalankan kajian dalam kawasan kelolaan Jabatan Pelajaran Perlis serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membimbing serta menunjuk ajar saya dalam menyempurnakan kajian ini. Penghargaan ini juga saya ntujukan kepada isteri dan anak-anak yang banyak memberi dorongan dan sokongan moral kepada saya tanpa rasa jemu. Akhir sekali, segala bantuan dan kerjasama yang diberikan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan semoga Allah SWT jua yang membalasnya.

DISEMBER 2009

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Kaedah Projek Kaji Selidik Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Murid Tahun Empat Bagi Topik Tanaman Hiasan, Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dirancang untuk mempertingkatkan kemampuan murid dalam kemahiran proses dan kemahiran manipulatif bersesuaian dengan pengalaman seharian mereka. Seberapa yang boleh, kaedah penemuan, kajian kes, permainan pendidikan dan latihan simulasi digunakan dalam pengajaran. Pembelajaran diaturkan begitu rupa untuk memberikan suatu pengalaman yang seronok, bermakna dan mencabar murid. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian di kalangan guru kemahiran hidup dan murid-murid yang seramai 50 orang di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis. Kaedah pengujian dibuat dalam bentuk soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis mengikut peratusan. Hasil kajian mendapati keberkesanan Kaedah Projek Kaji Selidik dan aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis adalah berada pada tahap yang baik. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru, murid mengetahui peraturan keselamatan, murid mempraktikkan kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali. Sebaik-baiknya kajian seperti ini hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun sekali untuk memastikan bahawa kurikulum dan kandungan kurikulum yang digunakan adalah sesuai dengan kehendak pelanggan dan juga keperluan pembelajaran di sekolah.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT ii iii iv v vi ix x

PENGENALAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Terminologi 1.7.1 Keberkesanan 1.7.2 Kaedah 1.7.3 Projek 1.7.4 Kaji selidik 1.7.5 Kemahiran berfikir 1.7.6 Tanaman hiasan 1 5 7 8 9 9 10 10 10 11 11 11 11 12

II

TINJAUAN LITERATUR 2.0 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Literatur berkaitan Kajian berkaitan Rumusan 13 14 16 18

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diajar kepada semua murid Tahap II. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah

untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi (sukatan pelajaran KHSR). Bagi membolehkan murid menguasai dan mempertingkatkan kemahiran asas tersebut, maka mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menggalakkan murid mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dirancang untuk mempertingkatkan kemampuan murid dalam kemahiran proses dan kemahiran manipulatif bersesuaian dengan pengalaman seharian mereka. Seberapa yang boleh, kaedah penemuan, kajian kes, permainan pendidikan dan latihan simulasi digunakan dalam pengajaran. Pembelajaran diaturkan begitu rupa untuk memberikan suatu pengalaman yang seronok, bermakna dan mencabar murid.

Abd Ghafar Md Din di dalam bukunya bertajuk Prinsip dan Amalam Pengajaran, mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk 6

menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah pula meujuk kepada peringkat dimana suatu teknik pengajaran dipraktikkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkaraperkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid dengan cara berkesan.

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian tersusun. Hassan Langgulung (1981),

mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Manakala Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), pula mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.

Kaedah projek telah diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871 1965), [dalam M.S Pang, 1997]. Kaedah ini diperkenalkan berdasarkan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik. Melalui kaedah ini, murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang dibuat. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik 7

dan dipamerkan, akan membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun.

Menurut Kimble (1961), (dalam Lee Shok Mee, 1992), pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Manakala Lee Shok Mee (1992), dalam kajiannya mengatakan pembelajaran adalah satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Pembelajaran berlaku melalui tingkah laku pelajar yang aktif untuk memperolehi pengalaman atau perkaitan yang baru. Perolehan daripada pembelajaran begini membolehkan seseorang itu menggunakan pengalaman yang diperolehi dalam situasi baru.

Crow (1980), mengatakan bahawa minat merupakan daya pengerak utama yang menuju kejayaan seseorang. Jika seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana, mereka boleh mengembangkan minat dan terus berusaha dengan gigih sehingga berjaya. Menurut Crow lagi, guru boleh menerapkan motivasi di dalam pengajarannya untuk menimbulkan minat pembelajaran dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran.

Pelaksanaan kaedah projek adalah pendekatan pembelajaran yang sesuai untuk mata pelajaran ini kerana ia melibatkan individu atau kumpulan murid melakukan tugasan secara amali untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar yang biasa. Kaedah ini melibatkan murid 8

memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang dikaji (Zulkafli Ariffin et al, 2007).

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan penekanan terhadap kepentingan dan keperluan kurikulum sekolah untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam semua mata pelajaran di sekolah (Fakhiruddin dan Syed Mahadzir, 2003). Kemahiran berfikir yang dimaksudkan ialah seperti menyusun, mengenal pasti dan menyampaikan maklumat, menganalisis, menaakul, menghurai, merancang, membuat inferens, mengkategorikan dan lain-lain.

Kemahiran berfikir dapat diwujudkan melalui kaedah projek kaji selidik ini. Menurut Ainon & Abdullah (2005), kemahiran berfikir ialah kemahiran berfikir secara perseptif, generatif dan kreatif. Mengajar berfikir bererti mengajar berfikir secara kritis. Proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah merupakan asas kemahiran berfikir, penyelesaian yang berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima.

Mengikut Dr. Edward de Bono (1993), mengajar kemahiran berfikir adalah mengajar pelbagai kemahiran bagi meluaskan dan menajamkan daya persepsi seseorang murid. Ini ditambah dengan kemahiran menggunakan daya persepsi itu dalam aktiviti-aktiviti berfikir seperti mencipta reka cipta, menyelesaikan masalah, meleraikan konflik, melakukan perundingan, menilai dan membuat keputusan. 1.1 Latar belakang kajian

Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlaku melalui penglibatan murid-murid secara aktif sama ada secara individu atau berkumpulan. Terdapat pelbagai projek yang sesuai diberikan kepada murid di peringkat sekolah rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara berkumpulan (Zulkafli Ariffin et al, 2007). Antaranya ialah menjalankan kajian

berkaitan tanaman hiasan, bermula daripada pemilihan biji benih sehingga penanaman tumbuhan hiasan.

Tajuk tanaman hiasan merupakan salah satu tajuk yang diajarkan kepada murid-murid tahun empat. Tanaman hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kegunaan, bentuk dan ciri pertumbuhan. Tumpuan diberikan kepada penanaman bunga semusim. Tanaman hiasan pokok bunga semusim mempunyai tempoh hayat beberapa bulan sahaja. Kebanyakan pokok bunga semusim seperti celosia, impatien, helianthus, gomphrena dan sebagainya dibiakkan melalui biji benih. Oleh itu, pemilihan biji benih yang baik penting untuk membiakkannya. Muridmurid perlu membuat kaji selidik bermula dengan pemilihan biji benih yang berkualiti seperti cukup matang, bernas, bebas daripada serangga perosak atau penyakit (Zainal Abidin, Mohd Rahim & Rahimah, 2005).

Penyemaian biji benih dengan menggunakan medium semaian daripada campuran tanah, bahan organik dan pasir sungai juga dilakukan oleh murid. Murid perlu menyemai anak benih tersebut dan melihat tahap pertumbuhan dan perkembangannya dari hari ke hari dengan mencatatkan sebarang perubahan ke dalam buku laporan. Seterusnya murid perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai 10

medium penanaman. Medium penanaman mestilah subur dan gembur dan boleh dibuat dengan mencampurkan tanah, baja organik dan pasir (Bambang Sulistyantara & Mohd Sallehudin, 2006). Anak pokok boleh dipindahkan ke pasu atau ke batas penanaman.

Kaedah projek kaji selidik melibatkan satu strategi yang membolehkan murid membuat kajian atas topik tanaman hiasan melalui teknik memerhati, mengumpul maklumat, menganalisis serta mentafsir data dan membuat rumusan. Untuk melaksanakan projek kaji selidik dengan hasil yang berkesan, guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip perancangan dan pelaksanaan kaji selidik berikut; Guru harus menentukan topik kajian yang sesuai dengan pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid. Tujuan dan langkah-langkah menjalankan kaji selidik harus ditentukan terlebih dahulu dan diberikan kepada murid-murid yang akan menjalankan kaji selidik. Untuk memudahkan murid-murid menjalankan kaji selidik, guru boleh menyediakan alat kajian seperti senarai semak, soalan-soalan yang perlu dijawab serta bahan-bahan yang diperlukan. Memastikan kaji selidik yang dijalankan adalah selamat dan setiap murid dalam kumpulannya benar-benar melibatkan diri. Bimbingan guru harus diberikan semasa aktiviti kajian dijalankan Hasil kaji selidik harus dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti kajian telah selesai dijalankan. Projek kaji selidik yang akan dijalankan oleh murid-murid tahun empat, Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri. 11

Melalui aktiviti kajian ini, murid-murid dapat menggunakan deria mereka sepenuhnya untuk memerhati, menganalisis, mentafsir serta membuat rumusan 1. 2 Pernyataan Masalah

Murid-murid tahun empat perlu mempelajari kemahiran proses dan kemahiran manipulatif di dalam KHSR melalui kerja praktis dan amali. Pembelajaran ini merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid didedahkan dengan teknologi yang boleh memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan (Abu Husain Abu Bakar, 1997) seperti dalam topik tanaman hiasan. Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran berfikir dan menghasilkan projek kaji selidik dengan baik.

Tinjauan ini dijalankan untuk mendapatkan kepastian mengenai keberkesanan kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan murimurid tahun empat di salah sebuah sekolah rendah di negeri Perlis. Tajuk tanaman hiasan bersesuaian untuk murid-murid membuat kaji selidik kerana ia melibatkan kemahiran berfikir kritis murid di dalam membuat pemerhatian, membuat kategori, menerangkan sebab dan akibat serta meneliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan (Rahmad Sukor, 2007).

Tanaman hiasan yang perlu dipelajari oleh murid-murid tahun empat ialah pokok bunga semusim. Murid sukar membezakan yang mana satu pokok bunga semusim dengan pokok bunga yang lainnya. Melalui projek kaji selidik ini diharapkan

12

murid-murid akan lebih peka tentang tumbuh-tumbuhan disekitar mereka dan dapat memanafaatkan pengetahuan ini serta menghargai keindahan alam sekitar.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dikemukakan ialah:-

1. Keberkesanan kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir murid tahun empat bagi topik tanaman hiasan, Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. 2. Sejauh manakah murid dapat bekerjasama secara berkumpulan untuk projek kaji selidik topik tanaman hiasan. 3. Adakah peraturan keselamatan diri dipatuhi oleh murid semasa proses pembelajaran amali tanaman hiasan dilaksanakan. 4. Adakah peraturan keselamatan bengkel dan peraturan alatan di patuhi oleh murid dan guru. 5. Adakah inventori dan peralatan untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mencukupi. 6. Sejauh manakah Panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah berperanan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tanaman hiasan.

1.4 Objektif Kajian

Secara khusus, kajian ini berpaksikan kepada :13

Meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam topik tanaman hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah melalui kaedah projek kaji selidik.

Peraturan keselamatan murid, kawasan kerja atau bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dapat dipatuhi.

serta peralatan

Meningkatkan kerjasama murid secara berkumpulan dalam topik tanaman hiasan

Meningkatkan minat dan kemahiran murid dalam membuat projek kaji selidik topik tanaman hiasan.

Segala kemudahan peralatan dan inventori Kemahiran Hidup Sekolah Rendah diguna serta diselenggara dengan baik.

Bidang tugas Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan. Kesedaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam menghasilkan projek kaji selidik topik tanaman hiasan KHSR tahun empat, dapat membuatkan guru peka dengan kaedah pengajaran yang paling sesuai dilakukan.

Dapatan kajian ini juga akan memberi manfaat dan menjadi kayu ukur kepada : Guru Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

14

Guru-guru. Pegawai Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah. Pegawai Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri. Pegawai Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai Pendidikan di Pusat Perkembangan Kurikulum. Pengkaji yang berminat.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terhad kepada murid-murid dan guru Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis. Sampel terdiri daripada 100 orang murid tahun empat dan guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Memandangkan sampel yang terhad, hasil kajian ini tidak dijadikan kesimpulan bagi seluruh sekolah di negara ini.

1.7

Definisi Terminologi

1.7.1

Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan edisi ke tiga, keberkesanan bermaksud perihal berkesan; berkesannya sesuatu tindakan atau sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya.

1.7.2

Kaedah

15

Kaedah adalah satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng, 1992). Hassan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Pada anggapan beliau, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.

1.7.3

Projek

Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.

1.7.4

Kaji selidik

Satu strategi yang membolehkan murid membuat kajian melalui teknik memerhati, mengumpul maklumat, menganalisis dan mentafsir data serta membuat rumusan.

1.7.5

Kemahiran berfikir

Pemikiran reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis, sintaksis dan menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, penaakulan 16

atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan (Rahmad Sukor, 2007).

1.7.6

Tanaman hiasan

Tumbuhan yang ditanam di dalam pasu atau tanah, mempunyai daun yang menarik, bunga yang berbagai-bagai warna, berbau harum atau bentuk pokok yang unik (Yaakub Amir et al, 2002).

17

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri dan mengamalkan sikap budaya kerja yang baik. Sikap yang positif dapat dibentuk melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tajuk tanaman hiasan.

Murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara sistematik, berkerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Mata pelajaran ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid tentang peluang kerjaya dalam bidang teknologi yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara (Zulkafli Ariffin et al, 2007).

Ketua Panitia Kemahiran Hidup dan guru Kemahiran Hidup itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam pelajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Panitia hendaklah merancang, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

18

serta menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang bersesuaian. Tanggungjawab pengurusan, penyenggaraan dan keselamatan bengkel merupakan tanggungjawab semua guru Kemahiran Hidup. Ketua Panitia perlu membuat anggaran perbelanjaan, membuat pesanan bahan dan alatan untuk kegunaan guru Kemahiran Hidup.

2.1

Literatur berkaitan

Kaedah projek merupakan satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum, projek bermaksud tugasan secara amali. Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya siap. Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi murid dengan guru yang merupakan pembimbing dan perunding merupakan ciri penting dalam mengendalikan projek (Zulkafli Ariffin et al, 2007).

Kaedah projek kaji selidik tanaman hiasan dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid kerana murid perlu membuat sendiri pemilihan biji benih, penyediaan medium, penanaman dan penjagaan tumbuhan hiasan. Murid perlu membuat penelitian seiring dengan pengetahuan dan pengalaman, termasuk cara memilih pokok hiasan yang sesuai ( Hadi Susilo & Mazlina, 2006).

Latihan berfikir menjadikan individu kurang melakukan kesilapan atau kesalahan berfikir, menghindarkannya daripada berfikir secara terburu-buru, tidak bertenaga, bercelaru, kabur dan sempit. Pemikiran dalam dan bercapah perlu 19

dipraktikkan oleh murid bagi menggemburkan kedangkalan dan kemantapan kognitif bagi meningkat serta mengembangkan kekuatan intelek.

Berfikir adalah proses dan berakal itu adalah dapatan daripada fikiran. Manusia harus menyedari dan mempelajari cara berfikir dan harus berfikir cara hendak membentuk kebiasaan ataupun kemahiran. Dewey (1993), mengatakan berfikir adalah perilaku menyelesaikan masalah. Konsep pemikiran Dewey menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha menyesuaikan diri dengan persekitaran yang harus ditempuhnya bagi mengekalkan hidup dan kehidupannya.

Bagi Edward De Bono (1976), pemikiran adalah adalah kesan daripada penerokaan dan penggunaan pengalaman. Ia termasuklah keseronokan, menyelesaikan masalah dan menentukan objektif. Ainon dan Abdullah (1994), menyatakan berfikir adalah proses menggunakan maklumat yang dipelajari bagi pelbagai kegiatan aktif seperti menyelesaikan masalah, membuat reka cipta dan menerbitkan idea.

Sewaktu murid-murid menjalankan kerja projek berkaitan tanaman hiasan, mereka perlu mematuhi peraturan keselamatan diri, keselamatan bengkel, peralatan dan bahan. Guru perlu menekankan semua aspek keselamatan dan penyenggaraan peralatan serta bahan yang akan digunakan. Menurut Yahya (1989), mengatakan bahawa penyelenggaraan yang baik lagi berkesan amat diperlukan untuk memastikan setiap peralatan, mesin atau bangunan dapat digunakan dalam satu masa yang lama. Penyelenggaraan yang kurang baik boleh menyebabkan peralatan, mesin atau bangunan cepat rosak, menjadi bahaya kepada pengguna.

20

Azhari (1990) mengatakan bahawa kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan di dalam makmal haruslah ditanam dan dipupuk ke dalam jiwa pengguna. Kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kecuaian pengguna itu sendiri disamping kegagalan bahan atau kerosakan pada peralatan. Oleh yang demikian langkah-langkah dan peraturan keselamatan dalam makmal perlu dipatuhi bagi setiap guru dan murid.

2.2

Kajian berkaitan

Terdapat beberapa kajian dan penulisan yang telah dibuat oleh pengkajipengkaji yang lepas berkaitan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Di antaranya ialah Abd. Halim (1995), telah membuat kajian tentang perlaksanaan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Pulau Langkawi. Beliau mengkaji tahap keberkesanan dari aspek pengajaran dan pembelajaran, tenaga pengajar, keperluan fizikal sekolah, pengurusan dan penyelenggaraan. Dari penganalisisan menunjukkan guru mempunyai sikap yang positif walaupun menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan mata pelajaran ini terutamanya dari aspek keperluan fizikal sekolah. Murid menunjukkan keupayaan yang positif tetapi mempunyai masalah tentang kefahaman dan pengetahuan dalam bidang manipulatif terutamanya mengenai kemahiran-kemahiran asas dalam kerja praktis.

Abu Husain (1997) telah membuat kajian terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tujuan kajian dibuat adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah

21

pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup semasa melaksanakan kurikulum mata pelajaran ini. Kajian itu dijalankan kerana sebahagian besar guru-guru Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tidak mempunyai latar belakang teknik dan vokasional menyebabkan mereka sukar memahami sesetengah topik.

Hasil kajian mendapati kebanyakan sekolah mempunyai bilik khas Kemahiran Hidup yang lengkap, tetapi terdapat juga sekolah yang masih tidak mempunyai bilik Kemahiran Hidup yang sesuai. Kajian juga menunjukkan hanya sebahagian sekolah yang mempunyai alatan tangan dan bahan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup, manakala selebihnya masih tidak lengkap dan tidak mencukupi. Kekurangan peralatan asas dan bahan ini boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran seseorang guru.

Md. Nawawi (1994), telah menjalankan kajian terhadap 131 orang pelajar tingkatan 2 di daerah Kuala Terengganu mendapati bahawa pelajar sangat berminat dengan mata pelajaran ini kerana ianya menekankan kerja-kerja praktik yang terdapat dalam kehidupan harian. Beliau juga mendapati bahawa pembelajaran yang berunsurkan kerja praktik tidak menjemukan. Murid berminat melakukan kerja-kerja praktik kerana mereka bebas untuk membuat sendiri projek yang mereka minati.

2.3

Rumusan

Latihan berfikir menjadikan individu kurang melakukan kesilapan atau kesalahan berfikir, menghindarkannya daripada berfikir secara terburu-buru, tidak 22

bertenaga, bercelaru, kabur dan sempit. Kaedah projek kaji selidik tanaman hiasan dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid kerana murid perlu membuat sendiri pemilihan biji benih, penyediaan medium, penanaman dan penjagaan tumbuhan hiasan.

Sewaktu murid-murid menjalankan kerja projek berkaitan tanaman hiasan, mereka perlu mematuhi peraturan keselamatan diri, keselamatan bengkel, peralatan dan bahan. Guru perlu menekankan semua aspek keselamatan dan penyenggaraan peralatan serta bahan yang akan digunakan. Pembelajaran yang berunsurkan kerja praktik tidak menjemukan murid kerana murid bebas untuk membuat sendiri projek yang mereka minati.

23

BAB

III

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0

Pengenalan

Dalam melaksanakan kajian ini terdapat beberapa aspek dalam metodologi yang digunakan. Di dalam bab ini penyelidik akan membincangkan mengenai metodologi dalam melaksanakan kajian ini. Metodologi atau kaedah kajian adalah cara yang dapat menentukan sesuatu dapatan dan keputusan kajian itu sah dan boleh dipercayai. Kajian yang dijalankan boleh dipilih daripada pelbagai bentuk yang difikirkan sesuai dengan kehendak dan tujuan kajian. Perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti rekabentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, prosedur kajian, dan analisis data.

Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan kaedah ini sesuai digunakan bagi mendapat maklumat tentang sesuatu peristiwa yang sedang berlaku (Mohd Majid, 1990). Penyelidik berminat untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir murid terhadap tajuk tanaman hiasan, KHSR tahun empat di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik ini adalah dibentuk oleh penyelidik sendiri dan akan disemak oleh panel pensyarah dan guru Kemahiran Hidup yang merupakan lebih arif dalam bidang ini.

24

3.2

Sampel Kajian

Pemilihan subjek menggunakan kaedah persampelan statistik yang sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahli sesuatu populasi. Persampelan juga merupakan strategi penyelidikan bila mana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang mengganggotai populasi tersebut. Individu yang diambil melalui persampelan ini dikenali sebagai subjek.

Subjek yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 50 orang murid tahun empat lelaki dan perempuan. Persampelan ialah secara rawak melalui perbincangan dengan guru Kemahiran Hidup sekolah yang berkaitan. Sampel guru diambil dari guru yang mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

3.3

Instrumen Kajian

Instrumen Kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set borang soal selidik yang bersifat tertutup atau soal selidik jawapan dipilih. Subjek dikehendaki membaca dan memahami soalan atau pernyataan. Berdasarkan kepada arahan yang diberi di dalam soal selidik, subjek dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat berasaskan kepada cadangan-cadangan dan pengalaman-pengalaman responden untuk soalan yang dikemukakan.

25

Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A soalan demografik dan bahagian B item-item soalan. Kesahan muka instrumen ini diperolehi daripada pakar-pakar dalam bidang Kemahiran Hidup. Soal selidik dibahagi kepada 2 set iaitu, soal selidik untuk dijawab oleh guru dan soal selidik untuk dijawab oleh murid sebagai cross check.

Pecahan soal selidik untuk guru terdiri daripada dua bahagian iaitu:

i.

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi butir-butir demografi sebanyak 14 soalan yang perlu dijawab kesemuanya. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah tentang maklumat-maklumat latar responden seperti jantina, status perkahwinan, bangsa, pengalaman mengajar KBSR dan Kemahiran Hidup. Selain itu, soalan-soalan tentang kelulusan akademik, pendedahan guru-guru terhadap kursus-kursus kemahiran hidup, penglibatan dan tanggungjawab guru serta bilangan murid yang terlibat dengan dengan mata pelajaran ini. Satu soalan terbuka disediakan juga untuk guru-guru yang terlibat memberi komen atau pandangan mereka terhadap mata pelajaran ini.

ii. Bahagian B

26

Bahagian ini mengandungi soalan yang menyoalkan tentang aspek-aspek dalaman mengenai Kemaahiran Hidup Sekolah Rendah. Bahagian ini merangkumi 4 aspek yang mengandungi 30 soalan penilaian yang boleh memberi input kepada keberkesanan perlaksanaan kaedah projek kaji selidik dalam mata pelajaran ini.

Pengukuran dan penilaian menggunakan skala Likert untuk mengenalpasti projek berasaskan kaji selidik dalam tajuk tanaman hiasan . Lima pemeringkatan darjah kesetujuan terhadap item telah dikemukakan. Penjelasan mengenai skala Likert yang digunakan adalah seperti berikut;

5 4 3 2 1

Sangat Setuju (SS) Setuju (S) Tidak pasti (TP) Tidak Setuju (TS) Sangat Tidak Setuju (STS)

Set soal selidik adalah terdiri daripada soalan-soalan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. Soalan yang dikemukakan menepati objektif mata pelajaran kemahiran hidup.

Pembahagian soalan-soalan mengikut aspek-aspek yang ditekankan adalah seperti berikut;

A.

Aspek proses pengajaran dan pembelajaran

12 soalan. 27

B. C. D.

Aspek keperluan fizikal sekolah Aspek tenaga pengajar Aspek pengurusan dan penyelenggaraan Jumlah

8 soalan. 5 soalan. 5 soalan. 30 soalan.

Set ke dua soal selidik adalah terdiri daripada soalan-soalan yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. Soalan yang dikemukakan adalah menepati objektif mata pelajaran kemahiran hidup. Soal selidik ini hanya untuk muridmurid yang terpilih menjadi responden. Soalan ini mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian A terdiri daripada item memadankan, bahagian B terdiri daripada item betul / salah dan bahagian C mengandungi item pengelasan.

Pembahagian soalan tersebut adalah seperti berikut; A. B. C. Item memadankan Item betul / salah Item pengelasan Jumlah 10 soalan 15 soalan 15 soalan 40 soalan

3.4

Prosedur Kajian

Kajian ini dimulakan dengan menyediakan kertas cadangan kajian terlebih dahulu. Seterusnya memohon kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan 28

Pendidikan atau EPRD dan Guru Besar sekolah berkenaan untuk menjalankan kajian. Perbincangan diadakan dengan guru Kemahiran Hidup yang mengajar di sekolah tersebut. Subjek seramai 50 orang murid dipilih untuk menjadi sampel kajian.

Soal selidik diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada murid-murid setelah mendapat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu. Setelah soal selidik diedarkan, penyelidik memberi penerangan kepada murid-murid mengenai tujuan dan cara menjawab soal selidik tersebut. Pengumpulan soal selidik dilakukan oleh penyelidik sendiri pada hari itu juga dengan dibantu oleh guru sekolah tersebut.

3.5

Analisis Data

Data-data yang diperoleh dikumpul dan disemak dahulu. Sebanyak 3 set soal selidik dari kalangan guru dan 50 set dari kalangan murid dianalisis. Data ini dianalisis secara peratusan di dalam menentukan tahap keberkesanan kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir murid. Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah peratusan.

BAB IV

ANALISIS DATA DAN ULASAN 29

Pengenalan.

Dapatan yang telah diperoleh daripada kajian yang dijalankan dianalisis. Data dan ulasan yang dibuat adalah berdasarkan kepada batasan-batasan kajian. Perlaksanaan kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir murid Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah dilihat dari segi proses pengajaran dan pembelajaran, keperluan fizikal sekolah, tenaga pengajar serta pengurusan dan penyenggaraan.

Analisis terhadap murid melibatkan pengujian tentang pengetahuan dan kefahaman asas Kemahiran Hidup. Aspek-aspek ini adalah mengenalpasti alat tangan asas dalam kerja amali, penggunaan perkakas dan alat tangan perkebunan serta konsep-konsep asas dalam Kemahiran Hidup.

Bahagian A (Latar Belakang Guru)

Dalam kajian ini hanya terdapat tiga orang guru sahaja yang terlibat mengajar Kemahiran Hidup bagi sekolah ini.

4.1.1

Jantina. Terdapat seramai dua guru lelaki dan seorang guru perempuan yang mengajar

Kemahiran Hidup untuk tahun 4, 5 dan 6. (lihat jadual 4.1.1)

Jadual 4.1.1 : Taburan Guru Mengikut Jantina 30

Bil 1 2

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Responden 2 1 3

Peratus 66.7 % 33.3 % 100 %

4.1.2

Status dan bangsa. Ketiga-tiga orang guru ini telah berkahwin dan seratus peratus berbangsa

Melayu.

4.1.3

Pengalaman Mengajar. Guru-guru ini mempunyai pengalaman mengajar yang berbeza-beza. (Lihat jadual 4.1.3) Jadual 4.1.3 : Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar

Bil 1 2 3

Pengalaman Mengajar Kurang dari 5 tahun 5 10 tahun 11 15 tahun Jumlah

Responden 0 1 2 3

Peratus. 0 33.3 % 66.7 % 100 %

4.1.4

Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Terdapat perbezaan pengalaman mengajar Pelajaran Kemahiran Hidup ini

diantara ketiga-tiga responden ini. (Lihat Jadual 4.1.4)

Jadual 4.1.4 : Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bil 1 2 3 Pengalaman Mengajar Tahun pertama Kurang daripada 2 tahun Lebih daripada 2 tahun Jumlah Responden 0 1 2 3 Peratus. 0 33.3 % 66.7 % 100 %

31

4.1.5

Kelulusan Akademik. Kelulusan akademik responden adalah sama kerana ketiga-tiganya

berkelulusan STPM. 4.1.6 Guru Mendapat Pendedahan Kemahiran Hidup Guru yang terlibat dengan pengajaran Kemahiran Hidup telah didedahkan dengan kursus-kursus asas seperti yang terdapat dalam Jadual 4.1.6 Jadual 4.1.6 : Taburan Guru Mengikut Pendedahan Kemahiran Hidup Bil 1 2 3 Pendedahan Kemahiran Hidup Semasa latihan di maktab Dalam kursus orientasi Belum menghadiri sebarang kursus Jumlah Responden 1 2 0 3 Peratus. 33.3 % 66.7 % 0 100 %

4.1.7

Guru Mendapat Pendedahan Kemahiran Hidup Anjuran Dalam kajian ini, kursus pendedahan telah dijalankan terhadap guru yang

terlibat dengan mata Pelajaran ini di bawah anjuran badan tertentu seperti dalam Jadual 4.1.7 Jadual 4.1.7 : Taburan Guru Mengikut Anjuran Kursus Yang Diikuti Bil 1 2 3 4 Anjuran kursus Pusat perkembangan kurikulum (PPK) Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Dalaman (on-the-job) Jumlah Responden 0 1 2 0 3 Peratus. 0 33.3 % 66.7 % 0 100 %

4.1.8

Adakah kursus orientasi Kemahiran Hidup yang dihadiri mencukupi? Guru-guru yang terlibat merasakan kursus yang dihadiri belum mencukupi ini

dapat ditunjukkan dalam Jadual 4.1.8 Jadual 4.1.8 : Taburan Guru mengikut kecukupan kursus. Bil 1 Kursus yang dihadiri mencukupi Ya Responden 1 Peratus. 33.3 % 32

Tidak Jumlah Penglibatan guru dalam aktiviti ko-kurikulum.

2 3

66.7 % 100 %

4.1.9

Guru yang terlibat dalam kajian ini bukan sahaja terlibat dengan mata Pelajaran Kemahiran Hidup malah turut sama terlibat dengan gerak kerja ko-kurikulum seperti dalam jadual 4.1.9 di bawah.

Jadual 4.1.9 : Taburan Guru Mengikut Penglibatan Dalam Aktiviti Ko-kurikulum. Bil 1 2 3 4 Aktiviti ko-kurikulum Persatuan Unit Beruniform Sukan dan permainan Semua di atas Jumlah Responden 0 0 0 3 3 Peratus. 0 0 0 100 % 100 %

4.1.10

Bilangan murid yang terlibat dengan mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Murid-murid yang terlibat dalam mata Pelajaran Kemahiran Hidup adalah

terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Guru-guru yang mengajar mata Pelajaran ini dengan kadar jumlah bilangan murid yang berbeza iaitu di antara 101 250 orang murid keseluruhannya.

4.1.11 Latar Belakang Pendidikan Guru Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang pendidikan yang sama iaitu bidang sastera.

33

4.2

Bahagian B (Masalah Guru Terhadap Perlaksanaan Projek Kaji Selidik Tanaman Hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah)

Bahagian ini mengandungi soal selidik yang dibahagikan kepada empat perkara yang hendak dikaji. Perkara-perkara tersebut adalah proses pengajaran dan pembelajaran, keperluan fizikal sekolah, tenaga pengajar serta pengurusan dan penyelenggaraan.

4.2.1

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Jadual 4.2.1, item yang digunakan untuk mengenalpasti masalah proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah item A1, A2, A3, A4, A5, A6, A8, A9, A10, A11 dan A12. Item A7 merupakan soalan berbentuk negatif.

Jadual 4.2.1 : Peratusan Pandangan Guru Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

% SS ITEM A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 A9 A 10 Sangat setuju 0.00 0.00 100.0 0.00 33.3 33.3 66.7 66.7 0.00 66.7

%S Setuju 66.7 66.7 0.00 66.7 66.7 66.7 33.3 33.3 33.3 33.3

% TP Tidak Pasti 33.3 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

% TS Tidak Setuju 0.00 33.3 0.00 33.3 0.00 0.00 0.00 0.00 66.7 0.00

% STS Sangat Setuju 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 34 Tidak

A 11 A 12

0.00 33.3

66.7 66.7

33.3 00.0

0.00 0.00

0.00 0.00

Jadual 4.2.1 telah menunjukkan guru mempunyai masalah tentang proses pengajaran dan pembelajaran pada item A2, A4 dan A7. Sebanyak 66.7 % guru bersetuju bahawa kandungan dan skop sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup bersesuaian dan tidak membebankan guru, bagi item A2. Tetapi sebanyak 33.3 % tidak setuju dan berpendapat sebaliknya. Sebanyak 66.7 % guru setuju dalam item A4, bahawa peruntukan masa 30 minit x 2 waktu seminggu boleh memberi keberkesanan dari segi menyampaikan kemahiran kepada murid. Tetapi 33.3 % orang guru pula tidak setuju masa yang diperuntukkan mencukupi untuk menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan. Bagi item A7, 66.7 % guru sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka merasa terbeban kerana terpaksa menyediakan alatan dan bahan lebih awal sebelum memulakan pengajaran. Manakala 33.3 % pula bersetuju dengan pernyataan tersebut.

4.2.2

Keperluan Fizikal Sekolah. Berdasarkan Jadual 4.2.2, item yang digunakan untuk mengenalpasti

permasalahan dari segi keperluan fizikal sekolah adalah item-item B13, B14, B15, B16, B17, B18, B19 dan B20.

Jadual 4.2.2 : Peratusan Pandangan Guru Terhadap Keperluan Fizikal Sekolah.

35

ITEM

% SS Sangat Setuju

%S Setuju 66.7 66.7 66.7 66.7 33.3 66.7 66.7 66.7

% TP Tidak Pasti 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 33.3

% TS Tidak Setuju 0.00 0.00 0.00 0.00 66.7 33.3 33.3 0.00

% STS Sangat Setuju 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 Tidak

B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20

33.3 33.3 33.3 33.3 0.00 0.00 0.00 0.00

Dari Jadual 4.2.2 di atas, didapati guru-guru yang terlibat mempunyai masalah dalam keperluan fizikal sekolah terutamanya dalam item B17, B18, B19 dan B20. Item B17 mencatatkan 66.7 % guru tidak bersetuju dengan pernyataan ruang menyimpan alatan, kelengkapan, bahan-bahan dan pasu tanaman hiasan yang disediakan, sesuai dan mencukupi. Tetapi 33.3 % pula bersetuju bahawa ruang penyimpanan tersebut sesuai dan mencukupi. Item B18 dalam Jadual 4.2.2 menunjukkan sebanyak 66.7 % bersetuju di sekolah ada disediakan kawasan khas untuk aktiviti pertanian, manakala 33.3 % lagi tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Pernyataan bahawa masyarakat setempat sedia memberikan bantuan dari segi peralatan dan kepakaran, dipersetujui oleh 66.7% guru dalam item B19. Tetapi 33.3 % tidak bersetuju mengenai kenyataan ini. Sementara itu item B20 didapati sebanyak 66.7 % guru bersetuju bahawa bilik yang dikhaskan cukup menampung pelajar-pelajar yang sedia ada.

Walaubagaimanapun 33.3 % guru tidak bersetuju.

4.2.3

Tenaga Pengajar.

36

Item yang digunakan untuk mengenalpasti masalah guru berkaitan tenaga pengajar adalah item C21, C22, C23, C24, dan C25 ( Lihat Jadual 4.2.3 ).

Jadual 4.2.3: Peratusan Pandangan Guru Terhadap Tenaga Pengajar.

ITEM

% SS Sangat

%S Setuju 0.00 33.3 33.3 66.7 66.7

% TP Tidak Pasti 0.00 33.3 33.3 0.00 0.00

% TS Tidak Setuju 0.00 0.00 33.3 0.00 33.3

% STS Sangat Setuju 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 Tidak

C21 C22 C23 C24 C25

Setuju 100.0 33.3 0.00 33.3 0.00

Jadual 4.2.3 didapati guru tidak mempunyai masalah yang begitu ketara dalam aspek tenaga pengajar, tetapi item C22 menunjukkan bahawa 33.3 % sangat setuju dengan pendapat guru mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak Pentadbir sekolah terhadap perlaksanaan kemahiran, 33.3% pula setuju dengan pendapat tersebut. Sebanyak 33.3 % pula tidak pasti dengan penyataan tersebut. Bagi item C23, didapati sebanyak 33.3 % guru bersetuju bahawa kursus orentasi dan asas Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang diikuti mencukupi dan meningkatkan kemahiran guru. Tetapi 33.3 % guru menyatakan tidak pasti dan 33.3% pula tidak bersetuju menyatakan bahawa kursus-kursus yang dilalui itu mencukupi untuk mereka. Begitu juga dengan item C25 dari Jadual 4.2.3 didapati guru yang mengajar Kemahiran Hidup menunjukkan 66.7 % bersetuju dengan kenyataan bahawa tidak menghadapi masalah dalam penyusunan dan membuat persediaan awal sebelum 37

aktiviti amali pernyataan ini.

Manakala sebanyak 33.3 % menyatakan tidak bersetuju untuk

4.2.4

Pengurusan Dan Penyelenggaraan. Jadual 4.2.4 memperlihatkan item yang digunakan untuk mengenalpasti

masalah pengurusan dan penyelenggaraan bagi melaksanakan kaji selidik tanaman hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah D26, D27, D28, D29 dan D30.

Jadual 4.2.4: Peratusan Pandangan Guru Terhadap Pengurusan dan Penyelenggaraan.

ITEM

% SS Sangat

%S Setuju 66.7 33.3 66.7 0.00 66.7

% TP Tidak Pasti 33.3 0.00 0.00 0.00 0.00

% TS Tidak Setuju 0.00 66.7 0.00 0.00 0.00

% STS Sangat Setuju 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 Tidak

D26 D27 D28 D29 D30

Setuju 0.00 0.00 33.3 100.00 33.3

Item D26 dalam Jadual 4.2.4 mencatatkan sebanyak 66.7 % guru bersetuju segala stok dicatat di dalam buku stok atau kad stok dan dikemaskinikan dari masa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan. Tetapi 33.3 % tidak pasti akan pernyataan ini. Bagi item D27 pula, guru mempunyai sedikit masalah dari aspek membuat pesanan dan membeli bahan atau peralatan perkebunan. Sebanyak 33.3% responden setuju bahawa guru sukar mendapatkan bahan-bahan dan peralatan dalam menjalankan kerja-kerja praktik, tetapi 66.7 % tidak bersetuju dengan pernyataan itu.

38

4.3

Pengujian Terhadap Pengetahuan Asas Dan Kefahaman Murid Dalam

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

Pengujian dalam bahagian ini adalah berdasarkan sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 dan bertepatan dengan objektifnya. Ianya telah diuji kepada 50 orang murid Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis. Soalan kaji selidik yang dibina merangkumi aspek-aspek mengenal alatan perkebunan asas, kegunaan bekas penanaman dan alat tangan serta konsep asas berkaitan tanaman hiasan Kemahiran Hidup seperti yang terdapat dalam sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup tahun 4 dan menepati objektifnya.

4.3.1

Mengenal Alatan Perkebunan Asas. Item yang digunakan untuk mengesan sejauhmana pelaksanaan mata Pelajaran

Kemahiran Hidup dapat dilaksanakan dari segi mengenal dan menamakan alatan perkebunan asas adalah item-item A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7, A8, A9 dan A10. ( Lihat Jadual 4.3.1 )

Jadual 4.3.1 : Bilangan Dan Peratusan Murid Mengenal Alatan Perkebunan Asas.

ITEM A1 A2 A3 A4

Bil. Betul 50 45 42 34

Peratus Betul 100.0 90.0 84.0 68.0

Bil. Salah 0 5 8 16

Peratus Salah 0 10.0 16.0 32.0 39

A5 A6 A7 A8 A9 A 10

34 36 45 42 36 50

68.0 72.0 90.0 84.0 72.0 100.0

16 14 5 8 14 0

32.0 28.0 10.0 16.0 28.0 0

Dari Jadual 4.3.1 menunjukkan murid menghadapi masalah dalam mengenal dan menamakan alatan perkebunan asas yang lazim digunakan dalam kerja perkebunan. Item-item tersebut adalah terdiri dari item A4, A5, A6 dan A9. Item A4 mencatatkan sebanyak 68 % yang menandakan nama alatan yang betul, manakala sebanyak 32 % pula adalah salah. Item A3 adalah menunjukkan sisir rumput. Item A5 pula menunjukkan sebanyak 68 % yang betul manakala terdapat sebanyak 32 % yang salah. Item ini menunjukkan gambarajah sekateur. Bagi item A6 pula didapati sebanyak 72 % betul dan selebihnya sebanyak 28 % adalah menunjukkan jawapan yang salah. Item ini adalah menunjukkan gambarajah sudip tangan. Manakala bagi item A9 pula, sebanyak 72 % menjawab dengan betul dan 28 % lagi salah dalam menjawab soalan gambar serampang tangan.

4.3.2

Memahami Penggunaan Bekas Penanaman Dan Alat Tangan Asas. Item yang digunakan untuk mengenalpasti masalah penggunaan bekas

penanaman dan alat tangan kepada murid adalah item B11, B12, B13, B14, B15, B16, B17, B18, B19, B20, B21, B22, B23, B24 dan B25. (Lihat Jadual 4.3.2)

Jadual 4.3.2 : Bilangan Dan Peratusan Murid Terhadap Penggunaan Bekas Penanaman Dan Alat Tangan Asas. 40

ITEM B 11 B 12 B 13 B 14 B 15 B 16 B 17 B 18 B 19 B 20 B 21 B 22 B 23 B 24 B 25

Bil. Betul 48 39 41 45 48 48 35 37 39 40 37 46 48 48 41

Peratus Betul 96.0 78.0 82.0 90.0 96.0 96.0 70.0 74.0 78.0 80.0 74.0 92.0 96.0 96.0 82.0

Bil. Salah 2 11 9 5 2 2 15 13 11 10 13 4 2 2 9

Peratus Salah 4.0 22.0 18.0 10.0 4.0 4.0 30.0 26.0 22.0 20.0 26.0 8.0 4.0 4.0 18.0

Dari Jadual 4.3.2 menunjukkan murid menghadapi masalah terhadap penggunaan bekas penanaman dan alat tangan asas yang lazim digunakan ketika kerjakerja praktis dilakukan. Item B12, B17, B18, B19, B20, dan B21 jelas menunjukkan masalah ini timbul. Di dalam item B12 terdapat 78 % murid menjawab dengan betul dan 22 % lagi menjawab dengan salah bagi soalan pasu kristal digunakan untuk menanam tumbuhan hiasan. Bagi soalan sekateur digunakan untuk membuang rumput dalam pasu bagi item B17, terdapat 70 % murid menjawab dengan betul. Tetapi terdapat 30 % murid gagal menjawab dengan betul soalan ini. Bagi item B18 pula, terdapat 74 % murid menjawab dengan tepat dan betul manakala 26 % menjawab dengan salah bagi soalan merumput boleh dibuat dengan menggunakan serampang tangan. Item B19, memperlihatkan 78 % murid menjawab dengan betul dan 22 % salah bagi soalan pongkes digunakan untuk menapis pasir sungai dan bahan organik. 41

Sudip tangan digunakan untuk memasukkan medium ke dalam pasu adalah soalan bagi item B20. Seramai 80 % murid dapat menjawab dengan betul manakala 20 % lagi menjawab dengan salah. Bagi item B21 pula, terdapat 74 % murid menjawab dengan betul soalan berkaitan sisir rumput digunakan untuk mengumpul rumput yang telah dipotong. Seramai 26 % lagi menjawab dengan salah bagi soalan tersebut.

4.3.3 Hidup

Kefahaman Tentang

Konsep Asas Berkaitan Tanaman Hiasan Kemahiran

Item yang digunakan bagi mengenalpasti masalah yang timbul dikalangan murid tentang konsep asas berkaitan tanaman hiasan adalah terdiri daripada item C26, C27, C28, C29, C30, C31, C32, C33, C34, C35, C36, C37, C38, C39 dan C40. (Lihat Jadual 4.3.3)

Jadual 4.3.3 : Bilangan dan Peratusan Murid Terhadap Kefahaman Konsep Asas Tanaman Hiasan Kemahiran Hidup.

ITEM C 26 C 27 C 28 C 29 C 30 C 31 C 32 C 33 C 34 C 35 C 36 C 37 C 38 C 39

Bil. Betul 37 42 45 37 41 34 33 41 37 46 39 46 41 39

Peratus Betul 74.0 84.0 90.0 74.0 82.0 68.0 66.0 82.0 74.0 92.0 78.0 92.0 82.0 78.0

Bil. Salah 13 8 5 13 9 16 17 9 13 4 11 4 9 11

Peratus Salah 26.0 16.0 10.0 26.0 18.0 32.0 34.0 18.0 26.0 8.0 22.0 8.0 18.0 22.0 42

C 40

42

84.0

16.0

Dari Jadual 4.3.3 didapati bahawa masalah yang timbul dalam kefahaman murid terhadap konsep asas tanaman hiasan Kemahiran Hidup adalah item-item C26, C29, C31, C32, C34, C36 dan C39. Bagi item C26 sebanyak 74 % menjawab dengan betul manakala 26 % lagi menjawab dengan salah bagi soalan berkaitan bekas penanaman yang sesuai bagi tanaman sistem akar yang kecil dan pendek. Item C29 menunjukkan sebanyak 74 % menjawab dengan betul manakala 26 % lagi menjawab dengan salah bagi soalan alat yang digunakan untuk menggembur tanah. Bekas menanam yang mudah kotor dan senang ditumbuhi lumut merupakan item C31. Terdapat 68 % menjawab dengan betul tetapi 32 % lagi menanda jawapan yang salah. Bagi item C32, sebanyak 66 % menjawab dengan betul berkaitan pasu yang boleh diguna semula dengan cara merendamnya dalam larutan formalin bagi membasmi kuman. Tetapi 34 % murid menjawab dengan salah. Item C34 pula sebanyak 74% menjawab dengan betul berkaitan bahan yang diguna untuk menutup lubang saliran bagi mengelak medium terkeluar, manakala 26 % lagi menjawab dengan salah. Namakan pasu yang harganya mahal dan mudah pecah jika jatuh merupakan soalan bagi item C36. Sebanyak 78 % menjawab dengan betul manakala 22 % lagi menjawab salah.

43

Item C39 berkaitan soalan baja yang diperbuat daripada najis haiwan reput atau jerami reput. Sebanyak 78 % menjawab dengan betul manakala 22 % lagi menjawab dengan salah.

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0

Pengenalan.

Bahagian ini merumuskan segala dapatan yang telah diperoleh dari kajian yang telah dijalankan. Beberapa rumusan dapat dibuat berdasarkan masalah perlaksanaan Projek Kaji Selidik Tanaman Hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

5.1

Latar Belakang Guru Kemahiran Hidup

Guru mata Pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah ini adalah terdiri daripada guru lelaki (66.7 %) dan guru perempuan (33.3 %). Tugas mengajar mata pelajaran ini diserahkan kepada guru yang lebih muda dan mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 15 tahun untuk mengendalikannya (100% ). Guru-guru ini mempunyai 44

kelulusan peringkat STPM (100%) dan mempunyai latar belakang pendidikan sastera tetapi telah mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup ini lebih dari 2 tahun. Mereka merasakan kursus Kemahiran Hidup yang dilalui sepanjang perkhidmatan masih belum mencukupi dan perlu ditambah. Selain mengajar mata pelajaran ini, guru-guru tersebut juga terlibat dengan mata pelajaran yang lain dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Nisbah guru dan murid adalah 1 : 80 ( 101 250 murid ). 5.2 Mengenalpasti Masalah Guru Dalam Pelaksanaan Kaji Selidik Tanaman Hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Satu soal selidik yang dibahagikan kepada empat perkara telah diberi. Perkaraperkara tersebut adalah proses pengajaran dan pembelajaran, keperluan fizikal sekolah, tenaga pengajar serta pengurusan dan penyelenggaraan. Kebanyakan guru bersetuju bahawa kandungan dan skop sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup bersesuaian dan tidak membebankan guru (66.7 %) dan bersetuju bahawa peruntukan masa 30 minit x 2 waktu seminggu boleh memberi keberkesanan dari segi menyampaikan kemahiran kepada murid. Oleh kerana mata pelajaran ini melibatkan kerja-kerja amali, maka ramai murid yang sangat berminat mengikutinya. Tetapi guru (66.7 %) sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka merasa terbeban kerana terpaksa menyediakan alatan dan bahan lebih awal sebelum memulakan pengajaran. Hal ini mungkin menjadi masalah kerana guru-guru tersebut juga mengajar mata Pelajaran lain dan masa pengurusan bengkel adalah terhad untuk mereka.

Guru tidak bersetuju ruang menyimpan alatan, kelengkapan, bahan-bahan dan pasu tanaman hiasan yang disediakan, sesuai dan mencukupi (66.7 %). Ruang yang sedia adalah terhad dan kecil untuk menampung peralatan dan bahan-bahan 45

perkebunan murid-murid. Sebanyak 66.7 % guru bersetuju di sekolah ada disediakan kawasan khas untuk aktiviti pertanian, tetapi kawasan tersebut juga terhad. Sementara itu guru bersetuju bahawa bilik yang dikhaskan cukup menampung pelajar-pelajar yang sedia ada. Guru bersetuju segala stok dicatat di dalam buku stok atau kad stok dan dikemaskinikan dari masa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan. Tetapi guru mempunyai sedikit masalah dari aspek membuat pesanan dan membeli bahan atau peralatan perkebunan. Sebanyak 33.3% responden setuju bahawa guru sukar mendapatkan bahan-bahan dan peralatan bagi kerja-kerja praktik dalam masa yang cepat kerana keperluan tersebut perlu ditempah terlebih dahulu daripada pembekal.

5.3 Rumusan Terhadap Kefahaman Pelajar-Pelajar Tentang Kemahiran Asas Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Dalam rumusan ini, pengkaji membahagikan kepada 3 bahagian iaitu : 1. Mengenal Alatan Perkebunan Asas. 2. Memahami Penggunaan Bekas Penanaman Dan Alat Tangan Asas. 3. Kefahaman Tentang Kemahiran Hidup. Konsep Asas Berkaitan Tanaman Hiasan

5.3.1

Mengenal Alatan Perkebunan Asas

Murid menghadapi masalah dalam mengenal dan menamakan alatan perkebunan asas yang lazim digunakan dalam kerja perkebunan. Dalam penganalisisan ini, murid hanya perlu menanda nama-nama alat tangan yang sesuai kepada gambar 46

rajah yang disediakan.

Didapati seramai 32 % daripada mereka tidak mengenal

gambar rajah sisir rumput. Begitu juga dengan gambar rajah sekateur.sebanyak 32% yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Manakala gambar rajah sudip tangan pula, sebanyak 28% tidak menjawab dengan tepat. Begitu juga 28 % salah dalam menjawab soalan gambar serampang tangan. Kalau dilihat keempat-empat gambar rajah ini adalah alatan tangan asas yang sering digunakan dalam kerja-kerja perkebunan. Berkemungkinan murid-murid tidak dapat mengingati nama alat dengan betul seperti yang terdapat di dalam buku teks. Guru perlu meletakkan gambar-gambar alatan perkebunan di dalam bengkel atau menyusun serta melabel alatan supaya mereka dapat melihat dan mengenalinya dengan nama yang betul. Perkara ini telah dibukti oleh Nicholas dan Gorman (1977) yang menyarankan bahawa syarat fizikal yang boleh mempengaruhi kepuasan hendaklah melibatkan susunan peralatan.

5.3.2

Memahami Penggunaan Bekas Penanaman Dan Alat Tangan Asas.

Murid menghadapi masalah terhadap penggunaan bekas penanaman dan alat tangan asas yang lazim digunakan ketika kerja-kerja praktis dilakukan. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu akan penggunaan bekas penanaman dan kegunaan yang betul bagi sesuatu alat tangan kemahiran asas yang lazim digunakan. Dari penganalisisan ini, murid-murid menghadapi masalah berkaitan penggunaan alat tangan yang betul sewaktu melakukan kerja projek Kemahiran Hidup. Murid sukar membandingkan kegunaan sudip tangan dengan serampang tangan dengan betul. Ini terbukti dengan 26 % daripada murid-murid menjawab dengan salah bagi soalan merumput boleh dibuat dengan menggunakan serampang tangan. Manakala 20 % murid menjawab dengan salah sudip tangan digunakan untuk memasukkan medium ke 47

dalam pasu, soalan item B20. Alatan asas perkebunan juga masih tidak dikenali dengan nama yang betul oleh murid. Contohnya sekateur dikenali oleh murid dengan nama gunting pokok dan sisir rumput pula dikenali sebagai penyakar rumput. Nama ini adalah nama yang digunakan sewaktu di rumah dan ini menyebaban mereka keliru. Disebabkan kekeliruan ini, terdapat 30 % murid gagal menjawab dengan betul soalan berkaitan sekateur item B17, ini. Seramai 26 % murid menjawab dengan salah bagi soalan sisir rumput digunakan untuk mengumpul rumput yang telah dipotong, manakala 22 % salah bagi mengenal fungsi pongkes yang sebenar. Bagi penggunaan bekas penanaman pula, murid masih keliru bagi soalan pasu kristal digunakan untuk menanam tumbuhan hiasan kerana 22 % murid menjawab dengan salah soalan ini. Mungkin penggunaan pasu kristal kurang didedahkan oleh guru kepada mereka.

5.3.3

Kefahaman Tentang Hidup

Konsep Asas Berkaitan Tanaman Hiasan Kemahiran

Dalam penganalisisan mengenai kefahaman murid terhadap konsep asas berkaitan tanaman hiasan Kemahiran Hidup, didapati murid menghadapi beberapa masalah. Dalam aspek ini penekanan pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan alatan perkebunan dan penyediaan bekas tanaman oleh guru bolehlah dianggap kurang berkesan. Terdapat ramai murid (26 %) tidak dapat menjawab dengan betul dalam item C29 iaitu berkaitan alat yang digunakan untuk menggembur tanah. Dalam item tersebut, pengujian masih lagi berkisar kepada nama dan fungsi sesuatu alat. Dari analisis ini, guru perlu mencari jalan meningkatkan pengajaran yang lebih berkesan agar murid dapat menguasai kemahiran asas dalam penggunaan alatan perkebunan dan penanaman tumbuhan hiasan. 48

Penggunaan bahan-bahan kitar semula di dalam projek Kemahiran Hidup amat digalakkan bagi menambahkan kreativiti murid. Contohnya penggunaan tayar buruk (item C40) sebagai bekas penanaman boleh membantu murid memahami kaedah penanaman dan bekas penanaman yang sesuai walaupun tidak menggunakan pasu yang dibeli. Murid agak keliru dengan bekas penanaman seperti pasu kristal dan pasu tanah liat. Pasu kristal dalam item C36, gagal dikenalpasti oleh murid (22 %). Penggunaan pasu tanah liat terpakai kurang didedahkan kepada murid dan ini menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan pasu terpakai. Ini jelas di dalam item C31 dan C32. Bekas menanam yang mudah kotor dan senang ditumbuhi lumut merupakan item C31, tetapi 32 % murid gagal menjawabnya. Dan item C32 berkaitan pasu yang boleh diguna semula dengan cara merendamnya dalam larutan formalin bagi membasmi kuman, 34 % murid menjawab dengan salah. Seramai 26 % lagi menjawab dengan salah bagi soalan berkaitan bekas penanaman yang sesuai bagi tanaman sistem akar yang kecil dan pendek.

Bagi item C34 pula sebanyak 74% menjawab dengan betul berkaitan bahan yang diguna untuk menutup lubang saliran bagi mengelak medium terkeluar,

manakala 26 % lagi menjawab dengan salah. Ini menunjukkan murid tidak dapat mengingati peranan serpihan pasu atau batu kecil tersebut. Begitu juga soalan berkaitan penggunaan baja kompos yang tidak dapat dikenalpasti oleh murid. Item C39 berkaitan soalan baja yang diperbuat daripada najis haiwan reput atau jerami reput, gagal dijawab oleh 22 % orang murid.

49

5.4 Kesimpulan

Berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan pelaksanaan kerja projek kaji selidik tanaman hiasan Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis adalah masih lagi ditahap yang kurang berkesan terhadap murid-murid.

Dari sudut keperluan kemahiran terbaru terhadap guru-guru yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup pertanian ini, kajian mendapati bahawa sebanyak (33.3%) guru berpendapat mereka memerlukan kemahiran-kemahiran pertanian baru yang selaras dengan perubahan serta keperluan pembelajaran terkini di sekolah.

Dari penganalisisan soal selidik didapati kebanyakan aspek yang dikaji di kalangan guru banyak yang positif, tetapi pengujian terhadap murid adalah sebaliknya. Murid-murid masih lagi kurang pengetahuan asas dan kemahiran seperti yang diharapkan. Pengujian yang dijalankan membuktikan pengajaran yang disampaikan oleh guru kurang berkesan berdasarkan pencapaian murid dalam soal selidik. Guruguru masih tidak dapat melaksanakan projek tanaman hiasan dengan sepenuhnya kerana masalah ruang penyimpanan alatan dan bahan yang terhad, masalah mendapatkan bekalan dengan cepat serta kemahiran guru sendiri dapati tidak dapat diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Guru menghadapi masalah untuk menyediakan alatan dan bahan lebih awal sebelum memulakan pengajaran. Hal ini mungkin menjadi masalah kerana guru-guru 50

tersebut juga mengajar mata pelajaran lain dan masa pengurusan bengkel adalah terhad untuk mereka. Tiada pembantu yang disediakan oleh pihak sekolah untuk menguruskan pengeluaran alatan, bahan dan penyimpanan semula peralatan serta bahan tersebut selepas kerja projek dijalankan. Hal ini sedikit sebanyak membebankan guru.

Penyediaan pengajaran oleh guru jika dibuat secara teratur dan bersungguhsungguh membolehkan murid-murid dapat mengikutinya secara berkesan, tetapi apa yang didapati ialah murid-murid kurang mahir terhadap penggunaan alatan perkebunan dan fungsi-fungsinya serta masalah mengenali dengan tepat bekas penanaman yang sesuai untuk perkebunan. Murid masih terkeliru dengan nama alatan perkebunan yang biasa mereka gunakan di rumah berbanding nama yang terdapat di dalam buku teks.

Aktiviti dalam projek kaji selidik tanaman hiasan ini boleh meningkatkan kemahiran berfikir dan penguasaan kemahiran, memberi ruang untuk

mengembangkan daya kreatif, daya inovatif dan daya usaha terhadap murid-murid. Tetapi masih ada matlamat dan objektif yang tidak mencapai sepenuhnya. Guru haruslah peka terhadap perkembangan dan Falsafah Pendidikan Negara kerana dengan kefahaman yang jelas sahaja membolehkan objektifnya dicapai melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

51

5.5 Cadangan

Daripada rumusan yang telah dijalankan, telah dapat dikenalpasti masalah kemahiran berfikir murid di dalam projek kaji selidik tanaman hiasan, Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Dari masalah tersebut, beberapa cadangan akan dikemukakan untuk tindakan yang selanjutnya oleh pihak yang terlibat. Cadangan tersebut adalah :

1. Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran kemahiran yang memerlukan guru dan murid melakukan kerja praktik seperti projek kaji selidik tanaman hiasan. Murid perlu dimantapkan dengan kemahiran asas penggunaan alatan perkebunan dan pengetahuan yang betul tentang aspek penanaman termasuklah bekas penanaman. Kemahiran memerlukan latihan secara individu dan guru perlu memikirkan satu kaedah untuk memastikan kemahiran ini diterapkan kepada setiap murid.

2. Penyediaan awal adalah perlu bagi setiap guru untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran projek kaji selidik tanaman hiasan. Oleh itu adalah disarankan agar pihak pentadbir memberi ruang atau masa pengurusan bengkel kepada guru supaya guru dapat menyediakan segala keperluan dengan baik. Guru perlu memastikan bahan dan peralatan cukup untuk kegunaan murid apabila membuat sesuatu kerja projek.

3. Guru-guru perlu diberi pendedahan dan kemahiran-kemahiran pertanian baru yang lebih tinggi agar mereka lebih menyakini dalam proses pengajaran dan 52

pembelajaran. Aspek-aspek pengurusan dalam kerja-kerja praktis perlu ditekankan terutamanya merancang dan mengurus aktiviti murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran haruslah dititikberatkan.

4. Memandangkan mata pelajaran ini hanyalah subjek elektif yang tidak terdapat dalam peperiksaan UPSR, maka pendekatannya adalah sambil lewa. Oleh itu kerjasama pihak pentadbiran perlu untuk memastikan mata pelajaran ini dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

5. Sebaik-baiknya kajian seperti ini hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun sekali untuk memastikan bahawa kurikulum dan kandungan kurikulum yang digunakan adalah sesuai dengan kehendak pelanggan dan juga keperluan pembelajaran di sekolah.

RUJUKAN

53

Abdul Halim Said (1995). Perlaksanaan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Pulau Langkawi: Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda. UTM, Skudai. Abd. Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan AmalanPengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Distributors Sdn. Bhd. Abu Husain Abu Bakar (1997). Masalah Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan. Jurnal Pendidikan TIGAENF. 2; ms. 1-7. Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-ammah. Riyadh: Dar Al-Huda. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1994). Teknik Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2005). Pemikiran Reka Cipta. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Azhari Md. Salleh (1990). Pengurusan Industri. Johor: JJ Computer Service. Bambang Sulistyantara & Mohd Sallehuddin (2006).Menjaga Keindahan Taman Kediaman. Kuala Lumpur: Synergy Media. Crow & Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. de Bono, E. (1993). Teach Your Child How to Think. England: Penguin Books. de Bono, E. (1976). Teaching Thingking. England: Penguin Books. Dewey, J. (1993). How We Think: A Restatement of the Relation of Reflective Thinking to the Educative Process. Boston: Houghton Mifflin Company. Fakhiruddin & Syed Mahazir (2003). Bahagian Teras: Kemahiran Manipulatif. Selangor: Penerbitan PCT Sdn Bhd. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalan pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 Kementerian Pendidikan Malaysia 2002. Pang, M.S (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

54

Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Yaakub Amir et al (2002). Kemahiran Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann. Rahmad Sukor (2007). HBME 1103 Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lee Shok Mee (1992). Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi Dalam Pengajaran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Hadi Susilo & Mazlina (2006). Penjagaan Tanaman Hiasan Agar Tampil Menawan. Kuala Lumpur: Synergy Media. Yahya Abd. Rahman (1989). Pengurusan Workshop. Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd. Md. Nawawi (1994). Minat dan Sikap Pelajar Lelaki Tingkatan 2 Terhadap Bidang Pengurusan Diri Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup BersepaduYang diajar Di Sekolah Menengah. Projek Sarjana Muda. UTM, Skudai. Zainal Abidin, Mohd Rahim & Rahimah (2005). Kemahiran Hidup Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

55