Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENGENGAH KEBANGSAAN BARU BINTULU

JALAN KEMUNTING, PETI SURAT 1547,


97010 BINTULU, SARAWAK
Tel.: 086-334529 / Fax.: 086-334540

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF
BILIK
LEMBAGA DISIPLIN
SMK BARU BINTULU 2022

LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH


SEMK BARU BINTULU

1
1.0 PENGENALAN
Bilik disiplin sering menjadi tumpuan guru-guru disiplin untuk pelaksanaan peraturan sekolah
terhadap para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Malahan, bilik disiplin turut digunakan
sebagai tempat bermesyuarat dalam kalangan guru-guru disiplin berkaitan isu-sisu disiplin para
pelajar. Namun, terdapat kekangan dari segi kemudahan peralatan dan keceriaan bilik. Justeru,
proses menceriakan bilik disiplin merupakan satu alternatif yang bijak untuk meningkatkan
penggunaan bilik tersebut sebagai pemangkin penghasilan warga sekolah yang lebih berdisiplin.

2.0 OBJEKTIF
 Menceriakan bilik displin ke arah yang lebih baik
 Menerapkan nilai-nilai murni seperti mencintai kebersihan, berdisiplin, bekerjasama, dan
mempunyai semangat sayang dan cinta akan kemudahan sekolah.
 Memupuk semangat kerjasama antara para pelajar dan guru semasa berganding bahu
dalam aktiviti yang dirancang untuk kesejahteraan pelajar belajar di sekolah .

3.0 PENGISIAN PROGRAM

Naik taraf yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2022 memuatkan aktiviti-aktiviti yang
berbentuk kebersihan dan keceriaan sekolah bersesuaian dengan objektif aktiviti ini. Antara
aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah :

 Program menaiktaraf bilik Lembaga disiplin


 Aktiviti menceriakan bilik Lembaga disiplin
 Aktiviti mengecat dan mencantikkan bilik lembaga disiplin.

2
4.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Penaung : Puan Fatimah binti Wan Adni ( Pengetua )


Penasihat : Puan Salmiah binti Mahli ( Penolong Kanan HEM )
Pengerusi : Ustaz Mohammad Syamil bin Jaya
Naib pengerusi 1 : Cik Ilwa Hately Anak Kalomg
AJK Pelaksana : Guru-guru disiplin dan pengawas sekolah

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA KOS


SEUNIT (RM)
(RM)
1 Naik Taraf
 Menukar pintu kayu kepada pintu 1 1000.00 1000.00
Sliding
 Penghawa dingin 1.0H 1 1 1000.00

1 Aktiviti mengecat bilik disiplin


 Cat ( 5 kg ) 2 unit - 100.00
 Peralatan mengecat 5 unit - 30.00

2 Jom Ceriakan Bilik Disiplin


 tikar - - 200.00
 papan tanda - - 200.00
 Aksesori hiasan - - 100.00
 Tong sampah 2 - 10.00
 Jam 2 - 20.00
 Bateri 1 - 10.00

JUMLAH ( RM ) 2670.00

3
6.0 PENUTUP

Konklusinya, diharapkan agar program menaiktaraf bilik disiplin pada tahun 2022 ini dapat
dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif
yang telah digariskan. Keceriaan bilik disiplin boleh dipertingkatkan lagi untuk keselesaan
penggunanya. Sesungguhnya, disiplin pelajar memainkan peranan utama terhadap kelangsungan
kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ _____________________
( MOHAMMAD SYAMIL BIN JAYA ) ( SALMIAH BINTI MAHLI )
Ketua Lembaga Disiplin Sekolah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Baru Bintulu SMK Baru Bintulu
Disahkan oleh,

……………………………………….
(PUAN FATIMAH BINTI WAN ADNI)
Pengetua,
SMK Baru Bintulu

4
LAMPIRAN 1
[No. Ruj.: SMK(B)/KWK/NM/251]

KERTAS KERJA MENAIKTARAF BILIK LEMBAGA DISIPLIN SMK BARU


BINTULU BAGI 2022

Meluluskan Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Lembaga Disiplin SMK


Baru Bintulu

.
atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Lembaga Disiplin


SMK Baru Bintulu

Ulasan :
.........................................................................................................................
.........................................................................................................................
..........................................................................................................................

…………………………………..
(FATIMAH BINTI WAN ADINI)
Pengetua
SMK Baru Bintulu, Sarawak
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai