Anda di halaman 1dari 10

1. Teknik asas belari Teknik asas larian memerlukan kita berlari pada sudut 45 .

. S sudut 45 ini dinamakan garisan daya. Pada kedudukan sudut 45 , badan kita berada pada keseimbangan dan Berjaya mengurangkan

rintangan semasa berlari. Berlari atas hujung kaki mengurangkan tarikan gravity pada badan. Hal ini membolehkan kita berlari dengan lebih pantas.

Berlari lutut tinggi mampu mengurangkan daya tarikan bumi pada badan. Di samping itu, kita boleh melangkah pada jarak yang lebih jauh. Oleh yang demikian, kita boleh mengurangkan jumlah langkahan dan memendekkan masa larian kerana daya rintangan dapat dikurangkan.

Ayunan tangan memberikan kita daya untuk bergerak lebih laju sekiranya ayunan tangan itu selari dengan gerak badan. Jika tidak, ayunan tangan boleh menjadi satu rintangan tambahan kepada larian.

2. Teknik asas larian dekam

(i)

Secara static: Mengukur jarak kaki dengan garisan permulaan Kaedah pengukuran: Letakkan hujug kaki kanan permulaan, Letakkan hujung kaki kiri ke belakang bahagian tumit kaki kanan, dibelakang garisan

Bawakan selari dengan tumit kaki kiri pada jarak seluas bahu. Dekam dengan lutut kanan pada trek. Dekam dengan tangan dibuka seluas bahu Ibu jari dan jari telunjuk dibuka Kepala ditundukan kebawah Mata pandang ke garisan permulaan.

(ii)

Secara dinamik Ulang kaedah dekam secara static diatas Angkat punggung dengan mata masih memandang sedikit ke hadapan garisan permulaan. Lonjak kehadapan dengan kaki yang paling hadapan

dengan gariasan permulaan apabila wisel dibunyikan Ayun tangan selari dengan badan. Lari di atas hujung kaki.

3. Teknik asas menamatkan larian (i) Secara mendada Badan dicondongkan kea rah pita penamat Tangan didepangkan Kaki hadapan diangkat tinggi, kaki belakang bersudut 45 dengan hujung kaki masih di atas trek atau padang (ii) Secara melonjak Melonjak dengan kaki hadapan Hulurkan dada ke pita penamat Kaki belakang dibawa ke hadapan Kedudukan kedua- dua kaki ke udara

Kaki ini yang melintas garisan penamat terlebih dahulu daripada dada mencecah pita penamat

4. Lari berganti- ganti (i) Cara memegang baton untuk lari berganti- ganti (ii) Terdapat tiga cara memegang baton

Cara menghantar dan menerima baton Terdapat dua cara menghantar dan memegang baton untuk acara berganti-ganti iaitu: Blind past bagi acara pecut, Visual pass bagi acara jarak sederhana

(iii)

Zon pertukaran baton Seorang pelari berganti-ganti akan menghantar dan

menerima baton di zon pertukaran baton sepanjang 20 m pada setiap 100 m larian masing-masing. Garisan zon di atas balapan ditanda dengan warna kuning. Sebelum zon pertukaran ini, terdapat satu garisan berwarna jingga yang dikenali sebagai zon pecut atau prapertukaran sepanjang 10 m. Pelari yang akan menerima baton akan berdiri atau menunggu rakannya dalam zon ini. Apabila jarak rakan beberapa meter darinya, maka dia akan memecut dan akan menerima baton pertukaran. Pertukaran baton dalam kesalahan dibatalkan. dan pasukan zon pecut adalah satu yang melakukannyanakan

(iv)

Blok permulaan Blok permulaan diwajibkan kepada semua pelari pecut Blok pelbagai reka bentuk dan binaan dibenarkan selagi menepati peraturan pertandingan. Blok pernulaan dipasang pada balapan dengan

menggunakan peniti

atau pancang yang tidak mendatangkan kerosakan pada permukaan balapan.

(v)

Kasut atau spike Kasut atau spike yang digunakan di atas balapan sintetik boleh menggunakan paku yang tidak melibihi 6 mm sahaja. Pakain peserta pula mestilah tidak jarang meskipun basah. Pada bahagian dada dan belakang pakain tersebut mesti disematkan dengan nombor yang telah ditetapkan oleh penganjur.

PENGENALAN Acara lari berganti-ganti dibahagikan kepada dua jenis iaitu 4 100 meter dan 4 400 meter. Walaubagaimanapun acara 4 200 meter (pelajar) dan acara khas 4 100 meter, baton dihantar oleh

1600 meter juga boleh diadakan. Dalam acara 4

dua orang pelari yang berlari pada tahap kelajuan maksimum. Teknik penghantaran baton tanpa lihat digunakan dan pertukaran baton adalah iaitu sepanjang 20 meter. Acara 4 400 meter pula tidak ada zon pertukaran baton dan pertukaran baton

secara visual telah digunakan. KONSEP LARI BERGANTI-GANTI

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON Pada amnya terdapat tiga gaya penukaran baton iaitu gaya selang-seli pandang dan cara pandang(4 tanpa

00 meter). Terdapat dua teknik asas penukaran

baton iaitu teknik bawah atas dan teknik atas bawah. Di sini kita akan melihat teknik atas-bawah.

Teknik atas bawah

UKURAN BATON

ALIRAN PENUKARAN BATON

Dalam gaya selang-seli aliran baton adalah KANAN-KIRI-KANAN-KIRI. Pelari pertama akan membawa baton dengan tangan kanan. Pelari kedua berdiri di bahagian luar lorong , menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ketiga berdiri di bahagian dalam lorong, menerima baton dengan tangan kanan. Pelari keempat pula berdiri di bahagian luar lorong dan menerima baton dengan tangan kiri.

ALIRAN BATON: KANAN-KIRI-KANAN

ZON PENUKARAN BATON Untuk semua acara lari berganti-ganti, penukaran baton mesti dilakukan dalam zon penukaran yang panjangnya 20 meter. Untuk acara 4 100 meter, satu zon pecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan didahului zon penukaran baton. Zon ini, digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda. Titik tanda pada amnya adalah 5-7 meter dari garis mula zon pecutan. Penukaran pada amnya, berlaku pada jarak 12-16 meter dalam zon penukaran.

Rajah 5.5

LATIHAN ANSUR MAJU

1. Latihan mendorong (a) Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul kawan yang berlari di hadapan. (b) Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke bawah dan ke belaakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan. Ulang. (c) Ulang latih tubi b. Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelari belakang meluru ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan dan berlari kehadapan.

(d) Berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir(keempat) memberi isyaratup kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak tangan yany dihulurkan. Selepas itu, pelari ketiga melakukan perkara yang sama kepada pelari kedua. Pelari kedua meneruskan lakuan ini.

latihan hantaran bola secara statik (a) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter antara pelari. Pelari belakang mula dengan member isyarat up. Bila isyarat diberi pelari hadapan menghulurkan tangan(tapak tangan ke atas) untuk disentuh. Pelari kedua menhulur tangan ke kiri, pelari ketiga tangan kanan dan pelari keempat tangan kiri. (b) Ulang latihan (a) dengan mengunakan baton. Pastikan pelari pertama memegang baton dengan tangan kanan.

latihan menghantar baton secara dinamik. (a) Ulang latihan 2 (b) sambil berlari perlahan. Selepas pelari keempat menerima baton, baton itu dijatuhkan. Pelari pertama baton itu dan aktiviti itu diulang. (b) Berempatbuat hantaran dalam kawasan yang telah ditetapkan. (c) Latihan dalam lorong-lorong balapan dengan zon-zon penukaran baton. Secara berpasangan pelari menandakan titik tanda sendiri dan membuat latihan hantaran baton.

PERATURAN 166 ACARA LARI BERGANTI-GANTI 1. Pelari kedua, ketiga dan keempat boleh mula berlari dalam zon 10 meter tambahan sebelum zon pertukaran baton. 2. Jika baton terjatuh; (a) Dikutip oleh pelari yang menjatuhkan, (b) Boleh ditinggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak menganggu pelari pihak lawan.

3.

Dalam acara 4 100 meter, tidak dibenarkan pertukaran baton dalam zon

pecutan atau pra zon (10 meter) 4 Setiap pelari dalam acara 4 100 meter, berlari dalam lorong masing- masing

walaupun selepas membuat hantaran baton.

Untuk acara 4 200 meter, pelari pertama dan kedua berlari di dalam lorong

dan pelari ketiga berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama.

Untuk acara 4 400 meter, pelari pertama berlaridi dalam lorong dan pelari

kedua berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama sahaja.

Sekiranya, terdapat tiga atau kurang pasukan yang bertanding, pelari pertama

berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama.

Baton yang digunakan seharusnya tidak kurang daripada 50 gm, panjang 28-30

cm , garis lilit 12-13 cm dan berwarna.

9.

Pelari boleh digantikan oleh salah seorang daripada dua orang pelari

simpanan yang telah didaftarkan. Pelari yang telah digantikan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian lagi dalam kejohanan itu.

10. Giliran pelari mesti ditetapkan dan dilaporkansebelum acara bermula.

Anda mungkin juga menyukai