Anda di halaman 1dari 4

KAVITHA BAHU REDDY BT1 PISMP SEMESTER 5

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PERMAINAN BATAK LAMPUNG

Ahli Jawantankuasa : 1. Siow Hui Wen (Ketua) 2. Tan Hui Er 3. Kavitha A/P Bahu Reddy

SEBELUM Selepas mendapat tajuk permainan ini, kumpulan kami telah berbincang tentang cara-cara unruk melaksanakan permainan ini. Walaupun begitu, kami tidak mendapat gambaran sebenar tentang cara merancang, membuat dan melaksanakan permainan tersebut. Hal ini kerana kami tidak mempunyai sebarang pengalaman yang sebelumnya. Tetapi, kami tidak patah semangat dan berusaha untuk mendapatkan gambaran yang sebenar. Cara kami menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan merujuk kepada pensyarah. Beliau telah membimbing kamii dengan begitu baik sekali sehingga kami dapat memahami cara merancang, membuat dan melaksanakan permainan tersebut. Selain itu, kami telah mencari nota-nota yang berkaitan dengan cara merancang dan melaksanakan sesuatu permainan dalam internet. Contoh notanota tersebut amat berguna bagi kami untuk merancang dan melaksanakan permainan kami. Di samping itu, kami juga telah merujuk kepada senior kami yang sebelumnya yang telah mengambil kursus ini. Mereka juga telah memberi tunjuk ajar dan panduan bagi merancang dan melaksanakan permainan kami. Sebelum merancang dan melaksanakan permainan kami, telah berbincang dengan pensyarah bagi proses penambaikan. Dalam proses perbincangan tersebut, kami telah didedahkan oleh pensyarah untuk membuat perkara-perkara yang penting seperti mengetahui tentang sejaran permainan batak lampung, cara bermain dan juga cara untuk memeroleh markah. Kesemua hal itu telah kami praktikkan semasa kami melaksanakan permainan tersebut.

KAVITHA BAHU REDDY BT1 PISMP SEMESTER 5

SEMASA Semasa menjalankan permainan tradisional, kami sebagai pengelola dan pelaksana bagi permainan Batak Lampung, kami perlu memastikan permainan tradisional kami dapat dijalankan dengan lancar dan menarik. Sebelum permainan dijalankan, kami dapat menyediakan alatan permainan yang secukupnya atas kerjasama AJK Peralatan. Kami memastikan alatan yang digunakan adalah cukup seperti asal dan tidak ada yang tertinggal. Selepas itu, kami meletakkan papan peraturan, papan sejarah permainan dan papan skor kami di atas kerusi supaya dapat dilihat oleh para peserta. Kami mengikat papan-papan tersebut di atas kerusi dengan ketat supaya tidak akan jatuh akibat tiupan angin. Kami juga telah menyediakan beberapa kerusi untuk hakim-hakim. Di samping itu, kami juga menjelaskan sekali lagi peraturan permainan Batak Lampung dan bagaimana permainan Batak Lampung dimainkan kepada hakim-hakim supaya mereka dapat mengetahui mengisi borang-borang markah. Setelah waktu rehat bagi sesi pertama tamat, sesi kedua pun telah mula dijalankan. Pada sesi kedua permainan Sepak Manggis dan Batak Lampung dijalankan secara serentak. Untuk memastikan semua peserta permainan Batak Lampung melaporkan diri, kami telah menyebut nama peserta-peserta melalui mikrofon. Kami menyuruh semua peserta beratur mengikut kumpulan masing-masing dan kami pun menyemak bilangan peserta. Kami memastikan bilangan peserta untuk setiap kumpulan adalah cukup dan sama. Seterusnya, kami memberi taklimat yang ringkas tentang peraturan permainan Batak Lampung dan bagaimana permainan ini dimainkan. Kami turut menunjur ajar tentang teknik menggunakan alatan dengan betul. Hal ini disebabkan cara bermain permainan Batak Lampung sama seperti tarik tali, yang tidak sama cuma tarik tali menggunakan alatan tali, manakala Batak Lampung menggunakan alatan kayu rotan. Dalam permainan ini, kami bertegas bahawa peserta-peserta perlu mematuhi semua peraturan permainan, bermain dengan adil dan berlaku jujur, menghormati pasukan lawan, elak daripada bermain kasar dan bermain sebagai satu pasukan.

KAVITHA BAHU REDDY BT1 PISMP SEMESTER 5

SELEPAS Karnival Permainan Tradisional berakhir dengan lancarnya dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa. Selepas sesi penyampaian hadiah, kami pun mula membersihkan dan mengemaskan tapak permainan Batak Lampung. Kami juga memastikan peralatan yang dipinjam dipulangkan kepada AJK Peralatan. Pada 17 Mac 2014, post mortem untuk Karnival Permainan Tradisional telah dijalankan di Balai Ilmu bersama pensyarah. Kelemahan, kekuatan dan cara penambahbaikan telah dibincangkan bersama-sama.

Kekurangan: Permainan Batak Lampung tidak dikenali oleh peserta sebelum ini. Tapak permainan lambat dihiaskan.

Kekuatan: Permainan Batak Lampung senang dijalankan. Cara dan peraturan Batak Lampung tidak banyak dan senang difahami. Alatan yang diperlukan ringkas dan mudah didapati, iaitu sebatang kayu rotan. Peserta-peserta terlibat dengan aktif.

Cara penambahbaikan: Sediakan papan tentang cara bermain dan peraturan Permainan Batak Lampung yang besar untuk paparan kepada semua peserta dengan jelas. Membuat persediaan lengkap dengan lebih awal (sehari sebelum Karnival Permainan Tradisional) Sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang masalah dan perubahan yang berlaku pada saat-saat akhir.

KAVITHA BAHU REDDY BT1 PISMP SEMESTER 5

Bersedia dengan pelan kedua supaya bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Akhirnya, guru pelatih dapat mengenali dan menguasai permainan Batak

Lampung. Objektif dan matlamat tercapai.

Anda mungkin juga menyukai