Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR BARU BERA, PAHANG

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG

KELAB RUKUN NEGARA SKBB

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG2

PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG


AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR BARU 1.0 PENGENALAN Aktiviti permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara ahli-ahli Kelab Rukun Negara Sekolah Kebangsaan Bohor Baru (KRN SKBB). Tujuan permainan tradisional diadakan adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan di antara para ahli KRN SKBB. Hal ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran pertandingan ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli. Aktiviti ini dijalankan adalah sebagai satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara semua ahli. Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin agar lebih rapat lagi. Selain itu, ia juga diharap dapat mengurangkan tekanan para ahli. 2.0 RASIONAL Rasional permainan tradisional ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan ahli-ahli mengetahui cara hidup masyarakat pada masa dahulu serta bagaimana mereka memenuhi masa lapang. Selain itu ia juga membolehkan ahli-ahli mengetahui cara masyarakat dahulu mengeratkan hubungan sesama sendiri.

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG3

3.0 OBJEKTIF 3.1 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli. 3.2 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 3.3 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan ahli sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. 3.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. 4.0 TARIKH 4.1 Tarikh: 29hb Oktober 2011 (Sabtu) 4.2 Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 4.2 Tempat: Gelanggang Sepak Takraw Sekolah Kebangsaan Bohor Baru 4.3 Anggaran Bilangan Peserta: 66 orang 5.0 KUMPULAN SASARAN Terbuka kepada semua ahli Kelab Rukun Negara Sekolah Kebangsaan Bohor Baru 6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN (Rujuk Lampiran) 7.0 PERANCANGAN 7.1 PERINCIAN TUGAS 7.2 TENTATIF PROGRAM (Rujuk Lampiran) 8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN 8.1 ANGGARAN PERBELANJAA (Rujuk Lampiran)

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG4

9.0

PENGISIAN PROGRAM 9.1 ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN RAGAM (Rujuk Lampiran)

10.0 PENUTUP Dengan terlaksananya Aktiviti Sukan Tradisional anjuran Kelab Rukun Negara SKBB ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli-ahli, dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan ahli sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif pendidikan jasmani untuk mencapai kesan yang optima dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh : .. ( MOHD FAIZ EHSAN BIN MARZUKI ) Setiausaha Program Aktiviti Sukan Permainan Tradisional Kelab Rukun Negara, Sekolah Kebangsaan Bohor Baru (SKBB) Tarikh : 25 September 2011

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG5

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat Pengurusi Penyelaras Naib Pengerusi AJK

: En Nordin B Abd Karim (Guru Besar SKBB) : Pn Roseida bt Idris (GPK Ko-kurikulum) : Mohd Faiz Ehsan Bin Marzuki : Pn Nurul Huda : Pn Zahariah (GPK Hem) Pn Rokiah Ahmad (GPK 1) : En Mohd Zulnazri bin Hamzah / Mohd Suhaidi : Pn Roseida Bt Idris / Cik Madihah : En Zamri : Semua Guru : Pn Rusniza dan Cik Juliana

AJK Siaraya AJK Hadiah AJK Keselamatan AJK Pengadil AJK Sijil

AJK Publisiti dan : Cik Ilyani Tentatif Program AJK Teknikal dan : En Zamri / En Mohd Faezal Persiapan Tempat AJK Photografi AJK Pelaporan AJK Kumpulan/peralatan AJK Makanan/Minuman : En Mohd Faiz : Pn Nurul Huda : En Muhammad Jamil / Pn Husnizah : Pn Norsilawati / Ustaz Ani Sarifuddin

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG6

PERINCIAN TUGAS Bil 1 2 3 4 Perkara Penulisan Kertas Kerja Pembentangan Kertas Kerja Penubuhan jawatankuasa kerja dan struktur organisasi Penyelarasan jadual pelaksanaan projek bagi setiap unit bahagian. Penjanaan idea / brainstorming Proposal dan Sumber kewangan. Jemputan / peserta / hadiah. Maklum balas penyertaan Tarikh 20 Oktober 2011 23 Oktober 2011 23 Oktober 2011 23 Oktober 2011 Pelaksana Catatan

Ketua Program & Setiausaha Ahli Jawatankuasa Induk Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Semua ahli yang terlibat Setiap ahli jawatankuasa bergerak mengikut tugas yang telah ditetapkan Semua ahli yang terlibat Semua AJK mengemukakan jadual pelaksanaan bagi setiap tugas masing-masing. Ahli Jawatankuasa Publisiti Membuat poster dan pengumumam pada hari perhimpunan. Ahli Jawatankuasa Pembahagian nama peserta mengikut Kumpulan kumpulan Ahli Jawatankuasa Menyediakan semua kelengkapan yang Peralatan dan Persiapan diperlukan dan memastikan semua alatan Tempat mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna. Semua ahli yang terlibat Setiap ahli menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Ahli Jawatankuasa Hadiah Hadiah kepada setiap pemenang Semua ahli yang terlibat

5 6 7

26 Oktober 2011 26 Oktober 2011

Persediaan tempat untuk perlaksanaan 28 Oktober 2011 program / Penyediaan bahan untuk keseluruhan program. Pertandingan aktiviti sukan ragam 29 Oktober 2011 dimulakan. Penyampaian Hadiah 2 November 2011 Acara penutup 2 November 2011

8 9 10

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG7

TENTATIF PROGRAM
JUMAAT ( 14 OGOS 2009)

Masa 9.00

Perkara 9.15 Pendaftaran

Aktiviti Khemah urusetia di lokasi pertandingan Pertandingan bermula

pagi Peserta 9.15 10.00 Aktiviti pagi 10.00-10.30 pagi 10.30-11.30 pagi 11.30-12.00 Aktiviti Permainan Bersurai permainan bermula Rehat

Minum Pagi

Pertandingan bersambung

Pemenang direkod dan majlis bersurai

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG8

ANGGARAN PERBELANJAAN

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG9 SISTEM PERMAINAN PENGHAKIMAN / PEMARKAHAN 1. Bil 1 Johan pertandingan dikira berdasarkan ketangkasannya memasuki Catatan dan Makanan Minuman Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Saguhati 84 84 6 6 6 48 RM1.00 RM1.00 RM10.00 RM2.00 RM2.00 RM2.00 Jumlah kawasan rumah 2. Untuk pertandingan galah panjang mata untuk setiap kedudukan adalah seperti berikut: Tempat Menang Seri Kalah Markah 3 1 0 RM84.00 RM84.00 RM10.00 RM12.00 RM12.00 RM96.00 RM298.00 Kuantiti Kos (perunit) Kos keseluruhan Perkara Makanan minuman Hadiah

10)

GALAH PANJANG Syarat-syarat: 1. Permainan ini dimainkan dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan perlu menghantar 6 pemain. 2. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG10 3. Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Spesifikasi Gelanggang 4. Seorang pemain individu penyerang akan dikira mati jika dia dicuit oleh pemain pasukan bertahan. 5. Pemain penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. 6. Penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. 7. Penyerang dikira menang jika dia dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Lima mata diberikan kepada pemain yang menang ini dan permainan akan dijalankan semula. 8. Mana-mana individu yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut. 9. Jika tiada mana-mana pasukan yang mati ataupun menang dalam masa 10 minit, keputusan seri akan diberikan.

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG11

PENYERTAAN 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Kelab Rukun Negara Sekolah Kebangsaan Bohor Baru 2. Semua permohonan masuk hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Kumpulan sahaja. PEMBATALAN PENYERTAAN 1. Peserta lewat mendaftar pada hari pertandingan. 2. Peserta tidak hadir pada hari pertandingan. MELAPOR DIRI 1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta lebih awal iaitu 30minit sebelum acara dimulakan. Peserta yang tidak melaporkan diri setelah 15minit sesuatu acara diumumkan dianggap kumpulan tersebut sebagai menarik diri. PAKAIAN 1. Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai acara yang disertainya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. 2. Semasa menerima hadiah, setiap peserta juga dikehendaki memakai track suit dan berkasut sukan. KESELAMATAN 1. J/K Pengelola dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG12 ALAT-ALAT PERTANDINGAN 1. Semua alat pertandingan akan disediakan oleh J/K Penganjur.

BANTAHAN / RAYUAN 1. Bantahan / rayuan secara lisan hendaklah dibuat kepada pengadil sebaik sahaja sasuatu acara tamat. HAK J/K PENGANJUR 1. J/K Penganjur berhak untuk membuat keputusan atau apa-apa yang tidak disebutkan dalam peraturan ini. 2. Setiap acara akan dimulakan mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan dalam atur cara, tetapi jika perlu J/K Penganjur berhak membuat sebarang perubahan. FORMAT PERTANDINGAN 1. Semua pertandingan diadakan secara peringkat kumpulan dan seterusnya kalah mati. Di mana setiap pasukan kumpulan yang kalah tidak akan meneruskan pertandingan. 2. Kedudukan kumpulan adalah mengikut cabutan undi.

BORANG PEMARKAHAN

KUMPULAN A KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

KUMPULAN B

KUMPULAN C

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG13

BORANG PENDAFTARAN GALAH PANJANG


NAMA KUMPULAN : .............................. NO. KAD PENGENALAN TANDA TANGAN

BIL 01. 02. 03. 04. 05. 06.

NAMA PESERTA

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG14

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG15

Anda mungkin juga menyukai