Anda di halaman 1dari 2

Laporan Sambil Belajar Ke Bangunan Parlimen

Pada 5 Mei 2013 yang lalu, seramai 35 pelajar daripada Persatuan Sejarah Sekolah Menengah
Kebangsaan St. Michael, Ipoh telah menyertai lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen di ibu
negara. Rombongan ini turut disertai oleh dua orang guru penasihat iaitu Cikgu Malik dan Cikgu Ani.

Kami dikehendaki berkumpul di sekolah pada awal pagi iatu kira-kira pukul 5 pagi. Selepas
menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau sekolah, kami disediakan dengan sarapan pagi yang
ringkas iaitu nasi lemak dan teh panas. Kemudian kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat
oleh Cikgu Malik, sebelum kami menaiki bas yang disewa khas. Bas mula bergerak dan kami tidak sabar
untuk tiba di sana. Kami juga menonton dokumentari tentang bangunan Parlimen yang ditayangkan di
dalam bas.

Sebaik sahaja kami sampai di pintu utama bangunan Parlimen itu, kami disambut oleh seorang
pegawai bertugas. Kami dibawa melawat di sekitar bangunan tersebut termasuklah taman-taman yang
dibina di hadapan bangunan tersebut. Setelah itu barulah kami dibawa masuk ke dalam bangunan itu.
Kami amat bertuah kerana akan dapat menyaksikan perbahasan ahli-ahli Parlimen yang akan berlangsung
sebentar lagi. Kami disediakan tempat duduk di bahagian dewan persidangan. Kami dapat melihat
dengan jelas perjalanan perbahasan tersebut. Selepas itu, kami melihat ahli-ahli parlimen mengambil
tempat duduk mereka masing-masing.

Perbahasan yang akan berlaku adalah tentang e-pendidikan. Adasegelintir ahli yang berdiri untuk
membangkang cadangan itu dan yang mempertahankannya. Keadaan menjadi gamat apabila sebahagian
ahli mengetuk meja tanda bantahan. Perbahasan itu telah mengambil masa selama 30 minit.

Isu e-pendidikan itu telah dibahaskan dengan sungguh rancak. Hal ini menunjukkan bahawa betapa
pentingnya isu ini kepada masa depan pelajar-pelajar. Selepas itu, kesemua ahli parlimen meningglkan
dewan tersebut. Speaker Parlimen datang ke arah kami dan bersalam dengan kami. Kami berasa amat
gembira kerana dapat berjumpa dengan pegawai itu.

Kami disediakan makan tengah hari di dewan makan. Setelah itu kami meninggalkan bangunan
Parlimen dan meneruskan lawatan kami ke Kuala Lumpur. Akhir sekali, kami berharap akan dapat
melakukan lawatan ke bangunan bersejarah itu sekali lagi. Kami sampai ke sekolah pada jam 9 malama
pada hari yang sama. Sekian.

Yang melaporkan,

.................................
(MOHD IMRAN TUAH)
Setiausaha Persatuan Sejarah
SMK. St Michael, Ipoh


Tarikh laporan : 12 Mei 2013

Anda mungkin juga menyukai