Anda di halaman 1dari 20

1.A.

Ceritakan pengalaman anda semasa melawat ke tempat-tempat


bersejarah yang terkenal di negara kita.

Pada cuti persekolahan yang lalu, bapa saya telah bersetuju untuk membawa
kami sekeluarga melawat ke beberapa tempat yang bersejarah untuk
menambahakan ilmu pengetahuan dan menanamkan semangat patriotisme
dalam diri kami. Kami berasa besar hati untuk melawat ke tempat tersebut. Awalawal pagi lagi, kami mula mengemaskan barang keperluan masing-masing
sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-destinasi tersebut. Saya telah
membawa buku catatan untuk membuat nota dan kamera digital untuk
merakam gambar-gambar menarik untuk dijadikan kenangan. Selepas
mengemaskan barang-barang, kami pun bertolak ke Melaka Bandaraya
Bersejarah dengan menaiki kereta bapa saya.
Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual kosong sambil menikmati makanan
ringan yang dibekalkan oleh ibu. Beberapa jam kemudian, kami tiba di destinasi
yang pertama, iaitu kota A' Farmosa. Sebaik-baik saja turun dari kereta, adik saya
melompat-lompat kegembiraan kerana inilah kali pertama dia melinat bangunan
bersejarah itu. Bapa saya sempat menceritakan peristiwa bersejarah yang
berkaitan dengan kota ini. Kota A' Farmosa ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang
menghijau dan terdapat juga beberapa ekor monyet yang jinak meminta
makanan daripada pengunjung yang lalu-lalang di situ.
Selepas berkunjung ke Kota A' Farmosa, kami menjamu selera di sebuah
restoran yang menjual nasi ayam. Selepas itu, kami bertolak ke hotel untuk
meletakkan barang-barang kami dan berehat untuk menghilangkan penat. Pada
sebelah malamnya kami berpeluang untuk menaiki beca mengelilingi 'Jonker
Walk'. Beca yang kami naiki dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni dan
selesa. Saya telah membeli beberapa buah cenderahati untuk dihadiahkan
kepada rakan-rakan saya. Barangan yang dijual di 'Jonker Walk' agak murah.
Tidak hairanlah banyak pelancong yang membeli-belah di situ. Pada kira-kira
pukul 11:00 malam kami pun kembali ke hotel untuk tidur.
Pada keesokan harinya, kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di
hotel itu. Pada hari tersebut kami akan melawat ke Tugu Peringatan dan Muzium
Negara di Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 10:00 pagi. Semasa dalam
perjalanan, saya berkongsi gambar yang telah di rakam semasa berada di
Melaka. Selepas beberapa jam perjalanan, saya dan keluarga saya tiba di Tugu
Peringatan. Kami tidak sabar untuk melihatnya kerana selama ini kami hanya
melihat tugu tersebut menerusi gambar atau layar televisyen. Saya begitu
terharu melihat patung pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur di medan
perang sewaktu berjuang menuntut kemerdekaan negara yang tercinta ini.
Terdapat patung seorang askar memegang Jalur Gemilang yang melambangkan
kejayaan para perajurit menuntut kemerdekaan tanah air walaupun akhirnya
beliau telah terkorban.
Seterusnya, bapa saya membawa kami berkunjung ke Muzium Negara yang
terletak tidak jauh dari Tugu Peringatan yang telah kami kunjungi sebelum ini.
Muzium Negara merupakan bangunan yang menempatkan dan mempamerkan
peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di negara kita sejak dahulu lagi. Seni

bina bangunan Muzium Negara amat menarik perhatian kami sekeluarga. Selepas
membeli tiket kami pun masuk ke dalam bangunan muzium tersebut. Namun
saya berasa agak kecewa kerana tidak dibenarkan membawa kamera masuk ke
tempat bersejarah itu. Walau bagaimanapun, saya masih dapat mencatat
pelbagai catatan sejarah yang terdapat di dalam Muzium Negara melalui buku
nota yang saya bawa. Selain peristiwa-peristiwa bersejarah, terdapat barangan
lama yang dipamerkan seperti senjata-senjata yang digunakan oleh pahlawan
pada zaman dahulu, peralatan muzik, kebudayaan dan lain-lain lagi. Sebelum
beredar, kami sempat membeli beberapa keping poskad dan cenderamata untuk
dibawa pulang. Kami juga sempat merakam gambar kami sekeluarga di luar
bangunan Muzium Negara untuk diabadikan dalam kenangan.
Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak
memberikan ilmu pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta
akan negara. Melancong ke tempat-tempat bersejarah ini juga dapat mengisi
masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Saya
berharap agar bapa saya akan membawa saya dan keluarga untuk mengunjungi
tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan
datang.

2.KARANGAN LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Laporan Sambil Belajar Ke Bangunan Parlimen

Pada 5 Mei 2013 yang lalu, seramai 35 pelajar daripada Persatuan Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh telah menyertai lawatan sambil
belajar ke Bangunan Parlimen di ibu negara. Rombongan ini turut disertai oleh
dua orang guru penasihat iaitu Cikgu Malik dan Cikgu Ani.

Kami dikehendaki berkumpul di sekolah pada awal pagi iatu kira-kira pukul 5
pagi. Selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau sekolah, kami
disediakan dengan sarapan pagi yang ringkas iaitu nasi lemak dan teh panas.
Kemudian kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat oleh Cikgu Malik,
sebelum kami menaiki bas yang disewa khas. Bas mula bergerak dan kami tidak
sabar untuk tiba di sana. Kami juga menonton dokumentari tentang bangunan
Parlimen yang ditayangkan di dalam bas.

Sebaik sahaja kami sampai di pintu utama bangunan Parlimen itu, kami
disambut oleh seorang pegawai bertugas. Kami dibawa melawat di sekitar
bangunan tersebut termasuklah taman-taman yang dibina di hadapan bangunan
tersebut. Setelah itu barulah kami dibawa masuk ke dalam bangunan itu. Kami
amat bertuah kerana akan dapat menyaksikan perbahasan ahli-ahali Parlimen
yang akan berlangsung sebentar lagi. Kami disediakan tempat duduk di
bahagian dewan persidangan. Kami dapat melihat dengan jelas perjalanan
perbahasan tersebut. Selepas itu, kami melihat ahli-ahli parlimen mengambil
tempat duduk mereka masing-masing.

Perbahasan yang akan berlaku adalah tentang e-pendidikan. Adasegelintir


ahli yang berdiri untuk membangkang cadangan itu dan yang
mempertahankannya. Keadaan menjadi gamat apabila sebahagian ahli
mengetuk meja tanda bantahan. Perbahasan itu telah mengambil masa selama
30 minit.

Isu e-pendidikan itu telah dibahaskan dengan sungguh rancak. Hal ini
menunjukkan bahawa betapa pentingnya isu ini kepada masa depan pelajarpelajar. Selepas itu, kesemua ahli parlimen meningglkan dewan tersebut.
Speaker Parlimen datang ke arah kami dan bersalam dengan kami. Kami berasa
amat gembira kerana dapat berjumpa dengan pegawai itu.

Kami disediakan makan tengah hari di dewan makan. Setelah itu kami
meninggalkan bangunan Parlimen dan meneruskan lawatan kami ke Kuala
Lumpur. Akhir sekali, kami berharap akan dapat melakukan lawatan ke
bangunan bersejarah itu sekali lagi. Kami sampai ke sekolah pada jam 9
malama pada hari yang sama. Sekian.

Yang melaporkan,
.................................
(MOHD IMRAN TUAH)
Setiausaha Persatuan Sejarah
SMK. St Michael, Ipoh

Tarikh laporan : 12 Mei 2013

3.Karangan Keperihalan-Hari Keusahawanan

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru telah mengadakan Hari


Keusahawanan sekolah pada 27 Jun 2015 iaitu pada hari Jumaat yang
lepas.Tujuan Hari Keusahawanan ini diadakan adalah untuk mendedahkan
pengalaman mengurus gerai kepada pelajar di samping dapat menyemai sikap
berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada kalangan
pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah
disediakan manakala pelajar yang tidak terlibat perlu berada di kelas masingmasing bagi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa sehingga tiba waktu
rehat. Para peserta kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang
jualan di gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual seperti
pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku.
Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mee, pelbagai jenis kek,
nasi ayam, laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Semasa waktu
rehat,saya dapati pelajar yang bertugas di gerai sibuk mempromosikan barang
jualan masing-masing supaya pengunjung bertumpu di gerainya.Gerai yang
menjual makanan menjadi tumpuan pelajar manakala gerai yang menjual
pakaian, tudung dan aksesori wanita agak lengang.
Waktu rehat yang agak panjang membolehkan saya meronda kesemua
gerai yang ada dan melihat gelagat pelajar-pelajar yang lain.Saya juga
berkesempatan untuk merasai pengalaman ngeri setelah masuk ke Rumah Hantu
kelolaan Kelab Kebudayaan. Saya sangat kagum dengan kesungguhan pelajar
dan guru yang terlibat kerana berjaya merealisasikan Rumah Hantu yang ngeri
dan menakutkan.
Sepanjang saya berada di dalam Rumah Hantu,bulu roma saya sentiasa
meremang kerana suasananya sangat menakutkan.Pelajar-pelajar perempuan
yang lain tidak hent-henti menjerit kerana ketakutan namun,saya cuba untuk
mengawal diri dengan bertenang.
Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Keusahawanan sampai ke
penghujungnya. Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok
sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak pengunjung berpusu-pusu untuk
membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.Saya sangat gembira
dapat membantu pihak sekolah menjayakan Hari Keusahawanan.

4.Rencana
Punca-punca Pencemaran Sungai

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan


buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke
dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik
mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air.
Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan
akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan
buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila
cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa
cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni
biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasilhasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke
dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan
pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan
insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini
menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan
kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain

itu,

industri

perlombongan

juga

tidak

kurang

penting

dalam

mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan
minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan
tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur
dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi
kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang
seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut
juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif
yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi
sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesenstesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang
kepada pencemaran air laut.

5.Dialog
Rahsia menjadi Murid Cemerlang.
Nur Illya Maisara sering mendapat tempt pertama dalam peperiksaan. Pada suatu
hari, saya berpeluang menemuinya untuk mengetahui tentang rahsia
kecermelangannya dalam pelajaran.
Irfan

:Apa khabar, Illya? Sibuk nampaknya.

Illya
sruh!

:Khabar baik. Oh, saya sedang menyiapkan latihan yang Cikgu Nooraini

Irfan :Awak saya lihat, selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
Ingin tahu juga rahsia kejayaan awak.
Illya
:Di dalam Kelas. Ketika guru mengajar saya akan memberi sepenuh
perhatian. Saya mengelak diri daripada berbual-bual dengan rakan. Jika saya
tidak fahan, saya segera bertanya pada guru.
Irfan

:Apakah yang awak lakukan ketika di rumah?

Illya
:Di rumah saya akan membaca semula nota pelajaran yang diberi oleh
guru. Tujuannya supaya maklumat yang diberikan oleh guru itu kekal dalam
ingatan saya.Saya juga membuat nota kecil yang boleh saya bawa ke manamana sahaja.
Irfan

:Bagaimanakah dengan buku-buku ulang kaji?

Illya
:Buku ulang kaji sentiasa ayah saya beli. Saya akan membuat latihan
apabila ada waktu terluang. Biasanya, pada hari minggu saya habiskan masa
dengan membuat ulang kaji.
Irfan

:Awak menghadiri kelas tuisyen?

Illya
:Saya menghdiri kelas tuisyen seminggu da kali. Kelas diadakan dari jam
7.00 malam sehingga jam 9.00 malam. Saya mengikuti kelas tuisyen yang
memantapkan pengetahuan saya.
Irfan :Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian awak berual-bual
dengan saya. Awak memang gigih belajar dan otak cair, sebab itulah selalu
mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
Illya

:Terima kasih,setiap orang boleh Berjaya jika berusaha dan rajin belajar.

Maksud peribahasa yang digunakan.


Otak cair - orang yang cerdik.

6.CONTOH KARANGAN PIDATO - Memartabat Bahasa Melayu


Pidato Memartabat Bahasa Melayu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.


Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi
Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakanrakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.
Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk
Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga
harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan
dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan.
Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai
alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu
dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing
dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa
Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses
penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan
zaman.
Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anakanak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah
dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anakanak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anakanak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan
oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah
menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu
bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan
juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman
keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini
dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa
dan sampai bila-bila.
Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media
massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah
menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang
bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah
menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan
masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu

bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau
swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah
memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk
memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini
demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang
ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil
dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah
tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini
dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.
Rakan-rakan dan hadirin sekalian,
Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan
lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang
mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan
tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta
atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal
ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa
kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian
mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis
rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan
penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan
seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan
dapat dimartabatkan di negara kita.
Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak
penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang
mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa
menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa
Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil
tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa
ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak
yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan

pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan
ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang
tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah
tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan
penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.
Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu,
semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan
bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan
penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi
bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita
bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan
terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan
Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya
tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya
menyampaikan pidato tadi.
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

7.Pendapat
KARANGAN PENDAPAT
Punca-punca Pengambilan Dadah dalam Kalangan Remaja.Bincangkan. Dalam
menjalani arus globalisasi masa ini, kita sering didedahkan di media massa
tentang pengambilan najis dadah dalam kalangan remaja. Perkara yang menjadi

persoalan kepada kita adalah mengapakah hal sedemikian makin kerap berlaku?
Persoalan demi persoalan sentiasa menghantui benak kita semua.Apakah yang
menyebabkan generasi pewaris bangsa ini cenderung untuk melakukan
perbuatan yang terkutuk ini? Antara punca yang dikenal pasti ialah naluri ingin
tahu dan suka mencuba yang terbit dalam diri remaja itu sendiri.Hal ini berlaku
demikian kerana para remaja yang berdarah panas ini bersikap pantang dicabar
dan sentiasa menyahut cabaran daripada rakan-rakan mereka walaupun cabaran
itu berunsurkan perkara yang negatif.Lantaran itu, mereka akan mencuba najis
dadah jika dicabar oleh rakan-rakan mereka untuk
mengambilnya.Tamsilnya,mereka akan berasa seronok dan gembira sekiranya
cabaran yang diajukan oleh rakan mereka berjaya disahut.Oleh itu, naluri ingin
tahu yang keterlaluan sememangnya mendatangkan keburukan sekiranya tidak
berjaya dikawal oleh para remaja. Selain itu,kekurangan perhatian dan kasih
sayang daripada ibu bapa juga merupakan penyebab gejala ini berlaku. Hal ini
berlaku demikian kerana sikap ibu bapa yang sentiasa sibuk mengejar keduniaan
sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak.Natijahnya, anak-anak
akan berasa disisihkan oleh ibu bapa mereka.Anak-anak yang dahagakan
perhatian dan kasih sayang ini, akhirnya akan berasa bosan dan mencari
ketenangan dengan berhibur dengan kawan-kawan di luar rumah lalu terjebak
dengan najis dadah ini.Oleh itu,ibu bapa perlulah mencurahkan sepenuh kasih
sayang kepada anak-anak mereka agar gejala ini dapat dihalang sebelum
berlaku. Bukan itu sahaja,sikap anggota masyarakat yang lepas tangan juga
mendorong kepada gejala yang tidak sihat ini. Hal ini berlaku demikian kerana
tanpa teguran dan tindakan daripada orang ramai, mereka akan beranggapan
tindakan mereka mendapat lampu hijau daripada orang di sekeliling
mereka.Dengan ini, mereka akan tidak teragak-agak untuk melibatkan diri
mereka dengan najis dadah ini. Tamsilnya,penduduk di sesuatu komuniti tidak
memberitahu pihak berkuasa walaupun kegiatan negatif itu berlaku di depan
mata mereka. Justeru, masyarakat perlulah bersikap lebih cakna dan tidak
bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Konklusinya, jelaslah bahawa terdapat banyak punca yang mendorong kepada
gejala yang negatif ini. Oleh itu, pihak sekolah khususnya perlulah mengadakan
kempen kesedaran mengenai bahaya dadah dalam kalangan pelajar
sekolah.Sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing, sudah pasti
masalah ini akan dapat diatasi dengan berkesan.Sememangnya, langlah-langkah
yang proaktif perlulah diambil bagi menyekat penularan dadah dalam kalangan
remaja ini. Diadaptasi daripada karangan Farah Adibah Karim 3 Anggerik 2009.

8.Tulis berita tentang suatu kebakaran di tempat kamu.


Contoh Jawapan
SEREMBAN, Sabtu Sederet rumah kedai lima pintu, dua buah rumah papan dua
tingkat dan dua buah kereta serta sebuah motosikal musnah sama sekali dalam
suatu kebakaran yang berlaku di Jalan Tunku Kurshiah pada jam 10.30 malam
tadi.

Dalam kejadian tersebut, 19 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran


tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak terlalu
cepat. Empat buah kereta bomba dengan 24 orang anggota yang diketuai oleh
Pegawai Bomba Daerah Seremban, Encik Aliff Saziq berkejar ke tempat kejadian
selepas menerima panggilan telefon pada jam 10. 45 malam tadi.
Kebakaran berlaku dengan pantas sehingga kesemua pemilik rumah kedai tidak
sempat menyelamatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan
di hadapan kedai. Api bertambah marak selepas sepuluh minit kebakaran berlaku
dipercayai akibat letupan tong gas.
Pihak bomba yang tiba pada jam 11.00 malam hanya berjaya mengawal
kebakaran kira-kira 45 minit kemudian, seterusnya menyelamatkan rumah-rumah
yang berhampiran daripada turut terbakar. Pemilik sebuah kedai motosikal
kerugian hampir RM750,000.00 dalam kebakaran tersebut berkata bahawa
semasa kejadian, dia baru sahaja selesai membersih kedainya apabila tiba-tiba
terdengar dua letupan kuat sebelum api menyambar pintu hadapan kedainya.
Tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut. Beberapa orang penghuni
mengalami cedera ringan akibat melecur. Mereka kini dirawat sebagai pesakit
luar di Hospital Besar Seremban.
Jumlah kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan sementara punca
kebakaran masih disiasat. Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak
kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian
elektrik.

9.Pidato
Pidato Singkat Tentang Kebersihan
Pembukaan Pidato :
Assalamualaikum Wr. Wb.

Pada kesempatan yang baik ini marilah kita panjatkan puji syukur kehadirat Allah
SWT yang mana telah memberikan nikmat dan hidayahnya kepada kita sehingga
bisa berkumpul dalam keadaan sehat pada hari ini.
Isi Pidato :
Hadirin yang saya hormati,
Pidato yang akan saya sampaikan kali ini menerangkan menjaga kebersihan.
Allah SWT sangat mencintai orang yang bersih dan suka membersihkan segala
sesuatu yang ada padanya. Jadi marilah kita mulai menjaga kebersihan demi
terciptanya keselamatan dan kebaikan untuk diri kita maupun orang lain.
Hadirin sekalian,
Jika kita menjaga kebersihan lalu ditiru oleh anak-anak kita dan orang-orang
dekat kita maka kita pun akan mendapat manfaatnya, oleh karenanya mari
ajarkan sedini mungkin terhadap anak-anak tentang pentingnya menjaga
kebersihan agar kelak mereka menjadi anak yang sehat, cerdas dan suka berbuat
kebaikan.
Dengan mengajarkan menjaga kebersihan kepada anak-anak, diharapkan mereka
bisa mandiri dan terbiasa mengatasi hal-hal yang sulit untuk diselesaikan, seperti
kita ketahui di masa sekarang masih banyak orang-orang yang tidak peduli
dengan kebersihan lingkungan dan membiarkannya menjadi kotor.
Penutup Pidato :
Hadirin yang berbahagia,
Demikianlah pidato singkat yang bisa saya sampaikan, mudah-mudahan apa
yang sudah saya sampaikan bermanfaat dan dapat dilaksanakan, akhir kata saya
ucapkan terimakasih atas perhatiannya.
Wassalamualaikum Wr. Wb.

Demikianlah pidato singkat tentang pentingnya menjaga kebersihan yang dapat


saya tuliskan untuk anda, semoga pidato singkat tersebut dapat menjadi contoh
dan sumber pidato yang baik bagi anda. Marilah bersama-sama menjaga
kebersihan dan ajarkan kepada anak-anak supaya terus menjaga kebersihan diri
maupun lingkungan.

Karangan 12 - Pendapat/Fakta - Masalah Disiplin


Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Nyatakan
langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.
Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering
dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme,
kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan
untuk mengurangkan masalah tersebut.
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan,
malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor
penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin

diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga


merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan
kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.
Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin
pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan
hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan
kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk
melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru
disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan
untuk menangani masalah disiplin para pelajar.
Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah
disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu
mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik,
dan menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan
keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri
akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar.
Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem
pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik
pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada
melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar
melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu
pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan
nilai moral diri, keluarga dan masyarakat.
Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan
sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah
bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang
sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di
negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama
sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam
menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

Karangan Jenis Cereka


Soalan
Lengkapkan cerita dengan berdasarkan perenggan penutup yang berikut.
Aku bangkit dan memasang lampu bilik. Di atas katilu terdapat sekeping
wang syiling emas. Aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan orang tua itu.

Sukar hendak dipercayai mimpiku ini. Tetapi, kenyataan di hadapan mataku, iaitu
wang syiling emas ada dalam genggemanku.
Jawapan
Aku pulang dari sekolah selepas latihan bola sepak. Untuk sampai ke
rumahku, aku terpaksa melalui kebun geth. Ketika melalui kebun getah itu, aku
terjumpa dengan seorang tua. Dia berpakaian putih dan berjanggut panjang.
Saya lapar. Bolehkah anak berikan saya makanan?katanya. Aku teringat
di dalam begku ada sebungkus biskut dan sebotol air. Aku menghulurkan biskut
dan botol air kepadanya. Orang tua itu makan perlahan-lahan.
Anak berhati mulia, katanya. Kemudian dia memegang tanganku dan
mengajakku pergi ke rumahnya. Di mana rumah pak cik ? tanyaku. Nun, di
sana, katanya. Tanganku menunjuk ke arah bukit. Aku bertanya dengan lebih
lanjut tetapi mulutku bagaikan terkunci. Aku mengikut sahaja ajakan orang tua
itu.
Dari kebun getah itu kami masuk ke kawasan hutan. Dua jam kemudian,
kami iba di puncak bukit itu. Dari situ orang tua itu membawa aku ke sebuah gua.
Orang tua itu menyuruh aku duduk. Dia kemudian mengeluarkan sebuah peti
kayu yang kecil. Dia membuka peti itu dan mengeluarkan sekeping syiling emas
dan memberikan kepadaku.
Belum sempat aku mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu,
orang tua itu sudah lesap di depan mataku. Perasaan takut mula meresap ke
hatiku. Aku segera keluar dari gua itu. Keadaan di luar samar dan suram. Cepatcepat aku melangkah. Nasibku malang kerana aku tersandung tunggul lalu
terjatuh ke dalam lubang. Aku menjerit kuat-kuat.
Aku tersedar daripada tidur. Aku mendapati diriku berada di lantai. Ruparupanya aku bermimpi dan terjatuh daripa katil. Aku meraba-raba dahiku yang
mula membengkak kerana terhantuk pada lantai.
Aku bangkit dan memasang lampu bilik. Di atas katilu terdapat sekeping
wang syiling emas. Aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan orang tua itu.
Sukar hendak dipercayai mimpiku ini. Tetapi, kenyataan di hadapan mataku, iaitu
wang syiling emas ada dalam genggemanku.

Contoh karangan ceramah.


1. Masyarakat Malaysia kurang membaca. Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir
syarahan peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk Cara-cara memupuk minat membaca
dalam kalangan kanak-kanak.

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan
kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.
Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Cara-cara memupuk minat
membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Hadirin yang dihormati,
Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk
anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka
biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah
wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik
mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke
kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.
Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada
anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku,
maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah
mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau majalah agar anak-anak
meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.
Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif
untuk menanam minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka.
Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak
akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum mereka tidur.
Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada
kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca
dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi
juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-anak.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa jika hendak melentur
buluh, biarlah daripada rebungmya. Sekian, terima kasih.
2. Anda diminta menyediakan teks syarahan bertajuk Keselamatan di jalan raya
tanggungjawab bersama yang akan disampaikan pada hari perasmian Minggu Keselamatan
Jalan Raya yang dianjurkan di sekolah anda.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Pengetua Sekolah Kebangsaan
Mahmud, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yag dikasihi sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan Minggu
Keselamatan Jalan Raya SMK Mahmud. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, kes kemalangan di jalan raya
semakin menjadi-jadi. Hal ini semakin serius, terutamanya pada musim perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin sekali berlaku kerana sikap
pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Pemandu yang tidak sabar untuk sampai
ke destinasi yang dituju dengan segera memungkinkan mereka melanggar undang-undang
yang telah ditetapkan seperti memandu melebihi had laju.
Selain itu, sikap kurang sopan pengguna jalan raya menyumbangkan pertambahan kes
kemalangan di jalan raya. Sikap ini termasuklah menggunakan telefon bimbit ketika
memandu, berhenti di bahu jalan sesuka hati tanpa sebab-sebab kecemasan, dan tidak
menghormati pemandu lain seperti berlumba di atas jalan raya. Hal ini menyusahkan diri
sendiri dan orang lain juga.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh mengikut
perasaan semasa menggunakan jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk menunjukkan
kehebatan diri atau tempat untuk bermaharajalela. Hal ini demikian kerana terdapat ribuan
pengguna lain yang turut menggunakan jalan raya. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri
sehingga mengabaikan hak orang lain. Oleh itu, untuk menjamin keselamatan di jalan raya,
kita haruslah bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Kita tidak patut
melakukan perkara yang dapat menyusahkan orang lains eperti berlumba di jalan raya. Hal ini
akan mengakibatkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada
pengguna jalan raya yang lain.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat digunakan, kita sebagai
pengguna jalan raya juga boleh memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah dengan
mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan, mematuhi lampu isyarat, dan tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun perkara ini kecil di mata kita,
namun dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dipatuhi.
Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga mestilah dikikis. Walaupun kita ingin sampai
ke destinasi yang dituju dengan segera, namun kita tidak harus mengetepikan perasaan dan
hak pengguna jalan raya yang lain, seperti memotong kenderaan lain sesuka hati. Selain
menyusahkan orang lain, hal ini dapat membawa kemudaratan kepada diri sendiri,
Akhir sekali, ingatlah bahawa keselamatan di jalan raya terletak di tangan semua pengguna
jalan raya. Undang-undang harus dipatuhi bukan diingkari. Jika diingkari, padah yang akan
diganti. Oleh hal yang demikian, kita mestilah bersama-sama memastikan jalan raya sentiasa
selamat dan kemalangan tidak akan berlaku. Patuhilah slogan Berhati-hati di jalan raya dan
Pandu cermat jiwa selamat.

Anda mungkin juga menyukai