Anda di halaman 1dari 8

Senarai Contoh Ulasan PT3 dan Tips Terbaik

Bagi kami ulasan hendaklah dihasilkan sebaik mungkin. Pastikan anda mendapat
markah yang tinggi. Ini kerana karangan ulasan sangat senang untuk score.

Rugi kalau tak dapat markah tinggi.

Bagi membantu menghasilkan ulasan yang baik dan bagus, kami dedahkan juga
kepada anda beberapa contoh ulasan PT3 yang boleh anda rujuk dan buat
perbandingan bagi mendapatkan idea apa yang diinginkan oleh pemeriksa bagi
score bahagian ini
Karangan Ulasan Punca Kemalangan Jalan Raya, ulasan Kepentingan Muzik,
ulasan piramid makanan, Ulasan Semangat Kejiranan

Tips Tulis Contoh Ulasan PT3 Terbaik


1) Jangan sesekali anda buat dalam satu perenggan sahaja.

2) Penanda wacana jangan dibiarkan sampai terlupa untuk digunakan dalam


perenggan karangan anda

3) Anda perlu tulis berapa patah perkataan pada bahagian bawah selepas kanan.
Ramai yang terlepas pandang dan terlupa untuk menulisnya

4) Anda perlu gabungkan isi tersurat dan isi tersiri dalam satu perenggan yang sama
dan bentuk penulisan isi yang padat dalam bahasa yang mudah

5) Kesalahan tatabahasa dan ejaan yang tidak sepertinya berlaku perlu dielakkan.
Di bawah ini kami kongsikan 4 contoh terbaik melibatkan 4 tajuk seperti yang anda
semak pada pautan-pautan yang dikongsikan pada jadual di bawah ini:
Setiap tahun, 14 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bagi menggalakkan masyarakat
menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan

Image via DCNoise

Terdapat banyak kegunaan darah antaranya menyelamatkan nyawa semasa


pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit
jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.

Dengan menderma darah, anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang


kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat
kita semua, sekiranya layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut
menderma darah setiap 3 bulan.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda digalakkan menderma darah:

1. Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang memerlukannya,


tetapi dapat menjaga kesihatan si penderma

Sebelum menderma darah, petugas perubatan di pusat derma darah akan


memberikan anda pemeriksaan kesihatan secara ringkas.

Mereka akan memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah,
tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi.

Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan


pemeriksaan seumpamanya.

Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapis terlebih dahulu untuk
mengenalpasti jika terdapat sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis
dan sebagainya. 
2. Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut
membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma

Sejak 30 tahun lalu, penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di
Malaysia.

Walau bagaimanapun, dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko


serangan jantung dan penyakit jantung.

Ini kerana penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah
anda dan zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan
mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang.

Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda
serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.

3. Bukan itu sahaja, menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap


penyakit kanser

Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti oleh orang ramai bahkan di malaysia
sahaja, jumlah kes kanser didapati semakin meningkat.

Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat
dan menghirup udara yang tercemar akan tetapi dengan menderma darah secara
berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati
dan tekak.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal bagus bagi
mengelakkan sesalan di kemudian hari.

4. Paling best, menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan

Adalah suatu mitos bagi yang mengatakan derma darah boleh menambahkan berat
badan walhal sebenarnya dengan menderma darah, anda turut mengurangkan alori
dalam badan anda dengan hanya berbaring diatas kerusi.

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan
seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal
sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.

Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh
menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan,
hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.

5. Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu


mengekalkan kecergasan dan menjadi perderma lebih produktif dalam
melakukan kerja

Umpama pepatah 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Bukan itu sahaja, menderma darah turut mengurangkan jumlah sel darah merah di
dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru.

Tubuh anda akan menjadi lebih bertenaga, dapat berfungsi dengan lebih baik dan
badan berasa lebih segar!

6. Paling utama, menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat

Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan


kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama.

Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila
berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan.

Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama,
budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat pahala dalam
bersedekah. 

Anda mungkin juga menyukai