Anda di halaman 1dari 3

Ciri ciri rakan sebaya yang menjadai pilihan

Selamat pagi,kepada guru yang dihormati Pn.Zainab dan rakan


rakan yand dikasihi.Selamat pagi.Hari ini saya ingin berkongsikan
Ciri ciri rakan sebaya yang menjadai pilihan.Dengan ini, saya telah
menyediakan power point untuk menjelaskan.

Peribahasa Melayu ada menyebut, seperti isi dengan kuku.


Hubungan yang akrab antara seorang individu dengan seorang
individu lain diumpamakan seperti isi dengan kuku. Bagaimana
rapatnya hubungan isi dengan kuku, begitulah juga ibaratnya
hubungan yang akrab antara seseorang itu dengan kawan rapatnya.
Kawan rapat ialah kawan tempat kita mengadu dan berkongsi
masalah sama ada baik atau tidak. Ibarat mencubit paha kanan,
paha kiri terasa sakitnya. Begitulah peranan dan fungsi rakan atau
sahabat dalam kehidupan seseorang remaja. Remaja amat
memerlukan rakan sebaya untuk berkongsi masalah dan meluahkan
perasaan. Namun, hendak mencari kawan rapat yang sanggup
menangis dan ketawa bersama-sama sangat sukar. Sebagai seorang
remaja, saya menggariskan beberapa kriteria dalam pemilihan
kawan rapat yang sebaya dengan saya.

Antara ciri utama rakan sebaya yang menjadi pilihan saya ialah
seorang yang menghormati ibu bapa dan orang tua. Rakan sebaya
yang menghormati ibu bapa dan orang tua lebih cenderung untuk
menghormati sahabat mereka. Rakan sebaya jenis ini akan lebih
bertolak ansur dalam perhubungan dan sentiasa menjaga hati dan
perasaan sahabat baiknya. Malah, rakan sebaya yang menghormati
orang tua juga akan sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan
sahabatnya. Mereka lebih mengutamakan sahabat baik daripada
kepentingan diri mereka sendiri. Mutiara kata ada menyebut, jika
kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita akan
terkena tempias wangiannya. Sebaliknya jika kita berkawan dengan
pembuat senjata, nescaya kita akan terkena percikan apinya. Oleh
itu, dalam memilih rakan sebaya yang dapat membantu semasa
saya dalam kesusahan ialah memilih rakan sebaya yang
menghormati ibu bapa mereka dan orang yang lebih tua. Pujangga
lama ada menyebut, yang tua disayangi, yang muda dikasihi.
Selain itu, memilih rakan sebaya yang rajin membaca dan bijak
dalam pelajaran adalah ciri yang sangat penting. Sekiranya kita
mempunyai masalah dalam pembelajaran, kita akan dapat meminta
bantuan rakan sebaya kita menyelesaikan masalah pembelajaran.
Rakan sebaya yang rajin membaca akan sentiasa mengajak kita
menelaah pelajaran dan mengunjungi pusat sumber pada setiap
masa senggang atau masa cuti sekolah. Rakan sebaya yang bijak
juga akan mengajar kita membahagikan masa dengan baik.
Berkawan dengan orang rajin membaca dan bijak dalam
pembelajaran akan meningkatkan motivasi saya. Saya akan
menjadikan rakan sebaya yang bijak sebagai idola saya dalam
mencapai kejayaan. Mutiara kata yang berbunyi, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya sangat sesuai dengan
peranan rakan sebaya yang membantu kita melakar kejayaan yang
lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, tidak rugi jika saya
memilih rakan sebaya yang rajin membaca dan bijak dalam
pelajaran sebagai sahabat baik saya kerana ular yang menyusur
akar tidak akan hilang bisanya.

Sahsiah dan budi pekerti memainkan peranan penting dalam


membentuk peribadi seseorang remaja. Pembentukan peribadi yang
terpuji bukan hadir dalam sekelip mata. Begitu juga bukan tugas ibu
bapa menggalas tanggungjawab sedemikian. Peranan rakan sebaya
banyak mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah remaja pada masa
kini. Sehubungan dengan itu, saya akan memilih rakan sebaya yang
mempunyai budi pekerti yang baik dan sahsiah yang terpuji sahaja
sebagai sahabat baik saya. Hal ini demikian kerana, sahabat yang
mempunyai sahsiah yang terpuji akan menunjukkan saya mana
yang positif dan mana yang negatif. Mutiara kata lama ada
menyebut, seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya
terpalit. Oleh itu, untuk mengelakkan saya terjebak dalam gejala
yang tidak sihat, saya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai
budi pekerti yang terpuji agar saya dapat mencontohinya.

Intihanya, membuat pilihan adalah di tangan kita. Ibarat mencari


pelangi, kita perlu menunggu hujan reda. Ibarat mengutip
kenangan, kita perlu mempunyai pengalaman. Tidak perlu
mengasah parang atau menarik baju ke lengan, kita bebas
membuat pilihan siapakah calon rakan sebaya yang layak menjadi
sahabat baik kita. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak dalam mencari
rakan sebaya. Sekali terjebak selamanya terpenjara. Sekali terlepas
peluang, jalan pulang ke pangkal jalan tetap ada. Justeru, berhati-
hatilah memilih rakan sebaya kerana rakan sebaya boleh membawa
kita ke syurga dan rakan sebaya juga yang boleh mengheret kita ke
neraka.

Anda mungkin juga menyukai