Anda di halaman 1dari 1

Sebagai suri teladan kepada anak-anak

- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting.
Ibu bapa perlu menjadi role-model kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa
menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut
dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara
satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka,
mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka
kerana bapa borek, anak rintik.
-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti
pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan
menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan
dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak
menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada
anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan
berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak
di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu
berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan
yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

Anda mungkin juga menyukai