Anda di halaman 1dari 2

PERANAN REMAJA/ PELAJAR DALAM MENGUKUHKAN PERPADUAN BANGSA DI MALAYSIA:

1. Belajar bersungguh-sungguh, mengenalpasti minat dan potensi diri masing-masing serta merebut peluang yang ada. Menguasai ilmu pengetahuan baharu selaras dengan perkembangan zaman. Tujuannya untuk membolehkan remaja menjadi cemerlang dan matang. - Peribahasa : jika tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.

2. Bersatu-padu dan menjauhi sebarang bentuk kata-kata dan perbuatan yang boleh menyebabkan suasana yang tidak aman di sekolah dan dalam masyarakat. Remaja mengamalkan semangat perpaduan. Hormat-menghormati antara satu sama lain / sikap bertolak ansur. Memahami budaya, agama yang pelbagai. Bergerak seiring untuk mencapai negara maju / negara industri baru.

- Peribahasa : Ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni.

3. Mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas agar masa dan tenaga tidak tersia-sia. Remaja memantapkan sahsiah diri / memantapkan santapan rohaniah. Mengamalkan budaya sopan santun / berhemah tinggi. melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral. Remaja Malaysia menjadi ikon imej baik di peringkat global.

- Peribahasa : kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

4. Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. menjadi warganegara yang berintegriti / bertanggungjawab. pembentukan modal insan yang cemerlang / kelas pertama / bertaraf dunia. memacu negara ke arah pencapaian wawasan 2020. - Peribahasa : bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

5. Remaja sebagai individu Apa yang dimaksudkan disini ialah tanggungjawab remaja terhadap Rabbnya yakni Allah SWT yang telah menciptanya . Dia hendaklah melihat dirinya sebagai hamba Allah yang kerdil, yang sentiasa mengharapkan petunjuk, pertolongan dan bantuan dariNya. berusaha melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya

6. Remaja sebagai anak Sebagai seorang anak adalah menjadi kewajipannya mematuhi segala arahan ibu dan bapanya., selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat Allah. berusaha menjadi anak yang soleh dengan melakukan kebaikan kepada kedua mereka serta berlemah lembut dengan mereka ketika berbicara. Arahan ini jelas disebut dalam alQuran surah al-Isra` ayat 23 yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya swampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

7. Remaja sebagai ahli masyarakat Apabila seseorang remaja itu berakhlak mulia , dengan sendirinya dia akan menjadi ahli masyarakat yang baik, berbudi dan perihatin. Dia adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan oleh kerana itu dia harus memainkan peranannya . Jika dia tidak mampu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat, sekurangkurangnya dia hendaklah menjauhkan diri daripada sebarang gejala sosial yang boleh merosakkan masyarakat. -Peribahasa: Bersatu teguh bercerai roboh.

Anda mungkin juga menyukai