Anda di halaman 1dari 4

TEKS KETUA PEMBANGKANG

USUL : PEMBUDAYAAN STEM MEMBENTUK KREATIVITI MURID

BIL PERKARA CATATAN

1. Assalamualaikum wbt ,
Terima kasih yang berhormat tuan yang dipertua , rakan-rakan pihak
pembangkang , barisan kerajaan seterusnya ahli-ahli dewan yang
dihormati .

2. Hadirin sekalian ,
Memulakan rentak semak imbang , menjunjung prinsip mendatang
Maka tuan yang dipertua ,
saya selaku ketua pembangkang pada hari ini , akan memulakan rentak
perbangkangan dari perwakilan pembangkang dengan membuat
semakan definisi yang telah dibentangkan oleh perwakilan kerajaan ,
tuan yang dipertua .

3. Pertama , dewan yang mulia ,


mari kita nilai apakah masalah yang paling besar dilakukan oleh
perwakilan kerajaan dalam definisi YAB perdana menteri .
Pertama sekali ,
Apa yang dilakukan oleh perwakilan kerajaan , mereka gagal untuk
menembak tepat usul perdebatan dengan baik .
Sebab apa ? apa yang dibuktikan oleh perwakilan kerajaan , mereka
katakan bahawa pembudayaan stem membentuk kreativiti murid , tetapi
secara umumnya , kita tahu bahawasanya bukan bidang ini sahaja yang
membentuk kreativiti murid , bahkan , lebih banyak lagi bidang lain
seperti bidang sastera dan bidang sukan yang juga telah menjadi pilihan
utama dalam kalangan murid .
4. Hadirin sekalian ,
Kementerian Pendidikan mendapati jumlah pelajar yang mengambil mata
pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merosot
saban tahun . Hal ini telah diperkatakan oleh Menteri Pendidikan , Dr
Maszlee Malik yang telah dikemukakan dalam keratan akhbar Berita Harian
pada 12 Mac 2019 .

Secara umumnya kita mengetahui bahawa bidang stem ini amatlah


memberi cabaran terhadap generasi muda . Bahkan , guru-guru yang
terlibat juga memerlukan komitmen yang baik serta pengetahuan yang luas
mengenai bidang ini . pembudayaan stem ini memerlukan banyak tenaga
dan masa untuk dilaksanakan . guru semakin terbeban dengan bidang yang
ditambah . ramai guru mohon untuk bersara awal disebabkan hal ini . saya
bukan hanya bercakap kosong , tetapi saya ambil bukti dari berita yang
telah disiardkan di astro awani , presiden kesatuan perkhidmatan perguruan
kebangsaan malaysia , en . aminuddin awang telah berkata , ramai guru
yang berusia sekitar 50an mengambil pencen awal kerana terbeban tugas
dengan dipaksa menggunakan teknologi digital untuk menyiapkan pelbagai
data serta perlu menyelaraskan pelbagai program yang melibatkan
penggunaan dunia maya . (teknologi kini)

5. tuan yang dipertua dan ahli-ahli dewan ,


Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh ,
Izinkan saya menegaskan bahawa kreaviti murid bukan sahaja mampu
dibentuk melalui bidang stem . lihatlah betapa ramai murid telah memilih
untuk mengembangkan kreativiti mereka dalam bidang lain seperti bidang
sastera dan bidang sukan . mengapa saya katakan demikian ? hal ini
dikatakan demikian kerana bidang sastera mampu menjamin masa depan
yang cerah buat mereka . Bukan itu sahaja , pelbagai anugerah telah
dinobatkan dalam bidang ini , tuan yang dipertua .

Warga dewan yang dihormati sekalian ,


penyair tersohor negara, Datuk Dr Zurinah Hassan telah
dianugerahkan Sasterawan Negara Ke-13, sekali gus meletakkan
beliau sebagai wanita pertama di negara ini dipilih sebagai
Sasterawan Negara . Siapa kata bahawa bidang sastera ini hanyalah
bidang biasa-biasa , lihatlah , bagaimana penyair tersebut telah
memperolehi anugerah seperti berikut .
Kalau diteliti kembali , ramai rakyat Malaysia berjaya dalam bidang
sukan . Tak perlu kita terkial-kial mencari gerangan-gerangan yang
berjaya dalam bidang ini . Baru-baru ini , anak kelahiran Terengganu
telah membawa pulang pingat emas dalam acara Keirin dan Pecut di
Asian Cycling Championship 2023 seterusnya melonjak ke nombor
tiga Keirin dan nombor enam pecutan individu ranking dunia beliau .
Siapakah beliau ? Beliau adalah Dato’ Muhammad Azizulhasni bin
Awang , pelumba basikal trek profesional Malaysia . Beliau juga turut
digelar “ The Pocket Rocketman “ . Lihatlah bagaimana “ The Pocket
Rcketman “ ini membawa nama Malaysia ke persada dunia . BIarpun
beliau telah menolak tawaran ke sekolah sains pada suatu masa
dahulu , hal itu tidak menjaminkan beliau tidak boleh berjaya pada
hari ini .

6. tuan yang dipertua dan ahli-ahli dewan ,


untuk menolak usul pada hari ini , pihak pembangkang telah meletakkan
satu premis yang amat mudah iaitu masih ada bidang lain yang boleh
membentuk kreativiti murid . manakala pembangkang kedua pula akan
membentangkan 2 hujah iaitu :

1.
2.

pembangkang ketiga pula , saya telah amanahkan untuk membidaskan dan


membetulkan kepincangan hujah kerajaan yang cuba meraih simpati
ahli-ahli dewan untuk menerima usuk yang mereka bentangkan .
seterusnya pembangkang ketiga akan mengukuhkan hujah-hujah pihak
pembangkang untuk menolak usul pada hari ini .
7. Hadirin yang dihormati sekalian ,
berdasarkan hujah dan fakta yang saya bentangkan sebentar tadi , jelaslah
bahawa pembudayaan stem banyak membebankan guru dan murid ,
malahan kita juga dapat melihat bahawa kreativiti murid bukan hanya
dibentuk melalui stem .
dan selaras dengan premis kami iaitu masih ada bidang lain yang boleh
membentuk kreativiti murid .
maka usul pembudayaan stem membentuk kreativiti murid wajar ditolak
sebulat suara .

Anda mungkin juga menyukai