Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A

[30 Markah ]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Maklumat di bawah menunjukkan masalah yang dihadapi oleh calon sebelum menghadiri temu
duga. Huraikan pendapat anda tentang kejayaan calon dalam sesi temu duga. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Rata-rata majikan mendapati kebanyakan calon yang datang ke sesi temu duga membuat
persediaan yang secukupnya. Mereka didapati membuat tinjauan awal tentang skop tugas
jawatan yang dipohon, berkeyakinan diri, mampu bertutur dengan baik, menguasai lebih
daripada satu bahasa, berpakaian kemas, luas pengetahuan am dan bersikap proaktif
semasa menghadapi temu duga.
Sumber: MyHEALTH, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber : Berita Harian


SKEMA JAWAPAN BM 1 ( TEMA KERJAYA)
Bahagian A

Cadangan jawapan
Isi-isi penting:
1. Membuat persediaan secukupnya – mempunyai bekalan informasi yang cukup – hadir
dengan serius dan penuh kesungguhan – membuat kajian dan pembacaan yang teliti
berkenaan syarikat dan jawatan yang dipohon – menyebabkan calon yakin dengan diri
ketika berhadapan dengan penemu duga – berpengetahuan am yang luas– akhirnya
berjaya mendapat jawatan yang dipohon.

2. Mempunyai kemahiran komunikasi – bersikap proaktif semasa sesi temu duga – wujud
elemen interaksi dan komunikasi dalam diri calon – mempunyai etika dalam pertuturan
dan mampu bertutur dengan baik – mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas
dan lengkap – berjaya mendapat jawatan yang dipohon.

3. Berpenampilan diri yang menarik – berpakaian kemas, cara berpakaian, bahasa badan,
keyakinan diri – mempengaruhi panel penemu duga– calon dinilai dari mulai masuk ke
bilik penemu duga – penampilan menggambarkan personaliti calon – memberi persepsi
pertama kepada penemu duga – persepsi pertama yang baik akan memberi kebaikan
kepada calon – memberi pengaruh besar terhadap tahap keyakinan, ketenangan dan
kehebatan calon.
ARAS RENDAH

Analisis Soalan
Tema
Tugasan
Pihak
Format

Berdasarkan bahan di atas isikan peta pokok berikut

Faktor-faktor Kejayaan Calon Dalam Sesi Temuduga (Isi penting)

1. Membuat persediaan 2. Mempunyai kemahiran 3. Berpenampilan diri yang


secukupnya komunikasi menarik

PENDAHULUAN
(Isu semasa) Pada hari ini isu kegagalan calon dalam sesi temuduga mulai
mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.
Ayat Huraian Keadaan ini boleh mengundang pelbagai masalah jika tidak diberi
(mengapa) perhatian dan diambil berat.
Ayat Contoh Sebagai buktinya, ramai calon yang gagal temuduga walaupun
Bagaimana anda mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
buktikan)
Ayat Arah (tugasan Terdapat faktor-faktor yang membantu kejayaan calon dalam sesi
soalan) temuduga.

Isi 1
Ayat Topik Salah satu faktor yang mendorong kejayaan calon dalam sesi temu duga
(Isi 1) adalah dengan membuat persiapan secukupnya.

Ayat Huraian Hal ini perlu kerana (persediaan yang dilakukan akan membolehkan
(mengapa) calon mempunyai bekalan informasi yang mencukupi)
Ayat Contoh Keadaan ini dapat dibuktikan ( dengan melihat penampilan calon temu
(Bagaimana anda duga yang hadir dengan serius dan penuh kesungguhan) .
buktikan) Persediaan ini juga boleh dilakukan dengan membuat kajian dan
pembacaan yang teliti berkenaan syarikat dan jawatan yang dipohon.

Ayat Kesan Kesannya,(calon akan yakin diri ketika berhadapan dengan penemu duga
(apa kebaikan kerana berpengetahuan luas dan akhinya Berjaya mendapat jawatan
/keburukan yang yang dipohon.
diterima)
Isi 2
Ayat Topik Selain itu, calon juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi.
(Isi 1)

Ayat Huraian Kemahiran ini perlu kerana calon yang proaktif semasa sesi temuduga
(mengapa) mampu menunjukkan keyakinan diri.

Ayat Contoh Buktinya,…Calon yang proaktif mempunyai elemen interaksi dan


(Bagaimana anda komunikasi dalam diri calon serta menunjukkan etika dalam
buktikan) pertuturan dan mampu bertutur dengan baik.

Ayat Kesan Impaknya, calon mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas
(apa kebaikan dan lengkap – berjaya mendapat jawatan yang dipohon
yang diterima)

Isi 3
Ayat Topik Bukan itu sahaja, (calon juga perlu berpenampilan diri yang menarik.
(Isi 1) ….berpakaian kemas, , bahasa badan yang baik, keyakinan diri)
Ayat Huraian Ciri ini perlu kerana mampu ….( mempengaruhi panel penemu duga –
(mengapa) calon dinilai dari mulai masuk ke bilik penemu duga )

Ayat Contoh Buktinya, persepsi pertama yang baik akan memberi kebaikan kepada
(Bagaimana anda calon – memberi pengaruh besar terhadap tahap keyakinan,
buktikan) ketenangan dan kehebatan calon.
Ayat Kesan Implikasinya,……( calon pasti dapat meyakinkan panel penemuduga
(apa kebaikan untuk mengambil calon bekerja dengan syarikat mereka. Imej calon
yang diterima) mampu menggambarkan imej syarikat tempat bekerja.

KESIMPULAN
Ayat Kesimpulan Sebagai konklusinya… semua calon perlulah prihatin dan komited
(Kesimpulan terhadap keperluan mereka sebelum menjalani sesi temu duga.
perbincangan)
Ayat Cadangan Calon- calon perlulah mengambil berat tentang faktor-faktor yang
(Cadangan yang boleh membantu mereka dalam proses temu duga.
berkait dengan
isu)
Ayat Harapan Tindakan yang diambil semestinya menyebabkan calon Berjaya dalam
sesi temu duga dan seterusnya berjaya memoohn jawatan yang
dikehendaki.

Ungkapan Benarlah kata peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Menarik

Anda mungkin juga menyukai