Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIS 1

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
i Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.
ii Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak.
iiiJangan sengaja mencari kesusahan.
ivMelakukan pekerjaan yang sia-sia.
v Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
viKeadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya
vii Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu yang betul sedangkan dia sendiri berbuat salah.
viii

Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

ix Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
.
PRAKTIS 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi
tersebut.
Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang
sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masingmasing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak
dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaafan-maafan.
PRAKTIS 3
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu lagi peribahasa yang sama maksudnya dengan
peribahasa dalam ayat tersebut.
i Orang yang baik, walau di mana-mana berada akan dimuliakan juga, umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul
juga.
ii Dia sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum meletak jawatan kerana dia belum pasti mendapat pekerjaan di
bandar itu, takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
iiiJangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan itu umpama mengeji diri sendiri.
PRAKTIS 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah
kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu
memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba
menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat.
Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang.
PRAKTIS 5
Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
i indah khabar daripada rupa
ii meninggi diri
iiikalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

PRAKTIS 6
Tuan Haji Ali: Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju negara, kita
akan dianggap seperti ........ (1) ..........kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.
Prof. Hasni:

Jadi, anak muda perlulah sedar tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan sanggup
berkorban sehingga ke titisan darah terakhir. Peribahasa ......... (2) ......... perlu menjadi pegangan
mereka.
Tuan Haji Ali: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara supaya setanding
dengan negara maju, sesuai dengan peribahasa ......... (3) ............
PRAKTIS 7
Tulis ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
i Alang-alang mandi biarlah basah.
ii Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
iiiOtak cair.
PRAKTIS 8
Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa
tersebut.
i Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
ii Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
iiiGenggam bara api biar sampai jadi arang
ivSegala nasihat yang diberikan seperti hujan jatuh ke pasir kerana tidak sedikit pun berbekas di hati Junid.
v Apabila hujan berlarutan, keadaan penduduk di kawasan tanah tinggi itu seperti abu di atas tunggul kerana
diancam tanah runtuh.
viKemenangan pasukan Rumah Merah itu umpama orang mengantuk disorongkan bantal kerana mereka memang
mengharapkannya sejak awal pertandingan lagi.
PRAKTIS 9
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
i Abangnya menegur sikap adiknya yang suka menangguhkan kerja sedangkan abangnya juga sering berbuat
demikian, sikap abangnya......................................
ii Kita tidak boleh bersikap .............................. kerana tamak, akhirnya diri sendiri yang rugi.
iiiPasangan pengantin itu sama cantik, sama padan ...............................................
PRAKTIS 10
Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa berikut. Ayat anda hendaklah dapat memberikan maksud peribahasa tersebut.
i pelanduk dua serupa
ii bulat kata
iiiretak menanti belah
PRAKTIS 11
i Sebaik-baik sahaja mendapat surat panggilan temu duga sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur, Zuraidah telah
menyuruh abangnya mencarikannya rumah sewa dan meletakkan jawatannya sebagai kerani di Ipoh, Perak.
ii
iiiJamil menganggap bahawa Abdul merupakan rakan yang boleh dipercayainya. Namun, rupa-rupanya di belakang
Jamil, Abdul telah memburuk-burukkan Jamil kepada rakan-rakannya yang lain.

ivProjek penternakan ikan air tawar yang diusahakan Johan begitu mencabar kesabarannya. Namun, berkat kecekalan
dan keazamannya akhirnya dia berjaya menempa kejayaan sebagai pengusaha ikan air tawar yang paling
terkenal di daerah itu.
(v) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat
dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.
(vi)

Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya
memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.

(iii)

Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan
bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin
sahaja.
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai